CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kecik82

[Tempatan] Kelantan vs Johor Darul Takzim (15.1.2013)

[Copy link]
 Author| Post time 15-1-2013 10:49 AM | Show all posts

Petikan dari blog Mansor Adabi..TSHAM kecek berbelit lak..hmm dah namanya orang politikkan

Kelantan vs Johor Darul Takzim FC



Kelantan Hormati Harimau Selatan
Oleh MOHD. HAFIZ ABD@utusan.com.my
KOTA BHARU - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa kecewa dengan kekalahan pasukannya 0-1 kepada T-Team dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.
Annuar yang dipetik dari Facebooknya semalam berkata, kekalahan itu membayangkan Kelantan mula menerima kesan daripada ketiadaan beberapa pemain utama yang berhijrah serentak.
Beliau turut kecewa dengan barisan hadapan pasukannya yang dilihat gagal memainkan peranan dengan berkesan untuk menjaringkan gol.
Saya mahu barisan jurulatih dan pemain segera berbuat sesuatu dan bangkit daripada kekalahan ini," katanya.
Sementara itu, Annuar berkata, pertemuan Kelantan menentang Johor Darul Takzim esok perlu digunakan sebaik-baiknya untuk mencapai kemenangan.
Katanya, walaupun diakui Johor sebuah pasukan yang mantap namun beliau berharap pemain segera bangkit mempamerkan kehebatan membenam pasukan Harimau Selatan.
Kita turut berasa bertuah menerima kunjungan pasukan bertaraf bintang dari kelas yang tinggi seperti Johor.
Kita berpeluang belajar dari mereka (Johor DT) seperti kita pernah belajar semasa bertemu Queen Park Ranger (QPR) dan Machester City dahulu.
Kali ini bintang Sepanyol, Itali, Pelita Jaya dan Harimau Malaya didatangkan kepada kita. Kita cuma Sang Kijang yang tidak begitu perkasa, tidak ada taring, tiada belang, mesti menghormati raja rimba iaitu sang harimau," katanya.
***


Fandi Hanya Bawa 'Pejuang' ke Kota Bharu

Oleh NURUL HUDA HASSAN@huda.hassan@utusan.com.my
JOHOR BAHRU - Bersediakah penyerang Johor Darul Takzim, Norshahrul Idlan Talaha berdepan dengan bekas pasukannya The Red Warriors pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu,esok.


Mampukah penyerang sensasi itu menghadapi tekanan dan cemuhan yang pastinya menanti beliau ketika berkunjung menentang Kelantan sekali gus membawa pasukan barunya yang dibarisi ramai pemain berstatus bintang mencapai kemenangan.
Kecergasan Norshahrul atau Mat Yo itu juga difahamkan berada pada tahap terbaik, jadi tiada sebab untuk Norshahrul yang dipalit kontroversi perpindahannya menyertai skuad Harimau Selatan tidak diturunkan pada perlawanan itu nanti.
Tinjauan di padang Seri Gelam, venue latihan Johor Darul Takzim semalam mendapati sesi tersebut berjalan lancar dan Mat Yo kelihatan ceria menjalani latihan.
Namun, usaha untuk menemuramah Pemain Paling Bernilai pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 itu juga gagal kerana difahamkan mereka tidak dibenarkan untuk mengeluarkan sebarang ulasan.
Dalam pada itu, ketua jurulatih, Fandi Ahmad menyifatkan perlawanan menentang Kelantan pasti sukar memandangkan reputasi pasukan tersebut selaku penyandang juara musim lalu selain terkenal dengan corak permainan pantas.
Untuk itu, beliau mahu pemain memberikan fokus sepenuhnya dan perlu 'panas' dengan cepat sekali gus memastikan tidak memberi ruang kepada pasukan lawan.
"Kita hanya boleh membawa fighters (pejuang) ke Kelantan, semua pemain perlu berdisiplin, bersedia dengan mental dan fizikal yang kuat serta agresif jika benar-benar mahu mengalahkan Kelantan.
"Kita perlu menyekat kemaraan Kelantan di awal permainan, jika tidak kita bakal berdepan masalah besar," katanya.
***


Tan Sri Annuar Musa@13-1-2013
Saya mau TRW BANGKIT DAN ENJOY THE GAME ON TUESDAY...KITA RASA TERHORMAT MENERIMA KUNJUNGAN PASUKAN BERTARAF BINTANG DAN DARI KELAS YG TINGGI..KITA BERPELUANG BELAJAR DARI MEREKA SPT KITA PERNAH BELAJAR WAKTU BERTEMU QPR DI KL DAN MANCHESTER CITY SEWAKTU LAWATAN KE ENGLAND DULU..kali ini bintang SPAIN,bintang ITALY,BINTANG PELITAJAYA,BINTANG HM semua ada di datangkan kpd kita..LET US WELLCOME OUR FRIEND "HARIMAU SELATAN"TO KOTA BHARU..kita cuma SANG kijang yg tidak begitu perkasa.TIADA TARING TIADA KUKU TIADA BELANG..MUST RESPECT RAJA DI RIMBA SANG HARIMAU..lets hope for a beautiful and interesting match ANTARA KIJANG DAN HARIMAU..and the right spirit too INSYAALLAH
***

