CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: theflash

[P'LAMAN SBNR]Misteri PENAMPAKKAN Tokong Siam depan Rumah oleh THEFLASH

  [Copy link]
Post time 5-1-2013 06:29 AM | Show all posts
theflash posted on 4-1-2013 09:42 AM
kejadian malam Jumaat

kol 6pg aku bace cite ko dr mule..haha

gua pon ex izzudin bro..ali tu umo bape?

mane tau kot2 knl..hehe

tp asal aku xhebat cm ali


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2013 08:32 AM | Show all posts
Dulu kalau ada belalang besar tu(kami panggil belalang kunyit), kami tangkap suruh mak goreng. lepas goreng masingmasing tak mau makan pulak. tak lalu. hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 09:21 AM | Show all posts
sakitleher posted on 4-1-2013 09:46 PM
Ye ke?  Aku xpernah tau pun selame ni..aku troma le kalu tidor tutup lampu selepas satu k ...

ni aku copi dari goggle

Para saintis mendapati bahawa tubuh perlu suasana gelap dalam menghasilkan bahan kimia Pelawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu toilet, begadang, bepergian melintas zon masa, lampu-lampu jalanan boleh menghentikan pengeluaran zat melatonin.
Justify Full
Tubuh memerlukan zat kimia untuk mengelakkan kerosakan DNA dan ketiadaan zat melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan "Sekali Anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit. Otak anda akan mengesan bahawa lampu menyala seharian dan pengeluaran zat melatonin menurun ".


Jumlah anak-anak penghidap leukimia naik menjadi dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda di bawah 15 tahun didiagnosa menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.


Sebuah persidangan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa orang menderita kanser akibat terlalu lama memakai lampu waktu tidur dimalam hari dibanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.


Hal ini menekan produksi melatonin dimana normalnya terjadi antara jam 9 malam s / d jam 8 pagi. Penyelidikan terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shift yang mempunyai risiko terkena kanser payudara.


Pada kenyataannya, Orang-orang yang buta tidak rentan terhadap melatonin mempunyai risiko yang lebih rendah mengidap kanser. Maka para orang tua disarankan utk menggunakan bola lampu yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.                                               



haaaaaaaa
kejadian apeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 09:23 AM | Show all posts
asher posted on 4-1-2013 11:01 PM
gila baban sihir yg org tu anto..angker giler..aku rasa kalo siam gan org asli nie memang sihir dah  ...

dah itu amalan hdup dorg

penah dulu jalan2 nak ke lubuk merbau kedah

tepi2 jalan

siap ada sign board dorg pacak

"bOMOH SIAM"

dekat dua tiga bijik aku nampak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 09:26 AM | Show all posts
Loloq89 posted on 5-1-2013 06:29 AM
kol 6pg aku bace cite ko dr mule..haha

gua pon ex izzudin bro..ali tu umo bape?

hahaha lu sekolah main2 kot

umur die time tu tahun 2004 dah 24.

super super senior ko kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 09:27 AM | Show all posts
oni313 posted on 5-1-2013 05:02 AM
kebetulan dia baru selesai berkhalwat di dalam mesjid membaca qURAN.

haisshh...ko ni, aku ingatka ...

hahaha saje je aku gune istilah cmtu

kalau bace kitab lame2 mengasingkan diri di panggil khalwat. hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-1-2013 09:29 AM | Show all posts
mulutcomel posted on 4-1-2013 11:55 PM
seram dohhh... ak tak leh byg kan.. ko punye cite ni leh buat movie kot{:laug ...

buleh ke buat?
nanti kene potong dgn LPF.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 09:30 AM | Show all posts
bulanbulat posted on 5-1-2013 08:32 AM
Dulu kalau ada belalang besar tu(kami panggil belalang kunyit), kami tangkap suruh mak goreng. lepas ...

org cakap
kalau belalang pelesit

mata merah
dan lain macam sket belalang nya.
dan
kalau kepak kepala dia ada sebutir nasi dan sehelai rambut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2013 09:50 AM | Show all posts
theflash posted on 5-1-2013 09:26 AM
hahaha lu sekolah main2 kot

umur die time tu tahun 2004 dah 24.

aah la..super senior..

