CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: mertzxx

Cerita Tahun Baru 2013

[Copy link]
Post time 10-1-2013 01:48 AM | Show all posts
menunggu sambungan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2013 10:56 AM | Show all posts
Sambungan......
Bila sampai bilik aku suruh laa wife aku rest/tido. Wife aku kata kami ada 2-3 jam before kena pergi menyusukan baby. Wife mula rasa lain macam jer. Ialah tak der org lain masa tue. Tapi aku suruh tido jer. So my wife and doughter tido laa. Masa tue dalam jam 4-5 ptg laa. Masa diorg tido aku pun keluar laa tgk2 sekeliling. Bilik2 kat situ mmg semua kosong lagi. Ada bau cat....mcm baru renovation jer. Mula2 tue aku pasang niatlaa nak jalan kehujung floor....tapi separuh jalan aku patah balik. Rasa semacam jer...maklumlaa lampu pun tak semua nyala. So, aku pun masuk bilik balik. Sampai bilik anak aku nangis. Mula2 cuak jugalaa. Pujuk punya pujuk ..dier tertido balik. Mulala mcm2 perasaan bermain difikiran....hantulaa, jin laaa.
Walaupun aku mmg penakut tapi disebabkan anak bini aku wat tak tahu jer. Dlm kul 6 camtue..lepas wife aku bangun. Aku keluar sebab nak beli dinner utk aku and my daughter. Lepas beli makanan semua...aku pun balik. Masa aku melintas kat depan nurse punya room ...semua mcm pandang jer aku. Lagi laaa aku rasa pelik...mcm semacam jer. Tapi alhamdulillah tak der apa2. Dlm kul 7 tue.....dapat call dari baby room cakap susu habis. So, kami pun ke baby room. Dah sampai semua...Dalam kul 8 aku beritahu wife aku, aku nak kebilik sebab nak semyang. Dier sruh sembahyang kat situ jer. Tapi aku bagi alasan ...seluar kotor.
Sebenarnya, aku nak check bilik ok ker tidak. Maklumlaaa my daughter pun nak tido sama. Apa2 biar aku kena dulu. Aku tak tahulaaa mcm mana semangat ini dtg. 15 minit lepas tue...aku kat depan bilik. Ada rasa cuak juga sebenarnya. Aku terus berwudhu and azan.. (slow-slow jer ) Lepas tue sembahyang. Masa sembahyang tue....tetiba badan aku panas giller. Berpeluh-peluh, walhal aku dah On air-cond. Kejap yer ada keje.... Last edited by mertzxx on 10-1-2013 10:59 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2013 12:04 PM | Show all posts
OK sambungannya....
Dalam sembahyang tue mmg aku berpeluh-peluh laa. Hati pun tak tenteram. Mmg cuaklaa....takut pun ada. Mcm2 perasaan masa tue. Rasa mcm ada benda perhatikan aku. Lepas semyang aku wirid skit....berdoa pada Allah agar dijauhkan dari sebarang malapetaka/gangguan. Sebelum keluar...aku siap beritahu lagi. "Kalau nak tumpang.....tumpangla. Jgn ganggu aku sekeluarga". Mcm mana aku boleh dapat idea ni pun aku tak tahu.  
Dalam kul 11 mlm kami balik bilik. Aku request kat nurse tue...hantar kan aku air. Selang10 minit ada sorang nurse dtg. Tapi mcm berlari jer...dari jauh dgr org berlari. Letak air .....zssssst terus blah. Lagi laaa kau takut. Dah laaa suasana masa tue gelap, suram and sunyi. Bertambah laaa debarannya. Masa masuk bilik.... aku tgk anak aku OK jer. Tak nangis...busy dengan Iphone . Lepas mandi semua aku pun suruh diorg tidor. Aku nak pastikan diorg tidor dulu...baru aku tidor. Aku risau kalu apa2 jadi. Lepas semyang semua aku pun try laaa nak tidur. Tgh aku duk atas kerusi panjang tue. Tetiba ada rasa debaran. Pastu....aku perpeluh giller. Tetiba jer rasa amat takut....takut sgt. Kalau sesiapa pernah menginap kat sni mesti tau.....aircond kat sni mmg sejuk giller. Ubahlaa mcm mana pun akan still sejuk. Dalam takut2...berpeluh, seram. Aku pergi berwudhu...semayang sunat. Minta dijauhkan segala gangguan. Nak kaco aku...kacolaaa. Jgn anak dan wife aku. Aku duk atas sejadah tue...baca segala apa yg aku tahu. Kira2 lepas kul 2 pagi tue...aku dah ngantuk sgt. Tak ley tahan dah. Aku cuba tidur. Masa tgh nak tidur.....aku rasa mcm angin panas kot menerpa muka aku. Mungkin "diorg " marah kot. Aku wat tak tahu and baca ayat kursi jer.....
Alhamdulillah semua selamat sampai pagi. Pagi tue jugak doktor btau anak aku boleh keluar hospital.  Nanti aku share pengalaman anak aku diganggu. Tak der laaa teruk mana....skit2 jer. Tapi bolehlaa kita share sebagai panduankan

