CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26474|Reply: 239

CARI 2012 K-Drama Awards [Peringkat Akhir sehingga 11:59pm 31/1/2013]

[Copy link]
Post time 17-1-2013 05:14 PM | Show all posts |Read mode

























Peringkat Akhir Pencalonan
18/1/2013 - 11:59 pm 31/1/2013



>>> -UNDIAN DITUTUP-
<<<



Last edited by dauswq on 1-2-2013 08:22 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2013 05:14 PM | Show all posts















Drama cinta wangsa menguasai pencalonan utama CARI K-drama Awards

by rukiaichigo


Moon That Embraces The Sun yang mendapat rating tertinggi pada tahun lepas merupakan satu-satunya drama yang membolot semua pencalonan anugerah kritikal dipertandingkan.


Buat julung-julung kalinya, bod Asian & Latin Drama FORUM CARI dengan moderator dauswq selaku pencipta/penyumbang idea (creator), telah menganjurkan CARI 2012 K – Drama Awards yang bakal diadakan pada awal Feb 2013. Dibantu oleh AJK-AJK seperti rukiaichigo, mafilee dan parasitology, anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada drama-drama korea yang telah ditayangkan sepanjang tahun 2012 yang dicalonkan sendiri oleh peminat-peminat drama korea dari kalangan forumer CARI yang lebih sinonim disebut k-drama. Sebanyak 41 drama korea yang telah tercalon antaranya adalah drama Rooftop Prince, The King 2 Hearts, The Moon That Embraces The Sun, Nice Guy dan beberapa lagi drama yang memberikan saingan yang sengit dalam 10 kategori yang telah dipertandingkan. Kategori yang bakal memberi saingan sengit antaranya adalah Best Picture, Best Screenplay/ Script Writing Award, Best Actor/Actress Award dan Popular Actor/Actress Award.



Berkisarkan kisah dan jalan cerita tentang seorang raja yang mencari cinta sejati, drama Rooftop Prince, The King 2 Hearts dan The Moon That Embraces The Sun telah memberikan saingan yang sengit dalam setiap kategori anugerah yang mana Rooftop Prince telah tercalon dalam semua anugerah kecuali Best Supporting Actor manakala The Moon That Embrace The Sun telah tercalon untuk semua anugerah utama (Best Drama Award, Best Scriptwriting Award, Best Actor/Actress Award dan Best Supporting Actor/Actress). Lakonan unggul tetapi bersahaja Park Yoochun, Lee Seunggi dan Kim Soohyun sebagai seorang raja bukan sahaja telah berjaya menarik perhatian majoriti peminat k-drama untuk menonton ketiga-tiga drama tersebut, malah masing-masing tercalon dalam kategori individu iaitu Best Actor Award dan Most Popular Actor Award. Tidak ketinggalan juga selaku heroin kepada ketiga-tiga pelakon lelaki tersebut, Han Ji min, Ha Ji won dan Yoon Eun hye turut tercalon dalam kategori Best Actress Award dan Most Popular Actress Award yang mana bakat lakonan mereka memang tidak dapat disangkal hebatnya.




Uhm Tae Wong merupakan satu-satunya aktor veteran yang dicalonkan dalam anugerah "Critically Acclaimed Best Actor" dan beliau bakal bersaing dengan pelakon-pelakon muda yang sedang menaik seperti Song Joong Ki, Park Yoo Chun, Jo Won, Lee Seung Gi dan Kim Soo Hyun dalam kategori yang sama.

