CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
123Next
Return Post new threads
Show: 2442|Reply: 63

[Tempatan] LISTEN-PRU makin hampir, 1 Feb tarikh akhir buka bilik gerakan daerah mengundi

[Copy link]

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 16-1-2013 10:30 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

1 Feb tarikh akhir buka bilik gerakan pusat daerah mengundi BN

Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional(BN) di seluruh negara mesti dibuka selewat-lewatnya 1 Februari ini.
   
Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan berkata arahan itu dikeluarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap pengerusi BN sebagai persiapan menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

"Ini bermakna semua bahagian seluruh negara mempunyai masa lebih kurang dua minggu bagi mempersiapkan PDM masing-masing sama ada urusan menyewa atau mengenal pasti bangunan atau lokasi PDM di bahagian masing-masing," katanya kepada pemberita selepas majlis Tinjauan Mesra Penerangan ke PDM Parlimen Ampang dan Pandan di ibunegara hari ini.
   
Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno juga mengingatkan setiap PDM perlu dilengkapi bendera Umno dan BN serta maklumat pengundi selain dipenuhi dengan aktiviti harian.
   
"Saya dah tulis surat pada semua bahagian agar dijalankan aktiviti seperti yang telah ditetapkan iaitu Setiap Hari Ada Program Di PDM (SHADPDM) mengikut kaedah yang telah mula dijalankan di beberapa bilik gerakan mulai tahun lepas," katanya.
   
Katanya ini bermakna akan terdapat 7,531 PDM di seluruh negara manakala terdapat beberapa Umno Bahagian di beberapa negeri telahpun membuka PDM masing-masing.
   
Dalam perkembangan lain, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri mengingatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mengambil iktibar daripada krisis bekalan air yang melanda Lembah Klang baru-baru ini.
   
Beliau berkata, kesengsaraan setengah juta penduduk susulan kegagalan sistem pam di rumah pam Wangsa Maju dan kerosakan pada papan suis utama Pudu Hulu sejak 29 Disember lalu tidak perlu dipolitikkan.
   
"Berhenti menyalahkan pihak lain sebaliknya luluskan projek Loji Air Langat 2 agar kepentingan rakyat dapat didahulukan," katanya.
   
Terdahulu, Ahmad menyampaikan bantuan barangan keperluan Kedai Rakyat 1Malaysia kepada 150 penerima terdiri Orang Kurang Upaya, ibu tunggal dan keluarga kurang mampu di kawasan Parlimen Ampang dan Pandan.
   
- Bernama
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 16-1-2013 10:31 PM |All posts
PM mula dengar taklimat dari bahagian BN di S'gor

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mula mendengar taklimat dari setiap bahagian Barisan Nasional (BN) di Selangor berhubung persediaan dan gerak kerja jentera parti itu menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata perjumpaan tertutup telah diadakan membabitkan lima bahagian BN iaitu Ampang, Pandan, Hulu Langat, Serdang dan Puchong baru-baru ini bagi tujuan berkenaan.

Beliau berkata satu lagi siri pertemuan yang sama juga dijadual akan diadakan dalam masa terdekat membabitkan bahagian Gombak, Selayang, Subang, Kelana Jaya dan Petaling Jaya Selatan.

"Taklimat berkenaan disampaikan oleh pemimpin tertinggi di bahagian masing-masing mengenai persedian yang dibuat bagi menghadapi PRU akan datang," katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.

Mohd Zin berkata Najib selaku pengerusi BN Selangor turut memberi arahan dan tindakan yang perlu diambil untuk mengukuhkan lagi persiapan jentera parti dalam menghadapi PRU.

Beliau berkata antara yang ditekankan perdana menteri ialah untuk memastikan kesatuan dan perpaduan dalam parti sentiasa dipelihara dalam usaha menyusun barisan yang padu dalam memastikan kemenangan BN di negeri itu.

"PM turut meminta supaya kalau ada sengketa dalaman ia perlu dihapuskan oleh semua pihak demi kepentingan parti," katanya.

Mohd Zin berkata BN Selangor juga dalam proses menyediakan draf akhir Manifesto BN negeri untuk pilihan raya akan datang yang berkonsepkan janji-janji yang akan ditepati sekiranya memerintah kembali Selangor.