time 2004 tu aku bru form 3 la...hehe

ko dok kg mane bro? hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 10:05 AM | Show all posts
kejadian semasa hujan lebat

nota kaki- kalau sesiapa yg follow kisah saya ini. mesti perasan kan..HUJAN je. ye. masa ni musim tngkujuh macam sekarang.
org cakap. musim2 hujan musim membuat org. Wallahualam


kejadian ini berlaku semasa aku balik cuti emergency.
sebab asrama aku tiba tiba kene di kosongkan.
sebab penyakit SCABIES. ( ala2 kurap.kayap)
sapa duduk asrama tau la menatang ni. hahahahaha
jadinya. Hospital Ipoh Arah .. asrama TUTUP!!
bagi org lain. yeayy! holiday.

tapi bukan bagi aku....

kejadian ini berlaku selepas IZ datang. seminggu selepas kami sekeluarga elok. ( cerita sebelum ni .ingt tak?)
ini beberpa minggu lepas IZ datang mngubat....

ketika itu. kami sekeluarga ada di rumah.
aku smpai di Umah agak senja. bapak sempat membeli satey Wak Teni ( fames wooo kat teluk intan. promote.haha)

smpai je aku terus mandi. semayang dan makan.
akak ketika itu ok.
kami sekeluarga ok ketika itu.
bergelak ketawa seperti dulu2.

malam tu
aku rasa cam best je. aku pun keluar la nk g kedai hujung simpang. jumpe ali dan rakan2.
tapi hatiku remuk redam.
warung pakcik ni tutup! anak die kawen esok!
lar.. kecewa.
itu la satu satunya tempat melepak kami di kampung.

jadi aku pun gerak ke rumah ali.kebetulan. ramai2 la budak2 lepas situ.
( sebab bapak ali ad table pingpong. jadi dorg dtg ramai2 main. dgn aku skali main)

jam 10 malam. aku rasa cm penat la sebab naik bus turun bus. so aku pun bergerak balik
buat pengetahuan pembaca. aku naik BASIKAL time ni.
alasan aku sebab nak exersice konon. padahal. moto bapak aku anta repair.hahaha

semasa aku balik.. aku dpt rasa di perhatikan
aku dah laaaaaaaaaama sangt tak rasa macam tu.

"ah sudah.. ape yang nak jadi" kata aku di dalam hati.
aku berkayuh dngn kelajuan yang sedikit laju.
hati mula rasa tak sedap.

tiba tiba!!

aaaaaargrghhhhhhh! aku menjerit!
menjerit kerana terkejut melihat BIAWAK sebesar peha orang dewasa melintas d depan aku!
basikal aku dilengkapi lampu yang agak terang
jadi aku memg nampak. memg itu biawak!

zassssss. biawak itu masuk ke dalam semak!

aku hmpir terbabas masuk semak jugak.
paham2 je la .basikal tua. handle tak power stering.
berpeluh aku sekejap.

"apa yang nak jadi ni!"

aku bukan la nak percaya dgn kepercayaan karut. tapi. org tua2 cakap. kalau ular. biawak melintas tgh jalan. ALAMATNYA TAK BAIK

aku meneruskn kayuhan. tiba2 aku terpikir. sepanjang aku membaca dan menonton Discovery Chaneel. tak penah aku tgk biawak air ni aktif waktu malam. entah la. aku yg tak perasan or what.

sampai di rumah..
sunyi. bru jam 10. dorg tak tgk Drama ke? tanya aku dalam hati.

aku paking basikal. belakang rumah. sebab situ tmpat paking basikal.

naik ikut pintu depan. basuh kaki dulu..

aku naik naik.

TERKEJUT AKU!!!!!! SANGAT TERKEJUT!!!!!!!

MAK! BAPAK DAN KAKAK!!

MASING2 TERBARING!!

MATA MEREKA TERJEGIL!
MULUT KAKAK SEPERTI BEBUIH! ( kakak takde sawan)

dan mak MATANYA TERJEGIL ( mata macam mata UNDERTAKER wrestling tu ha. Putih jeeeeee~!)
sambil mcm kene renjatan elektrik!!

ah sudah!!

aku terus capai telefon rumah!

"ali! datang umah aku! cepat!!"

"haaaaa! ok!" pendek dan ringkas jawapan ali!!!

aku cube meyedarkan2 keluarga aku. aku renjis air. tak jadi ape.2
bapak pula dari mata terbeliak. sekarang dia pengsan. tpi masih bernafas

sedang aku cuba mengoncang2 tubuh kakak..

bahu kiri aku semacam ade bende melekit.menitik2 dari atas syiling..

aku pegang dan cium cecair itu.. HANCING. dan BUSUK. ( seakan2 bau ikan busuk) Hanyir.

makin lama. makin banyak titisan yang jatuh ke bahu aku...