Selain daripada tiga k-drama yang secara keseluruhannya telah berjaya membolot tangga teratas dalam kategori pilihan, drama-drama seperti Nice Guy, Arang and The Magistrate, Reply 1997, I Miss You dan Bridal Mask juga turut memberi saingan yang sengit dalam beberapa kategori lain. Kehebatan lakonan Song Joongki bergandingan dengan Moon Chae won (Nica Guy) telah berjaya membolot 8 pencalonan di samping gandingan mantap Lee Junki dan Shin Minah (Arang and The Magistrate) yang mana berjaya menggondol 6 pencalonan. Keberkesanan Lee Junki membawa watak seorang Magistrate pada zaman dahulu kala memang betul-betul mengubat rindu peminat k-drama setelah beliau hampir dua tahun berehat dalam bidang seni kerana melaksanakan tugas sebagai rakyat Korea Selatan. Di samping itu, drama Reply 1997 juga tidak kurang hebatnya kerana tercalon dalam 2 kategori utama. Drama ini menggandingkan buat pertama kalinya pelakon muda baru, Seo In Guk dan Jung Eunji  yang bermula sebagai teman baik dan pasangan kemudiannya diiringi dengan pertuturan dialek Busan. Keserasian mereka menyebabkan mereka tercalon dalam "Couple of The Year"  dan memberikan impak yang agar besar dalam gelombang k-drama kendatipun mereka baru berjinak-jinak dalam bidang lakonan.



Moon Chae Won yang mendapat pengiktirafan anugerah aktres debut terbaik dalam kedua-dua filem, War of The Arrows dan drama, Princess Man pada tahun lepas turut tercalon dalam kategori "Critically Acclaimed Best Actress" dan "Popular Actress" atas lakonan mantap beliau dalam drama Nice Guy.


Selain pelakon-pelakon utama serta Pengarah yang menjadi tunggak pada satu-satu drama itu, pemilihan pelakon-pelakon pembantu juga memberi impak yang besar dalam menghasilkan drama yang lebih bermutu. Pembikinan babak dan suasana yang bersesuaian dengan skrip juga mendatangkan impak yang lebih berkesan kepada drama tersebut yang mana penonton dapat menghayati situasi yang berlaku. Hasilnya, drama seperti Rooftop Prince berjaya mendominasi 3 pencalonan dalam "Scene of The Year" kerana drama ini antara yang diingati para peminat.



Watak sebagai raja yang periang dan egoistik dalam Rooftop Prince antara lakonan Park Yoo Chun yang paling dingati dan menyebabkan drama ini mendapat pencalonan terbanyak dalam "Scene of The Year".

Secara keseluruhannya, drama-drama yang berkisarkan percintaan raja telah berjaya mencuri hati penonton dan mendominasi anugerah yang ditawarkan dalam CARI 2012 K – Drama Awards ini. Dengan berakhirnya peringkat awal saringan pada 13 Januari 2013 yang lalu, maka tibalah masanya untuk kita mengundi dan menilai calon-calon yang dipertandingkan sehingga 31 Januari 2013. Pihak moderator juga berharap dengan adanya anugerah seperti ini, dapat menarik minat lebih ramai penonton untuk menilai & memberikan buah pandangan pada drama-drama yang telah dihasilkan. Untuk mengundi, peminat bolehlah terus ke link: http://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=695353&extra=page%3D1 atau terus ke laman mengundi : http://kwiksurveys.com/s.asp?sid=e2bsy2ozq1303sr76325. Jangan lupa untuk membalas komen di thread tersebut.







PERINGKAT AKHIR: TOP 5



*DRAMA OF THE YEAR*
[TvN] Answer me 1997
[MBC] Moon That Embraces The Sun
[KBS] Nice Guy
[SBS] Rooftop Prince
[MBC] The King 2Hearts

*BEST SCREENPLAY/SCRIPTWRITING*
Lee Woo Jung (Main), Lee Sun Hye (Assistant) & Kim Ran Joo (Assistant) - Answer me 1997
Jung Yoon Jung - Arang The Magistrate
Hong Jin Ah & Hong Ja Ram - King 2Hearts
Jin Soo Wan & Jung Eun Gwol (Original Author) - Moon That Embraces The Sun
Lee Kyung Hee - Nice Guy
Lee Hee Myung - Rooftop Prince

*CRITICALLY ACCLAIMED BEST ACTOR*
Joo Won - Bridal Mask
Kim Soo Hyun - Moon Embrace The Sun
Lee Seung Gi - King 2Hearts
Park Yoo Chun - Rooftop Prince
Song Jong Ki -Nice Guy
Uhm Tae Wong - Equator Man

