CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3506|Reply: 1

Papa Don't Smoke - Berhenti rokok tembakau dengan rokok elektonik/personal vape

[Copy link]
Post time 13-1-2013 02:48 AM | Show all posts |Read mode
Tentang Papa Don’t Smoke


Papa Don’t Smoke (Papa Jangan Merokok) ditubuhkan pada Disember 2012. Pengasas PDS yang ingin dikenali sebagai Papa mahu membantu rakan-rakan vapers membeli alat – alat vaping yang berkualiti dan berpatutan.
PDS berazam untuk menawarkan yang terbaik bagi anda, produk terbaru dengan harga yang kompetitif dan berpatutan

www.papadontsmoke.com
http://www.facebook.com/papadontsmoke

Produk - produk kami

Vamo VV Mod - RM310 (RM280 untuk lite set)

Personal vape yang paling power di pasaran. Sesuai bagi orang yang baru dalam rokok elektronik kerana user interface yang senang. Bagi perokok tegar, ini adalah model bagi anda kerana ia best performance pada voltage tinggi.



Technical Specifics      

  • tukar voltage daripada 3V - 6V
  • uji atomizer resistance
  • ce rohs sgs
  • protection function
  • saiz: 135mm(L)*22mm(D)
  • Prolong section: 35mm with screw (Or 30mm)

Set kami mengandungi
  • 1 x unit Vamo
  • 2 x bateri 18350
  • 1 x Charger
  • 2 x tangki Vivi Nova dan mouthpiece

Sigelei ZMax - RM320

ZMax menggabungkan prestasi vaping yang sedap dan design yang stylish dan glamour. Rokok elektronik paling laris pada 2012 -- jadi anda tahu kualiti terjamin.




  • Model paling laris pada 2012
  • OLED baru
  • tukar voltage daripada 3V-6V
  • Amperate Limiting 5 amps
  
Set kami mengandungi
  • 1 x unit ZMAx
  • 2 x bateri 18650
  • 1 x atomizer/mouthpiece
  • 1 x charger

Cara untuk membeli

Hubungi kami di papadontsmoke@gmail.com atau di 013 633 8224 (SMS dan whatsapp)


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2013 02:48 AM | Show all posts
Belajar tentang rokok elekronik disini



• Apakah vaper?

    Vaper atau rokok elektronik adalah alat gaya hidup untuk tujuan merokok dengan cara yang memuaskan dan sihat (dipanggil vaping oleh komuniti vapers). Vaper pada dasarnya memanaskan e-liquid sehingga menjadi wap di mana seseorang boleh merokok seperti rokok biasa.

• Adakah vaping sama kaw dengan merokok?

    Ya, dengan haba dan perisa e-liquid yang sesuai, anda boleh mendapatkan kepuasan yang sama dengan rokok, malah anda boleh mendapat lebih.

• Adakah vaping serupa dengan shisha?

    Shisha adalah lebih kepada berseronok. Vapers adalah untuk perokok serius

• Adakah vaping mahal?

    Anda boleh menjimatkan lebih daripada RM2000 setahun melalui vaping.

    Kos pelaburan untuk membeli sebuah unit vape peribadi adalah sekitar RM100 – 400. Jika anda seseorang yang memerlukan satu pek rokok setiap hari, kos vaping adalah sekitar RM80 -100 sebulan, iaitu bagi mengisi semula e-liquid (RM60 – 80/month) dan mengganti atomizer (RM20/bulan). Jumlahnya sekitar RM1000 – RM1600 untuk tahun pertama anda vaping.

    Sebaliknya, jika anda merokok satu pek sehari, kos membeli rokok adalah RM10 sehari atau RM300 sebulan atau RM3600 setahun.

    Ini bermakna anda boleh menjimat RM200 sebulan atau RM2400 setahun melalui vaping.

• Bolehkah saya berhenti merokok dengan vaping?

    Ya, anda boleh. Ramai dikalangan Vapers telah berjaya menghenti tabiat merokok. Papa sendiri telah berjaya menghenti tabiat merokok beliau dalam tempoh masa 3 bulan dan anda juga boleh. Jika matlamat utama anda adalah untuk berhenti merokok, maka ia adalah disyorkan bahawa anda bereksperimen dengan model – model unit vape & perisa yang berbeza untuk mencari vape yang benar-benar sesuai untuk anda. Kami mencadangkan anda melabur wang anda dan masa untuk vaping supaya anda berasa komited kepada vaping. Anda boleh berhenti merokok, percaya pada diri sendiri.

• Adakah vaping selamat?

    Ya.

    Vaper adalah alternatif yang sihat kepada merokok. Berikut adalah beberapa hasil kajian mengenai kesan-kesan kesihatan vaping.

    American Association of Public Health Physicians
    American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.”

    Boston University School of Public Health study
    Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius. “Rokok elektronik didapati” lebih selamat “berbanding produk tembakau, dan mempunyai tahap ketoksikan serupa dengan pengganti nikotin yang sedia ada. [32][33][34]

    Menurut laporan ini, tahap karsinogen dalam rokok elektronik adalah sehingga 1,000 kali lebih rendah daripada rokok biasa, dan bukti awal menunjukkan bahawa rokok elektronik boleh membantu orang ramai untuk berhenti merokok. [32][33]

    Hasil kajian lain
    Cancer Research UK menyatakan “Bagi perokok, risiko kepada kesihatan kerana terus merokok lebih tinggi daripada terapi penggantian nikotin “. [38]

    Satu kajian di Greece mendapati rokok elektronik tidak membawa mudarat kepada jantung. Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan di European Society of Cardiology bahawa “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan. “Farsalinos dan pasukannya mengkaji fungsi jantung 20 perokok muda sebelum dan selepas menghisap satu rokok tembakau kepada 22 pengguna rokok elektronik sebelum dan selepas menggunakan alat mereka. Perokok tembakau mengalami disfungsi jantung yang ketara, termasuk peningkatan tekanan darah dan kadar jantung, mereka yang menggunakan rokok elektronik hanya mempunyai peningkatan tekanan darah yang sedikit. Satu lagi kajian, juga di Greece, melaporkan rokok elektronik hampir tidak mempunyai kesan kepada fungsi paru-paru. [39]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.068154 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list