CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13111|Reply: 96

Nazim Othman Nafi Ditaja VIP & Mahu Keluarkan Album

[Copy link]
Post time 9-1-2013 09:39 AM | Show all posts |Read mode
'Saya tidak ditaja VIP'




DESAS-DESUS dirinya ditaja golongan VIP untuk hidup mewah masih diperkatakan orang hingga hari ini. Apatah lagi, penampilannya kini jauh berubah berbanding lima tahun lalu. Jika dulu, penampilan pelakon meningkat naik, Nazim Othman hanya sederhana, kini dia dikatakan mengamalkan cara hidup mewah dengan kelas tersendiri.


Berbekalkan wajah kacak persis model terkenal, pastinya Nazim menjadi kegilaan ramai wanita dan bukanlah mustahil jika ada wanita di kalangan VIP ingin mendekati dirinya. Namun, sejauh manakah kebenaran gosip yang tersebar itu?


Bagaimanapun, pertemuan dengan anak muda berusia 29 tahun kelahiran Labuan, Sabah dalam sesi fotografi eksklusif bersama RAP yang diatur di Naza Quest, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini menyingkap segala-galanya. Lebih menarik, Nazim sempat memberikan pose menarik khusus untuk pembaca akhbar ini bersama model kereta terbaru Chevrolet Sonic dan Chevrolet Cruze.

Nazim yang tampil segak dengan jaket jenama terkenal petang itu menafikan sekeras-kerasnya gosip yang tersebar itu. Ia terbukti apabila wajah duta jam tangan Ellesse ini kerap muncul di kaca televisyen menerusi pelbagai telefilem dan drama bersiri lakonannya.

"Saya mampu hidup selesa sekarang hasil kerja keras siang dan malam. Saya juga tidak ditaja VIP, sebaliknya saya yang 'menaja' diri sendiri. Mana ada saya hidup mewah. Sejak dulu saya memang amalkan cara hidup sederhana.


"Selepas bergelar artis, saya sentiasa mementingkan aspek penampilan kerana sentiasa meraih perhatian orang. Dari segi imej, saya sukakan jaket kerana nampak segar. Orang nampak saya mewah mungkin kerana saya pandai menyesuaikan baju yang dipakai," katanya.

Secara peribadi, pemilik nama sebenar, Nushrul Alif Othman mengakui dirinya jauh lebih matang berbanding lima tahun lalu. Bukan saja perubahan dari segi penampilan yang lebih segar, malah semakin bijak menentukan hala tujunya dalam bidang seni.                                                

"Jika dulu, saya memang takut-takut untuk menonjolkan diri kerana kurang keyakinan diri. Kini, ia sudah berlalu kerana saya sekarang adalah 'Nazim yang baru'.

"Bayangkan saya terpaksa menunggu selama lima tahun untuk menyerlah. Apapun ia berbaloi kerana ramai pihak sudah mula nampak dan percaya dengan bakat saya termasuk di kalangan pihak korporat.

"Bersandarkan pengalaman lima tahun berkecimpung dalam bidang seni, saya semakin berani menonjolkan diri dan yakin dengan apa yang saya lakukan. Saya percaya, kunci kejayaan seseorang adalah yakin dengan kebolehan diri sendiri dan bakat yang dianugerahkan Tuhan," katanya.

Pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri Dejavu Di Kinabalu dan Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima ini  merancang untuk mengembangkan lagi cabang seninya sempena kedatangan tirai tahun baru 2013.

"Bagi saya, cabang seni itu luas. Saya tak mahu dikenali sebagai pelakon saja kerana sebagai 'public figure', cabangnya juga luas. Pada masa sama, saya juga ingin menjadikan nama sebagai satu jenama seperti dalam bidang perniagaan.

"Selain pelakon, saya juga baru saja dilantik sebagai duta produk jam tangan Ellesse. Saya juga menjadi model untuk iklan komersial. Saya juga sudah mencuba bakat di pentas teater menerusi pementasan Tun Siti Hasmah di Istana Budaya hujung tahun lalu," katanya.






Nazim ingin kembangkan bakat dalam bidang nyanyian

PASTI ramai yang tidak tahu Nazim juga berbakat dalam bidang nyanyian. Justeru, kata Nazim, dia merancang untuk melebarkan sayapnya dalam bidang nyanyian sempena kedatangan tirai 2013.