Beliau berkata manifesto itu meliputi perkara yang berkaitan bidang kuasa BN dan kemampuan untuk memastikan hak rakyat terbela.

"Kita akan berikan tumpuan kepada membela nasib rakyat dan akan mengadakan perbincangan di peringkat masyarakat untuk mendengar sendiri apa harapan, tuntutan dan maklum balas dari rakyat terhadap BN," katanya.

-Bernama

Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 16-1-2013 10:33 PM |All posts
hoyeyy!! dapat ngundi!! jari dh gatai sgt2 dh ni
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 16-1-2013 10:33 PM |All posts
Najib: 'Pengundi Selangor, yakin dan berilah kami peluang'

Wartawan Sinar Harian
16 Januari 2013




Foto fail, Najib Tun Razak berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan tahun lalu. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Sambil mengakui ada kesilapan dan kekurangan dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) masa lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak merayu agar perikatan itu diberikan satu peluang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk mentadbir semula Selangor.

Pengerusi BN berjanji pihaknya berjanji akan bangkit semula dengan niat dan semangat baru bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Selangor.

"Kami sedar, terdapat kesilapan dan kekurangan dalam pentadbiran Barisan Nasional yang lalu. Atas kesedaran ini, kami berjanji akan bangkit semula dengan niat dan semangat baru bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Selangor.

"Janji kami adalah Janji Ditepati. Yakinlah dan berilah peluang kepada kami untuk membawa perkhidmatan yag lebih baik kepada rakyat Selangor," kata beliau dalam perutusan sempena tahun 2013 yang dihantar kepada pengundi di negeri Selangor awal tahun ini.

Selangor mempunyai lebih dua juta pengundi. PRU13 akan diadakan sebelum akhir Jun jika Parlimen terbubar dengan sendiri pada 28 April ini.

Najib yang juga Pengerusi Umno Selangor berkata, beliau amat bersyukur kerana negara diberikan kesejahteraan yang berterusan sepanjang tahun lalu.

"Alhamdulillah, Malaysia terus aman dan makmur tanpa mengalami bencana besar.

"Negara kita juga mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik secara keseluruhannya.

"Ini merupakan hasil usaha bersama rakyat Malaysia menggembleng tenaga dan usaha bagi memastikan negara ini kekal sejahtera," katanya lagi.

Dalam mesej satu halaman, Perdana Menteri berkata, 2013 merupakan tahun penting kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya kepada rakyat Selangor sendiri, setelah lebih empat tahun berhadapan dengan kecelaruan di bawah kerajaan DAP, PKR dan Pas.

Oleh itu katanya, "kini tiba masanya untuk berubah."

"Mandat baru perlu diamanahkan kepada Barisan Nasional menjelang pilihan raya yang pasti berlaku pada tahun 2013," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.

Selangor, negeri paling maju di Malaysia jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu. Pakatan Rakyat dianggotai Pas, PKR dan DAP.

Najib pernah melahirkan permohonan maaf atas kesilapan dan kekurangan disebabkan BN sebelum 2008.
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 16-1-2013 10:35 PM |All posts
wake up everybody..
get ready!!

mari lah mari pergi mengundi..
Smile, you don't own all the problems in the world - NavaidAziz
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 16-1-2013 10:35 PM |All posts
PRU13: SPR lantik pemerhati asing kalangan negara Asean


16 Januari 2013




Menjelang PRU 13

KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melantik pemerhati dari kalangan beberapa negara anggota Asean untuk membantu memantau proses pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
   
Beliau berkata melalui satu panel pemilih yang ditubuhkan atas nasihat Wisma Putra, SPR dijangka melantik pemerhati dari Indonesia, Filipina, Myanmar dan Thailand selain beberapa pemerhati daripada Sekretariat Asean.
   
"Setakat ini belum muktamad, ada beberapa negara tidak dijemput seperti Brunei, Singapura, Kemboja dan Laos. Wisma Putra yang kendalikan," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat PRU-13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus SPR zon timur di sini, hari ini.
   
Abdul Aziz berkata selain pemerhati asing, SPR juga melantik 16 badan bukan kerajaan (NGO) yang bebas untuk turut menjadi pemerhati pada pilihan raya kali ini.
   
