CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4086|Reply: 65

[Tempatan] Korang jenis melayu yg layu dan lemah... meh join perkasa - brahim ali

[Copy link]
Post time 15-12-2012 04:42 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Perkasa mengakui bangsa Melayu semakin layu, tetapi memberi keyakinan bahawa pertubuhan bukan kerajaan yang berusia empat tahun itu akan memulihkan kembali semangat mereka untuk terus mempertahankan bangsa, agama dan negara.

Dalam ucapan dasarnya, Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, kaum Melayu yang telah layu dan lemah boleh dipulihkan semangat mereka dengan menyertai Perkasa.

Menurutnya, usaha pihak tertentu yang mahu menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri adalah faktor kaum utama negara itu semakin lemah.

Bagaimanapun, beliau berkata, masih mempunyai orang Melayu yang mampu memulihkan semangat bangsa yang kian layu.

"Anak pemimpin Melayu mengeluarkan  kenyataan bahawa orang Melayu bebas tukar agama, yang memang salah dari segi perundangan negara dengan akidah dan Islam.

"Kenapa berlaku? Sebab mereka tengok umat Islam khususnya Melayu berpecah, layu, longlai dan tak pegang pada Kalam Allah.

"Melayu sudah layu, sudah lemah tapi masih ada Melayu yang bersemangat iaitu orang Melayu yang jadi anggota dan pejuang Perkasa,  Insya-ALLAH," kata beliau pada Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa Ketiga,  bertemakan "Hapuskan Petualang Bangsa dan Negara", di sini hari ini.

Perkasa ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum 2008 yang menyaksikan perubahan landskap politik negara.

Sejak itu, Perkasa dan Penaungnya, Tun Dr Mahathir Mohamad seringkali mendakwa bahawa orang Melayu semakin lemah dari segi politik.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2012 04:43 PM | Show all posts
joinlah perkasa... semangat boleh pulih..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 04:45 PM | Show all posts
cmne melayu x lemah sbb sgt kuat berpegang pada adat yg menjahanamkan bangsa.
contoh adat tu adalah.
1)hasad dengki
2)islam sederhana
3)kurafat/syirik
dan byk lagi/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2012 04:51 PM | Show all posts
satu lagi bila join perkasa kena sokong umno... kata brahin ali
ppprrfff..


macam2 gila ada kat malaysia nih..

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 05:06 PM | Show all posts

gerenti, 100% lepas ni mesti ada orang bukan melayu yg datang dalam thread ni hentam melayu habis2an.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 05:36 PM | Show all posts
Katak yg paling kuat berbunyi, kalao penjajah datang dia pertama yg angkat kaki penjajah. Depan kambing dia serigala, depan harimao dia anjing
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2012 05:37 PM | Show all posts
meluat dh dgn sang katak ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 05:37 PM | Show all posts
"Melayu sudah layu, sudah lemah tapi masih ada Melayu yang bersemangat iaitu orang Melayu yang jadi anggota dan pejuang Perkasa,  Insya-ALLAH," kata beliau pada Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa Ketiga,  bertemakan "Hapuskan Petualang Bangsa dan Negara", di sini hari ini.


kalau begitu hebat kenapa minta sedekah 30% share dekat orang lain?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2012 08:13 PM | Show all posts
Dalam ucapan dasarnya, Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, kaum Melayu yang telah layu dan lemah boleh dipulihkan semangat mereka dengan menyertai Perkasa.


Tukar presiden dulu bolih
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 08:17 PM | Show all posts
ingat kan juin umno, pertahan kan utusan, sekali sehari ratib "anwat ejen amereka" makan tempe pakai kain pelikat dah cukup gagah melayu
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 08:22 PM | Show all posts
soalan ikhlas ni, penting sgt ke melayu ke apa bnda ni nk kena berpersatuan bagai??
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 08:34 PM | Show all posts
ayuh melayu2 semua kita bersatu....jom pakat ramai2 masuk UMNO  supaya melayu jadi lebih kuat.....menteri2 melayu umno pun akan jadi lebih kuat...lebih KUAT MEROMPAK...KUAT MENIPU...KUAT MERASUAH....KUAT MEMBUNUH...KUAT MEROGOL....KUAT MERABA....KUAT MEMFITNAH....KUAT MENYOPPING.........yg lain2 kuat hanpa bole tambah sendiri..












opps ada lagi satu....KUAT MELOMPAT  macam katak kontot kaki pendek..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 08:34 PM | Show all posts
aechae posted on 15-12-2012 08:22 PM
soalan ikhlas ni, penting sgt ke melayu ke apa bnda ni nk kena berpersatuan bagai??

benda nie lebih kepada survivor politik sahaja, bukan nak memperjuangkan sangat pon.....

asalkan dapat kuasa dan wang, itulah matlamat asal dieorang nie.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 08:40 PM | Show all posts
aechae posted on 15-12-2012 08:22 PM
soalan ikhlas ni, penting sgt ke melayu ke apa bnda ni nk kena berpersatuan bagai??

penting la cik aechae oii.....tambah2 nyawa dah tengah  sesak sangat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 08:46 PM | Show all posts
Ceh kuat hapenye kalu takut bini smbl men itik kt tepi tasik
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 08:47 PM | Show all posts
spesis takut bini , lepas PM, brohing ali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2012 08:51 PM | Show all posts
card_reader posted on 15-12-2012 08:34 PM
benda nie lebih kepada survivor politik sahaja, bukan nak memperjuangkan sangat pon.....

asalka ...

huk aloh..aku pn melayu jugak..tp klu dah dpn mata sndri melayu perangai x semenggah buat apa nk join kumpul ramai2 yg x semenggah jd lg ramai??
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 08:53 PM | Show all posts
aechae posted on 15-12-2012 08:51 PM
huk aloh..aku pn melayu jugak..tp klu dah dpn mata sndri melayu perangai x semenggah buat apa nk j ...

mungkin ini kerna aechae tak berpegang dengan prinsip "busok2 pon oram kita".

wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 08:57 PM | Show all posts
thieo posted on 15-12-2012 08:53 PM
mungkin ini kerna aechae tak berpegang dengan prinsip "busok2 pon oram kita".

wallahualam

ye lah thieo...klu dah busuk tu aku mmg xnk dekat or terlibat pn..klu kenal pn rasa malu nk ngaku..mintak dijauhkn la spesis cenggini
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 08:57 PM | Show all posts
Datuk Ibrahim Ali berkata, kaum Melayu yang telah layu dan lemah boleh dipulihkan semangat mereka dengan menyertai Perkasa


dukun kah??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.091515 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list