*CRITICALLY ACCLAIMED BEST ACTRESS*
Ha Ji Won - King 2Hearts
Han Ga In - Moon Embrace Sun
Han Ji Min - Rooftop Prince
Moon Chae Won -Nice Guy
Shin Min Ah - Arang The Magistrate
Yoo Eun Hye - I Miss You

*BEST SUPPORTING ACTOR*
Jo Jung Suk - King 2Hearts
Jung In Woo - Moon Embraces The Sun
Park Ki Woong - Bridal Mask
Yeo In Go - I Miss You
Yoo Seung Ho - I Miss You

*BEST SUPPORTING ACTRESS*
Jung Yoo Mi - Rooftop Prince
Kim So Hyun - I Miss You
Kim Yoo Jung - Moon Embraces The Sun
Park Shi Yeon - Nice Guy
Suzy - Big

*THE MOST POPULAR ACTOR*
Park Yoo Chun - Rooftop Prince
Lee Jun Ki - Arang The Magistrate
Song Jong Ki -Nice Guy
Lee Seung Gi - King 2Hearts
Kim Soo Hyun - Moon Embrace The Sun

*THE MOST POPULAR ACTRESS*
Ha Ji Won - King 2Hearts
Han Ji Min - Rooftop Prince
Moon Chae Won -Nice Guy
Shin Min Ah - Arang The Magistrate
Yoo Eun Hye - I Miss You

*BEST OST/SOUNDTRACKS*
Arang The Magistrate
Gentleman's Dignity
King 2Hearts
Moon Embraces The Sun
Rooftop Prince
To Beautiful You

*BEST MEMORABLE SCENE*
Prince Yang Myung ditikam dan mati di samping raja - Moon Embraces The Sun
Choha dan 3 orang suruhannya bersalin baju dalam lif - Rooftop Prince
Park Ha bertemu dengan Choha selepas 300 tahun 'penghidupan semula' - Rooftop Prince
Perkahwinan antara Choha dengan Park Ha & adegan ciuman sebelum Choha menghilang diri ke zaman joseon - Rooftop Prince
Yoon Ji menonton video pengakuan cinta Yang Shi Kyung yang dirakam sebelum beliau meninggal dunia - The King 2Hearts

*COUPLE OF THE YEAR*
Lee Jung Ki & Shin Min Ah - Arang The Magistrate
Lee Seung Gi & Ha Ji Won - King 2Hearts
Park Yoo Chun & Han Ji Min - Rooftop Prince
Seo In Guk & Jun Eun Ji - Answer me 1997
Song Jong Ki & Moon Chae Won - Nice Guy








Last edited by dauswq on 18-1-2013 07:12 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2013 08:10 PM | Show all posts
Special announcement: ada kategori lebih dari 6 pencalonan sebab markah antara top 5 & 6 sangat hampir & penganjur beranggapan untuk memberikan saingan sengit dalam kategori tersebut.

Pastikan anda balas komen di thread ini untuk mendapat kredit selepas menjawab. Kredit diberikan selepas survey ditutup.


[Updated survey partipants]


1. dauswq
2. fanCT
3. shila
4. lonso
5. makcikdik
6. nzhass
7. skymania
8. nanie
9. mushroomsup
10. mafilee
11. eyka
12. atreyu05
13. honey_jelly
14. Keduaarc
15. mironewQ
16. teky
17. misskitty
18. ifbest
19. Syayang
20. Langit13biru
21. ice123456
22. camrey
23. carold
24. airwickss
25. alinorlina
26. parasitology
27. underwoodrockz
28. manganini
29. kebayaunggu
30. net_level
31. azmira81
32. WeAine
33. cinta_ungu
34. ichi
35. zehra2
36. JUSTcircle
37. kayla
38. rukiaichigo
39. beasT
40. chaerim
41. sarah_ary2
42. worldlife
43. myfish
44. fazy
45. ismaha
46. twinkystar
47. khaliesah
48. shiraloveyou
49. adikmanis
50. shila
51. vamplave
52. dark_chocolate
53. idadae
54. pcyduck
55. thafly
56. isabel
Last edited by dauswq on 29-1-2013 10:14 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 08:22 PM | Show all posts
dauswq posted on 17-1-2013 05:14 PM
PERINGKAT AKHIR: TOP 5

correction ye....

