CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19129|Reply: 102

Sabarlah Wahai Hati (Tamat~:)

[Copy link]
Post time 21-1-2013 09:42 AM | Show all posts |Read mode
Edited by muhamad_fairuz at 1-12-2015 09:43 AM

Assalamualaikum

Sekadar berkongsi satu kisah utk tatapan semua.

Lampiran dari : http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=516&idc=2532

Sabarlah Wahai Hati.

Bab 1 : Lelaki Misteri


Hujan turun mencurah-curah. tidak terlalulebat tidak juga terlalu renyai, menjadikan cuaca tengah malam itu amat sejuk.Hujan biasanya membawa rezeki. Suasana yang dingin menenangkan fikiran danmerehatkan jasad yang seharian bekerja.
Adakalanya hujan jugamampu mengundangbencana. Lorong-lorong sepi dibanjiri air. Jalan-jalan menjadi licin. Pandanganmenjadi sukar dan terhad. Amat bahaya untuk memandu dalam keadaan sebegini.

Hon..!!!

Sebuahkereta yang meluncur laju di jalan itumemberi amaran kepada seorang lelaki yang berada di tengah-tengah lorong. Jalanraya Kuantan-Pekan itu hanya mempunyai dua lorong dan sangat berbahaya di kalahujan. Kegelapan malam juga memburukkan lagi keadaan.

“Hoi… ke tepi..!” jerit pemandu kereta yanglain kepada lelaki itu tetapi tidak diendahkannya. Lelaki itu melangkah perlahan.Tangan kanannya memegang kepala. Pening yang teramat sangat. Langkahnya tidak mampudiatur. tidak tahu ke mana hendak dituju. Mungkin kesan pening yang kuat itu.

“Mahu matikah?!” kali ini penunggang motosikalpula memberi amaran.

Lelaki misteri itu masih di tengah-tengah.Jalan ini tidak begitu besar. Hanya satu lorong di kedua-dua hala. Sebarangobjek yang berada di antara kedua-duanya pasti menimbulkan perlanggaran.

Dia kembali melangkah walaupun tiada haluan.Hanya berjalan di atas garisan tengah jalan raya itu. Pandangannya mula jelasapabila disinari lampu betul-betul menghala ke arahnya. Bukan sahaja satu,malah ada dua dan banyak lampu tertumpu kepadanya.

Pandangannya menjadi terpaku. Dalamsamar-samar matanya menangkap kerlipan lampu. Lelaki itu cuba melihat denganjelas tetapi tidak mampu. Sakit di kepalanya menghalang dia dari melihat denganjelas. Langkahnya juga turut terhenti.

“Apa yang aku buat di sini?” lelaki ituakhirnya bersuara.

“Jangan bergerak..!” satu suara memecahkesunyian malam. Hujan juga sudah berhenti. Seakan-akan mengikut arahan.

“Polis?” lelaki itu terkejut memandang wajahlelaki-lelaki yang berada di depannya. Ada empai orang kesemuanya.Masing-masing mengeluarkan pistol dan dihalakan ke arahnya.

“Angkat tangan!!” satu suara bergema.

“Kenapa mesti aku angkat tangan? Aku ditahan?Apa salahku?” dia yang masih lagi dalam keadaan terpinga-pinga lambat-lambatmengangkat tangan. Dengan mata yang semakin membulat, dia memandang punca suaraitu namun terpaku untuk menurut arahan.

“Letakkan senjata!”

“Senjata?” balas lelaki misteri itu. Diaterkedu. Kehilangan kata-kata. Dia melihat kepada dirinya. Baju yang ada kesanmerah seakan darah. Matanya tertumpu pula kepada objek yang berada di tangankirinya.  

“Pisau?!! Darah?”

Lantas pisau itu terlepas dari pegangannya.Terkejut. Seraya polis yang mengepung dari tadi meluru ke arahnya  untuk menggari tangannya.

“Darah apa ini? Darah manusia? Siapa? Apa yangtelah aku lakukan?” lelaki itu tidak mengendahkan dirinya digari sebaliknyaterus terpana dengan kesan darah itu.

“Darah siapa ini? Kau bunuh orangkah? Cepatcakap!!” bertalu-talu pertanyaan yang keluar dari mulut polis itu menjadikannyabertambah kaget. Berkerut-kerut dia memandang sekeliling.

“Tuan, kami sudah menjejaki kesan darah inidan ia datangnya dari sebuahrumah di belakang kawasan ini.” Rakan setugasnyamemberi laporan.

“Darah siapa?”

“Ada mayat ditemui dalam rumah itu. Mangsaditikam.”

“Dia siapa?” pegawai polis yang menahannyamengeluarkan dompet untuk mengenal pasti siapa lelaki misteri itu.
Untuk beberapa ketika lelaki misteri itu masihlagi mendiamkan diri. Namun tidak sedikit pun perasaan takut dan gusarnya mulaimenghilang. Penjelasan polis itu menambahkan lagi debaran di hati. Sekeping kadkecil diberikan kepada ketua polis itu. Kad pengenalan lelaki misteri.

“Zulkarnain. Awak ditahan untuk membantusiasatan.” Lelaki misteri itu terkejut. Nama itu hadir semula di benak minda.Itulah namanya. Nama yang cukup bertuah. Nama yang memberi seribu satukenangan, dan kini ia akan tinggal kenangan…


*****              *****              *****              *****              *****

Setahun sebelumnya……..


            “Aku terima nikahnya NurAdawiyah Binti Hassan dengan mas kahwin RM80 tunai.” Dalam satu nafas sahajaucapan qabul dilafazkan.  

