CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33694|Reply: 267

A.Aida Berhabis RM4,000 sebulan! update : dah cerai talak dua pg.9

[Copy link]
Post time 5-1-2013 09:13 AM | Show all posts |Read mode
Jom sembang mengenai topik nie...

BIARPUN kini lebih banyak terlibat di belakang tabir, A.Aida tetap mengutamakan kecantikan diri.

SUDAH menjadi lumrah setiap insan ingin kelihatan cantik. Bercakap tentang kecantikan, bagi produser prolifik A.Aida yang menerbit pelbagai drama setiap bulan itu berkata, kecantikan perlu dalam melayari kerjaya sebagai artis.

Dia yang memulakan kerjaya dalam bidang seni sebagai pelakon dan kini bekerja di belakang tabir mengakui artis perlu mengutamakan kecantikan kerana perkara itu aset utama.

Kata A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 42, biarpun kini dirinya lebih menonjol sebagai produser namun dia tidak mengabaikan soal kecantikan.

"Biarpun saya tidak muncul di kaca televisyen tapi sebagai wanita saya amat menitik beratkan soal kecantikan. Bukan saya suka, semua wanita suka kalau diri mereka cantik.

"Kerjaya saya yang sering berurusan dengan orang ramai juga memerlukan saya untuk kelihatan cantik dan kemas sentiasa.

"Saya tidak takut untuk mengaku setiap bulan saya akan membelanja sekitar RM4,000 hanya untuk kecantikan," katanya terus terang kepada Hits sewaktu bertemu di pejabatnya di Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

A.Aida bagaimanapun menafikan dia pernah membuat pembedahan wajah kecuali mengakui pernah melakukan pembedahan kecil di bahagian bawah mata.

Untuk memastikan diri sentiasa cantik dan segar, dia mengamalkan pengambilan madu, minyak ikan, dan perlbagai vitamin termasuk B kompleks dan vitamin C .

"Semua pil atau makanan sampingan yang saya ambil dirujuk kepada pakar terlebih dahulu. Saya tidak ambil sembarangan. Begitu juga dengan suntikan vitamin yang saya lakukan di sebuah hospital swasta.

"Saya mengaku menyuntik vitamin C setiap bulan kerana itu semua untuk kebaikan kerjaya. Memanglah tugas saya lebih kepada berbual atau berkomunikasi dengan pelanggan tetapi apa salahnya kalau orang pandang wajah kita terasa tenang," katanya.

Malah menurut A.Aida, jika ada artis yang akan ditawarkan watak untuk berlakon drama terbitannya, dia tidak segan silu mencadangkan pelakon itu membuat pembedahan atau melakukan suntikan.

Katanya, biarpun pelakon itu sudah berumur tapi dia tetap menyarankan agar melakukan sesuatu pada wajah kerana itu sebahagian daripada pakej bergelar artis.

"Kalau saya tengok wajah pelakon itu banyak kedut, saya sarankan dia buat pembedahan atau apa sahaja asalkan tampak cantik. Bagi saya jika seseorang itu buat pembedahan itu urusan dia dengan Allah.

"Kadang-kadang saya kata, kalau dia tidak mampu, saya sanggup taja. Semua itu saya buat demi kebaikan artis itu juga.

"Kalau dia nampak tua sebelum waktunya, ingat ada orang nak tawar dia berlakon. Bila tak ada tawaran, mana nak masuk pendapatan. Pada saya artis perlu menitik beratkan soal kecantikan tidak kira wanita atau lelaki," jelasnya.

Bagaimanapun kata Aida, dia tidak pernah mencadangkan penggunaan botox kepada rakan-rakan artis kerana boleh memberi kesan buruk di kemudian hari.

Dapat agihan insentif

Jika produser lain tidak sanggup mengambil risiko menghasilkan cerita-cerita rakyat, tidak bagi A.Aida. Dia sanggup melabur setengah juta bagi menghasilkan drama berkisar cerita rakyat, Hikayat Nek Tom sebanyak 13 episod yang disiarkan di TV1.

Ternyata perit jerih Aida menemu bual orang lama untuk mengetahui kisah rakyat bagi menghasilkan skrip bagi Hikayat Nek Tom tidak sia-sia.

Drama terbitan A.Aida Production yang dihasilkan bagi mengingatkan generasi baru tentang kisah-kisah lama itu dipilih sebagai penerima pengagihan insentif berjumlah RM81,900 daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

"Syukur sangat-sangat sebab turut terpilih sebagai penerima pengagihan insentif itu baru-baru ini. Selain Hikayat Nek Tom, syarikat saya turut menerima insentif itu untuk drama Mira berjumlah RM53,950.

"Sewaktu menghasilkan Nek Tom, saya tidak terfikir pun bakal menerima insentif sebegitu. Bagi saya, apa yang dihasilkan adalah untuk khazanah masa depan.

"Melihatkan Nek Tom turut mendapat perhatian ramai, saya bercadang untuk menghasilkan lebih banyak cerita rakyat kerana masyarakat kita kaya dengan cerita penglipurlara," jelasnya.

A.Aida turut membentangkan perancangan syarikatnya untuk sepanjang tahun ini. Dia yang sering menjadi rujukan rakan-rakan artis yang ingin berjinak dalam bidang penerbitan berkata, sekurang-kurangnya, empat buah drama akan dihasilkan dalam tempoh sebulan.

