CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kikuri

AKU CINTA KAMU {U}

[Copy link]
 Author| Post time 5-4-2013 10:50 AM | Show all posts
BAB 64

TERJERIT – JERIT Haidar dibelakang Dahlia. Dahlia tidak mempedulikan jeritan nyaring Haidar. Dia meneruskan kayuhannya dengan laju. Agak janggal situasi itu. perempuan mengayuh basikal manakala lelaki duduk dibelakang dan terjerit – jerit.

“Perlahan la Dahlia. Kalau jatuh macam mana. Berparut nanti.” Bebel Haidar. Gayat dia dengan cara kayuhan Dahlia yang laju itu.

“Tak jatuhlah. Saya dah biasa. Selalunya saya buat aksi willy.” Kata Dahlia sambil ketawa.

“Awak jangan nak mengada – ngada. Tertonggeng saya nanti.”

“Jangan risaulah. Tak jatuh punya.” Kayuhan Dahlia melaju. Haidar membebel – bebel. Tiba – tiba Dahlia membrek basikalnya. Haidar terdorong kehadapan. Mereka hampir jatuh. Mujur Haidar sempat menahan dengan kakinya.

“Kan dah cakap, jangan laju sangat nasib baik tak jatuh.” Bebel Haidar. Dahlia diam. Dadanya turun naik. Haidar pelik. Dia bangun dari tempat duduk belakang. Melihat seorang lelaki sedang menghalang jalan mereka. Renungannya tajam.

“Hai Dahlia. Lama kita tak jumpa. Rindu betul aku dekat kau.” Tegur lelaki itu.

Haidar hanya memerhatikan sahaja. Raut wajah Dahlia pucat. Tangan Dahlia tidak lepas dari pemegang basikal. Kakinya mengigil. Teringat kelakuan tidak senonoh Adam terhadapnya.

“Kau nak apa Adam. Tak cukup apa yang kau dah buat dekat aku.” Suara Dahlia bergetar.

Adam? Jadi lelaki inilah yang cuba memperkosa Dahlia beberapa hari sebelum perkahwinan mereka.

Adam tersenyum sinis. “Apa aku dah buat?”

“Kau cuba rogol aku. Takkan kau tak ingat?”

“Haa...sayang sungguh waktu tu. Aku terlepaskan kau. Rugi sungguh.” Tidak bersalah sahaja Adam. Dia menghampiri Dahlia.

“Jangan dekat. Aku benci kau.” Dahlia memberikan arahan. Langkah Adam terhenti. Kedua – dua tangannya diangkat.

“Tapi aku sayang kau Dahlia. Seribu kali kau benci aku, berjuta kali aku sayangkan kau.” Kata Adam seperti lelaki saiko sahaja.

“Seronok ke kahwin dengan maknyah ni?” tanya Adam. Dia melihat Haidar atas dan bawah. Kata – kata Adam membuatkan Haidar geram.

“Mulut kau jaga sikit.” Tiada suara kepit Haidar.

Adam ketawa. “Suara jantan. Machonya. Tapi kau ingat aku takut ke?” Adam terus ketawa. Seperti orang gila sahaja lagaknya.

Adam menghampiri mereka. Dia berjalan mengelilingi Dahlia sambil memandang sinis kearah Haidar.

“Apa yang istimewa maknyah ni pada kau Dahlia. Apa yang boleh dia buat dekat kau Dahlia. Mesti kau merana kan sebab kahwin dengan dia ni. Kau dapat tak nafkah batin? Kenapa sampai sekarang kau tak mengandung? Entah – entah belalai tu dah takde” Sinis Adam bertanya. Wajahnya dirapatkan kemuka Dahlia. Dahlia melarikan mukanya.

Haidar menolak Adam kasar. Pandangan Adam tajam merenung Haidar. Haidar tidak gentar. Dia perlu melindungi Dahlia.

“Kau jangan nak tunjuk hebat dekat sini. Sekali aku tumbuk bersepai muka bapuk kau tu.” Adam terus menerus menghina Haidar.