Menurutnya, daripada jumlah itu, sembilan membabitkan NGO dari Sarawak, Semenanjung (empat) dan Sabah (tiga).

Beliau berkata pemerhati asing dan NGO yang terbabit perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan SPR, dan jika gagal mematuhinya, nama mereka akan digugurkan daripada senarai.
   
"Setiap NGO boleh hantar tiga wakil untuk satu bahagian. Kalau ada lima NGO berminat untuk satu bahagian, maka ada 15 pemerhati di bahagian itu dan mereka boleh memohon mana tempat yang mereka nak pergi," katanya.
   
Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata SPR menjangka pemilih berdaftar yang kini berjumlah 13.1 juta akan bertambah kepada 13.3 juta sekiranya senarai pemilih baharu, iaitu 295,173 orang termasuk 51,421 pemilih yang bertukar alamat pada suku terakhir 2012, dimasukkan ke dalam senarai daftar pemilih.
   
Katanya, SPR menetapkan 21 Jan ini sebagai tarikh mendaftar permohonan undi pos membabitkan pelajar dan pekerja rakyat Malaysia di luar negara yang sebelum ini sudah mendaftar sebagai pengundi.
   
Untuk permohonan pengundian pos dalam negara, iaitu untuk anggota polis, tentera selain petugas media dan SPR, permohonan hanya boleh dibuat selepas Parlimen dibubarkan, katanya - Bernama
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 16-1-2013 10:37 PM |All posts
Takutnya...nak pilihan raya dah...
♫ ♡ .,. la vie en rose.., (>‿◠)✌
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 16-1-2013 10:50 PM |All posts
aku harap minggu depan parlimen dibubarkan
--> Follow TWITTER: CARI_KDrama , FB: https://www.facebook.com/penganjur.carikdrama

Lagu feveret June14: Rude - MAGIC! >> Fancy - Iggy Azalea >> All For Me - John Legend
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 16-1-2013 10:53 PM |All posts
.. klu bln 3 ngundi aii tak ada kat mesia  so ....  semoga rancangan berjalan dgn jayanya ... amin... ( memandangkan aii tak mo ngundi tahun nih ... )
keep & touch
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 16-1-2013 10:57 PM |All posts
Nmpknye aku pegi mengundi dgn perut memboyot...harap2 sempat... Last edited by lurve82 on 16-1-2013 10:59 PM

ko dah kenapa?
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 16-1-2013 10:59 PM |All posts
Patotlah tok penghulu kg asyik dok tanya ayah anak2 semua Balik tak nnt..nk masuk list bg duit minyak kereta kaa..
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 16-1-2013 11:07 PM |All posts
putr@polo posted on 16-1-2013 10:35 PM
PRU13: SPR lantik pemerhati asing kalangan negara Asean

baguih laa cari pemerhati dr indon filipinoy vietnam suma
boley tgk betapa harmoninya msia ni
pelbagai bangsa dlm asean dpt ngundi



Reply

Props Report

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 16-1-2013 11:33 PM |All posts
putr@polo posted on 16-1-2013 10:33 PM
Najib: 'Pengundi Selangor, yakin dan berilah kami peluang'

Wartawan Sinar Harian

beri peluang, yakin pada BN dengan menaikkan satim diman seorang bekas despatch dan kerani di UPM yg pernah menjual tanah melayu di puchong pada cina menjadi menteri besar selangor... owhh no.
UMNO dipimpin oleh Perompak2 wang rakyat, hapuskan UMNO BN.
A.B.C.D = ASAL BUKAN CAP DACING
Reply

Props Report

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 16-1-2013 11:35 PM |All posts
putr@polo posted on 16-1-2013 10:35 PM
PRU13: SPR lantik pemerhati asing kalangan negara Asean

ha`ahh... mmg ada pemerhati asing dilantik tapi dengan syarat...

pemerhati hanya memerhati.. tidak boleh bersuara, tidak boleh menelefon, tidak boleh keluar masuk, tidak boleh berkata-kata...

