CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tobby

[Tempatan] betul ka Annuar Musa yg tulis ni? hentam TMJ Johor kaw-kaw

[Copy link]
Post time 4-1-2013 11:38 PM | Show all posts
luraziera posted on 4-1-2013 11:14 PM
respect giler dia berani stand up pendirian dia.kdg2 institusi raja dan ahlinya terlalu.....hmmm.nta ...

Kalo betul la cerita kat atas tu, maybe dia berani pun sebab suasana semasa (korang faham2 jela). Lagi satu dia bukan dari Johor. Agak2 korang kalo dia orang Johor dia berani tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2013 11:43 PM | Show all posts
well......x perlu kata apa2.....dah camtu
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 11:44 PM | Show all posts
Babai posted on 4-1-2013 11:38 PM
Kalo betul la cerita kat atas tu, maybe dia berani pun sebab suasana semasa (korang faham2 jela).  ...

Xboleh faham yg faham2 jela tu  
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 11:44 PM | Show all posts
orang johor takut ka dgn sultan sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 11:56 PM | Show all posts
kelantanese meme debe pun .... DSAM (isteri beliau  sgt cantik) ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 12:03 AM | Show all posts
sekngucing posted on 4-1-2013 11:08 PM
aku menyokong kenyataan kau walaupun aku non-umno dan amat2 meluat pada umno. tuih!!

sebenarnya................... hanya org ameno jer yg boleh maki sultan & panggil raja dia natang.  mengkala Pas kalu... cari mampos la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2013 12:13 AM | Show all posts
tobby posted on 5-1-2013 12:03 AM
sebenarnya................... hanya org ameno jer yg boleh maki sultan & panggil raja dia natang.  ...

jgn lupa sejarah annuar musa durhaka dgn soltan sendiri dan lantik soltan yg ikut selera tekaknya...apa sangatlah takat sound anak raja johor, raja dia sendiri pun dia bulih durhaka
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 12:27 AM | Show all posts
hzln posted on 5-1-2013 12:13 AM
jgn lupa sejarah annuar musa durhaka dgn soltan sendiri dan lantik soltan yg ikut selera tekaknya. ...


Betul jugak. Kalo ko tak sebut tadi memang aku dah terlupa pasal mamat tu suka suki je nak tabalkan orang lain jadi sultan kelantan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2013 12:38 AM | Show all posts
melayu sama melayu gaduh pasal bola, cina2 bookie tepuk tangan jah....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 12:52 AM | Show all posts
nuar musa takut apa??bayangan tohan pun dia pernah ganti...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 01:07 AM | Show all posts
anuar musa inilah kah yg di gantung fam...siapa tahu kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 01:14 AM | Show all posts
nuar debe lwn anok rajo,


kito tengok sapo ye keno
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 01:19 AM | Show all posts
dilema sunggoh pok heng...nok sukung sapooooo lah neh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 01:34 AM | Show all posts
hzln posted on 5-1-2013 12:13 AM
jgn lupa sejarah annuar musa durhaka dgn soltan sendiri dan lantik soltan yg ikut selera tekaknya. ...

tun M & amenu je yg blh lucutkan kuasa sultan. mengkala org lain kalu derhaka la, kuang ajor dg soltan la... masuk lokap sekor2
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 01:34 AM | Show all posts
Hidup melayu... Jgn biarkan jawa, bugis, bsnjar rata2 asal indon
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 01:36 AM | Show all posts
Ninla bahana klu kerabat Raja dah nasuk campur hsl sukan... Tgk presiden  FAM... Ada kuasa kebal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2013 01:44 AM | Show all posts
http://www.sinarharian.com.my/arena-bolasepak/liga-malaysia/isu-mat-yo-tunku-ismail-mahu-annuar-henti-drama-1.117955





DIKEMAS KINI] JOHOR BAHRU - Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menghentikan drama dan politik melibatkan Norshahrul Idlan Talaha yang turut dikenali sebagai Mat Yo.

Justeru, baginda mahu Annuar lebih bersikap matang dan profesional dalam mengendalikn pasukan bola sepak.