“Cukup Adam. Tinggalkan kami berdua. Aku tak repot polis masa kau nak rogol aku pun dah cukup baik. Kau jangan ganggu aku dengan suami aku.” Dahlia separuh menjerit.

“Apa kau cakap tadi? Suami? Siapa suami kau. Mana aku tak nampak pun lelaki lain selain aku. Oh, ini ke suami kau. Kenapa lembik semacam je. Betul ke ni lelaki.” Adam mengejek Haidar. Hati Haidar sudah panas.

“Sekali lagi kau hina aku dengan Dahlia, aku terajang kau.”

Adam ketawa mendengar kata – kata Haidar.

“Takutnya...” dia ketawa.

“Tolong...tolong....ada pondan nak belasah aku. Tolong...” Adam membuat aksi seperti meminta tolong. Kemudian dia ketawa lagi.

“Kau ni dah gila Adam.” Jerkah Dahlia

“Memang aku dah gila. Aku gila disebabkan kau. Kau yang buatkan aku gila.” Jerit Adam pada Dahlia.

Dahlia memerhatikan sekeliling. Tiada seorang pun manusia yang berada disitu. Kemana pulak semua orang pergi?

Haidar mencekak kolar baju Adam. Adam menolak Haidar. Haidar jatuh terduduk. Dahlia melepaskan basikalnya dan meluru kearah Haidar.

“Tengok, sekali tolak je dah jatuh. Ada hati nak belasah aku. Itu belum aku sepak lagi, agaknya masuk icu terus.”

Haidar bingkas bangun nak menerpa kearah Adam. Mereka berdua berguling jatuh keatas jalan. Haidar cuba menumbuk Adam tetapi dia dahulu ditumbuk Adam.

Haidar mengerang kesakitan.

“Adam, sudah. Lepaskan Haidar.” jerit Dahlia. Cemas melihat situasi itu. Matanya tertangkap sebatang kayu diatas rumput. Terus sahaja Dahlia mencapai kayu itu dan mengunjukkan kepada Adam.

“Baik kau pergi dari sini. Kalau tak aku belasah kau.”

Adam merenung Dahlia. Kemudian dia tersenyum.

“Okey. Aku berambus. Tapi ingat Dahlia. Aku tak akan putus asa. Kau milik aku.” Sebelum berlalu sempat Adam menyepak kaki Haidar.

“Berambus Adam.” Jerit Dahlia sambil mengangkat kayu. Bersedia jika Adam menyakiti Haidar lagi.

“Ingat Dahlia, suatu hari nanti kau akan aku dapatkan jugak. Walau apa cara sekalipun.” Adam meludah ketanah.

Dahlia memerhatikan kelibat Adam hingga hilang dari pandangan. Kayu dicampakkan. Dia menerpa kearah Haidar.

“Haidar, awak okey.” Dahlia membantu Haidar bangun. Dia membelek muka Haidar. Bibir Haidar pecah. Dahlia mengelap darah Haidar dengan lengan bajunya yang panjang.

“Saya okey. Jangan risau. Jom balik.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2013 10:50 AM | Show all posts
BAB 65

PAK SAMAD melihat kepulangan Haidar dan Dahlia dari pangkin dibawah pokok jambu. Seperti tadi Haidar masih membonceng dibelakang Dahlia.

“Sekejap je berjalan. Kata nak ambil angin.” Tegur Pak Samad.

Dahlia diam. Haidar bangun dari tempat duduk belakang. Pak Samad dapat melihat bibir Haidar yang berdarah dan bengkak.

“Kamu kenapa Haidar. Dahlia tumbuk kamu ke?” tanya Pak Samad cemas.

“Bukanlah Paklong.”Dahlia menafikan.

“Dah tu kenapa sampai berdarah muka tu?”

“Jatuh basikal Paklong.” Jawab Haidar bila melihat Dahlia terkebil – kebil.

“Jatuh basikal. Kamu biar betul. Takkan sampai macam tu sekali?”

“Betul Paklong. Saya nak cuba bawa basikal tadi. Lama tak bawa. Entah macam mana terlanggar batu. Tu yang bibir ni terkena dekat handle basikal. Berdarahlah.” Haidar berbohong. Tidak mahu menceritakan yang dia ditumbuk Adam. Seperti kata Dahlia, Pak Samad sangat menyayangi Adam.