            “Sah?” wali hakimberpaling dan bertanya kepada saksi yang berada di kanannya. Pengantin lelakidi hadapannya tenang memandang.

            “Sah.” Jawab KhairulAfhan. Abang sulung kepada pengantin. Dia mengambil peranan sebagai saksisetelah ketiadaan ayahnya.

            “Sah.” Pak Samad selakusaksi yang kedua juga turut bersetuju. Dia adalah jiran terdekat Nur Adawiyah.
Jawapan kedua-dua orang saksi itu sudah cukup untukmenyempurnakan rukun nikah itu. Disusuli pula dengan bacaan doa wali hakimuntuk memberkati kedua-dua mempelai.

             Kini terpatri satu ikatan suci antaraZulkarnain, seorang pemuda Pantai Timur berstatus tinggi dan Nur Adawiyah,Puteri di Kampung Sawah Sempadan ini. Bumi yang terletak di Kuala Selangor ituterkenal dengan penanaman padi.
Berapa ramai pemuda yang makan hati apabila gadis pujaanhati mereka ini sudah dimiliki orang. Ada juga yang menangis mengenang cintanyasudah hancur berkecai. tidak kurang juga yang bergembira kerana puterikesayangan mereka itu bertemu jodoh yang paling sesuai dan sepadan.

Nur Adawiyah banyak mewarisi wajah ibunya, cantik dananggun. Pipinya putih bersih berhias lesung pipit yang menawan. Agak berbezadengan abang dan dua orang adik lelakinya yang mengikuti wajah seiras arwahbapa mereka. Apatah lagi gadis itu tampil yakin dengan keunggulan sahsiah dirimembuatkan banyak hati tertawan.  

Nur Adawiyah bukanlah gadis sebarangan. Gadis kampung inimenelusuri jejak-jejak kehidupan yang berliku-liku. Perjalanan hidup yang penuhonak duri diharunginya dengan tabah.   

Apatah lagi selepas kematian ayahnya, hidup Nur Adawiyahmenjadi tidak menentu. Dia kian terdesak untuk menyara keluarga apatah lagimenanggung dua lagi adiknya yang masih menuntut di institut pengajian tinggi.Mujurlah abang sulungnya menggantikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga yangsanggup berkorban apa sahaja untuk meneruskan kehidupan.

Jodohnya pula adalah seorang pemuda ternama, ZulkarnainZakaria. Perkenalan mereka ketika menuntut di institut pengajian tinggi tidak menyumbangkepada perkahwinan ini, sebaliknya kehendak orang tua pihak lelaki yang berkenanterhadap Nur Adawiyah untuk dijadikan menantu.

Haji Zakaria yang juga merupakan pengarah syarikat LaTansa Sdn Bhd, salah satu syarikat kontraktor terbesar di Pantai Timur, terujadengan gadis berkenaan sewaktu majlis konvokesyen yang serentak dengan anaknya.

            Segalanya bermula ketika ayahZulkarnain iaitu Tuan Haji Zakaria menziarahi sahabat lamanya di Kuala Selangoriaitu Pak Hassan, ayah kepada Nur Adawiyah, beberapa tahun yang lepas. Merekaadalah kawan karib semenjak Tuan Haji menetap secara sementara di KualaSelangor.

Walaupun berbeza darjat dan kekayaan, ia tidak menjadipenghalang untuk mereka berbual dalam banyak perkara.  Apa  tidak nya, apabila mereka bertemu Tuan HajiZakaria bercerita mengenai prospek kejayaan syarikat manakala Pak Hassanbercerita mengenai padi dan baja serta bahang mentari yang membakar peluhnya.Namun, setiap kali pertemuan akan dipenuhi dengan hilai tawa dan senyum riangtanda persahabatan mereka.

Pertemuan yang bakal menggamit kenangan itu malangnyatidak menjadi kenyataan. Perjalanan merentas banjaran Titiwangsa dan hampirmemakan masa setengah hari dari Bandar Kuantan, Pahang itu diakhiri dengantangisan apabila ibu Nur Adawiyah,
Mak Yah memberitahu bahawa suaminya telahmeninggal dunia beberapa bulan yang lalu.

Sempat juga Tuan Haji Zakaria bertanya khabar KhairulAfhan, anak sulung Arwah Pak Hassan. Tuan Haji Zakaria memang mengenalikeluarga ini sepenuhnya kerana sering berkunjung ke rumah. Kali terakhirkunjungannya adalah pada lima tahun yang lepas.

“Entahlah, Tuan Haji. Sejak ayahnya tiada, dia menjagakeluarga ini dengan baik. Namun, sikapnya masih panas baran seperti dulu.Malah, semakin besar semakin menjadi-jadi.” Mak Yah menjawab sambil menggelengsahaja. Tuan haji hanya memandang ke arah sawah padi yang menghijau.

Mereka hanya berbual di halaman rumah sahaja sambilmenghirup udara segar. Ketiadaan anak-anak lelaki Mak Yah menjadikan Tuan Hajitidak masuk ke dalam rumah yang sedikit usang itu dikhuatiri menimbulkanfitnah.

“Biasalah tu, Yah. Darah muda. Lagipun elok juga panasbaran. Sesiapa pun tentu tudak berani untuk cuba mengganggu keluarga ini.”

“Itu saya faham. Dia pernah memarahi dan hampir memukulseorang pemuda yang cuba mengganggu Nur Adawiyah. Mujur tidak ada perkara burukyang berlaku. Namun, ia tetap membuatkan saya risau.”