"Bismillahirahmanirohim.. Allahula Illah ha Illa...."
aku mula membaca ayat kursi dengan nada kuat.

aku tahu. Setan itu mungkin ada di atas siling
(rumah kampung kan ada cam ruang. kayu2 untuk di buat syiling tu. aku dulu time kecik penah panjat2 situ. hehe)

telinga kanan ku terasa amat panas.
aku kuatkan lagi bacaan..
dengan perlahan2 aku mendongak.....

YA ALLAH YA TUHAN..
aku berlindung kepada mu dari syaitan yang di rejam....

kelihatan.. satu lembaga berambut panjang. dengan muka yang ditoreh2. nampak isi2 muka terkeluar. ( macam hantu KUM2 kt astro)
menyeringai melihat aku..
dengan lidah nya yang panjang berjela..
dan tangan nya mengapai2 ke arah aku.

terduduk aku dan tersandar melihat makhluk itu!
ya. memang aku sedikit takut.
sebab.
aku takut. apa yg dibuat pada keluarga aku!

aku membaca ayat kursi !
lagi dan lagi!

" Man! ( nama penulis) !"

eh! itu ALI! syukur!!

ali segera menerpa masuk!

YA ALLAH! ali bertempik!
segera dia mengeluarkan garam yang di bawanya,
1minit ali membaca ayat suci ke garam itu!


zasssss! ali melemparkan garam ke lembaga itu!!
BERTEMPIK. semacam tak suka di buat demikian!
dari satu palang. ke satu palang makhluk itu terbang!!

buat pertama kalinya...

aku dan ali mendengar makhluk itu bercakap dalam bahasa melayu........

" Kau jangan tunjuk pandai manusia"

( nada dia agak kedalam suara dan garau. )

selepas makluk itu bersuara! dia megilai!

eeeeeeeeeee.eeeeeeeeeeeeeeeee!

ali menjawab.

" Kau itu makhluk Tuhan. Aku juga makhluk tuhan. kau tak layak nak tunujuk ajar aku!"

aku masih lagi bersandar di balik pintu! kaget takut dan tak tau nak buat ape..!

tiba tiba!!!!!!!


SEMACAM ADA ANGIN YANG MENERPA MASUK KE RUMAH AKU!
LANGSIR2 AKU BERTERBANGAN!

DNGN TIDAN SEMENA MENA
RUMAH AKU TIBA TIBA DI PENUHI. DENGAN PULUHAN BELALANG COKLAT. BESAR2.
MACAM YANG AKU JUMPA DEPAN TV!!

BINGIT! BELALANG ITU MENGELUARKAN BUNYI YANG BINGIT!!!

EEEEEEEEEE
EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE

" mAN!! KO AZAN SKERANG!! AZAN JANGAN B ERHENTI!!!"

AKU SEGERA BANGUN. DNGN SUARA YANG TERSEKAT.2 AKU AZAN.
BELALANG2 ITU MELEKAT DI DINDING RUMAH.

( ADA DALAM 20 EKOR MACAM TU. TAK SAMPAI BERATUS)

MANAKALA ALI. DUDUK DAN MENADAH TANGAN SAMBIL MEGENGGAM GARAM.

MAKHLUK ITU?

ENTAH. HILANG TAK KEMANA

SEBAIK SAJA ANGIN KUAT MASUK. AKU DAH TAK NAMPAK KELBATNYA.


HAMPIR 5 MINIT KAMI DI SAJIKAN DENGAN BUNYI2 BINGIT!!

AKU NMPK ALI BANGUN

ALLAHUAKBAR!!
SERAYA ITU ALI MENCAMPAK GARAM KE ATAS SILING RUMAH!!


REDA. keaddan menjadi reda....belalang itu sudah hilang.

ttetapi.

di tangan ali..

ADA SEEKOR. NYAWA NYAWA IKAN...

"SIAPA ANTA KAU NI HA...." SOAL ALI PADA BELALANG ITU..

LALU DI CABUT NYA KEPALA.

MEMG. memg ada sehelai rambut dan nasi!

ali mengeluarkan lghter dan membakar belalang itu!