“Kalau dah gitu tak apalah. Lain kali hati – hati. Dahlia pergi sapu ubat.” Arah Pak Samad.

Dahlia mengangguk. Mereka berdua masuk kerumah.

Haidar duduk di sofa. Dia memejamkan matanya. Bibirnya terasa pedih. Celaka kau Adam. Habis muka aku.

“Awak..”

Haidar membuka mata. Kelihatan Dahlia sedang tersengih sambil memegang besen air suam dan minyak gamat.

Dahlia duduk disebelah Haidar. Muka Haidar dibelek – belek Dahlia. Dahlia memerah kain dari besen air suam. Luka Haidar dibersihkan.

“Aduh..” Haidar mengaduh.

“Sakit ke? Sikit je ni.”

“Sakitlah. Awak ingat sedap ke?”

Dahlia mencebik. Tak padan dengan sakit, garang semacam je. Dahlia meneruskan menyapu luka dibibir Haidar.

“Saya minta maaf awak.” Perlahan sahaja suara Dahlia.

“Kenapa?”

“Pasal Adam tumbuk awak. Saya tak sangka boleh terserempak dengan dia.”

“Tu bukan terserempak tu. Tu macam dia memang dah plan. Boleh duduk tengah – tengah jalan. Nampak sangat dia tengah stalk awak.”

Dari gaya Adam, Haidar sudah tahu Adam memang memerhatikan mereka. Cara Adam menghalan laluan mereka buka kebetulan. Maknanya Dahlia tidak selamat dikampung.

“Yeke? Takutlah.” Dahlia sudah berasa seriau. Teringat perbuatan Adam dulu. Takkan dimaafkan apa yang Adam lakukan padanya.

“Tak payah takutlah. Saya ada.” Haidar menepuk – nepuk dadanya.

Dahlia ketawa.

“Tadi tu kena sikit pun dah jatuh.”

“Tadi tu saya tak standby. Lain kali saya standby siap – siap. Walau apapun yang jadi saya akan lindungi awak. Awak isteri saya. Dah jadi tanggungjawab saya untuk melindungi awak.” Ikhlas kata – kata Haidar.

Dahlia terharu.

Tangan Haidar dicapai dan dikucup.

“Terima kasih.”

Haidar terpaku. Dahlia tersedar dari perbuatan spontannya. Cepat – cepat dia mengemas kapas – kapas yang berterabur. Dia bingkas bangun dan menuju kedapur bagai lipas kudung meningalkan Haidar yang masih  terkebil – kebil.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 10:51 AM | Show all posts
sambung...sambung...sambung......
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 11:08 AM | Show all posts
kikuri posted on 5-4-2013 10:51 AM
sambung...sambung...sambung......

sambung banyak-banyak lagi lah awak , lama dah tunggu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 11:19 AM | Show all posts
Terimakasih sebab sambung tapi tak puas
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 11:22 AM | Show all posts
mesti lepas ni haidar ikut kelas silat ke tekwando ke judo ke silambam ke...
boleh standby bila2 masa tuk dahlia...
heheheheheh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2013 11:32 AM | Show all posts
tq kikuri....tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sikit sangat smbgnnya....x puas nk baca...harap ada smbgn lagi lps nih yeeeee..........
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 11:42 AM | Show all posts
go go kikuri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2013 01:52 PM | Show all posts
suria74 posted on 5-4-2013 11:32 AM
tq kikuri....tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sikit sangat smbgnnya....x puas nk baca...harap ada smbgn  ...