“Nur Adawiyah?”

“Ya, Kak Ngah. Anak kedua saya. Tuan Haji sudah lupa?”

“ tidak , saya Cuma fikirkan sesuatu.”

“Fikir mengenai apa?”

“Saya dan arwah pernah berbual mengenai Nur Adawiyah limatahun yang lalu adakah dia dan anak saya, Zulkarnain sepadan. Namun, ia sekadarbualan kosong sahaja.”

“Jika benar pun apa salahnya.”

“Maksudnya Yah setuju?”

“Bergantung pada yang empunya diri. Saya tidak adamasalah. Lagipun mereka bukankah sudah kenal.”

“Sejak bila pula mereka kenal. Seingat saya, hanyaKhairul Afhan seorang yang mengenali Zulkarnain. Adik-adik Afhan yang lainmasih berada di asrama pada masa itu.”

“Bukankah anak Tuan Haji pernah belajar di UPM? NurAdawiyah juga adalah bekas pelajar di sana. Malah, mereka pernah bertemubeberapa kali sebagaimana yang diceritakan Nur Adawiyah sendiri kepada saya.”

“Baguslah begitu.” Ringkas Tuan Haji Zakaria menjawabkerana pandangannya beralih kepada seorang gadis yang sedang melangkah keluardari pintu rumah itu menuju ke arahnya dan Mak Yah. Di tangan gadis itu adasegelas air yang bertutup.
Mungkin menjaga suhu air itu atau mengelakkannyadimasuki habuk dan daun-daun yang sering gugur di halaman rumah.

“Jemput minum, Tuan Haji.” Kata gadis itu sambilmenghulurkan gelas yang dipegangnya.

“Ini Nur Adawiyah?” nama ini sekali lagi meniti di bibirTuan Haji Zakaria.

“Ya.” Ringkas gadis itu menjawab seraya dia berundurbeberapa langkah untuk tidak mengganggu perbualan orang tua-tua. Lantastangannya mencapai penyapu serta mengatur langkah menuju ke halaman rumah disebelah kanan untuk membersihkannya. Mungkin gadis itu berasa malu menyambuttetamu dengan keadaan laman rumah yang tidak kemas.

“Sudah ada yang punya?” Tuan Haji mula bertanya dengannada separa dengar.

“ tidak . Antara empat anak saya, mungkin dia yang palingmenjadi dari didikan agama. tidak bercampur dengan lelaki kecuali jika adakeperluan. Dalam soal perkahwinan juga sama. Dia tidak akan bercinta melainkansetelah perkahwinannya sahaja.” Mak Yah menjawab dengan berterus-terang. TuanHaji Zakaria tersenyum kagum.

Sejak dari pertemuan itu, hati Haji Zakaria seolah-olahberbisik bahawa gadis inilah yang bakal menjadi menantunya. Berlainan dengan anaknyaZulkarnain yang hanya tahu berseronok dan bersuka-ria sahaja tanpa memikirkanmasa hadapan.

            “Beruntung ya, Adawiyahdapat suami kaya.” Suara Siti Aisyah di balik pintu sambil mengintai pasanganitu dari jauh.

            “Yalah, dia pun apakurangnya. Dia yang paling cantik dan bijak di kampung kita ni.” Nur Ain pulamenyusul di belakangnya. Mereka sangat rapat dengan Nur Adawiyah setelah tigatahun bersamanya sewaktu di universiti.  

            “Ish kau ni. Jangan ingatdia menilai wang ringgit. Tentu ada yang istimewa dengan Zul. Tapi siapasangka, Nur Adawiyah, mahasiswi paling cerdik dalam kelas kita bertemu jodohdengan Zul, mahasiswa yang paling kasar di kolej. Berjumpa pun dua tiga kalisahaja dalam satu semester. Itu pun ketika membeli makanan di kafe.” Husnamenyambung.

            Dia ingat lagi sewaktumereka berempat membeli makanan tiba-tiba kedengaran suara budak-budak motor.Lima orang kesemuanya dengan tujuh buah motor. Bising. Rasa menyampah dalamhati. Ketuanya pula Zulkarnain. Bunyi deruan enjin motor Yamaha LC kepunyaannyaitu membingitkan telinga. Siapa sangka orang yang dibencinya itu kini menjadisuami kepada sahabat karib mereka.

            Mereka menjeling ke arahpengantin perempuan. Pasangan raja sehari. Namun, mereka hanya duduk di bawah.tidak perlu persandingan seperti raja untuk meraikan hari bahagia ini. Itusemua adalah adat Melayu yang diambil entah dari mana tidak sedikit pun menjadiamalan agama. Cukuplah sekadar berlandaskan tujuan majlis iaitu memperkenalkanpengantin kepada penduduk sekitar.

Pasangan raja sehari itu kemudiannya bangun bersalamandengan orang ramai. Didahului dengan pengantin lelaki diikuti dengan Adawiyah.Wajah suci dilitupi dengan tudung labuh. Wajah manis dan tenang seperti biasa.Wajah yang berseri namun tiada senyuman terukir. tidak pula bermasam muka jikatidak bersetuju dengan perkahwinan ini.

            “Kau rasa apa yangmembuatkan Adawiyah tertarik dengan Zul?” Nur Ain bertanya. Ingin tahu.

            “Entahlah. Empat tahunkita bersamanya tiada pula dengar cerita mengenai mereka.”

            “Mungkin cinta pandangpertama.”  

            “Mana mungkin. Merekaibarat langit dan bumi. Seorang kaki surau. Seorang lagi mat rempit. Hendakkata satu kelas pun bukan.”

