CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eltoro

cara menyeru kembar Qarin anda !

 Close [Copy link]
Post time 20-1-2013 11:58 AM | Show all posts
salah board ni. patut masuk board lawak jenaka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2013 12:05 PM | Show all posts
Mana lebih cun....
kita ke Qarin kita?....kita selalu pakai makeup, cuci muka pakai skin care....
Aku budget aku lagi vogue dari qarin aku kan, kan.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2013 03:31 PM | Show all posts
jazaa posted on 20-1-2013 12:05 PM
Mana lebih cun....
kita ke Qarin kita?....kita selalu pakai makeup, cuci muka pakai skin care....
...

sapa lagi cun ya.....
hang leeee

jangan marah yeeee
gurau2 petang minggu nak tenang niiii
santai2 sambil makan dgn qorin
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2013 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
kerja giler la ni..sekali buat qarin tu tanak balik tempat yang asal..kita asyik nampak menda tu jer..lama lama boleh jadi penghuni hospital tanjung rambutan
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2013 03:33 PM | Show all posts
laaaa
cara cam tu  nak panggil jin je tuuuu
bukan si qorin kat dalam
maklumlah
jin tu menyamar - pasal ada kesan dr jasad org tu
   kononnya dikapankan leee

pas jin tu mai dgn bentuk diri sendiri tu
   sembur dia dgn air yaasin
   dan tengok rupa  sebenarnya
   kalau tak sempat lari ....pengsan dibuatnyeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2013 03:36 PM | Show all posts
orangbesi posted on 20-1-2013 03:31 PM
sapa lagi cun ya.....
hang leeee

Dah agak dah.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2013 03:39 PM | Show all posts
jazaa posted on 20-1-2013 03:36 PM
Dah agak dah.....

pheeewwww wweeettttttt

you sorang je keeee
leh temankannnn
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2013 03:46 PM | Show all posts
orangbesi posted on 20-1-2013 03:39 PM
pheeewwww wweeettttttt

you sorang je keeee

hish.....
Qarin aku kan ada tu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2013 04:05 PM | Show all posts
Kalu leh seru pastu bia dia ganti aku gi keja ok gak hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2013 04:58 PM | Show all posts
mohon refer ustaz haron din. ada tgk tanya ustaz di tv9. qarin ni jin belaan manusia. bukan roh manusia alam ghaib atau lain2 lg. harap maklum. mudahnye org melayu percaya manusia ada kembar di alam lain. suka percaya benda tahyul.  kesian org melayu.

lg satu amalan yg TT buat ni boleh jatuh syirik. nabi tak ajar buat benda mengarut. jd tak perlu amalkan. buat je pekara yg nabi ajar. nabi tak de pun panggil qarin nabi. tak de pun ilmu kebal. ilmu terbang. ilmu menyorok.

ustaz sy ckp. nak masuk syurga ikut cara ahli syurga. nabi ahli syurga. jd ikut cara nabi. jgn ikut org yg menunjuk pandai tunjuk kebolehan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2013 05:46 PM | Show all posts
ada siapa2 dh cuba boleh cerita kt aku
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2013 09:34 PM | Show all posts
jazaa posted on 20-1-2013 03:46 PM
hish.....
Qarin aku kan ada tu.....

qorin hang
sebijik je cam aku punya tuu
tanduk dah sengettttt
no power dahhhhh

tapi
qorin dari para malaikat................ahhhhaaaaaaaaa
    aku nakkk!!!!!!!!!


Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2013 09:37 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 20-1-2013 04:58 PM
mohon refer ustaz haron din. ada tgk tanya ustaz di tv9. qarin ni jin belaan manusia. bukan roh manu ...

laaa
qorin tu memang dok dalam diri
mana leh bela
kan itu jugak adalah diri sendiri

yg leh bela tu jin2 yg kat luar tuuu
cam bela ayam, itik atau harimau
  silap haribulan -diterkamnya tuannya balik
   baru padan dgn muka

ada ke yg berminat bela jin niii?????
   aku leh tolong carikan
   nak yg power camna-leh jeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2013 09:45 PM | Show all posts
orangbesi posted on 20-1-2013 09:37 PM
laaa
qorin tu memang dok dalam diri
mana leh bela

qarin tu duk dalam diri? ayat mana ? nas mana? hadis mana? sebab yg berbicara qarin tu adalah jin belaan ustaz haron din. tanya ustaz di tv9..