dalam erti kata.. pemerhati akan menjadi seperti org koma di hospital....
UMNO dipimpin oleh Perompak2 wang rakyat, hapuskan UMNO BN.
A.B.C.D = ASAL BUKAN CAP DACING
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 16-1-2013 11:35 PM |All posts
aq dh tempah tiket balik korea tak sabar nak mengundi
My Gps HP Tracking Number https://www.sat-gps-locate.com/
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 16-1-2013 11:35 PM |All posts
yahooooooooo.com cepat2 la bubar dh xsbr nk mengundi #ABU
Oh Malaysiaku kenapa semakin haru biru?
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 16-1-2013 11:40 PM |All posts
Hopefull masa nak pilihanraya nanti tiket airasia tak mahal la
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 17-1-2013 09:58 AM |All posts
'Panggilan Terakhir' 21 Mac Untuk PRU-13

Oleh WONG SAI WAN

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak teragak-agak untuk membubarkan Parlimen bagi membuka laluan bagi pilihan raya umum ke-13 sebelum 21 Mac ini.

Timbul spekulasi bahawa Perdana Menteri akan mendapatkan persetujuan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Mu'adzam Shah Halim untuk pembubaran itu pada bila-bila masa antara 20 Februari dan 20 Mac.

Pihak dalaman mengambil perhatian bahawa 21 Mac tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tamat selepas penggal lima tahun.

"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor akan mengangkat sumpah pada 21 Mac. Oleh itu, penggal itu tamat pada tarikh yang sama tahun ini.

"Kami menjangkakan Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dan meminta Parlimen untuk dibubarkan dengan cara sebelum ini," kata sumber.

Sumber mengatakan bahawa Najib tidak mahu membenarkan DUN Johor tamat kerana ia pernah berlaku sebelum ini dan boleh melibatkan banyak undang-undang dan masalah.

Seorang pegawai Barisan Nasional (BN) berkata, membenarkan penggal DUN Johor tamat akan menghantar mesej yang salah bahawa parti pemerintah tidak bersedia untuk berhadapan dengan pengundi.

Pegawai itu, bagaimanapun, menunjukkan bahawa ini tidak bermakna pilihan raya umum akan diadakan pada 21 Mac atau sebelum itu.

"Perdana Menteri dijangka membuat beberapa lawatan luar negara yang penting dalam bulan Februari ke tempat-tempat strategik yang penting kepada Malaysia serta menghadiri persidangan serantau dan pelbagai hala di mana negara kita adalah pesertanya," katanya.

Pertubuhan sidang kemuncak Kerjasama Islam yang dijadualkan pada 6 hingga 7 Februari dan pemimpin Malaysia jarang terlepas dalam mesyuarat ini. Difahamkan bahawa Najib dijadualkan untuk ke satu lagi lawatan luar negara tidak lama selepas Tahun Baru Cina.

Ini bermakna Najib hanya mempunyai tempoh 30 hari untuk pilihan raya kerana beliau tidak mungkin untuk membubarkan Parlimen dalam waktu terdekat selepas Tahun Baru Cina yang jatuh pada 10 Februari.

Difahamkan bahawa penasihat beliau telah memberitahunya untuk mengelakkan menyingkatkan sambutan perayaan, dengan Tahun Baru Lunar yang tradisinya disambut selama 15 hari.

Oleh kerana semua faktor-faktor ini, menurut sumber dalaman, Najib untuk mengumukan pilihan raya antara 20 Februari dan 20 Mac, sekali gus tiada lagi keistimewaan dengan elemen kejutan.

Tempoh penggal Parlimen tidak akan berakhir sehingga 29 Mac manakala DUN Negeri Sembilan akan cukup penggal pada 26 Mac.
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 17-1-2013 08:36 PM |All posts
KAKITANGAN Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Nor Nafiza Mohd Zainal, 30 (kiri) bersama Dahlya Hasan, 28, dan Syazalina Mohamad, 27, meneliti buku rang daftar pemilih suku keempat yang dipamerkan kepada orang ramai di pejabat SPR Johor, hari ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
Jan 17, 2013 5:57 pm
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 17-1-2013 08:38 PM |All posts
240,000 petugas SPR terbabit PRU-13

2013/01/17 - 20:20:21 PM
Cetak Emel Kawan

KUALA LUMPUR: Seramai 240,000 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terlibat dalam memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)akan datang.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata jumlah itu meningkat daripada kira-kira 180,000 petugas SPR pada PRU-12 2008.