"Jung Il woo" bkn "Jung In woo"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2013 08:35 PM | Show all posts
FanCT posted on 17-1-2013 08:22 PM
correction ye....

"Jung Il woo" bkn "Jung In woo"

thx..tp dh tak leh edit sbb dh ade respons
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 08:42 PM | Show all posts
dah boleh ngundi la ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2013 08:43 PM | Show all posts
akhirnyaaaaaa...tapi xmo vote lagi la..nak try tengok 3 cerita yang xtengok lagik
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 02:04 AM | Show all posts

semua calon2 tu saingannya nampak sungguh sengit..
tak ready lagi nak mengevote..  juri nak tenangkan minda dulu baru boleh berpikir secara profesional..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2013 08:44 AM | Show all posts
part last utk meneka 2 x faham la...
nak kena masuk nama forumer sape nie???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2013 09:00 AM | Show all posts
makdik2301 posted on 18-1-2013 08:44 AM
part last utk meneka 2 x faham la...
nak kena masuk nama forumer sape nie???

nama diri sendiri lah
forumer: makcikadik

dh close ke tab browser surveymonkey tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2013 09:06 AM | Show all posts
Jika ada sesiapa mengalami masalah teknikal, sila bagitu saya dan AJK2 bertugas @rukiaichigo, @mafilee, @parasitology
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 09:10 AM | Show all posts
dh undi....tp mcm tak best sgt sbb byk tinggal kosong
byk tak tgk
miss u tak abis lg.. hanya complete nice guy ngan reply jeh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2013 09:14 AM | Show all posts
nzhass79 posted on 18-1-2013 09:10 AM
dh undi....tp mcm tak best sgt sbb byk tinggal kosong
byk tak tgk
miss u tak abis lg.. hanya compl ...

even tak tgk rooftop prince yg dikatakan hebat tu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 09:23 AM | Show all posts
dauswq posted on 18-1-2013 09:14 AM
even tak tgk rooftop prince yg dikatakan hebat tu?

yup... tgk sikit je... rs 2 ep je... ke ep 2 pon tak abis tgk
best ke???

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 09:25 AM | Show all posts
dauswq posted on 18-1-2013 09:00 AM
nama diri sendiri lah
forumer: makcikadik

ohh..ok...
done..dah siap undi...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 09:29 AM | Show all posts
hampir kesemua drama yg tercalon dah tengok..yg best nice guy,rooftop prince,reply 1997
moon embraces the sun ada cket lg perlu diabeskan...tp,x sanggup tengok ending dia...
cuma drama king2hearts jer juz baca review dr diaorg..ntah nape la x terbuka hati nk tgok cite 2...huhu~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2013 09:29 AM | Show all posts
nzhass79 posted on 18-1-2013 09:23 AM
yup... tgk sikit je... rs 2 ep je... ke ep 2 pon tak abis tgk
best ke???

bolehlah tahan jalan cerita..acting para pelakon pun oky
cuma tak berapa minat pelakon2 cerita tu jek



Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 09:36 AM | Show all posts
cadangan: kalau nak tgk rooftop prince tp takde masa, boleh tgk 4 episod awal dan skip ke 4 episod akhir terus...tengah2 tu bukan ada ape sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 12:36 PM | Show all posts
dah ngundi..

pd aku..nice guy mmg beat i miss you..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 12:37 PM | Show all posts
seme drama aku tgk..termasuklah equator man yg agak sendu tuk jiwa keremajaan aku..

cumanyer reply tuh baru tgk sekerat..cannot go..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.793181 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list