CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: uda

[Jenayah] Kes Penipuan Melibatkan "Pos Malaysia+ Polis + BNM"..Berita post#25

[Copy link]
Post time 14-12-2012 11:22 AM | Show all posts
spiderman80 posted on 14-12-2012 11:17 AM
Serupalah kes Melayu tipu Melayu.

ya lor

jikalau tatak tipu
maciam mana mo jadi kaya hoh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2012 11:29 AM | Show all posts
sindikit terancang.....bahaya....aq dah kena, tapi ttg kad kredit....

seorg cina yg mengaku pegawai di BANK NEGARA....'dia nak confirm aq ader ke nak tambah amount'...dia suruh call no yg dia bagi...jadi aq call.....another cina slang.....dia minta no ic.....aq bagi....pas tu dia suruh tunggu, nnti dia call lagi.....

aq x puas ati..cari no BNM cawangan sabah...dan terus call......mmg sah...sindikit....dia suruh ke lamanweb rasmi BNM, n cari maklumat dibahagian news....print dan sebarkan.....

be alert!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 11:46 AM | Show all posts
semua use pangakat dan kedudukan je skang nie....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 11:49 AM | Show all posts
dah banyak yg kena...bos my hb dah kena dengan Isp. wong ni...nasib baik dorang call IPK...upernyer mmg x wujud...tp memang no IPK tu yg keluar...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 11:50 AM | Show all posts
Beberapa hari lepas ada terbaca laporan akhbar. Hari ni cari balik, tak tahu la yang aku copy paste ni adalah laporan yg aku baca baru-baru ni ke bukan. Aku rasa macam lebih kurang je modus operandinya.

Guru 'dirompak' melalui telefon
Oleh: NURIZZAH BAHARUDIN
Tarikh: December 12, 2012

ALOR GAJAH - Pelik, tetapi benar.

Hanya dengan satu panggilan telefon tanpa terputus talian selama lebih empat jam, wang tunai berjumlah RM16,457 milik seorang guru wanita lesap sekelip mata.

Semuanya gara-gara terpedaya dengan helah tiga lelaki mendakwa mereka kakitangan Pos Malaysia, pegawai polis dari Bukit Aman dan pegawai Bank Negara, Menceritakan detik hitam itu, mangsa dikenali sebagai Ita Rahmat (bukan nama sebenar), 36, berkata, kejadian
bermula jam 11.15 pagi kelmarin apabila dia menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang mengatakan dirinya dari Pos Malaysia.

“Dia beritahu saya ada surat dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Tetapi surat itu sudah dihantar semula ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Dia beri saya satu nombor siri dan mengatakan akan sambungkan talian saya kepada pihak polis,” kata Ita sambil memberitahu dia
menerima panggilan seterusnya setengah jam kemudian selepas sambungan terputus.

Menurutnya, panggilan yang diterima pada jam 11.45 pagi itu datang daripada seorang lelaki yang kemudiannya meminta dia menyebut nombor siri tersebut.

“Selepas menyatakan nombor siri itu, saya terkejut apabila dia memberitahu saya perlu ke mahkamah berhubung satu kes tangkapan seorang lelaki tidak dikenali. Tambahnya, sebanyak RM80,000 telah dikeluarkan atas nama saya di bawah sebuah bank tempatan, tetapi saya beritahu dia saya tidak ada buka akaun di bank tersebut,” katanya.

Panik akaun bank akan dibekukan Bagaimanapun, Ita berkata, pegawai polis itu memberitahu dia perlu 'memindahkan' semua wang yang dia ada di bank kepada akaun bukan miliknya kerana akaun di atas namanya akan dibekukan.

Ita yang mula panik mendengar perkhabaran tersebut, kemudian disambungkan kepada seorang lelaki lain pula yang mendakwa dirinya Pegawai Kewangan Bank Negara.

“Pegawai kewangan itu menyuruh saya mengisytiharkan akaun dan jumlah simpanan yang ada. Selepas itu, saya diarahkan agar tidak mematikan talian telefon dan diminta ke sebuah bank di Masjid Tanah dengan memindahkan sebanyak RM9,057 ke dalam satu akaun lain yang diberi,” katanya.

Menurut Ita, selesai urusan di bank, lelaki itu mintanya ke Pejabat Pos pula dan mengarahkan dia mengeluarkan sejumlah RM7,500 simpanan lain dan meminta ia dimasukkan ke dalam satu lagi akaun.

“Bagaimanapun hanya RM5,000 dapat dimasukkan ke dalam akaun tersebut yang didaftarkan atas penama lain.