            “Itulah jodoh namanya.”Jawapan tepat dan ringkas Husna mematikan perbualan mereka. Namun, pandanganmereka masih lagi tertumpu pada pasangan raja sehari itu.   

“wes-wes lah, wong perawan orak apik nginta i.” MelopongAin dan Husna apabila mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Mak Yah, jiransebelah rumah pengantin. Bukannya terasa hati tetapi tidak faham apa yangdituturkannya.

“Apa maksudnya?” Ain mula bertanya apabila tawa merekamula reda.

“Makcik cakap kita tidak elok mengintai.” Balas Aisyahyang berketurunan Jawa.

“Bukannya mengintai. Ambil berkat.” Husna menjawablembut.

“De'i arek gole'i berkat waei.” Aisyah membalas mesrakepada makcik itu dengan menterjemahkan apa yang dikatakan oleh Husna ke dalamBahasa Jawa.

“Harap lepas iki kenduri de'i pula ei.” Makcik-makcik itutergelak besar menambahkan lagi kebingungan Ain dan Husna. Aisyah turut gelihati. Seronok mengenakan rakan-rakannya yang dalam Bahasa Jawa. Selepas ini diaakan sangat merindui Ain dan Husna. Jika dahulu sewaktu di UPM, setiap harimereka akan berjumpa untuk perbincangan diselang-seli dengan gurau senda sesamamereka. Kini, hanya sekali sekala mereka boleh berjumpa untuk suasana ceriaseperti ini.



Sebarang cadangan & pendapat amat dialu-alukan untuk penambahbaikan :-) TQ



Last edited by muhamad_fairuz on 21-1-2013 09:45 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2013 09:52 AM | Show all posts
Sambungan ...

*****                *****                *****                *****                *****

        Matahari semakin meninggi. Jam di dinding juga sudah menunjukkan pukul dua petang bermakna sudah hampir lima jam Nur Adawiyah sekeluarga melayani para tamu. Majlis ini sederhana sahaja. Tiada pelamin, tiada persandingan. Hanya perkara-perkara wajib sahaja yang diutamakan.

        Namun, ia tetap meriah kerana majlis ini diadakan di tempat sawah padi diiringi dengan suasana hijau yang sememangnya mengasyikkan. Angin sepoi-sepoi bahasa dihiasi pula dengan padi yang menghijau pasti menenangkan jiwa-jiwa para tetamu.  

        “Aku ingat kau berada di syarikat sepanjang masa maklumlah bakal pengarah, tapi kau habiskan masa kenduri-kendara pula.”Suziana Kamarudin, pekerja syarikatnya menegur dari belakang. Jauh dia datang dari Pantai Pimur semata-mata untuk meraikan perkahwinan rakannya itu.  

        “Kau jangan cari fasal semasa majlis aku ini. Kalau sengaja datang hendak mengacau, baik balik saja.” Zulkarnain membalas. Dia tidak selesa dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang itu.

        “Mana ada niat mahu mengacau di sini. Sengaja hendak tengok bekas kekasih yang berkahwin dengan bukan kekasihnya.” Sinis Suziana menjawab.

        “Kau dah terlalu manjakan staf sampai dia dah berani kurang ajar. Adakah kau tidak tahu menguruskan sumber manusia?” Syahadan pula masuk campur. Suasana menjadi semakin panas. Syahadan bukanlah sebarangan orang. Dia adalah pengurus di tempat kerja mereka. Setapak di belakang Zulkarnain.

        “Aku ingatkan kau tidak berani datang tadi?” Zulkarnain membalas.

        “Pengarah-pengarah dan pemegang saham yang lain sanggup datang walaupun jauh, masakan aku ketinggalan pula.” Syahadan menambah.

“Tapi apabila melihat wajah kau, tidak tahulah sama ada kedatangan aku ini ditunggu-tunggu atau sebaliknya…” Syahadan menjeling ke arah pengarah barunya itu. Nyata dia tidak berpuas hati dengan perlantikan Zulkarnain sebagai pengarah. Pada pandangannya dia lebih layak untuk berada di kerusi itu memandangkan dia adalah pekerja yang paling berpengalaman dan berkelayakan. Namun, status Zulkarnain sebagai anak kepada bekas pengarah mengalahkannya.

        “Walau apapun masalah antara kita, kita perlu menghormati majlis ini.”        Zulkarnain cuba bersikap tenang.
“Betul cakap kau tu. Kita perlu menghormati majlis ini. Itu pun kalau majlis ini benar.” Suziana menyampuk.

        “Memang majlis ini benar. Seperti yang ayah kau hajatkan.” Syahadan menyindir. Zulkarnain mula berasa sakit hati. Kata-kata Syahadan membuatkan dia rasa marah dan bengang. Memang apa saja yang keluar dari mulut pesaingnya itu sentiasa membuatkan dia sakit hati. Ada saja yang akan menjadi perdebatan di antara mereka.

“Jadi, apa yang kau dapat? Jawatan pengarah?” Syahadan mencari jawapan. Zulkarnain nampak sedikit terkejut dengan pertanyaan tersebut.

“Aku hanya memenuhi impian ayahku saja.”

“Untuk apa?” Syahadan kembali menyoal. “Untuk jadi pengarah bukan?”

        “Kalau ya bagaimana?”

        Syahadan hanya berdiam diri. Soalan itu  tidak lah sukar baginya. Namun dia tidak ingin memanjangkan lagi pergaduhan antara mereka. Masing-masing diam. Syahadan dan Suziana bergerak ke arah bangsal makanan untuk menjamu selera. Zulkarnain pula bersalaman dengan tetamu yang lain.