org melayu mmg suka buat hadis sendiri. buat pendapat sendiri. buat upacara yg nabi tak ajr. ada ke nabi ajar buat cmtu? cabut rambut 7 helai? sape kita nak lawan nabi??? dh cukup maksum ke kita ni?? nabi ahli syurga. jd kita ikut cara nabi selamat dunia akhirat. apa alquran ajar, hadis ajar kita ikut. jgn duk ikut benda tahyul. ni lah org melayu. mudah percaya benda tahyul.. merepek. ada ustaz xnk mnta pandangan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2013 10:11 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 20-1-2013 09:45 PM
qarin tu duk dalam diri? ayat mana ? nas mana? hadis mana? sebab yg berbicara qarin tu adalah jin  ...

qarin tu duk dalam diri......
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)

orang yg mati -maka tinggallah si qorin(dr golongan jin ni) sampai hari kiamat
   kadang2 mereka panggil SAKA(yg ni kot  harun din tu kata...)

bukan sahaja org melayu yg buat pendapat sendiri, manusia secara keseluruhan
melainkan mereka yg beriman kepada para Utusan TUHAN

ada perkara yg kononnya dibuat TAK BAIK - tapi mendatangkan kebaikan......(leh terima ke)???
ada yg baik - tapi mencelakakan dirinya sendiri
kerana semuanya bergantung dgn NIAT dan KEIKHLASAN diri itu sendiri



Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2013 10:15 PM | Show all posts
KALAM ALLAH: DIJADIKAN INSAN DARI SEBAIK-BAIK KEJADIAN
dah faham ke apa yg sebaik-baik itu???

HADITH NABI;SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU BERJALAN DIDALAM DIRI MENGIKUT SALUR DARAH
dah faham ke yang jahat didalam diri???

nak mencuba......silakan
dari mengikut bagaikan lembu dicucuk hidungnya
HANYA MEREKA YANG BERAKAL AKAN MENDAPAT PELAJARAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2013 10:30 PM | Show all posts
orangbesi posted on 20-1-2013 10:11 PM
qarin tu duk dalam diri......
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "S ...

jd ustaz kt tv9 tanya ustaz tu bohong ke? hadis ni daif ke sohih ek? mekasih sudi berkongsi maklumat

by the way. ada hadis nabi ajar tgk qarin sendiri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2013 10:36 PM | Show all posts
orangbesi posted on 20-1-2013 10:11 PM
qarin tu duk dalam diri......
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "S ...

KEWUJUDAN makhluk halus adalah suatu hakikat yang wajib diyakini setiap manusia yang mengaku beriman kepada ALLAH.

Kewujudan makhluk halus seperti iblis, syaitan, jin dan qarin adalah benar. Islam tidak menolak kewujudannya, malah kewujudannya wajib dipercayai kerana rukun Iman itu sendiri terdiri daripada perkara ghaib yang wajib diimani.

Al-Quran hanya merujuk kepada perkataan jin, iblis, ifrit, qarin dan syaitan. Manakala dalam hadis kita akan melihat penggunaan istilah Ummu Sibyan, Khanzab, Aamir, ‘Ammar, Alwalahan, Mukhannas dan Mukhannathuun. Semua istilah ini merujuk kepada wujudnya makhluk halus yang mengganggu manusia dengan pelbagai cara.

Penggunaan istilah makhluk halus bagi masyarakat Melayu pada hari ini seperti hantu, jembalang, toyol, pelesit dan bunian adalah suatu perkara yang wajib dipercayai dan diimani juga kewujudannya kerana istilah itu merujuk kepada makhluk halus.

Menolak kewujudan mereka bermakna menolak ayat ALLAH dalam al-Quran dan sunnah.

Siapakah qarin?

Pengamal perubatan Islam, Mohd Hilmi Daud berkata, qarin ialah daripada perkataan Arab yang membawa makna teman atau rakan. ALLAH menyifatkannya sebagai kawan rapat bukanlah bermakna manusia perlu berkawan dengan mereka tetapi qarin adalah jin ciptaan ALLAH yang menjadi pendamping kepada manusia.

“Ia dianggap sebagai “kembar” manusia yang mengiringi kelahiran bayi. Nabi Muhammad SAW sendiri tidak terkecuali didampingi qarin. Bezanya, qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya kafir.

Sabda Rasulullah SAW daripada Abdullah Mas’ud maksudnya: “Setiap kamu ada qarin daripada bangsa jin, dan juga qarin daripada bangsa malaikat.” Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi ALLAH membantu aku sehingga qarin itu dapat ku Islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

“Kewujudan qarin ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal yang buruk elok pada pandangan manusia.Qarin sentiasa mendorong manusia membuat kejahatan. Dia membisikkan perasaan was-was, melalaikan solat dan melakukan maksiat. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia daripada melakukan ibadah dan kebaikan,” katanya kepada Rehal.

Menurutnya, untuk meneutralkan usaha qarin, ALLAH  mengutus malaikatnya mengimbangi kehidupan hamba-Nya di dunia. Malaikat akan membisikkan hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Manakala qarin akan menyeru kepada kejahatan dan mengajak kepada kemaksiatan.