"Sebenarnya, saya pernah merakamkan dua lagu tema sebelum ini iaitu lagu Cinta untuk drama Begitulah Cinta dan Langit Menangis untuk drama Dejavu Di Kinabalu.

"Saya tidak menghantar lagu itu ke stesen radio untuk diputarkan kerana saya hanya menyanyikannya untuk kepuasan sendiri. Namun saya lega kerana maklum balas yang diperoleh daripada peminat sangat positif," katanya.

Terbaru, jejaka ini merancang untuk menghasilkan lagu baru berentak pop balada untuk diputarkan di stesen radio nanti dan yakin ia akan diminati.

Ditanya sama ada dia ditaja mana-mana pihak untuk menghasilkan album, Nazim menafikan sekeras-kerasnya.

"Saya menceburi bidang nyanyian bukan sekadar suka-suka atau kejar glamour, sebaliknya serius menggilap bakat dan potensi diri. Pada masa sama, saya tidak ditaja mana-mana pihak dan buat lagu dengan duit simpanan sendiri.

"Insya-Allah, jika lagu atau single baru saya mendapat sambutan, saya merancang untuk menghasilkan album penuh pula," katanya.

Dalam pada itu, Nazim berkata, dia bersyukur kerana tawaran berlakon yang diterimanya tidak pernah putus dan jadualnya penuh bermula bulan ini hingga Mei depan.

"Dalam tempoh itu, saya sudah terikat dengan tiga penggambaran telemovie dan tiga drama bersiri. Saya juga akan bekerja lebih keras lagi untuk memastikan momentum itu kekal sampai tahun akan datang," katanya.

Antara telemovie dan drama bersiri yang dilakonkannya ialah Hadiah, Tersalah Cinta dan Terlanjur Cinta arahan Pali untuk TV9. Selain itu, pementasan Tribute Teater Tun Siti Hasmah arahan Erma Fatima di Istana Budaya.

Beralih kisah cintanya yang hangat diperkatakan dengan pelakon baru, Bella Dally, Nazim nampaknya tidak dapat mengelak apabila diajukan soalan itu.

"Setakat ini, hubungan kami berjalan lancar sejak menjalin hubungan setahun yang lalu," katanya.

Bagaimanapun, Nazim enggan terlalu membicarakan kisah cintanya itu kerana tidak mahu peminat terlepas pandang karier seninya.

"Buat masa ini, kami ingin fokus pada karier seni masing-masing. Soal kahwin pula, kami berdua belum bersedia ke arah fasa itu lagi. Apa yang penting, hubungan kami direstui keluarga kedua-dua belah pihak," katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SayatidakditajaVIP_//Article/index_html



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2013 10:00 AM | Show all posts
kerlast highlight nama tu

mane abg @sayang_mulut ? haha..
lupa dh citer akak nusyrulll tu Last edited by dauswq on 9-1-2013 10:01 AM

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 10:03 AM | Show all posts
dauswq posted on 9-1-2013 02:00 AM
kerlast highlight nama tu

mane abg @sayang_mulut ? haha..

kan aku dah cakap nama die Nushrul Aliff Othman umur 28 ( as of 2012).. die ni makhayyam besar aku dulu mase kat asrama...

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 10:06 AM | Show all posts
sayang_mulut posted on 9-1-2013 10:03 AM
kan aku dah cakap nama die Nushrul Aliff Othman umur 28 ( as of 2012).. die ni makhayyam besar aku ...

so awek dia si nabila dally tu just utk coverina je la ea? bluerkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 10:07 AM | Show all posts
sayang_mulut posted on 9-1-2013 10:03 AM
kan aku dah cakap nama die Nushrul Aliff Othman umur 28 ( as of 2012).. die ni makhayyam besar aku ...

katenye berdrag bagai kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 10:07 AM | Show all posts
sayang_mulut posted on 9-1-2013 10:03 AM
kan aku dah cakap nama die Nushrul Aliff Othman umur 28 ( as of 2012).. die ni makhayyam besar aku ...

masa dia jadi makhayyam dulu sheols cantik tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-1-2013 10:08 AM | Show all posts
sayang_mulut posted on 9-1-2013 10:03 AM
kan aku dah cakap nama die Nushrul Aliff Othman umur 28 ( as of 2012).. die ni makhayyam besar aku ...

