CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44147|Reply: 424

[Merge] Konsert Anuar Zain 3 Dekad (pg.10) - kredit tuk fan account

[Copy link]
Post time 10-12-2012 11:53 PM | Show all posts |Read mode
Selasa Disember 11, 2012

Oleh WAHIDUZZAMAN (wahi@thestar.com.my)


Konsert yang meraikan tiga dekad pembabitan Anuar dalam
bidang seni akan berlangsung pada 16 Februari 2013 depan
pukul 8.30 malam di Stadium Putra, Bukit Jalil.

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Anuar Zain menyifatkan harga tiket konsertnya berjudul Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari yang mencecah sehingga RM698 adalah bersesuaian dengan persembahan itu kelak.

Anuar, 42, berkata, harga tiket yang bermula dari RM88 itu adalah satu jumlah yang wajar dan adil kerana konsert berkenaan menekankan aspek kualiti selain ia adalah berskala mega.

"Ia (harga tiket) adalah bersesuaian dan adil mengikut skala dan kualiti konsert itu nanti.Kami menjanjikan persembahan terbaik dengan kualiti muzik, kesan khas dan pentas yang gah.

"Mustahil untuk kita dapat sesuatu yang berkualiti dengan harga yang murah," katanya ketika ditemui mStar Online pada sidang media pengumuman harga tiket konsert tersebut di Press Room, Bangsar Shopping Centre di sini, petang Isnin.

Konsert yang meraikan tiga dekad pembabitan penyanyi itu dalam bidang seni akan berlangsung pada 16 Februari 2013 bermula pukul 8.30 malam di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini.

Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Ajari Aku itu berkata, dia akan memulakan latihan kecergasan bermula minggu hadapan bagi memantapkan stamina menjelang konsert sulung itu.



"Saya akan mulakan sesi kecergasan bermula minggu hadapan bersama jurulatih bagi memantapkan stamina.

"Untuk latihan vokal, saya tidak jalani kelas latihan vokal dan hanya bergantung kepada pengalaman menyanyi selama ini.

"Kami juga akan ubah semula susunan muzik agar lebih segar dan mantap bersesuaian dengan suasana, rasa dan tema konsert," jelasnya yang masih belum memutuskan senarai lagu dan konsep pada persembahan tersebut.

Konsert yang diiringi 31 pemuzik itu bakal diketuai pengarah muzik Mac Chew.Kata Anuar, dia juga bakal menayangkan muzik video lagu terbaru berjudul Sempurnakan Aku secara eksklusif di hadapan peminat pada konsert itu nanti.

Tiket-tiket konsert akan dijual bermula Rabu ini pada pukul 12 tengah hari menerusi www.ticketcharge.com dan cawangan kaunter rasminya.

Manakala harga tiket VIP pula akan diumumkan pada Rabu ini.

Diskaun khas bagi mereka yang membuat tempahan awal adalah sebanyak 15 peratus akan diberikan kepada 1,000 pembeli pertama bagi tempoh bermula Rabu (esok) sehingga 19 Disember ini.

Bagi jualan tiket secara pukal, peminat boleh menghubungi Anuar Zain Network di talian 012-4642030.

Pihak pengurusan Anuar Zain juga turut menawarkan pakej perjalanan eksklusif '3Dekad 1Destinasi' untuk para peminat di luar Kuala Lumpur termasuklah dari Kota Bharu (Kelantan), Jerteh dan Kuala Terengganu (Terengganu), Johor Bahru (Johor) dan Singapura.

Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/3Dekad1Destinasi.



Credits: mstar.com.my

Last edited by skymania on 18-2-2013 01:01 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2012 12:01 AM | Show all posts
woww..gambar bang nuar nampak nipples...ekeke..
aku komen tak de kaitan eh? maaf2.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 12:03 AM | Show all posts

mak ai harga dekat2 rm 700. pekejadahnya
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 12:05 AM | Show all posts
neez_cookies posted on 11-12-2012 12:01 AM
woww..gambar bang nuar nampak nipples...ekeke..
aku komen tak de kaitan eh? maaf2.