Terpulanglah kepada  manusia untuk membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat dengan bertunjangkan kekuatan iman dalam diri.

Hakikatnya orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya dengan cara bertaqarrub kepada ALLAH, memperbanyakkan berzikir dan membaca al-Quran.
   
Qarin dan saka sama?

Mohd Hilmi menjelaskan, saka adalah istilah digunakan bomoh tradisional merujuk kepada gangguan spiritual yang berlaku ke atas manusia. Saka dianggap makhluk yang kononnya menjaga seseorang.

Kerana saka itu adalah sejenis makhluk halus yang berkhidmat kepada seseorang (dengan perjanjian yang tertentu) lalu apabila dia mati ‘saka’ (jin tersebut) diwariskan kepada ahli waris (anak cucu beliau). Hasil perjanjian itulah berlakunya masalah gangguan spiritual yang diistilahkan sebagai saka.

“Asalnya saka kononnya dipesan untuk menjaga dan melindun gi diri atau anak cucu seseorang, namun berlaku sebaliknya, sehingga menyakiti dan mengganggu menyebabkan keturunan mereka menjadi separuh gila atau separuh sedar.

“Syariat Islam melarang keras bersahabat, berbuat baik, berdamping dengan makhluk halus walau apa jua tujuan,” katanya.

Hayatilah firman ALLAH: “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia, meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan (Surah Jinn ayat 6)

Ketika jin itu mengetahui bahawa manusia melindungkan diri kepada mereka kerana rasa takut manusia kepada mereka, maka mereka semakin menambah rasa takut dan seram sehingga manusia berasa lebih takut dan lebih bersungguh-sungguh dalam melindungi diri kepada mereka.

Sebagaimana yang dikemukakan Qatadah, jin akan menjadi semakin berani melawan mereka (manusia). (Tafsir Ibn Kathir). Sedangkan qarin pula adalah jenis jin yang lahir bersama-sama manusia (seseorang individu) itu.

Cara melindungi diri dari qarin

Beliau menambah tidak ada kuasa lebih hebat melainkan kuasa ALLAH, itu yang perlu kita sebagai manusia sedar. ALLAH menurunkan pelbagai cara untuk menangani masalah tersebut dalam al-Quran.

“Banyakkan berzikir dan memohon perlindungan kepada ALLAH. Sekiranya kita bersungguh melakukan hal ini, Insya-Allah akan datang perlindungan daripada Sang Kuasa.

ALLAH berfirman: “Apabila syaitan menggoda mu maka mintalah perlindungan kepada ALLAH. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Surah al-A’raf  ayat 200)

“Sandarkan diri kepada ALLAH, hanya Dia yang tahu kekuatan dan kelemahan diri kita. Walaupun perasaan takut menyelubungi diri tetapi jika berpegang kepada-Nya, kita pasti tidak akan tersalah langkah,” katanya.

Siti Aisyah menceritakan pada suatu malam Rasulullah keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: “Aku berasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda: “Setiap insan ada syaitan, iaitu qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi ALLAH membantu ku sehingga qarin ku telah masuk Islam.” (Riwayat Muslim)

Ubahlah tanggapan yang mengatakan makhluk halus itu tidak wujud, jika berfikiran sedemikian bermakna kita melakukan satu iktikad yang merosakkan akidah.

Benar kita sudah moden dan masyarakat pada hari ini berpegang kepada ilmu pengetahuan sains semata-mata yang hanya berorientasikan logik akal bahawa sesuatu itu wujud jika ia dapat dilihat atau dirasai.

Jika tidak, bagi mereka sesuatu itu tidak wujud. Menolak ayat al-Quran bermakna kita beriktikad bahawa kandungan al-Quran itu tidak betul. Dengan iktikad ini, kita mencampakkan diri dalam perbuatan tidak beriman kepada ALLAH.


harap rakan forumer tak buatlah benda tahyul. pasal qarin tu mohon tanya ustaz2, ulamak yg ada. banyak lg pekara lain boleh lihat




Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2013 10:38 PM | Show all posts
http://www.mazeermohamad.com/201 ... bar-qarin-anda.html


TT ambil maklumat ni kt google ek?  tak kisah pun TT nak ambil kt mana. cuma jgn lah buat pekara tahyul. maksud sy disini banyak lg pekara boleh buat
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2013 10:52 PM | Show all posts
din_atos posted on 20-1-2013 09:35 AM
aku x nmpk qarin aku tp aku tahu dia asyik suh aku bgn lmbt je. Satu ari aku terbgn lmbt lg lalu aku ...

ko ni buat lwk ke betul2 ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.075038 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list