from Nushrul Alif to Nazim...curlasssttt Mak Hayam!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2013 10:09 AM | Show all posts
budakmanentah posted on 9-1-2013 10:06 AM
so awek dia si nabila dally tu just utk coverina je la ea? bluerkkkk

sama je mcm Iqram Dinzly & Pojiah Gos uols...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2013 10:11 AM | Show all posts
RatuDunia94 posted on 9-1-2013 10:09 AM
sama je mcm Iqram Dinzly & Pojiah Gos uols...

si Iqram tu dah insap la kot...skang pon dia dh join ashraff muslim
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 10:20 AM | Show all posts
sayang la yer..dah elok2 gaya maskulin sekali mak hayam..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 10:31 AM | Show all posts
sayang_mulut posted on 9-1-2013 10:03 AM
kan aku dah cakap nama die Nushrul Aliff Othman umur 28 ( as of 2012).. die ni makhayyam besar aku ...

tgk gaya posing & renungan mata dah tau dia tu mak hayammm
hanya jauhari mengenal maniam....
siapa VIP yg bela dia tu anyway
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 10:33 AM | Show all posts
uols...lelaki sejati takkan posing gaya gitu hokayy
dari body language je dah jelas
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 11:05 AM | Show all posts
Santeira posted on 9-1-2013 02:07 AM
masa dia jadi makhayyam dulu sheols cantik tak?

gitu la rupa dia.. tapi sheols ni lepas f4 masuk SMKA JB.. iols tetap kat sekolah tu sebelum ke boarding school.. pernah jumpe masa sheol f4 masuk pertandingan syarahan.. sangat kekwats..


mmg gitu la gayanya.. sheols pakai tudung tuala nampak cantik...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 11:10 AM | Show all posts
budakmanentah posted on 9-1-2013 02:06 AM
so awek dia si nabila dally tu just utk coverina je la ea? bluerkkkk

iols tak tau..maybe die dah jandi jantan.. eh ade je lelaki lembut masih minat perempuan.. contoh paling dekat jaafar onn

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 11:12 AM | Show all posts
Kenapa aku tgk muka dia rasa nak cepuk je ye
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 11:14 AM | Show all posts
johnazizul posted on 9-1-2013 11:12 AM
Kenapa aku tgk muka dia rasa nak cepuk je ye

kann...muka macam mintak ditampar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2013 11:14 AM | Show all posts
dauswq posted on 9-1-2013 02:07 AM
katenye berdrag bagai kan?

heyyy...

sheols ni masa zaman sekolah mmg sangat jenis orang yang moody.. sket2 sentap..sket2 sentap... tak tau la apa kene... tapi he was the one who protected me dari jadi mangsa2 buas abang2 senior di sekolah waktu malam..pernah heols tido sebelah iols sebab nak protect iols jadi mangsa waktu malam..

weols pernah nyanyi lagu hati kama( hati kama okaay!!! kak mampu!!!hadek2 sangatkann)  kat tengah2 padang..time tu lagu ini tengah hot.. pernah juga nyanyi dengan zarina af2.. zarina af2 tu kire star la kat sekolah... nyanyi-nyanyi ni sheols no 1 kat sekolah...

we lost contact lepas heols g SMKAJB pernah jumpe beberape kali, tapi ye la..orang popular kan.. kekwat mengalahkan apa je..

i feel proud of him being  star kat Malaysia ni..kalau sheols dah nak kawen dan ada gf..bagus la..



Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 11:18 AM | Show all posts
mungkin dia sedih kalau dapat tau junior kesayangan suatu masa dulu bercerita kisah silam dia...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 11:19 AM | Show all posts
takut juga.. anyway..patut naikkan RA.. ala itu kesah lama.. sekarang dia dah berubah.. dah tak macam dulu..segak macho.. iols ske.. ramai kawan2 iols yang pondan taste kt dia..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 11:25 AM | Show all posts
sayang_mulut posted on 9-1-2013 11:19 AM
takut juga.. anyway..patut naikkan RA.. ala itu kesah lama.. sekarang dia dah berubah.. dah tak maca ...

noks...pada pandangan mata iols tak ada nya dia tu macho
hanya stok2 fonen & pompuan2 naive saja taste kat dia
iols terus mati selera nak tenguk drama kalau dia bawak watak hero
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.081474 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list