CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6906|Reply: 17

[Tempatan] WARGA GAY MENJADI PEMIMPIN ?

 Close [Copy link]
Post time 17-12-2012 01:44 PM | Show all posts |Read mode
ALAF ini Malaysia dikejutkan dengan gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang lantang menuntut pengiktirafan atas nama hak asasi selepas mendapat inspirasi daripada pemimpin tertentu.

Malah tanpa segan silu, gerakan ini yang disokong pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang keahliannya rata-rata orang Melayu, cuba menganjurkan Seksualiti Merdeka dan kini menuntut hak tersebut di mahkamah.


Melihat kebangkitan LGBT bukan sahaja mengancam asas kekeluargaan malah mengundang kemurkaan Allah, wartawan Mingguan Malaysia, MOHD. ASRON MUSTAPHA dan NIZAM YATIM menemubual Kaunselor Berdaftar, HUSHIM SALLEH, dari firma Hushim Motivational & Counselling Consultancy (HMCC) yang telah mengendali lebih 1, 000 golongan songsang.


Menurut HUSHIM, kerajaan perlu menangani isu LGBT dengan cepat dan tegas kerana penyakit sosial tersebut telah merebak menjadi barah dalam masyarakat memandangkan pengamalnya terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ahli politik.

Katanya, individu yang terlibat dan mengamalkan budaya songsang ini adalah manusia yang sakit jiwa selain mempunyai perwatakan pelbagai personaliti (split identity) yang sentiasa berubah-ubah serta berpegang kepada prinsip liberalisme.






Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 6 Users voted
0.00% (0)
83.33% (5)
16.67% (1)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2012 01:45 PM | Show all posts
HARAP MOD JANGAN KATUP . SESIAPA BEBAS MEMBERI PENDAPAT
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 01:48 PM | Show all posts
Heran haku . keluar jer thread GAY pasti kena lock oleh pehak Mod ?

Apa kata kaka red , kaka muntz dan kaka Nixar ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 01:50 PM | Show all posts
Selama lama mana MOD Gay nak menjadi pemimpin ?  Insaf laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 01:52 PM | Show all posts
Malaysia Negara ISLAM . Mana boleh mengiktiraf amalan Gay ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 01:54 PM | Show all posts
'Kenapa saya benci tong sampah besar?'
Wartawan Sinar Harian
17 Disember 2012
'Kenapa saya benci tong sampah besar?'
Di sebalik wajah tampan dan gaya menawan, Fariz sentiasa dihantui rasa bersalah atas dosa yang dilakukan.

Hari ini, penyakit sosial melibatkan hubungan sesama jantina sudah menjadi sesuatu yang bukan lagi asing. Begitu pun, di sebalik tabir kehidupan mereka yang terjebak dengan aktiviti songsang, terdapat bermacam cerita yang menjadi titik mula. Beruntunglah mereka yang menyedari khilaf dilakukan seterusnya sempat memohon keampunan Ilahi.

Fariz Saari (bukan nama sebenar), 37, antara insan bertuah ini. Meskipun mengakui seksa mengeluarkan diri dari lembah noda, dia berdoa semoga terus kuat untuk berpaut pada hidayah yang diterima apabila usia kian bertambah.

Mengimbau kisah awal terjebak, Fariz membuka cerita ketika usianya baru 7 tahun. Membesar di pinggir kota sebagai anak bongsu daripada empat beradik, dia menyenangi perhatian diberikan sesiapa sahaja kepadanya.

“Setiap petang, saya bermain dengan kawan di padang bawah flat tempat tinggal dan hubungan kami sejak kecil menjadi cukup rapat,” ujar Fariz.

Dalam kalangan kawan, ada ‘abang’ berusia 13 tahun digelar Abang Mat, yang  suka beri perhatian lebih kepadanya dan bertindak bertindak seolah-olah penjaga kepada Fariz ketika mereka bermain.

Sudah tentu, Fariz senang dan gembira dengan Abang Mat. Hinggalah satu hari, selepas selesai bermain Abang Mat mengajaknya mengikut ke satu tempat.

“Dia bawa saya ke tong sampah besar di kawasan belakang flat. Saiz ketika itu membuatkan kami tenggelam di sebaliknya. Saya terpinga-pinga apabila Abang Mat membuka seluar lalu menyuruh saya melakukan sesuatu sebelum melakukan perkara sama kepada saya. Katanya ini permainan kahwin-kahwin,” cerita Fariz.