" eh. kenapa buat macamtu!' soal aku

" kalau org yang mengantarni jamah setan ni dengan darah sndri. kalau aku bakar. dia akan rasa panas skejap.rasakan la"


aku tunduk. kelu lidah....

kelihatan. kakak. mak. mula sedar.. rupanya. bapak sudak sedar semasa belalang tu datang. aku je yg tak perasan.

aku tanya mak. pe yag jadi

MAK CAKAP


"KITORG TGH TGK TV.... TIBA TIBA ! BOOOOOOOOM! BENDE TU DATANG DUDUK DEPAN TV TIBA TIBA!!! MENYERIGAI!
LEPAS TU TAK SEDAR AP DAH...."


aku anta ali ke luar rumah.,

TERKEJUT!!
ADA DUA ORANG KAWAN KAMI TERBARING DI LAMAN RUMAH!!!


" ehh!! si pian dngn usop ikut aku ke!!!?" soal Ali pada diri sndri.
"aku cakap. jgn ikut. dorg degil kan dah kene...!'"

ali dan aku mengoncang2 badan mereke

kebetulan rumah aku sentiawsa ada air bacaan Yassin. mak bagi untuk bg pada kawan2 aku.
mereke cakap.

masa mereka nak ikut ali. masa ali naik ke rumah. dorg turun je dari motor.

"AKU TURUN JE. KO TNY PIAN. PANGGG! KENE TAMPAR DENGAN ORNG BERKEPALA ANJING! TERKEJUT KAMI! TERUS PENGSAN TAK SEDAR."


erm.. makin menjadi benda ni.
marah betul dia.
bila org suruhan dia dah mampus di kerjekan IZ

kali ni dia hanta yang lain...



AKAN BERSAMBUNG

p/s - terima kasih pada yg baca dan selamat berhujung minggu. eheheh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 10:45 AM | Show all posts
theflash posted on 5-1-2013 10:05 AM
kejadian semasa hujan lebat

nota kaki- kalau sesiapa yg follow kisah saya ini. mesti perasan kan. ...

huuuu.. seram nya ..nak lagi..nak lagi... so bila nak stop gangguan2 ni..huhu... nasib baek siang..kalo malam tak baca dah aku kesah ko ni sebab housmate aku balik kampung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 10:49 AM | Show all posts
mulutcomel posted on 5-1-2013 10:45 AM
huuuu.. seram nya ..nak lagi..nak lagi... so bila nak stop gangguan2 ni{:bite ...

gangguan ni belaku selama 2 tahun.
jadinya.


ada lagi. tak habis lagiiiiiii!



housemete ko jgn dtg malam2 kg sudah..hehe mintak makan....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 10:50 AM | Show all posts
ish! aku takleh bayangkan la camne family ko bleh berdepan dgn gangguan tahap hardcore camtu...
mak aku dulu penah gak kena buatan org, dgn siam, asli, indon, melayu, cina, india smua ada...tapi takdelah 'dia' menonjolkan diri...
sekadar merasuk mak aku je, pastu mak aku buat perangai pelik2....
lama gak mak aku kena...dari aku umur 10tahun smpai aku dh umur 31tahun...dan yg buat memula jiran, pastu sedara, pastu jiran lg, pastu menantu....haish! mak aku kekadang dh jadi org tak betul sbb ada masa2 sampai 2org hantar serentak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 10:53 AM | Show all posts
miss_sue1203 posted on 5-1-2013 10:50 AM
ish! aku takleh bayangkan la camne family ko bleh berdepan dgn gangguan tahap hardcore camtu...
mak ...

isk!

lagi teruk! smpai dua org sekali hantar.
lama nya kene

skrg macam mana?

kalau la antu2 tu kite leh bunuh cam game left for dead. lame aku tmbk dengan sniper
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 11:41 AM | Show all posts
makin best tt...sambunganya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 11:55 AM | Show all posts
akan bersambung selepas zohor
saya mahu makan dan layan cerita BOurne Legacy jap.hahahah


hahaha

sabar

sabar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2013 12:09 PM | Show all posts
theflash posted on 5-1-2013 10:05 AM
kejadian semasa hujan lebat

nota kaki- kalau sesiapa yg follow kisah saya ini. mesti perasan kan. ...

oii  ko kat opis ke??? meh lunch dgn aku
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 12:11 PM | Show all posts
theflash posted on 5-1-2013 10:53 AM
isk!

lagi teruk! smpai dua org sekali hantar.

