CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 77070|Reply: 139

MAKANAN TRADISIONAL DARI SETIAP NEGERI.

[Copy link]
Post time 18-12-2012 04:49 AM | Show all posts |Read mode


[img][/img]

  1. Masakan Melayu. Setiap wilayah tradisional Melayu mempunyai makanan khasnya yang tersendiri -Terengganu dan Kelantan terkenal dengan Nasi dagang, Nasi kerabu dan Keropok lekor,Negeri sembilan dengan Gulai lemak cili api, Pahang dan Perak dengan Gulai TempoyakIkan Patin, Kedah dengan Asam laksa dan Gulai nangka, Melaka dengan Asam pedas, Johordengan Mi Bandung, Riau dengan hidangan ikan Patin;Gulai ikan patin dan Asam Pedasikan patin, Melayu Deli di Medan Sumatera Utara terkenal dengan Nasi goreng teri Medandan Gulai Ketam[1] dan Brunei dengan hidangan Ambuyat.

  2. Ciri utama masakan tradisional Melayu ialah penggunaan rempah ratus yang banyak, sertasantan yang penting untuk menghasilkan makanan berlemak dan pekat. Perasa sepertibelacan dan budu adalah penting untuk menambah kesedapan makanan. Belacan juga digunakan sebagai bahan asas bersama-sama dengan cili, bawang dan bawang putih untuk menghasilkan sambal, satu lagi perasa utama dalam hidangan. Masakan Melayu juga banyak menggunakan lengkuas dan serai makan.[2]

  3. Hampir setiap masakan Melayu dihidang bersama dengan nasi, makanan ruji kepada orang Melayu dan juga kebanyakan etnik lain di Asia. Walaupun terdapat banyak jenis makanan dalam masakan Melayu, biasanya semua dihidangkan sekaligus, tanpa turutan sajian seperti dalam budaya Barat. Makanan akan dijamah dengan tertib menggunakan tangan kanan (tangan kiri dikhususkan untuk penyucian diri) dan orang Melayu jarang menggunakan perkakas.[3] Tidak dapat dipastikan bila tradisi masakan Melayu mula wujud, tetapi rekod terawal yang ada adalah dari abad ke-15 apabila Kesultanan Melaka menjadi pusat perdagangan penting di Kepulauan Melayu.[4] Warisan terpenting Melaka dalam tradisi masakan Melayu terhasil dari penglibatan aktifnya dalam perdagangan rempah serta keterbukaannya kepada bahan-bahan dan kaedah masakan yang diperkenalkan oleh orang luar seperti dari Arab, Parsi, China dan India. Melaka juga merupakan pemangkin kepada pembangunan dua budaya masakan yang kaya dan unik hasil dari campuran tradisi Melayu dengan China dan Eropah, yang dikenali sebagai Makanan Baba Nyonya dan Serani. Ratusan tahun sebelum dan selepas zaman Melaka, terdapat juga kumpulan etnik bukan Melayu yang lain seperti Jawa, Bugis dan Minangkabau yang telah diserap atau diasimilasi ke dalam masyarakat Melayu, hasil dari kesamaan agama dan cara hidup, dan telah memberi pengaruh penting dalam masakan Melayu.
Copy the Code
Sumber: Wikipedia.






Jom kita kongsi di sini, makanan-makanan yang jarang-jarang kita jumpa di kedai, tapi makanan tradisi dari mana-mana neferi pun tak apa... Boleh share photo kalau ada, resepi pun ok.. kalau tahu kat mana boleh cari dan dapat makan tu pun lagi bagus..
Moga dapat bantu mana yang ingin tahu seperti saya..
saya dahului dengan terima kasih... selamat berkongsi...




Last edited by manjaredd on 17-12-2012 09:09 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2012 05:00 AM | Show all posts
Salam.. saya mulakan dengan Acar Rempah atau Acar Melaka.
Kalau hari raya haji..kenduri..kira hidangan istimewa dari mak atau nenek saya.
Bahannya byk sayuran, yg utama timun. Rempah2.. nak bagi resepi tak tahu pulak..  
Acar ni bleh di campur daging atau kerang atau udang.. ada juga yg campur ikan..
favourite saya daging dan kerang...

di bwah ni ada photo yg saya dpt kat google.. cam nilah rupanya..