Pada usia mentah begitu Fariz yang naif mengikut sahaja kemahuan Abang Mat. Sejak itu, Abang Mat sering mengajaknya bermain kahwin-kahwin. Bagaimanapun, Fariz diberi amaran awal agar tidak pecah rahsia kepada sesiapa tentang hal itu. Kata Abang Mat, permainan itu hanya untuk orang yang istimewa dan terpilih.

Asrama penuh

Ketika berusia 10 tahun, Fariz mengikut keluarga berpindah ke sebuah negeri di selatan kerana ayahnya diarahkan berpindah cawangan kerja. Di tempat baru, Fariz kembali mendapat kawan seusia dan dapat bermain bersama. Lama-kelamaan Fariz semakin melupakan kawan lama termasuk Abang Mat.

“Dalam ramai-ramai tu ada seorang bernama Didi yang berperwatakan lembut. Dia muda setahun daripada saya. Seperti Abang Mat, Didi memberikan perhatian lebih kepada saya,” kata Fariz.

Didi berterus-terang kepada Fariz bahawa dia menyayanginya. Fariz agak keliru dengan keadaan berkenaan namun berasakan tidak salah untuk mereka menjadi lebih rapat. Siapa sangka, ini menjadi picu untuk membuka semula sejarah yang pernah diajarkan Abang Mat kepadanya.

“Satu hari ketika kami sedang bermain dalam biliknya Didi meminta saya melakukan sesuatu yang pernah Abang Mat minta daripada saya. Tanpa berfikir panjang saya mengulangi perkara lama,” ujar Fariz yang mengimbas kisah silam.

Ketika itu, dia masih tidak menyedari apa yang dilakukannya adalah salah dan berdosa. Fikirnya pada usia itu, hanya hubungan perasaan antara lelaki dan perempuan adalah tidak betul dan memalukan namun dia tidak pula tahu batas antara lelaki dengan lelaki.

Masuk tingkatan 1, Fariz yang memperoleh keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) memasuki sekolah berasrama penuh yang menjadi kebanggaan keluarga.

“Rasa macam langit runtuh menghempap kepala apabila belajar Sains dan mengetahui tentang seks yang normal. Barulah saya tahu apa itu homoseksual. Itu pun tak secara sempurna. Apa yang saya tahu, hubungan kelamin antara lelaki dengan lelaki boleh dapat AIDS,” ujar Fariz.

Dendam sampai mati

Meskipun kesal setelah mengetahui apa dilakukannya tidak normal, Fariz tidak dapat menafikan perasaannya yang langsung tidak tertarik pada kaum Hawa. Sebaliknya perasaan ingin mengulangi apa yang dilakukan bersama Didi dan Abang Mat kian membuak-buak.  

“Menjadi perkara biasa untuk tidur bersama atas satu katil di asrama. Satu hari saya memberikan ‘isyarat’ ketika tidur bersama seorang kawan. Tanpa disangka-sangka dia memberikan respons dan kamu boleh agak apa berlaku selepas itu bukan?” kata Fariz sambil merenung wajah penulis.

Namun, Fariz akui dia mengalami perkara paling dahsyat setelah seorang senior tingkatan 4 bertemu dengannya dan meluahkan perasaan tertarik terhadapnya.

“Satu malam, dia melakukan sesuatu yang sangat menyakitkan. Terlalu sakit sampai saya menangis dan rasa nak demam selepas kejadian tersebut. Dia mengambilkan air, panadol dan memujuk saya dengan menyatakan sakit itu hanya sementara,” ujar Fariz.

Sejak itu, hubungan sesama jantina yang dijalani Fariz benar-benar melampaui batasan. Itulah cara hubungan yang diteruskan Fariz sesudah memasuki universiti dan memasuki dunia pekerjaan.

“Saya paling tertarik dengan lelaki yang berperwatakan nerd, memakai cermin mata dan sopan. Jangan terkejut, kebanyakan yang saya approach boleh ‘didapatkan’ dengan mudah.

“Tapi kebanyakan hubungan pasti kandas di tengah jalan. Biasalah, kami sama-sama tahu hubungan begini tidak ke mana. Biasanya akan putus bila pasangan dah temui teman wanita atau mendirikan rumah tangga,” ujar Fariz.

