sebelum saya mula.saya sengaja ceritakan pengalaman saya ini dalam bentuk cerita ,ala2 novel Tamar Jalis .hehe senang nak faham. ye dak?
mak seorg suri rumah sepenuh masa,kadag2 ikut bapa pegi ipoh. utk teman
mak memang pandai buat kuih.sedap. air tangan orang tua kan.
nak di jadikan cerite. untuk hilangkan rasa bosan duduk rumah
mak mula start jual kuih anta kedai dekat depan.
selama seminggu. jualan kuih mak agak laku. sebab mungkin mak sorang je kot buat karipap inti daging guna kentang instead of keledek
minggu ke dua berniaga.
mak mula demam. mula2 saya tak syak ape ape pun.
kemudian.
kakak saya mula perasan semasa melipat kain
( kakak rajin sebenarnya. walau sakit. dia masih menyapu. masak.lipat kain etc)
kain batik mak hilang satu.
mak seorg yg jarang nak pakai kain batik yang baru. kalau ada 7 helai. 7 helai tu la di pkai sepanjang tahun. padahal banyak
kakak cakap kain batik mak kaler merah tu hilang.
saya mula ke belakang umah di ampaian.
mana tahu terbang di tiup angin. dilarikan monyet ke.
takda.
hati mula rasa tak sedap.
malam Khamis.
mak terbaring
tak makan dari pagi.
hati mula risau.
kakak pun sama... sudah start perangai dia..
kebetulan dan bernasib baik bapak ada di rumah
bapak bacakan yassin dan buat air penawar untuk mak dan kakak.
saya mula rasa tak sedap hati.
jam baru 9malam.ini mesti malam yang panjang
(sepanjang 2 tahun. saya tak penah tidur awal. kalau waktu sekolah.sabtu ahad mesti balik rumah)
malam itu,
mak meracau sewaktu tidur.bapak memanggil saya
terkejut bila melihat mak berdiri di atas katil seperti mahu bersilat!
terkejut. mak mula menendang2 ke kanan ke kiri
( padahal mak sakit lutut. nak jalan pun slow)
sah. ada yang merasuk.
mak mula bercakap
tapi dalam BAHASA SIAM!
SAYA DAN BAPAK TERKEJUT!
BAPAK MULA MEMBACA AYAT2 LAZIM DAN SAYA.
MULA mencari telefon.
untuk menelefon ALi.!
malang. ali tak dapat di hubungi
( paginya dia cakap handfone mati la yob. bateri kong)
kami kene selesaikan anak beranak!
mak mula menjegilkan mata! saya cuba menenangkan mak
zaaaaas! saya di tampar mak.
patah spek.
serius. kuat betul penampar mak.
saya menangis bila melihat mak bukan lagi 'mak'
mejerit. melolong. dan menendang2.
bapak mengarahkan saya.
"ko tangkap mak kau. baring kan dia!"
saya buat. walaupun susah. dengan penglhatan yang kurang ( spek tarak)
dengan kudrat yang ada. saya baring kan mak. sya peluk dan kunci kaki dan tangan mak !
bapak mula membaca ayat2 Suci. dan merenjis muka mak dengan air yassin!
makin kuat mak bercakap dalam bahasa siam!
saya membisikan kalimah syahadah pada telinga mak.
sambil saya berbuat begitu.
mata saya tertancap pada depan pintu bilik!
KAKAK!
KAKAK PULAK DI RASUK!
BERDIRI DEPAN BILIK
DENGAN RAMBUT KEDEPAN
DALAM POSISI KUDA2.TANGAN MENDEPA.
( SEBIJIK MACAM TOKONG SIAM )
MENGHENTAK2 KAN KAKI!
DAN BERCAKAP BAHASA SIAM!
MAK DAN KAKAK SEPERTI BERKOMUNIKASI!
BAPAK MEMBACA AYAT KURSI DAN BEBRAPA POTONG AYAT. DAN MEMEGANG DAHI MAK.
MAK..
PENGSAN.
SAYA KIRA.
sebab sudah senyap mulutnya dari bercakap..
tapi nafas masih ada. ( sempat saya tengok dada nya beralun)
kakak!
hilang dari pandangan!
saya bergegas ke bawah. memang.
dia dibawah di laman rumah
terbaring
semasa saya mengangkt akak untuk masuk ke rumah.
sempat saya melihat di atas rumah.
2 lembaga itu sedang terhangguk2 kepalanya melihat saya.
di sebabkan geram.
saya mencarut ke arah lembaga itu.
mungkin sudah tak tahan gangguan..
saya masuk kedalam membersihkan badan akak yang melekat pasir ( selepas ujan)
malam itu kami tidur lena anak beranak... 4pagi baru tidur...
subuh itu bapak keluar ke masjid.
"aku nak jumpa Imam Zain."
saya angguk.
jam 10am
mak dan akak memang tak sedar apa yang terjadi
semasa mak mandi.
saya mengemas katil mak yang sememangnya tunggang langgang malam tadi.
masa saya angkat tilam.
terkejut!
bawah tilam mak
ada kain batik mak yang hilang..
bila di pegang..
macam bersalut dengan tepung
keputih putihan.
petang nya imam zain datang.
"dorg ni memg nak sekat rezeki korang anak beranak"
takpela.kita ikhtiar.
aku akan mintak tolong yang lain
kata Imam Zain.
lega sedikit ati bila mendengar Imam Zain berkata sebegitu
sambung Imam Zain " tapi aku nak pesan. mungkin lama. tapi. Kuasa yang di Atas lagi kuat dari orang2 kat bawah DIA."
akan bersambung Last edited by theflash on 5-1-2013 05:06 PM
theflash posted on 4-1-2013 11:40 AM
oi
mana de cite baru
cite yag sama
tapi apa jadi lepas korang nampak orang berlari dari belakang rumah tu? part tu yang tak habes.. lepas dari kes tu malam tu, tak de ke dok bincang2 dgn ali ke? haaa tak de ke..
uncle bob?? feberet tu.. kem salam kat dia.. cakap aku nak uncle bob spicy 2 keping eak