teruk teruk pon takdelah sampai cam ko...bleh plak nk kena ngadap muka dia depan2...
ish! kalau aku laa....mau histeria kot...
skrg ni mak aku ok laa....
last mak aku sakit masa bulan puasa tahun 2012
dah berubat dgn mcm2 org dah...
esok kita tangkap 1, lusa dia hantar 2 plak
mak aku pon dh penat asik sakit je....
mak aku ni plak, dia takleh ada masalah sket, mula la dia pikir smpai langit ke tujuh
masa ni mmg snang la mana2 jin nk masuk
sbb kita dlm keadaan khayal kan
sbb tu aku slalu sruh mak aku pertingkatkan amalan, kurangkan khayalan....(ceh! cam melodi plak!)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 12:30 PM | Show all posts
kejadian seminggu selepas keluarga terbaring depan tv

nota kaki- aku tiada di rumah ketika itu.aku ada kem motivasi STPM
ini apa yang bapak aku cerita kan kepada aku

"aku" dalam cerita ini merujuk kepada BAPAK saya.


p/s- bapak aku cerita. aku buatkan dalam bentuk cerita utk korg baca.hehehe. senang nak faham.




malam Jumaat.
aku pergi ke Masjid untuk bacaan Yassin secara jemaah
aku pun mengambil peluang dengan membawa 10 botol air mineral
untuk keluarga aku
minggu ini Man( penulis) tak balik
kalau tak die selalu bawak baldi.
kami bawak balik naik kerete
jadinya aku takleh nak bawak. takde sape nak pegang dalam kerete
malas pulak nak susahkn jemaah utk pegang smpai ke rumah.

seperti kelaziman, hari Khamis malam nya ada orang sedekah nasilemak. bihun atau kuih
aku bawa balik sebungkus.
untuk kakak. die memg ada pesan
"Amik berkat" katanya

jam 920pm. aku pulang. setelah selesai tadarus.
smpai ke rumah. kakak dan mak menunggu di tangga.
kelihatan si mak sedang menyikat rambut kakak
sudah lama aku tak melihat keadaan macam tu.

akak terus menerpa aku. ambil nasik.dan makan
lapar mungkin.
aku hanya tersenyum.naik ke atas salin pakaian
dan rutin biasa. baca suratkhabar.

selesai sahaja kakak makan.
kakak mengajak mak duduk di tangga
"sinila mak. amik angin"

ya. malam itu agak panas. sudah 3 hari tidak hujan.
aku hanya dengar tak dengar sahaja dua beranak itu bersembang. fokus membaca suratkabar


agak sudah sejam akak dan mak berborak. hampir jam 1030.

"Maknya. Masuk la. dah malam. berembun nanti"

kakak menjwab " jap la pak. sejuk ni. best"

aku senyum " yelah. 11 masuk!"

akak mengangguk.

aku sambung lagi membaca suratkhabar yang lain

sedang aku membelek suratkhabar.

DUMMMMMMM! DUM!!!!!!!!!!!

TERDENGAR DENTUMAN DI DAPUR.
SECARA TEPATNYA
DI PINTU DAPUR.!

SEGERA AKU MENCAPAI BULUH ( IZ PESAN SURUH BELI. HALAU.PUKUL KE. PAKAI BULUH)
STANDY.
AMIK TORCHLIGHT.

AKAK DAN MAK. TERUS MENERPA MASUK DALAM!

AKAK SEGERA MENGUNCI PNTU!
TAKUT.

"APA TU BANG?" TANYA MAK.

AKU TAK MENJAWAB. AKU SEGERA MENURUNI ANAK TANGGA.

DGN SEGERA
AKU MEMBUKA PINTU DAPUR!!

TIADA ADA APA!
PELIK.

TAPI. BAU BANGKAI DAN KEMENYAN MENANGKAP HIDUNG!

"MAK.BAWAK KAKAK MASUK BILIK. BACA APA YANG PTOT"

AKU AKUI. AKU JUGA TAKUT. AKU JUGA PENAH TEWAS DENGAN MAKHLUK INI ( TERBARING DEPAN TV)
TP AKU MESTI BERANI.

MAKHLUK INI MAKHLUK TUHAN.
TUHAN LAGI BERKUASA

AKU MEMULAKAN BACAAN FATIHAH DAN AYAT2 LAZIM.. SAMBIL AKU MENGELILINGI RUMAH....
AKU MENYULUH2 BAWAH RUMAH.....
BLAKANG BANGSAL.....

AKU MENYULUH2...

TERDENGAR SEPERTI ADA BENDA BERJALAN DARI ARAH BELAKANG!!!!!!!!!


AKU SEGERA MEMUSING KAN BADAN!!!