Satu hari, Fariz berasa sangat sunyi. Biasanya selepas putus dengan pasangan, dia akan bertemu orang baru dengan mengunjungi kelab atau tasik yang sudah menjadi ‘port’ bagi orang sepertinya. Tapi pada hari berkenaan, entah mengapa hatinya rasa tak tenteram.

Bunyi azan Maghrib di surau berhampiran rumahnya menambahkan hiba hingga dia tiba-tiba menangis seperti anak kecil mengenangkan diri yang terlalu mengikut hawa nafsu.

“Saya terfikir, walaupun banyak melakukan dosa tapi Tuhan masih memberikan rahmat kepada saya dengan rupa yang tampan dan pekerjaan hebat. Apa perlu saya lakukan cuma bertaubat dan lawan hawa nafsu. Sudah tentu, perkara itu tidak mudah,”ujarnya.

Tetapi menurut Fariz, kini dia sedang berkawan dengan seorang wanita yang dirasakan cukup memahami dirinya. Begitu pun, dia belum tega untuk berterus terang tentang dosa silamnya.

“Terlalu susah untuk melawan nafsu, hanya jiwa yang benar-benar kental dan kembali pada landasan agama dapat selesaikannya.

“Saya tahu saya tak boleh salahkan sesiapa atas dosa yang pernah dilakukan tapi dalam diam-diam saya menyimpan dendam pada Abang Mat, mungkin sampai mati kerana mula-mula mengajar saya tentang perkara hina ini,” ujar Fariz.

Katanya, tidak setakat dendam malah sampai ke hari ini dia sentiasa trauma bila terhidu bau sampah atau melalui kawasan tong sampah besar kerana ia seolah-olah mengimbau semula detik awal dia terjebak melakukan hubungan songsang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2012 01:55 PM | Show all posts
Cegah lah sebelum parah .  Singkirkan lah mana2 Mod yang pro gay
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 01:56 PM | Show all posts
astaga.... ... x habes habes lagi ker...
Another good example of depression due to online forum .... ciannya ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2012 01:59 PM | Show all posts
Depression yang menyebabkan forumer mempunyai split personality ...
Ala ala Smegol.... Good Smegol ... dan Bad Smegol... owh!!!! my preciousssss....
Bersembang ngan diri sundirik...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 02:00 PM | Show all posts
Nasihat Untuk Pondan Dan Bapuk
Posted on 10/09/2012        



Aku kenal golongan ketiga ni (pondan dan bapuk) masa dalam alam persekolahan sekolah menengah. Maklumlah, masa sekolah rendah, sibuk main guli,tepuk terup,main gasing dan macam-macam lagi, sampai tak de masa untuk ambil bahagian untuk tahu pasal golongan ketiga ini. Pada usia remaja ni, kenalah amik tahu pasal ni. Nanti dah besar sikit, boleh bergambar dengan adik pula (adik comel).

Pasal pondon, bapuk dan maknyah ni, aku cukup tak suka. Kenapa aku tak suka? Bukan sukacuka ye. Aku tak suka, sebab dorang ni seolah-olah tidak mensyukuri apa yang telah Allah tetapkan. Kalau korang selami kenapa mereka jadi pondon, macam-macam cerita yang boleh korang dengar. Ada diantaranya cakap, dalam keluarga tak de adik beradik perempuan so dia kena tukar jadi perempuan untuk tolong mak buat kerja rumah.

Apa kejadahnya sampai perlu tukar jadi perempuan? Aku ni ha, adik beradik semuanya hero-hero. Ada Captain America, Shark dan macam-macam lagi. Tapi tak terlintas pun untuk tukar jadi perempuan. Diajar jadi perempuan sejak kecil? Come on, tak kan kau kena pakai baju perempuan, duduk cara perempuan sudah bermakna korang perlu jadi golongan ketiga ni. Jangan ingat bila dah korang buat pembedahan penukaran jantina, semua selesai dan nampak senang. Tidak sama sekali.

Sebab apa aku kata tak senang. Kau ingat jadi perempuan ni best ke. Best kalau korang mampu buat apa yang disuruh dan ganjaran yang besar menanti korang kelak. Tapi kalau korang tak mampu? kan dah menyesal tak sudah. Nanti mulalah nak ngada-ngada nak jadi laki balik. Doktor pun naik pening nak ‘sambung’ macam mana. Sebelum korang pasang niat untuk tukar jantina, baca dulu apa yang perempuan kena lalui ni.