[img][/img]

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 10:07 AM | Show all posts


nasi kerabu kelantan..kalo kat kelantan mmg pagi2 makan nasi kerabu, nasi dagang atau nasi berlauk..jarang la ade kedai jual nasi lemak atau roti canai
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 10:10 AM | Show all posts




buah tanjung dan jala mas- kelantan..rasanya manis, salu ade kat kenduri kawen utk makan beradab raja sehari Last edited by CintaPink on 18-12-2012 05:09 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 10:11 AM | Show all posts


etak salai...kalo balik kampung wajib makan..haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 11:32 AM | Show all posts
CintaPink posted on 18-12-2012 10:11 AM
etak salai...kalo balik kampung wajib makan..haha

unik,ape ni?tumbuh-tumbuhan?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2012 11:45 AM | Show all posts
tintin22 posted on 18-12-2012 11:32 AM
unik,ape ni?tumbuh-tumbuhan?

bkn laa..etak tu sejenis binatang..spesis kerang, lala, kepah dan sepupu sepapat dgnnya..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 11:50 AM | Show all posts
CintaPink posted on 18-12-2012 11:45 AM
bkn laa..etak tu sejenis binatang..spesis kerang, lala, kepah dan sepupu sepapat dgnnya..

oooo,kerang-kerangan hehehe
thank u

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2012 11:55 AM | Show all posts
CintaPink posted on 18-12-2012 10:11 AM
etak salai...kalo balik kampung wajib makan..haha

1st time makan waktu gi kelantan last year.
sedap. mcm snack je.

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 11:57 AM | Show all posts
rolypoly posted on 18-12-2012 11:55 AM
1st time makan waktu gi kelantan last year.
sedap. mcm snack je.

hehehe..rasa dia masin..sbb salai taruk garam dan serai
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 03:05 PM | Show all posts
mamajiah teringin nak makan jala mas ngan tahi itik tu...
nampak cam sedap sesangat...
tapi bila mengenangkan punyala byk telur dalm resepi dia...
ngeri plak nak makan..tak hanyir ke????????
sorrylah...mamajiah nak tanya je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2012 04:37 PM | Show all posts
CintaPink posted on 18-12-2012 02:07 AM
nasi kerabu kelantan..kalo kat kelantan mmg pagi2 makan nasi kerabu, nasi dagang atau nasi berla ...

wow,,,
kalau di kelantan sarapan pagi memang biasa dengan portion yg byk...kan..?
saya suka makan nasi berlauk ikan gulai..dulu masa mula2 duk kelantan igtkan nasi lemak !
logiknya mengapa org kelantan mengambil sarapan yg begitu.. sebab, majoriti yg berkerja sebagai nelayan..
pagi2 dah turun ke laut, dibekalkan makanan yg dimasak se awal pagi oleh si isteri..selebihnya dibuat sarapan anak2..
mereka dah besar, dah biasa dengan cara makan sebegitu..maka menjadi kebiasaan rata-rata penduduk...
betul tak org kelantan?? kalau salah minta maaf ye...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2012 04:39 PM | Show all posts
CintaPink posted on 18-12-2012 02:11 AM
etak salai...kalo balik kampung wajib makan..haha

yg ni saya tak pernah makan...
etak ni ada tak kat negeri lain? kalau negeri lain di panggil apa ye..?
mcm best nak kena try ni... Last edited by manjaredd on 18-12-2012 08:41 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2012 04:43 PM | Show all posts
mamajiah posted on 18-12-2012 07:05 AM
mamajiah teringin nak makan jala mas ngan tahi itik tu...
nampak cam sedap sesangat...
tapi bila m ...

saya dah pernah makan.. manis!
sebab tu lah mek2 kelate ni manih-manih comey comey deh?
mamajiah asal mana? kongsilah..makanan tradisi famili mamajiah yg best..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 04:45 PM | Show all posts
manjaredd posted on 18-12-2012 04:37 PM
wow,,,
kalau di kelantan sarapan pagi memang biasa dengan portion yg byk...kan..?
s ...