Beliau menjelaskan pertambahan petugas itu disebabkan beberapa faktor seperti jumlah pengundi yang bertambah saban tahun.

"Sehingga suku ketiga 2012, terdapat seramai 13.1 juta pengundi berdaftar dengan SPR. Sekiranya pilihan raya diadakan selepas bulan Mac, kita menjangkakan pertambahan seramai 164,000 pengundi lagi yang didaftarkan pada suku keempat tahun lepas," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat PRU-13 dan isu-isu berkaitan proses pilihan raya kepada petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Wisma Bernama di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman dan pemangku Pengurus Besar Bernama Datuk Yong Soo Heong.

Pada PRU-13 akan datang, sebanyak 8,139 pusat mengundi akan dibuka di seluruh negara melibatkan 24,522 saluran tempat mengundi.
Wan Ahmad menjelaskan 80 peratus daripada pusat mengundi melibatkan bangunan sekolah, manakala selebihnya melibatkan dewan serbaguna dan balai raya.

Selain itu, katanya lebih ramai petugas juga diperlukan bagi memastikan proses pengundian awal yang pertama kali diperkenalkan dapat dijalankan sebaik mungkin.

"Kami benar-benar mahu memberikan yang terbaik. Petugas yang lebih ramai perlu untuk membantu pengundi dan pemerhati yang dilantik sepanjang proses pilihan raya berlangsung," katanya.

Dalam pada itu, Wan Ahmad berkata SPR menjangkakan kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri akan ditandingi, sekali gus pertambahan petugas diperlukan bagi menampung tanggungjawab yang bakal dipikul badan itu.

"Berdasarkan senario politik sekarang, kita rasa tak mungkin ada lagi kerusi yang menang tanpa bertanding," katanya.

Semasa sesi taklimat hari ini, petugas Bernama didedahkan dengan simulasi proses pengundian di mana dakwat kekal akan digunakan buat kali pertama. - BERNAMA
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 17-1-2013 08:40 PM |All posts
tak sabarnya... first time....
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 17-1-2013 09:09 PM |All posts
oh, patutla kt keramat td dah naik blk gerakan BN tu...pelik jugak..

CNY nnt dah blk kg, nnt kena blk lg nk vote...alooo, announce awal2 x bleh ke najib oooii, org nk book tiket senang
Supercalifragilisticexpialidocious!
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 17-1-2013 11:00 PM |All posts
yup.. I pun tak sabar nak tau tarikh mengundi sbb nak kena plan bila nak blk kg..
Danial, Fitri & Dania
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 18-1-2013 06:05 PM |All posts
Pemuda Umno Diarah Buat Persediaan Akhir Bermula 1 Feb


ALOR SETAR: Jentera Pemuda Umno di seluruh negara diarah bergerak lebih aktif dan memulakan persiapan akhir bermula 1 Februari ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU).

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, jentera Pemuda disemua pusat daerah mengundi (PDM) sudah boleh mula menggerakkan program untuksetiap PDM masing-masing.

Jentera Pemuda perlu memastikan pengundi baharu terutamanya akan keluar mengundi pada hari pengundian nanti, katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa Pemuda Umno Kedah, di sini Jumaat.

Katanya, Pemuda Umno kini mengambil pendekatan yang lebih bersifat mikro danbukan lagi umum bagi memastikan setiap mesej sampai ke peringkat akar umbi.

"Macam program hari ini kami pilih untuk pergi ke PDM di Taman Wira (Alor Setar) dan PDM Kubang Betung kerana di situ menunjukkan penambahan pengundi baru paling ramai," kata Khairy.

Mengenai calon bagi PRU akan datang, Khairy berkata, walaupun soal itu diserahkan sepenuhnya kepada perdana menteri, namun beliau menaruh harapan agar kepimpinan parti menimbangkan calon dari kalangan Pemuda.

Beliau turut memberitahu bahawa satu perhimpunan orang muda akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti di sini pada 31 Januari dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dijemput menyampaikan amanat. - BERNAMA
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 18-1-2013 09:04 PM |All posts
Tak sabar nak buang undi for d first time.....
online lepas balik sekolah...
Reply

Props Report

123Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 31-10-2014 06:38 PM , Processed in 0.174256 second(s), 36 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top