Baki RM2,500 kemudian saya diminta masukkan ke dalam akaun lain lagi. Tetapi disebabkan masalah teknikal, hanya RM2,400 dapat dimasukkan,” kata Ita yang telah memindahkan sejumlah RM16,457 ke dalam tiga akaun berbeza.

Talian tidak dimatikan lebih empat jam Ita berkata, ketika kesemua transaksi itu dilakukan, talian telefon langsung tidak dimatikan.

“Saya berhubung dengan mereka tanpa memutuskan talian sejak jam 11.45 pagi sehinggalah transaksi terakhir kira-kira jam 4 petang.

“Selepas memasukkan kesemua duit, saya terpaksa menunggu selama tiga jam sebelum lelaki berkenaan memaklumkan pihak Bukit Aman akan menghubungi saya,” katanya.

Ita yang berasa tidak sedap hati dengan apa yang berlaku kemudian bertindak menghubungi talian Bukit Aman sebelum panggilannya disambut seorang wanita memaklumkan bahawa dia telah ditipu dan diminta supaya berhati-hati.

“Saya beritahu masalah saya kepada wanita berkenaan namun wanita itu meminta saya berwaspada memandangkan banyak kes penipuan melalui talian,” katanya yang terus membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah, kelmarin.

Ita yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah Cawangan Jenayah Komersil mendakwa sangat terkilan dengan apa yang berlaku dan ia menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya berhati-hati.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan melalui talian telefon,” katanya.


sumber : http://www.sinarharian.com.my/mo ... ui-telefon-1.111673

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 11:51 AM | Show all posts
mmg seronok seh layan panggilan penipu haram J ni

lama2 sampai diorg bosan
lepas ni dabel cek ok apa2 phone call diterima.. tp penipuan mcm ni sgt2 la terer.. time kena besok xteprikir plak tipu lantas tertipu mcm si A
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2012 12:04 PM | Show all posts

ni cerita aku lak:

beberapa hari lepas aku dapat lagi email yg kata aku menang hadiah ribu2 pound dari oberc, bukan aku tak pernah dapat dulu2, tapi kali ni dia kata dari google, dan aku menang 900k pound sterling. pengarah google tu sendiri email kat aku dan minta butir2 diri.
biasanya aku tak layan pun, tapi semalam aku sajer2, gatal nak gamble, kot2 rezeki jatuh dari langit? hahahahah...
so,
aku rajin2kan diri reply email tu, aku bagi je nama, no hp aku, alamat aku bagi opis jer.
richerd apa ntah nama dia, kata akan pos kan aku check tersebut. aku kata pos jer la.

jeng jeng jeng
thari semalam aku terima call dari mat salleh sesat mana ntah, hahahhaha
kata aku kena ambil parcel aku kat skynet wolrwide, no siri sekiansekiansekian...
dan minta aku kontek mamat peter apa ntah kat skynet tuh,

lepas tuh, aku terima gak email yg richard tau suruh aku call peter pasal parcel=check tu dan beri no siri parcel tu kat aku

kehkehkeh....
aku risau gak kan, aku nak uji2 lagi kan, aku lak yg terbelit
so, aku jusr reply kat mamat salleh tu kata, just hantar jer la parcel i tu kat address yg saya beri tu. tak perlu call saya lagi. blablabla...
hahahaha... hari ni senyap jer..

aku dah sedia jer
kalau dia suruh aku bayor apa2 utk parcel tu, aku nak g repot polis dulu
tapi mat salleh tu call aku guna private number, so tak ada no talipon
lagi lah aku tahu, ini semua tipu
so, at least............. aku dah alami sendiri benda2 bodo camni
pada semua, hati2 ya
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 12:44 PM | Show all posts
biosfree posted on 14-12-2012 11:29 AM
sindikit terancang.....bahaya....aq dah kena, tapi ttg kad kredit....

seorg cina yg mengaku pegaw ...

cina lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2012 02:47 PM | Show all posts
Oh...geng penipulah ni and guna banyak tektik.

Cuma bila dengar kes mahkahmah and polis -kita akan jadi panik. Tu yg tak terfikir apa apa, langsung my staff ni beri details bank. Nanti i akan inform dia.