Saya setuju...nak lagiiiii dan lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 08:43 AM | Show all posts
kikuri where are youuuu?? hehehe... tak sabo nak tau sambungannye ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 10:53 AM | Show all posts
Ingat ada sambungan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 07:25 PM | Show all posts
nak sambungan.....
memang hobi si adam tu ek meludah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 01:30 PM | Show all posts
Bila nak sambung ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 02:09 PM | Show all posts

ingat ade sambungan huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
btahun tunggu tt update..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 09:12 AM | Show all posts
kikuri posted on 5-4-2013 10:51 AM
sambung...sambung...sambung......

mana sambungannya....
tak sabar nak tunggu kelas biologi Haidar nie....
wpun tak bercinta tp hubungan Dahlia dan Haidar nie sweet je....
suka... suka.... sukaa

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2013 03:27 PM | Show all posts
uols...sorry lambat sambung...iols bizi plus pc iols rosak...iols save citer ni dlm pc....baru dpt pc...bolehlah iols sambung sorry sangat2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2013 03:28 PM | Show all posts
BAB 66

HAIDAR berdiri tegak sambil merenung Dahlia yang sedap – sedap sahaja berbaring diatas katil.

“Saya nak tidur mana?” tanya Haidar.

Dahlia merenung Haidar. Lupa pula dia tempat tidur Haidar. Dahlia bangun dan keluar dari bilik. Seketika dia masuk sambil membawa sehelai tilam nipis.

“Awak tidur atas toto ni.” Dahlia membentangkan toto diatas lantai. Dia mengambil bantal dan menyusunnya untuk Haidar. Dia mengeluarkan selimut bercorak Hello Kitty dari dalam almari.

“Saya tidur atas toto ni? Oh jadi inilah toto. Macam comforter aje.”

“Haah, awak tidur je atas toto. Katil saya kecik je. Mana muat dua orang tidur sekali.”

Dahlia berbaring diatas katil sambil tersenyum nakal kearah Haidar. Selama ni kau tidur atas tilam sedap, sekarang ni rasalah macam mana hidup dekat kampung.

“Tak boleh, tak boleh.” Haidar menarik tangan Dahlia.

“Hey, apa main tarik – tarik ni?” Dahlia merentap tangannya.

“Awak yang kena tidur atas toto ni. Saya ni tetamu. Mana boleh biarkan tetamu tidur bawah.”

“Ini bilik saya. Sukahati sayalah nak tidur mana.” Dahlia menjelirkan lidahnya. Dia menyelimutkan seluruh tubuhnya.

Haidar geram. Dia menarik selimut Dahlia.

“Saya tak kira. Saya nak tidur atas katil. Saya tak biasa tidur atas tilam nipis macam ni. Kalau belakang saya sakit macam mana?”

“Itu awak punya pasallah. Saya nak tidur atas katil jugak.” Dahlia berdegil. Dia menarik kembali selimutnya menutupi seluruh badannya.

Bertambah geram Haidar. Dengan tak semena – mena dia turut berbaring disebelah Dahlia sambil menolak – nolak tubuh Dahlia.

“Apa ni. Sempitlah.” Dahlia menolak tubuh kurus Haidar. Tidak sangka Haidar sudah baring sebelahnya.

“Saya tak kira. Saya nak tidur atas katil. Sempit pun sempitlah.” Haidar merapatkan tubuhnya dengan Dahlia. Dahlia sudah tertolak kedinding. Mujurlah sebelahnya dinding. Kalau dah sudah tergolek kebawah. Katilnya itu cuma katil single sahaja. Berkeriut bunyi katil besi yang sudah tua itu.

“Okey. Kita tengok siapa yang mengalah.” Dahlia juga tidak mahu kalah.

“Okey.” Haidar mencapai selimut Hello Kitty dibawah. Tetap tidak mahu turun dari katil.

Suasana sepi. Dada Dahlia berdegup kencang. Serasanya tidak pernah terasa dia serapat ini dengan Haidar. Dahlia tidur mengiring. Terasa tubuh Haidar dibelakangnya. Hangat. Dia menoleh sedikit kebelakang.

“Apa tengok – tengok. Tidurlah. Tak payah segan – segan. Sama – sama perempuan apa nak kisah.”

Dahlia mencebik. Benci betul bila Haidar bercakap seperti itu.

“Awak lelaki.” Sempat lagi Dahlia membidas.

Haidar tersenyum nakal.

“Awak tak takut ke rapat – rapat dengan saya macam ni?” Haidar mengusik Dahlia.

Dahlia cemas tetapi tidak mahu mengalah.

“Apa nak takut. Kalau awak buat bukan – bukan saya jeritlah.”