        Suasana di hadapan rumah berbeza dengan di sisinya iaitu tempat gotong-royong menyediakan makanan untuk para tetamu. Sudah dua hari tukang masak kampung Sawah Sempadan  bertugas di situ. Persediaannya agak remeh. Kenduri itu pula diadakan bertemakan ala Jawa. Walaupun keluarga mereka bukanlah keturunan Jawa, masyarakat sekeliling yang majoritinya berketurunan Jawa mempengaruhi tema dalam menu.

Persediaan kenduri telah bermula seawal lepas Asar pada hari Sabtu lagi. Kemudian aktiviti itu membawa sehingga Sabtu malam Ahad dan seterusnya hari Ahad sepenuh hari. Menunya pula pelbagai. Nasi putih, rendang daging, ayam masak kicap, sayur kerabu pucuk paku, dan pencuci mulutnya bubur kacang. Air sirap menjadi pilihan sesuai dengan konsep dan tema warna majlis, semuanya merah putih tidak kira khemah, warna pakaian dan hiasan.

Di belakang rumah pula, dua adik lelaki Nur Adawiyah sedang berbincang akan masa depan kakak kesayangan mereka itu.

        “Jadi, apa pula selepas ni?” Ammar, adik bongsu Nur Adawiyah memulakan bicara. Menjelaskan kerisauan di hatinya mengenai masa depan kakaknya itu.

        “Kak Ngah akan berpindah ke Kuantan dan terus menetap di sana.” Umaiyah, abangnya menjawab. Dia adalah adik kepada Nur Adawiyah dan anak ketiga Mak Yah.

        “Aku tidak yakin dia boleh menjaga Kak Ada dengan baik.”

“Ya, dia tidak setaraf dengan kita.”

“Kenapa?” Umaiyah bertanya. Ammar memerhati sekeliling. Takut sekiranya ada yang mendengar perbualan mereka. Nama keluarga mereka juga yang akan tercemar nanti. Namun, tetamu dan pekerja hanya sibuk dengan urusan masing-masing. Deruan suara kenderaan dan jerit-pekik kanak-kanak kecil memenuhi suasana.

Suara riuh-rendah dari para tetamu turut menggamit suasana. Tiada bunyi-bunyi lagu yang dipasang yang selalu menjadi pilihan hiburan semasa majlis perkahwinan. Sederhana menjadi pilihan pengantin dan keluarga. Bagi mereka bunyi alunan suara nyanyian itu hanya mengganggu mereka berbual. Begitu juga dengan DJ yang selalu diundang pada majlis perkahwinan, tidak kelihatan pada hari itu.

Paling dekat dengan mereka adalah Pak Man. Orang tua itu sedang enak bersantai di beranda rumah jiran sambil menikmati rokoknya. Asap berkepul-kepul dihembus dari mulut dan hidung. Sudah lima batang dihisap. Ketagihnya luar biasa. Nyata dia tidak mempedulikan perbualan tiga beradik itu.

“Tengok saja pada pakaian dan gayanya semasa beberapa kali menjejakkan kali ke sini seperti seorang yang mementingkan kerja dan harta. Kak Ngah yang akan menjadi mangsa nanti.” Sekali lagi Ammar mengeluh.

        “Betul, sudah pastilah Kak Ngah akan terabai dan kurang mendapat perhatian suaminya.”

        “Along bagaimana?” Ammar bertanya kepada abang sulungnya, Khairul Afhan.

        “Along juga setuju. Tapi apa yang kita boleh buat kerana Kak Ngah sendiri yang bersetuju dengan perkahwinan ini. Sekarang terpulang pada dia. Namun, jika Zulkarnain mengabaikannya kelak, dia akan mendapat balasannya” Afhan bersuara separa keras sambil tangannya menggenggam penumbuk.



Bersambung.... (Bab 2)


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2013 07:49 AM | Show all posts
Bab 3

Segitiga Cinta  
       
        “Zul. Malam ini mari kita keluar.” Suziana, staf di syarikat La Tansa milik Zulkarnain menegur majikannya itu.

        “Bukankah aku sudah ingatkan jangan panggil aku Zul. Panggil aku Encik Zul.” Zulkarnain sedikit berang apabila arahannya tidak diendahkan. Sememangnya mereka pernah bergelar pasangan kekasih namun tidak lama. Hubungan ini hanya sekadar untuk berseronok semata-mata.

Namun, lama-kelamaan Suziana mula memendam perasaan. Malangnya, Zulkarnain hanya bersikap acuh tak acuh memandangkan dirinya masih muda dan dan gemar berfoya-foya. Mujurlah, ayahnya, Tuan haji Zakaria membuat keputusan yang tepat untuk menjodohkannya dengan Nur Adawiyah bagi membendung sikapnya itu dari berterusan.

“Tapi bukankah kau kekasih aku. tidak perlu formal dengan kekasih hati.” Suziana masih bersikap keras.        

“Suziana, itu kisah lama. Sekarang kita sudah tidak ada apa-apa. Malah aku sudah berkahwin.”        

“Senangnya kau cakap. Mana boleh dilupakan begitu saja.”        

“Boleh, andainya kau bertemu dengan orang lain pasti akan lupakan kisah kita.”        

“Mana mungkin aku ada orang lain. Hanya kau saja. Aku takkan berputus asa .”       

“Suka hati kaulah.” Zulkarnain membalas acuh tak acuh. Suziana lantas mengatur langkah untuk pulang. Kelihatan Syahadan, rakan sekerjanya yang berada di muka pintu untuk bertemu dengan Zulkarnain.