betik lelaki pun ko berselera jugak ke  ?? dasat ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 12:10 AM | Show all posts
abg nuar ni tgh hepi kot skarang, bdan mmg obvious sngt naek....
dh mmg leh agk bab harge tiket, standard anuar zain la kan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 12:12 AM | Show all posts
neez_cookies posted on 11-12-2012 12:01 AM
woww..gambar bang nuar nampak nipples...ekeke..
aku komen tak de kaitan eh? maaf2.

nipples yang berega RM698 sebelah norqs...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2012 12:24 AM | Show all posts
hanya orang2 kayap je yg mampu...
yg pprt nie...tengok kat tv je la..time raya tahun depan
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 12:28 AM | Show all posts
buat kat  stadium putera harga smpai 700, mahal tu.. klu kat hotel ada mkn2 ok lagik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2012 12:34 AM | Show all posts
88 henggit sampai  698 henngit ....
brapa byk kampit beras bole beli.....
dan bermcm2 lauk pauk dpt ditelan.....




HAR
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 12:37 AM | Show all posts
sdp ke suara dia live?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 12:41 AM | Show all posts
nashrudean posted on 11-12-2012 12:37 AM
sdp ke suara dia live?

iols tgk konsert dia kat istana budaya dulu, boleh la.. sedap gak.. myb dia lbh relax bbanding perfom kat tv utk pertandingn atau majlis anugerah..
tp tiket dia xde la mahal mcmni, dulu yg plg murah dlm 30 rgt jer..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 12:48 AM | Show all posts
dekat2 700rm x lah mahal utnuk konsert eksklusif, artis grade a malaysia

konsert 3 permata misha, jac bebaru ni pun tiket paling mahal $150, dah rm350 kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 12:58 AM | Show all posts
ctaz posted on 11-12-2012 12:34 AM
88 henggit sampai  698 henngit ....
brapa byk kampit beras bole beli.....
dan bermcm2 lauk pauk dp ...

Noks kalau uols makan bercatu then konsert ini bukan untuk uols. Ini konsert untuk weols yang kayap rayap sahaja. Harap uols mengerti konsep ada duit boleh lah pergi tengok tak ada duit sudehhhh, hadap jeh tgk kat tv 3 time raya nanti. Ye lah nak langgan astro tak mampo sbb beli beras bercatu
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 12:59 AM | Show all posts
Mahal le bagi aku aku yg pdptn yg biase2 ni.

Mesti music arrangement diubah jd lower key. Live die ni x brapa ok
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 01:13 AM | Show all posts
Aku penah pg masa seketsri week sajork harga rm500-600 gitu 2x pg
Free of charge from my boss... Tq bos
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 01:18 AM | Show all posts
addamnor posted on 11-12-2012 12:58 AM
Noks kalau uols makan bercatu then konsert ini bukan untuk uols. Ini konsert untuk weols yang kaya ...

hahaahah....kalau dpt free pun tarak nyer wa tgk....
wa mati...wa idup...pas tu wa mati balik....pun wa tarak tgk ini olang nyanyii.....
layan sponge bob lagi berkualiti.........

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2012 01:30 AM | Show all posts
Ok lah tu harga tiket AZ. Sama je harga dengan konsert artis Korea di Malaysia. Harap2 gimik, props, pentas dan bunyi nanti ok lah. Kalau konsert buatan Malaysia ni kureng sket kualiti bunyi nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 01:33 AM | Show all posts
tambah sket je lagi da boleh beli samsung galaxy..mahalnya..tapi kalo da minat, memang akan ada yg beli tiket tu..anuar zain taraf artis yg golongan atasan memang minat gila..mcm datin2, businesswoman..jadi betol la kalo RM698 tu tak mahal katanya..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 01:59 AM | Show all posts
ctaz posted on 11-12-2012 12:34 AM
88 henggit sampai  698 henngit ....
brapa byk kampit beras bole beli.....
dan bermcm2 lauk pauk dp ...

org duit berkepuk, berbantalkn wang ringgit, pglah kot.
org mcm aku,mcm kite..idakler..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 02:07 AM | Show all posts
ok la tu....tp bwk bpe lagu bang nuar??
kene la berpadan ngn tiket $698 itew
konsert artis luar tu lg mhl...
artis barat+artis korea same je mhlnye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.870758 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list