“Jeritlah kalau awak berani. Tak malu ke Paklong dengar.” Haidar semakin merapatkan badannya.

Dahlia bangun dia menolak badan Haidar dengan kuat. Haidar hampir terjatuh dari katil. Sempat dia mencapai tangan Dahlia. Akhirnya kedua – dua  mereka jatuh berguling dibawah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2013 03:28 PM | Show all posts
Sementara itu dibilik Pak Samad.

“Awak nak kemana?” tegur Mak Kalsom bila melihat Pak Samad mahu keluar bilik.

“Nak tengok budak dua orang tu buat apa. Bising sangat.”

Mak Kalsom tersenyum.

“Biasalah bang, orang baru kahwin. Takkan abang tak faham – faham.”

Pak Samad terdiam. Kemudian tersengih penuh makna.

“Lupa pulak saya. Tapi bising sangat. Macam ada yang jatuh je.”

“Biarlah bang. Jangan disibuk hal budak – budak tu. Diaorang dah kahwin.”

Pak Samad menggaru – garu kepalanya. Tidak jadi mahu keluar. Dia baring diatas katil mahu menyambung tidurnya yang terganggu akibat bunyi berdentum dari bilik Dahlia tadi.

“Sakitlah.” Dahlia menggosok – gosok pinggangnya.

Haidar turut menggosok belakang badannya yang terhempas kuat. Nasib baik lah lantai kayu. Kalau batu tadi, patah tulang belakangnya.

“Awak ni ganaslah.” Haidar menarik rambut Dahlia perlahan.

Dahlia menampar tangan Haidar. “Awak tu suka mengarut bukan – bukan.”

“Kalau tadi awak mengalah tak adalah jadi macam ni.”

Dahlia mencebik.

“Awak tu yang patutnya mengalah. Awak kan lelaki.”

“Saya ni kira tetamu. Awak patutnya hormatkan tetamu.”

“Ah tak kira”. Dahlia bingkas bangun. Kelam kabut mereka berdua naik katil. Berkeriut besi katil bila dinaiki mereka berdua serentak dengan kasar. Bertolak – tolakkan mereka berdua. Bunyi katil yang bising kedegaran hingga ke dalam bilik Pak Samad.

Pak Samad hanya tersenyum penuh makna.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2013 03:29 PM | Show all posts
BAB 67

DAHLIA membuka matanya. Bunyi dari alarm telefon bimbitnya mengejutkan dia dari tidur yang lena.

Dia mencari – cari telefon bimbit yang sayup sahaja bunyinya. Dia mahu bangun tetapi terhenti kerana terasa berat di pinggangnya. Dia meraba – raba pinggangnya. Kemudian terus tersentap.

Rupanya tangan Haidar sudah melingkar dipinggangnya. Manakala kaki Haidar sudah memeluk kakinya. Seperti bantal guling sahaja. Dahlia tidak jadi mahu bangun. Pipinya terasa panas.

Terasa nafas Haidar hangat dilehernya. Berdegup – degup bunyi jantungnya. Terdengar bunyi pinggan mangkuk berlaga didapur. Maknanya Maklong sudah bangun. Dia mahu bangun mandi dan solat subuh.

Perlahan tangan Haidar diangkat. Tetapi Haidar mengemaskan lagi pelukannya. Dahlia lemas.

“Awak...” bisik Dahlia. Mencuit – cuit tangan Haidar. Tetapi Haidar tidak berkutik sedikit pun.

Dahlia geram. Dia mencuba lagi mengangkat lengan Haidar yang melingkar dipinggangnya. Berjaya. Perlahan Dahlia bangun. Bunyi katil yang berkeriut sedikit pun tidak menganggu lena Haidar.

Dahlia mencapai tuala dan keluar dari bilik. Haidar dibiarkan tidur sedikit lagi. Sebaik sahaja pintu ditutup, Haidar membuka matanya. Dia tersenyum. Bukan dia tidak sedar, dia sedar. Sengaja dia mahu mengusik Dahlia. Entah kenapa hatinya bagaikan berbunga – bunga. Sudah jatuh cintakah dia?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.485850 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list