"Sekarang ini A.Aida Production sedang menjalani penggambaran drama Cinta arahan Yob Hitler dan Sinar Senja yang diarah oleh Rusdi Ramli. Alhamdulillah, kebanyakan drama terbitan saya mendapat sokongan daripada pelbagai stesen TV.

"Sebagai penerbit saya sentiasa memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin mengarah. Contohnya Rusdi Ramli, saya kagum dengan hasil kerjanya sewaktu dia mengarah trailer drama Putera Rayyan yang merupakan drama terlaris terbitan saya tahun lepas," katanya.

Jelas A.Aida, jika seseorang itu ada minat dan kesungguhan untuk mengarah atau menjadi penerbit, dia tidak lokek untuk menghulur bantuan.

"Setiap orang mahu ada peningkatan dalam hidup. Saya suka orang yang ingin sentiasa ke hadapan dan sebab itulah jika dia ada minat untuk mengarah, saya akan beri peluang.

"Naluri saya tidak pernah salah kalau saya memberi peluang pada seseorang atau membantunya. Seperti Aida Aris, saya bangga dia menjadi produser sekarang. Setakat ini mana-mana rakan yang bergelar produser sering menggunakan peralatan daripada syarikat saya," ceritanya.

Tidak terganggu dengan kes perceraian

Selain berulang alik ke lokasi penggambaran, satu lagi destinasinya sejak empat bulan lalu adalah ke Mahkamah Syariah.

Pada 15 Januari ini, Aida bakal berada di lokasi Mahkamah Syariah bagi meneruskan perbicaraan perceraiannya dengan suami, Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Supritendan Suffian Sulaiman.

Biarpun masalah rumah tangganya belum selesai namun A.Aida tidak pernah terganggu dengan kes tersebut.

"Saya ini bukan jenis yang suka membebankan fikiran dengan masalah kerana setiap orang pasti lalui. Kalau saya nak tenggelamkan diri dengan masalah, sakit jiwa pula nanti.

"Alhamdulillah, setakat ini saya berjaya melalui semua cabaran dengan tabah dan percaya kalau kita ikhlas Allah pasti menolong dan pada-Nya saya memohon," katanya.


agak2 bape ribu la artis2 malaysia nie perabiskan duit tuk kecantikkan...

Last edited by skymania on 3-5-2013 01:50 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2013 09:39 AM | Show all posts
4000 utk cucuk? Skit la tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 09:49 AM | Show all posts
apa2 la aida asal kau bahagia....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 09:51 AM | Show all posts
nak cantek punye pasal...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 09:59 AM | Show all posts
pi bagi duit tu kat anak2 yatim....lagi bagus....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 10:07 AM | Show all posts
oklah nak berhabis berapa utk kecantikan, duit dia lantaklah............... tapi JANGANLAH time tua2 nanti mintak derma sana sini sebab nak biayai bill hospital swasta............... beringatlah sedikit..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2013 10:09 AM | Show all posts
huh apa2 je la cik kak oi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 10:15 AM | Show all posts
sebulan dia peruntukan 4000 setahun jd 48k...tuk cantik jer...blm lg tuk benda2 lain...baju...kasut...handbag...kete...mesti tinggi dia nye maintenance nie...jd producer leh jd kaya yer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2013 10:17 AM | Show all posts
senang je
amik sepit baju

ketip dekat hujung muka. haha bagi tgang
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 10:22 AM | Show all posts
bila duit dah terlalu banyak...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 10:24 AM | Show all posts
Dia tak cantik ok
dia ketek
dan muka dia bengis
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 10:45 AM | Show all posts
Risma posted on 5-1-2013 10:07 AM
oklah nak berhabis berapa utk kecantikan, duit dia lantaklah............... tapi JANGANLAH time tua2 ...

Terbaik komen ni

Semoga takdaklah masuk melodi mengadu dok kelas ke-3 spital gomen dan merayu sumbangan ehsan org ramai
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
lawa a.aida ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 10:56 AM | Show all posts
duit ekau punyo terpulang pada kau lah...........
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 10:56 AM | Show all posts
pada aku,wanita yg berumur ada sedikit kedutan di bawah matanya ditambah plk dgn muka yg bersih tenang lagi cantek perfect daripada wanita yg dah tua tapi tegang sana sini.tak natural tau.

kalau aku jadi minah ni,aku lebih suka spend duit rm 4000 tu utk bershopping drp tarah muka yg belum tentu akan jadi lebih cantek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 10:57 AM | Show all posts
kalo tengok dlm utusan semalm ok lar tp muka dia jenis muka garang...kulit tu tak tau la kan tak penah terserempak...kot2 ada sape2 penah terserempak gan dia ke kan leh la citer...mcm org citer si ifa raziah cantik kulit dia...tp satu bdn inject tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2013 11:04 AM | Show all posts
mungkin sebab tu asben dia tak tahan, maintenance tinggi sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 11:08 AM | Show all posts
suntik camna pn muka beliau kurang cantik dr dulo
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 11:12 AM | Show all posts
ngabihkan 4k je...tak lawa mana pon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 11:16 AM | Show all posts
JDT posted on 5-1-2013 11:04 AM
mungkin sebab tu asben dia tak tahan, maintenance tinggi sangat...

tu yg asyik gdh2 jer yer...tp a.aida nue yg tuntut cerai kan...suami dia tak nak ceraikan dia

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.073229 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list