Syahadan cuba menegur Suziana dengan memandang tepat ke wajah gadis itu namun tidak dilayan. Nyata lelaki itu tidak mampu menarik perhatian Suziana untuk dijadikan pengganti kepada Zulkarnain. Sebaik sahaja Suziana melangkah keluar, Syahadan mula bersuara.        

        “Bukankah kau sudah berkahwin? Janganlah rapat lagi dengannya.”

        “Aku layan dia seperti bos dengan stafnya.”

        “Tapi dia tidak fikir begitu. Dia masih mengharap pada kau.”

        “Itu bukan masalah aku. Mengapa? Kau suka pada dia?”

        “Itu juga bukan masalah kau, tapi jika kau rapat dengannya lagi tunggulah balasannya.” Syahadan sedikit berang. Nadanya mula meninggi. Tangannya pula diletakkan di atas meja tanda memprotes jawapan dan sikap suka berfoya-foya Zulkarnain yang masih tersisa.

        “Kau patut sedar dengan siapa kau bercakap. Aku yang bayar gaji kau. Kau bukan sahaja tidak hormati aku malah mengugut bos sendiri. Seolah-olah kau sedang menggali lubang kubur sendiri.”       

“Memang kau boleh pecat aku dengan mudah. Itu pun jika kau tidak berminat dengan kontrak binaan bangunan rumah kedai yang berjuta ini.” Syahadan memberi hujah yang kuat mengapa dia masih diperlukan sambil tangan kirinya menunjukkan fail berwarna hitam seraya meletakkannya di atas meja.

        “Tak mengapa. Kali ini aku maafkan. Sekali lagi kau mengugut aku, kau akan terima padah.”

        “Kau juga sama. Kita akan lihat siapa yang lebih berkuasa sama ada kau atau pun aku yang lebih lama berada di sini.” Syahadan sekali lagi melawan majikannya secara terang-terangan. Sepatutnya jawatan pengarah syarikat itu miliknya. Namun, tidak semena-mena ia diberikan kepada Zulkarnain yang tidak pernah menjejakkan kaki ke pejabat itu. Pemilihan itu hanya berdasarkan kepada status Zulkarnain sebagai anak tunggal kepada Tuan haji Zakaria.


*****                *****                *****                *****                *****

Dum!! Bergegar meja tulis di bilik tidur utama apabila beg bimbit Zulkarnain dihempas di atasnya.

        “Bergaduh dengan staf lagi?” Nur Adawiyah muncul di belakang suaminya itu.

        “Dia yang mulakan dulu. Kurang ajar! tidak tahu menghormati majikan!” bentak Zulkarnain dengan separa marah.

        “Apabila dia mulakan kemudiannya abang membalas?”

        “Sudah tentu. Takkan mahu berdiam diri saja.” Zulkarnain membela dirinya sambil tangan kanannya menarik bahagian bawah tali leher untuk membukanya. Isterinya pula menuju ke ampaian di luar ruang bilik untuk mengambil sehelai tuala yang disidai untuk suaminya.

        “Abang, perbuatan buruk tidak boleh dibalas dengan buruk. Nanti akan mengeruhkan lagi keadaan.” Nur Adawiyah membalas lembut. Dalam kelembutan itu tersirat makna yang menikam jiwa.

        “Jadi, apa patut abang buat? Maafkan saja dia?”

        “Ya.”

        “Kadang-kadang tidak semudah itu.”

        “Kalau manusia mudah memaafkan sesama kita, maka amanlah dunia ini.”.

        “Tadi dia hanya staf. Pekerja bawahan. Masakan pekerja tidak mendengar arahan majikannya.” Zulkarnain menyambung rungutannya. Mungkin Nur Adawiyah ada caranya kerana wanita itu bukanlah calang-calang orang walaupun pekerjaannya hanyalah suri rumah sepenuh masa.

        Suri rumah sering dianggap pekerjaan yang paling mudah yang tidak banyak risiko dan masalah dengan manusia lain. Namun, ia juga adalah pekerjaan yang paling bahaya dan mencabar terutama apabila suri rumah itu menguruskan suami yang tidak bertanggungjawab dan perlu mengubah suasana rumah itu menjadi aman dan tenteram.

        Perlu diketahui bahawa mengubah seseorang itu adalah sesuatu yang lebih sukar daripada mengubah dunia. Mengubah pendirian suami menjadi lebih bertanggungjawab dan soleh juga ibarat berjalan di atas suatu jalan yang panjang dan berliku. Hanya berdoa kepada Sang Pemilik Hati suami itu agar diberikan hidayah untuk berubah.  

        “Apabila staf abang tidak mendengar arahan, janganlah terlalu marah. Ibarat seperti manusia yang juga kadang-kala tidak mendengar arahan Penciptanya, bagaimana manusia yang lain mendengar arahan manusia itu.” Ujar Nur Adawiyah panjang lebar seraya menyerahkan tuala kepada suaminya. Zulkarnain hanya mendiamkan diri. Menunggu jawapan tambahan dari isterinya

        “Jadi, apa yang abang perlu lakukan sekarang?” Zulkarnain bertanya sambil menghembaskan badannya ke atas katil. Tuala yang dihulurkan sekadar diletakkan di sisinya sahaja.

        “Allah yang memberi abang masalah, Allah juga yang akan selesaikannya. Apa yang abang perlu lakukan adalah banyakkan berdoa dan dekatkan diri dengan-Nya.” Nur Adawiyah menjawab penuh berhikmah.