1. Perempuan ada haid.

Wahai pondan dan bapuk sekali alam, korang jangan ingat haid tu benda remeh. Jangan korang ingat setakat keluar darah saja. Korang akan alami gangguan perasaan. Cepat marah dan pening. Bila datang haid ni, paling cepat pun sehari je, tu bagi yang bertuah. Yang kebiasaanya dalam 15 hari. Dah lah cepat marah dan pening-pening, kena pula beli tuala wanita. Bukan murah tuala wanita tu tau tak.

2. Aurat perempuan susah nak jaga.

Sebelum korang jadi perempuan, aurat korang hanya dari pusat ke lutut. Tapi bila dah jadi perempuan, korang hanya boleh bagi nampak muka dan tapak tangan sahaja. Kalau sekarang ni pakai seluar pendek pun dah rasa panas, lupakan jelah niat korang nak jadi perempuan oi.

3. Baju perempuan sangat cerewet.

Kalau laki, senang je. Zip dan butang semuanya dibahagian depan. Korang pernah tengok perempuan punya baju? zip kat belakang, butang kat tepi bunga kat kepala, kan dah naik pening semua tu. Buat susah je la.

4. Perempuan tak boleh tangguh kerja.

Pernah tengok drama melayu? kadang-kadang kalau anak perempuan lambat angkat jemuran, mulalah maknya membebel. Cakap nanti lambat kahwin lah, susah dapat anak lah dan macam-macam lagi. Lepas kena membebel, barulah terhegeh-hegeh si anak buat kerja. Tapi tak bagi lelaki, kalau tangguh sikit buat kerja tu, macam batu,simen berlonggok depan rumah, orang akan cakap ‘rajin orang tu‘.

5. Perempuan kena minta izin.

Kalau korang dah kahwin nanti, korang kena minta suami untuk melakukan apa sahaja yang tidak melanggar syarak. Lelaki perlu ke? kalau ada suami yang minta izin isteri tu boleh dikira sebagai kemanisan rumah tangga, tak pun si suami kena control dengan isteri. Woah!!

Cukuplah 5 point yang aku nak kongsikan kat korang pondan dan bapuk yang tersesat masuk dekat blog aku ni. Nasihat untuk pondan dan bapuk ni sebenarnya bukan untuk golongan ketiga itu sahaja. Tapi untuk kita semua supaya menghargai kaum hawa ni. Bila dah habis baca ni, cuba korang fikir tentang nenek,mak,kakak,adik perempuan korang yang bekorban untuk korang. Semoga mereka semua dilindungi Allah di hari kelak. Amin

P/s : Paham apa yang aku tulis ni? kalau tak paham, tinggalkan komen ye. Entri ini juga mengingatkan aku kepada si dia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 02:00 PM | Show all posts
apa salahnya.... nama pun negara demokrasi

sedangkan org mati pun boleh mengeseks lagi inikan pula wujudnya golongan gay
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 02:01 PM | Show all posts


Smegoolllllllllllllllll @ Anak anak buah abuya.... My Precioussssssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 02:02 PM | Show all posts
Hari2mau posted on 17-12-2012 01:50 PM
Selama lama mana MOD Gay nak menjadi pemimpin ?  Insaf laaaa

Singkirkan mana2 Mod yang pro Gay sekali pun sudah bertukar menjadi betina
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 02:03 PM | Show all posts
   
gambar pondan afrika yang boleh membuatkan hilang selera makan selama seminggu..Posted in pondan afrika
>







)
Last edited by janggutmuda on 17-12-2012 02:06 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 02:08 PM | Show all posts
DTECCONAN posted on 17-12-2012 02:00 PM
apa salahnya.... nama pun negara demokrasi

sedangkan org mati pun boleh mengeseks lagi i ...

Kkra ko mengiktiraf amalan GAY ker ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 02:08 PM | Show all posts

Smegol @ Abuya ... semasa hidup


Urukhai ... @ Abuya selepas mati ...


Ni ler pengikut pengikut Abuya ...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2012 02:08 PM | Show all posts
ini bukan isu semasa dari akhbar harian wahai serban sewel



Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 02:09 PM | Show all posts
bodoh ke ape? artikel bulan 3 nak letak sini. sekali lagi mana2 MN ko bukak thread mcm ni lagi aku caras sampai negatif
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.317886 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list