BERDIRI LEMBAGA. BADANNYA BERBULU LEBAT. ( MACAM KINGKONG)
TINGGI DAN BERTARING!
SEDANG MELIHAT AKU!

AKU MENGAMBIL JARAK 3 LANGKAH KE BELAKANG DENGAN PANTAS!!

DIA HANYA MELIHAT AKU.
DENGAN WAJAH BENGIS.

AKU MENYULUH MUKA NYA DENGAN LAMPUSULUH.
SEAKAN2 MANUSIA BERCAMPUR MONYET

" APA KAU NAK SEBENARNYA!!!"
SOAL AKU.

LANGSUNG TIADA JAWAPAN

HAMPIR 1MINIT DIA BERDIRI DI DEPAN KU.

AKU MULA MENGGENGGAM BULUH...SEDIA UNTUK MEYERANG.

BENDE ITU MAKIN LAMA MEMBONGKOK KAN BADANNYA....


MAKIN LAMA MAKIN BONGKOK...


ALLAHUAKBAR! AKU BERTAKBIR DAN SERANG!!!!!

ZASSSSSSSSSSSSSSSSSS!

BULUH ITU TERKENA BAHU MAKHLUK ITU!

MERAUNG!

( MEMANG BULUH ITU AKU SUDAH BACAKAN DENGAN AYAT2 QURAN. DAN AKU LETAAKN DI ATAS ALMARI)

AKU MEMUKUL KEPALANYA!
BERTEMPIK!

SEPERTI LEMBU NAIK MINYAK!

TIBA2.
KEDENGARAN BUNYI LOCENG
DAN KEMENYAN!

DAN SELANG SELI CAKAP2 ORG DALAM BAHAASA SIAM!
ZASSSSSSSSSSSS!

SEPANTAS KILAT. MAKHLUK ITU BERLARI.
AKU BERLARI2 ANAK. CUBA MEYULUH. CUBA MENCARI.

DIMANA DIA LARI.!

ARGHHHHHH.
TERDENGAR RAUNGAN DARI ATAS.!


ATAS BUMMBUNG!!!

ATAS BUMBUNG!!
DUM DUMMMM!
BERLARI2 MAKHLUK ITU

AKU MENGELILINGI RUMAH 2 3 KALI. UNTUK MELIHAT DENGAN LEBIH DEKAT.

MENJERIT2 MAKHLUK ITU..

AKU SEGERA MELAUNGKAN AZAN
DENGAN HAERAPAN AKAN MENAMATKAN GANGGUAN MALAM ITU.

SELESAI AZAN
SYUKUR..
KEADAAN SUNYI.....SEPI....

YANG TINGGAL HANYA BUNYI2 LOCENG YG MAKIN LAMA SAYUP HILANG...



"dah. takde apa maknye. biasa la. "

"akak ni smpai tertidor takut..."kata mak

aku segera mandi dan masuk tidur..
esok pagi aku nak ke warung Pak Roslan
mencari IZ


paginya,,
aku tiba awal di warung Pak Roslan. Jam 715 selepas subuh aku balik dan gerak ke warung.


" ha ! nak minum ap kamu!? " soal Pak roslan

kopi.
kami berborak. sambil di sertai dgn 2 3 org kampung yg lain
selang beberapa minit. tibalah Imam Zain
kami sambung berborak

dan IZ tahu hajat aku
dia menunjjukkan isyarat "nanti" dan dia ada cakap. datang rumah lepas zohor


sedang kami sibuk berborak..

datang seoragn org kampung yang di kenali dengan Pak Manan
org tegap2.tinggi.

memang merupakan pelepak tegar di warung roslan.

aku menegurnya dengan senyuman

tiba roslan menegur

"APE KE HEI DAHI KAMU TU MANAN? BERBIRAT KE APA TU?? "

ada org kmpung yang mencelah

"kene hambat dngan Odah ( Saodah.,bini Manan) la tu. mahunya kene pelangkung dengan kayu.

Manan hanya diam

tapi aku melihat MANAN.

dengan kesan di kepala dan kelihatan. bahu ya juga ada kesan berbirat
(sebab bapak cakap manan pakai Pagoda.kan nipis.putih nampak)


aku mula menghela nafas

cuba untuk tidak berburuk sangka











akan bersambung




tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 12:32 PM | Show all posts
hest posted on 5-1-2013 12:09 PM
oii  ko kat opis ke??? meh lunch dgn aku

kat rumah kakak la. dekat ampang. hahahaha tunggu weekdays la makannnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.087744 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list