Tunku Ismail memberi jaminan Mat Yo akan membayar harga tebus kontrak seperti diminta Kafa.

"Jangan panjang-panjangkan cerita. Dia (Mat Yo) akan bayar (harga tebus kontrak) pada hari ini. Anda (Annuar) perlu matang. Dalam sukan bola sepak, mesti ada pemain yang datang dan pergi. Anda perlu terima dan bersikap profesional.

"Sebagai contoh, jika satu hari nanti Safee Sali mahu keluar dari pasukan, saya akan terima. Beliau (Annuar) sepatutnya berterima kasih kepada Mat Yo atas sumbangan diberikan dan bukannya bercakap benda kurang menyenangkan terhadap pemain ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di salah sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Semalam, Annuar antara lain berkata, bekas penyerang Kelantan itu belum membayar harga tebus kontrak seperti yang diminta oleh Kafa walaupun telah menandatangani kontrak baharu bersama pasukan Johor Darul Takzim.

Annuar berkata, mengikut peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mat Yo sepatutnya membayar harga tebus kontrak tersebut dalam tempoh 30 hari selepas didaftarkan dengan pasukan baharu.

"Kita tak bantah keputusan beliau untuk menamatkan kontrak secara sebelah pihak, tapi sampai hari ini Mat Yo belum  membayar harga tebus kontrak tersebut sehingga Kafa terpaksa membuat tuntutan kepada Jawatankuasa Status FAM.

"Dalam kes ini kita telah mengemukakan afidavit kepada jawatankuasa berkenaan dan berharap agar mereka dapat  menyelesaikan perkara ini secepat mungkin," katanya.

Annuar, yang tidak mendedahkan nilai harga tebus kontrak itu, berkata penyerang yang pernah mencipta nama sebagai salah seorang tonggak utama pasukan kebangsaan itu juga masih mempunyai baki kontrak bernilai RM400,000 bersama Kafa.

Polemik perpindahan Mat Yo menjadi isu hangat diperkatakan dalam kancah sukan bola sepak negara selepas  menamatkan kontrak secara sebelah pihak walaupun masih berbaki 13 bulan bersama Kafa selepas dilamar pasukan dari selatan,  Johor Darul Takzim pada musim lepas.

Mengulas mengenai jumlah baki kontrak bernilai RM400,000 bersama Kafa seperti yang dinyatakan Annuar, Tunku Ismail berkata, Mat Yo akan menjelaskan bayaran harga tebus kontrak sebanyak RM250,000 seperti ditetapkan oleh FAM.

"FAM sudah menetapkan bahawa beliau (Mat Yo) perlu membayar sebanyak RM250,000. Jadi Mat Yo menerusi peguam yang dilantik akan berbuat sedemikian seperti diarahkan FAM. Janganlah ambil kesempatan.

"PBNJ sendiri sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan FAM malah begitu juga pemain kami. Janganlah bersikap kebudak-budakan dan cakap belakang-belakang," katanya.

Justeru, Tunku Mahkota Johor mengalu-alukan mana-mana pihak termasuk Annuar untuk berdepan dengan beliau sekiranya mahu menuntut sebarang penjelasan mengenai pelbagai perkara.

"Rumah saya sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja datang jika ada sebarang masalah. Bersikap profesional dalam sukan dan janganlah membangkitkan isu bukan-bukan.

"Hentikanlah drama dan politik anda. Jangan jadikan sukan bola sepak seperti berkempen dalam politik. Jika tidak suka, datang jumpa dan cakap depan-depan," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 01:46 AM | Show all posts
Jika tidak suka, datang jumpa dan cakap depan-depan," kata TMJ.  
boleh sy ketuk dgn kayu golf mcm atok sy.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 01:54 AM | Show all posts
ratib anuart jap...

kurang ajor anuart derhaka lawan raja...






eh.. anuar lain ke...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 01:56 AM | Show all posts
untunglaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... ketuk-ketuk pun selamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.210623 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list