        “Baiklah... .” Zulkarnain menjawab perlahan. Perlahan juga langkahnya menuju ke bilik mandi.

        “Saya teringin nak lihat abang berjemaah di surau pada waktu Maghrib.” Kata-kata Nur Adawiyah itu mematikan langkahnya.

        “Maghrib ini?”

        “Tiap-tiap Maghrib.”

        “Tiap-tiap Maghrib?”

        “Ya.”

        “Sangat susah untuk lakukannya.” Zulkarnain mengalah sebelum mencuba.

        “Semua perkara nampak susah pada kali pertama. Waktu kerja sudah tentu terlajak berjemaah solat Zohor dan Asar. Tapi waktu Maghrib dan Isyak tidak ada masalah kerana abang di rumah.” Nur Adawiyah berhujah panjang apabila suaminya mula mencari alasan.

        “Tapi bukankah abang baru sahaja pulang dari kerja. Banyak urusan kerja abang bawa pulang ke rumah untuk disiapkan. tidak ada masa untuk ke surau.”

        “Solat di surau itukan lebih sempurna. Dapat berjemaah di rumah Allah. Apabila sempurna solat, maka urusan yang lain juga akan menjadi sempurna.”

        “Maksudnya?”

        “Apabila solat abang sempurna, Insya-Allah segala tugas abang akan dipermudahkan.”

        “Yelah, nanti abang pergi. Berceramah pula dia.” Akhirnya Zulkarnain mengalah. Nur Adawiyah hanya tersenyum sendirian. Dia mengerti jawapan itu bukanlah satu jaminan suaminya akan melakukannya. Sudah seringkali dia mengingatkan suaminya itu namun hanya sekadar meniti di bibir. Harap agar kali ini kata-kata Zulkarnain menjadi nyata.
       

*****                *****                *****                *****                *****


Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 09:22 AM | Show all posts
Nice story! Keep on posting. Jarang ada penulis lelaki ni. Muncul sekali-sekala lepas tu hilang terus
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2013 02:08 AM | Show all posts

menarik jalan ceritanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2013 08:32 AM | Show all posts
Terima kasih. Sedang diusahakan utk sambungan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-1-2013 08:42 AM | Show all posts
Sambungan .......


Matahari sudah terpacak tinggi. Kecerahan yang tidak terkira daripadanya sehingga mampu menerangkan bumi walaupun jaraknya beribu tahun cahaya dari bumi. Bebola plasma terus bersinar dengan menukarkan unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas gabungan nuklear. Dengan itu, ia kehilangan empat juta tan jisim setiap saat.

Dengan tahap kepanasannya itu menyemarakkan lagi bara hari Zulkarnain. Tangannya menggenggam penumbuk. Bibirnya mengetap tanda marah. Van kepunyaan syarikat lain berada di bangunan rumah kedai yang tersergam indah itu. Namun, tidak pula kelihatan kereta atau lori syarikatnya.

“Bukankah ini projek syarikat aku. Mengapa tiada pekerja-pekerja aku? Mengapa ada orang luar yang campur tangan bahkan menyiapkannya?” monolognya bersendirian sambil anak matanya menangkap seorang pekerja yang lalu di belakangnya.

“Hei budak. Sini sebentar!” Zulkarnain memanggil salah seorang daripada pekerja di sana. Budak lebih kurang berumur 18 tahun. Mungkin bekerja di tapak pembinaan ini sebagai kerja sambilan sementara menunggu panggilan dari universiti atau mana-mana institut pengajian tinggi.

“Ya, encik?” dia menjawab lembut. Sesuai dengan perwatakan dan umurnya yang lebih muda berbanding Zulkarnain.

“Ni projek siapa?” Zulkarnain menyoal.

“Syarikat La Tansa, Taman Guru.”

“Habis tu, mengapa ada kenderaan dan peralatan Syarikat Mutiara Biru?”

“Oh, itu syarikat lain yang dapat sub tender ni. Mungkin mereka berkongsi projek.” Budak itu menjawab jujur. Dia tidak mengenali lelaki yang berada di hadapannya itu. Itulah pengarah besar atau bosnya. Zulkarnain juga sengaja tidak memperkenalkan diri.  

“Tak mengapa. Terima kasih.” Perbualan itu ditamatkan oleh Zulkarnain. Dia melihat sebentar sekeliling tapak projek. Memang syarikat Mutiara Biru yang menguruskan kesemuanya. Habis, di mana syarikatnya? Adakah sekadar nama sahaja?

Lantas langkah kakinya terus menuju ke Kereta BMW meninggalkan lelaki itu yang terpinga-pinga. Enjin dihidupkan. Seketika kemudian ia menghilang dengan seberapa pantas mungkin. Destinasinya kini adalah Pejabat La Tansa di Taman Guru, Kuantan.
Pedal minyak ditekan sehingga mencecah ke dasar. Dia tidak peduli lagi mengenai had laju dan saman. Kini fikirannya hanya mencari Syahadan. tidak sampai dua puluh minit Zulkarnain sudah tiba di pejabatnya yang kebiasaannya mengambil masa tiga puluh minit.
Penghawa dingin yang berfungsi baik dengan kelajuan maksima itu memang memberikan mod angin yang sejuk di kala cuaca di luar tingkap sangat panas. Bum! Zulkarnain terus  menghempas badannya ke kerusi ampuk di biliknya itu. Matanya melihat ke arah luar.