ntah laa..xtau plak kat kelantan ramai nelayan..rasenye org dulu2 kat kelantan ramai jadi petani kot..haha..ntah la..sbb mase sy lahir je, tau2 abah sy engineer..atok nenek petani..tanam jagung, kacang..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 04:46 PM | Show all posts
manjaredd posted on 18-12-2012 04:39 PM
yg ni saya tak pernah makan...
etak ni ada tak kat negeri lain? kalau negeri lain di  ...

xtau la ade ke x kat negeri lain..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2012 04:50 PM | Show all posts
CintaPink posted on 18-12-2012 08:45 AM
ntah laa..xtau plak kat kelantan ramai nelayan..rasenye org dulu2 kat kelantan ramai jadi petani k ...

oh, thanks for the info.
kawan saya masa di kelantan yg cerita macam tu..
tapi makanan kelantan byk kan yg unik dan sedap..??
share lah lagi nanti boleh cari dan rasa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 04:52 PM | Show all posts
manjaredd posted on 18-12-2012 04:43 PM
saya dah pernah makan.. manis!
sebab tu lah mek2 kelate ni manih-manih comey comey deh?
mamaj ...

mamajiah org selangor...dah nak sempadan negeri sembilan...
family mamajiah makan tak memilih..anak2 bujang 5 org tu pun camtu gak..
tapi mesti ada sambal cili api...
meh mamajiah bagi resepi...
segenggam cili api
segenggam ikan bilis
3 biji bwg besar merah..
blender semua dan goreng sampai garing dan agak2 hangus2 sket...
api kena perlahanla..
last tu masuk sket je (secubit) asam keping..garam sket sbb ikan bilis dah masin..
sedap wo..makan ngan roti ke..ngan nasi panas ke..
kalau mamajiah bawak g office...semangkuk besar...habis..ikan bilis tu lebihkan pun sedap...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 04:58 PM | Show all posts
Jika tiba-tiba teringin hendak menikmati makanan yang unik dan berbeza rasanya, negeri Kelantan merupakan destinasi yang harus dikunjungi. Jangan pula hairan, kerana keunikan itu juga menyebabkan ada mereka yang sanggup memandu berjam-jam lamanya hanya semata-mata untuk menikmati juadah di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Negeri di Pantai Timur ini mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina, India dan masyarakat Thailand berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada 'hidangan Malaysia' sekaligus menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar.




Anda mungkin tertawa tatkala mendengar nama kuih seperti Tahi Itik, Kuih Kartun, Badak Berendam, Abang Balik Gelisah, Che Abang Guling, Lompat Tikam, Lidah Buaya dan macam-macam lagi nama yang diberi. Namun, di sebalik nama yang pelik itu, rasanya amatlah lemak dan manis sekali. Begitu juga dengan hidangan Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Nasi Tumpang, Laksam atau Solok Lada yang sinonim dengan Kelantan sehingga membuat anda terkenang-kenang keenakan makanan itu. Memang benar bak nyanyian pelakon dan pelawak Jalil Hamid: "makanan pelik-pelik, tahi minyak tahi itik," yang pelik dan unik itulah bagaikan magnet yang menarik orang ramai ke negeri ini.



  
Kuih Akok


Ayam Percik


Budu


Rojak Buah-Buahan



Etak




Nasi Kerabu



Sambal Daging



Ketupat Sotong



Laksam


Cendol Pulut Tapai



Kuih Lompat Tikam



Nasi Tumpang



Pulut Bakar



Kuih Cara Berlauk



Serabei  


Tepung Pelita




Butir Nangka

~~~~~~KELANTAN MARI~~~~~~

credit - nasronhashim.blogspot.com


Last edited by CintaPink on 18-12-2012 05:05 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2012 04:58 PM | Show all posts
mamajiah posted on 18-12-2012 08:52 AM
mamajiah org selangor...dah nak sempadan negeri sembilan...
family mamajiah makan tak memilih..an ...

hmm...nyumm nyummm...
bunyi pun cam sedap...!
thanks for the recipe... mamajiah.. boleh cuba buat ni.....!


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.092068 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list