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 08:22 AM | Show all posts
mana sambunganya tt..ngah syok lyn stori tt ne....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 09:56 AM | Show all posts
Aku cerita pengalaman anak aku diganggu...
Semoga cerita ini boleh dijadikan pengajaran. Aku ni bukanlah jenis yg alim sgt. Kami suami isteri ...alhamdulillah maseh boleh menjaga solat 5 kali sehari semalam. Amalan lain tak derlaa. My wifenyer punyer family mcm "modern family" skit. Especially ayahnya....tak percaya sgt benda2 ghaib. Dia percaya tapi x seluruhnya. Mcm family aku dari kampung...mmg agak percaya laaa benda2 nie, especially mak aku. Aku mmg ada keyakinan benda nie wujud, kadang2 suka ganggu orang dan sebagainya. Nak dijadikan cerita satu hari aku balik kampung rumah makcik aku. Kampung aku nie (rumah makcik aku) mmg terkenal dgn org yg "berisi." Ramai sgt org yg mempunyai belaan dan menuntut ilmu. So diorg nie mmg suke sakat2...nak test power.
Aku pun masa kecik2 jarang balik kampung sebab .."takut". Mak and ayah aku pun pernah terkena. Masa nak balik ke rumah makcik aku...mak aku dah pesan. Bacalaa selawat ker, ayat kursi , 3 kul kat anak tue. So aku pun buat laaa. Kebetulan masa tue kenduri bertunang cousin aku. So, mmg ramai laa org datang. Lepas majlis semua, aku terus balik KL.
Beginilah kisahnya.....tak der seram pun
Dalam pukul 1030 mlm anak aku pun tidur. Aku tidur lambat skit sebab nak layan movie dulu. Tgh syok layan movie tepat kull 12 mlm...mmg tepat sgt. Anak aku menangis..giler kuat. Cam biasa bini akulaa bgn tepuk2....tepuk2 pun nangis juga. Tapi pelik mata dier mcm dah bukak...tanya ngaper dier tak jawab. Tgk keadaan mcm tue. Aku pun pergilaaa dapatkan dier. Peluk and angkat. Sambil angkat/dukung aku azan laaa, baca ayat kursi semua. Pastu dier ok....tido balik. Bagi aku biasalah maybe sebab penatkan. Bini aku pun rasa mcm tue.
Hari kedua.....tepat jam 12 nangis lagi. Kuat giller !!!...Mata celik ...tanya tak nak jawab. Masa tue kebetulan aku kat bawah sebab tgk bola . Aku dgr pintu bilik buka....aku sampai atas mak mertua aku pun ada. Tgk dier pun cuba nak tenangkan anak aku. Selawat...ayat kursi and adalaa doa yg dier baca. Tak jalan juga. Tak berjaya bini aku bagi aku. Aku pun dukung anak aku bwak masuk bilik. Aku mengadap kiblat azan....ayat kursi + doa2 skit. Baru dier kurang nangis. Pastue tertido. Masa tu aku dah syak something. Bila bini aku tanya nape...aku jawab maybe ada bende kacau. Dier percaya laaa. Tapi mak mertua aku tak percaya.
So, esoknya aku wat panggilan ke kampung. Lepas cerita kat mak aku. Mak aku call laaa adik aku. So, adik aku pergilaa jumpa seorg ustaz nie tgk2an. Mengikut kata ustaz ni. Anak aku ada ternampak beberapa bende halus yg mengikut balik dari kampung. Bende nie mcm takut2kan dier laa. Tak serius mana pun. Ustaz nie cuma bagi air wat minum and sapu2 muka.
Malam ke3 .....alhamdulillah tak der gangguan. Betul org tua2 cakap budak2 nie mmg nampak bende halus and terdedah dgn kekacauan mereka . Hati2laa....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 04:08 PM | Show all posts
tengkiu2....lagi lagi....
Reply

Use magic Report

Follow Us
12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.058537 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list