Terima kasih diatas sharing and nasihat. Kena lebih berhati hati dimasa akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 02:54 PM | Show all posts
biosfree posted on 14-12-2012 11:29 AM
sindikit terancang.....bahaya....aq dah kena, tapi ttg kad kredit....

seorg cina yg mengaku pegaw ...

aq tu ape?
nama yang dh terkene tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 03:05 PM | Show all posts
Aku suka layan kalo geng2 penipu nih kol.. Dengan pelatnya, dengan struggle nk ckp BM bakunye.. Tergelak2 sorg2
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 03:19 PM | Show all posts
skarang teknologi baru menggunakan IP based PABX... kalo ambil lewa je security precaution.. mmg mudah kene hack... via remote or DISA facilities.

telco byk mengalami kerugian....same goes to end user
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 03:39 PM | Show all posts
Geng mata sepet
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 03:51 PM | Show all posts
benda ni boleh trace.. aku pun pernah kene tipu. tapi napa xda tindakan? faham2 sndiri lah perut kembung lahanat!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 03:52 PM | Show all posts
sitihawa posted on 14-12-2012 12:04 PM
ni cerita aku lak:

beberapa hari lepas aku dapat lagi email yg kata aku menang hadiah ribu2 pou ...

Mat Saleh apanya.. Ntah2 Awang Itam

Selalu yg buat keje2 gini sindiket dari negara2 Aprika ...

Tp pernah gak dpt call mcm ni... Suara ala2 Indon ke Sabah / S'wak... Kata dari Petronas, anda telah menang cabutan bertuah bla bla bla... Tgk no tepon sikit punya pjg.. Mcm dari seberang.. Pastu soh tuntut hadiah di alamat sekian2.. Bukan mana2 cawangan Petronas ke ibu pejabat Petronas ke... Siap soh bwk duit sbg deposit claim hadiah tu.. Nampak sgt scam...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 03:58 PM | Show all posts
Manami posted on 14-12-2012 03:52 PM
Mat Saleh apanya.. Ntah2 Awang Itam

Selalu yg buat keje2 gini sindiket dari negara2 Aprik ...

yup, maksud aku  tu mamat2 tuh la jugak. bukan malaysian, chinese, indons
sebab loghat dia pekat giler, banyak kali aku sebut pardon, dia pun sebut pardon? hahahhha....
aku pun syak puak2 awang negro gak. aku suruh diia pos jer chek aku kat address tu, naper nak suruh aku kol kat nombor sekian2 laks, huks

tapi besh gak layan org nak nipu ni, boleh tahu apa benda dia nak kata, hoho

Last edited by sitihawa on 14-12-2012 04:04 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2012 04:04 PM | Show all posts
lagi sau penipuan famous
anda menang cabutan bertuah Power Root
tah pape
minum pn tidak

dh la org yg call aku tu
sah2 cakap indon
duk mgaku "saya putera sabah"
puii!
org sabah ade ke cakap cenggituh?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 04:09 PM | Show all posts
lagi satu penipuan
dapat email
peng-email sakit kritikal dan ingin memindahkan wang dan harta kepada insan terpilih
nasib baik insan terpilih tak terpedaya sebab rakan sebelah pun dapat email yg sama
puii!!..insan terpilih lah konon
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 04:16 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 14-12-2012 04:09 PM
lagi satu penipuan
dapat email
peng-email sakit kritikal dan ingin memindahkan wang dan harta kep ...

ha ah, email cenggini aku kerap gak dapat
sakit kronik nak mati
so, nak bagi duit juta2 pound kat kita
tapi kita nak kena buat itu ini, bayo itu ini
hahahahhhaa... cliche!!!

pastu email dari anak jutawan ke, anak raja aprika ker,
mak ayah dia kena bunuh dlm perang
so, harta makpak dia juta2 dalam bank oberc, nak suruh kita blablabla.. then bagi kita juta2 gak sebagai upah?
huwaaaaaaaaaaaaaaa...
mcm kita ni bodo sangat

dan mcm2 kannnnnnnnnnn
so, kawan2 semua, hati2.. jgn jadi bodo hokey
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 04:20 PM | Show all posts
Saya dah terkena panggilan ni bulan september lepas, tapi dgn ' Inspektor Tony'. Saya dituduh terlibat dalam penggubahan wang haram.... hihihi.... Sama lah kisahnya.... sy dpt trace dia menipu bila apek tu ckp pun pelat...bila mintak alamt ofis utk jumpa dia tergagap2... bila saya mintak transfer kes saya ke balai polis seremban...langsung letak telefon.

bila kol ipk kl... dia kata mmg ada sindiket yg duplicate ho hotline diaorg... dah banyak kes mcm ni? apa tindakan polis???
Last edited by orkid_stadium on 14-12-2012 04:23 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.082477 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list