Tan Sri Annuar Musa@14-1-2013
Mcm mcm cadangan utk game mlm esok..Yg pasti saya tidak akan campur Hal line up dan tektikal..biar mereka yg lebih arif dan di tugaskan utk itu..Terimalah hakikat kita berdepan team yg lebih kuat segenap segi dari kita..Maka tidak mudah bagi Bojan dan anak buahnya.Kita belum dapat memulihkan lompong di saat 2 akhir team kita walau kita usahakan pelbagai options...NAMUN DI SINILAH LETAKNYA CABARAN..KITA ADA SAINGAN BARU..KITA JUGA ADA BENCH MARK BARU..UNTUK MENCAPAINYA TIDAK MUDAH..kalau dulu MENGAMBIL masa 3 tahun utk MENCAPAI TAHAP JUARA BERGANDA kini kita harus melangkah lebih pantas lagi utk mendaki puncak yg baru..KITA MULAKAN SEKARANG


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2013 10:50 AM | Show all posts
hek eleh, takat permainan ranking 200 fifa pun kamu orang kecoh.

taraf2 permainan under12 pasukan jepun sahaja kot?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 10:51 AM | Show all posts
aku orang kedah doakan kelantan menang malam ni...amin.

aku tak suka pasukan johor dan anak sultan tu...nampak riak dan sombong jer...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 10:51 AM | Show all posts
mikasa posted on 15-1-2013 10:42 AM
link plez...aku nak tengok



ni gambar dia...


Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 10:53 AM | Show all posts
Gomo molek Kelantan... 2-1 cukup doh...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 10:53 AM | Show all posts
mikasa posted on 15-1-2013 10:35 AM
kesian Mat Yo dpat bini macam tu...

harp Mat Yo dapat tawaran main kat Indon lepas FIFA tak gan ...

hahahaha
tetiba aku nak jadi jahat sket

mase safee ceraikan wife dier aritu, aku mencik betul dgn safee ni
lupa daratan & lately performance dier pun dah merudum & mcm2 lagi la
kualat..padan muka

tp klu sejarah berulang kat mat yo
aku cam ok je klu mat yo wat lagu tu...
sbb mat yo ade binik cmtu...mcm layak jek...jahatnye aku tibe2...

aku bukan le peminat mat yo pun...lgsg x minat
lari pun xleh laju sbb berat montot
tp kes wife dier yang "terlebih sudah" tu buat aku meluat2 jek


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2013 10:54 AM | Show all posts
peachRose posted on 15-1-2013 10:51 AM
ni gambar dia...

tq.

ni baru nak main kat Pahang..kalau kat KB mau bawak satu batalion lengkap ngan jet pejuang ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 10:54 AM | Show all posts
my_edlin posted on 15-1-2013 10:53 AM
Gomo molek Kelantan... 2-1 cukup doh...

Yup..gomo kelantan gomo...1-0 pun ok doh dgn keadaan pemain tak berapa nok jadi lagi ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2013 10:56 AM | Show all posts
cutebaby5907 posted on 15-1-2013 10:53 AM
hahahaha
tetiba aku nak jadi jahat sket

sama macam dalam otak aku...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 10:58 AM | Show all posts
gomo kelate gomo- nak chant pon sedap
luaskan kuasamu- ape punye tagline dah
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 10:59 AM | Show all posts
MAT YO 3 : KELANTAN 0          Last edited by OmJualGas on 15-1-2013 11:01 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 10:59 AM | Show all posts
JOHOR X BELI APEX KE?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 11:01 AM | Show all posts
mikasa posted on 15-1-2013 10:54 AM
tq.

ni baru nak main kat Pahang..kalau kat KB mau bawak satu batalion lengkap ngan jet pejuang  ...

noks ni gbr 'rombongan' ke kelantan...


Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 11:02 AM | Show all posts
kelantan menang 2-1 pun dah ok. tak payah nak riak sgt
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 11:02 AM | Show all posts
cutebaby5907 posted on 15-1-2013 10:59 AM
JOHOR X BELI APEX KE?

apex dapat gak offer..3 juta ta silap..tapi leuniey tak bagi kut....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 11:03 AM | Show all posts
cutebaby5907 posted on 15-1-2013 10:59 AM
JOHOR X BELI APEX KE?

Dah try usha apek tapi apek tolak nak still ngan Kelantan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2013 11:03 AM | Show all posts
cutebaby5907 posted on 15-1-2013 10:59 AM
JOHOR X BELI APEX KE?

luni x bg.........
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 11:07 AM | Show all posts
Luaskan Kuasamu Johor
sesah Johor sesah

Tak sabar nak tgk... dalam ni byk penyokonh TRW weh.... hihi
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 11:08 AM | Show all posts
peachRose posted on 15-1-2013 11:02 AM
apex dapat gak offer..3 juta ta silap..tapi leuniey tak bagi kut....

ooo
okla tu...
jenis x cepat lupa daratan

jgn mlm ni lutut sakit sudeh...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 11:08 AM | Show all posts
tgk jer la sape yg meratib nnt....ade org tu dah kurang sket ratiban nye akhir2 nih. dah dpt pengajaran kot

tlg la hentikn sebarang provokasi....psl bola jer pon. wat pe gadoh2....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.067512 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list