Dari biliknya yang berkaca itu dia sering memerhatikan staf syarikatnya sama ada melakukan tugas atau sekadar berbual-bual sahaja. Namun pada hari itu fikirannya melayang pada kejadian pagi tadi. Siapa lagi kalau bukan memori dengan budak tadi. Juga yang lagi penting dengan Syarikat Mutiara Biru.

“Mana Syahadan?” Zulkarnain bertanya kepada Setiausahanya, Rashidah.

“Bertenang, Encik Zul. Dia belum masuk pejabat lagi. Tapi Tuan Haji Ismail sudah menunggu di bilik mesyuarat.” Jawapan itu mengejutkan Zulkarnain. Dia kenal benar dengan nama itu. Tuan Haji Ismail, pemegang saham syarikat kedua terbesar selepas ayahnya sering menegurnya dalam perkara yang melanggar etika kerja. Kali ini juga dia yakin sebab Tuan Haji Ismail bertemu dengannya adalah berkaitan dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi.

Kali ini langkahnya menuju ke bilik mesyuarat. Pintu dibuka dan Tuan Haji Ismail sudah berada bersama secawan kopi.

“Ada apa Tuan Haji datang ke mari?” tiba-tiba soalan bodoh itu terpacul di bibirnya.

“Saya rasa kau pun dah tahu. Mengenai projek rumah kedai di Gambang.”

“Ya, saya baru tahu pagi tadi. Ini semua kerja Syahadan. Dia yang uruskan segala-galanya.” Zulkarnain menyandarkan badan. Cuaca yang agak panas hari tu dirasakan bertambah-tambah panas apabila wajah pemegang saham syarikatnya itu muncul di ruangan mata. Diambil majalah di atas meja lalu dijadikan tumpuan anak matanya untuk mengelakkan dari bermengenai dengan lelaki separuh abad itu. Kemudian, matanya meliar melihat pekerja-pekerja yang keluar masuk ke ruang kerja.

“Saya tahu dia yang uruskan. Tapi kau adalah ketuanya. Apa yang dilakukannya ini akan menjejaskan reputasi syarikat. .”

“Saya akan selesaikan perkara ini. Tuan Haji jangan risau.” Zulkarnain memberi jaminan. Sama ada jaminan yang pasti atau  tidak , hanya dia yang tahu. Sejak dia mengambil alih syarikat daripada ayahnya, Tuan Haji Zakaria, banyak masalah yang timbul.

Bertungkus-lumus dia menyelesaikannya satu persatu, kini muncul lagi. Masalah yang lebih besar sehingga melibatkan pemegang saham perlu turun padang menemuinya.

“Dah tentu saya risau. Kalau maklumat ini bocor dan diketahui ramai, kita mungkin disaman.” Tuan Haji Ismail memberi penjelasan.

Nyata beliau mahu Zulkarnain mengambil masalah ini sebagai satu perkara yang serius.

“Baik, saya faham.”

Syahadan masih lagi tidak menampakkan muka. Seolah-olah dia tahu apa yang telah terjadi dan menyembunyikan diri. Zulkarnain mengetap bibir. Menggenggam penumbuk. Dia sedar rakannya itu sudah melebihi batas.


*****                *****                *****                *****                *****

Bersambung daa....


Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 12:31 PM | Show all posts
cerita yg menarik. ada nasihat n pedoman. tp masih x menjawab persoalan mula2 sape yg dibunuh @ mengapa? kene tunggu la.. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2013 06:37 AM | Show all posts
InsyaAllah bila dah sampai ke puncak, ada la scene bunuh tu. saje buat elemen kejutan klu boleh/takut x menjadi mohon tunjuk ajar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2013 06:47 AM | Show all posts
sambungan ....


“Apa awak buat?” Zulkarnain bersuara sebaik sahaja keluar daripada bilik air rumahnya. Matanya tertumpu kepada Nur Adawiyah yang terbongkok-bongkok mengutip fail-fail yang bertaburan di lantai. Bukanlah ditaburkan oleh isterinya itu sebaliknya oleh Zulkarnain sendiri. Tekanan kerja kini menular sehingga ke rumah. Dia membaling sahaja fail-fail kerja setelah tiba di rumahnya,

“Kemaskan fail-fail abang.” Ringkas Nur Adawiyah menjawab.

“Kenapa awak kemaskan? Ada apa-apa ke?” Zulkarnain bertanya. Musykil. Jika sebelum berkahwin dahulu hanya orang gajinya yang mengemas rumahnya setelah disepahkan olehnya sendiri. Kini Nur Adawiyah melakukan perkara serupa. Mungkin khuatir sekiranya dia menganggap isterinya hanyalah pengganti kepada pembantu rumah..

“Saja hendak tolong kemaskan.” Nur Adawiyah menjawab. Santun.

“Kenapa tolong abang?” Zulkarnain bingung. “Biarkan sahaja bersepah. Abang boleh kemas sendiri.”

“Abang tidak pernah tolong orang?” soalan Nur Adawiyah berpindah kepada suaminya. Zulkarnain terdiam. Kehilangan kata-kata. Di sebalik diam isterinya itu tersembunyi kebijaksanaan. Dia hanya mengelap rambutnya yang masih kebasahan seraya menuju ke almari pakaian.

        “Masalah lagi?” Nur Adawiyah bertanya sambil tangannya menyusun kertas-kertas yang sudah dipungutnya itu. Dia meletakkan semua kertas itu di dalam fail utama yang ada di atas katil. Zulkarnain tidak menjawab. Wajahnya dihalakan ke tingkap. Sepi melanda bilik itu sehinggalah Zulkarnain menemui jawapan.

“Tak guna. Dia sengaja buat begitu.” Zulkarnain bersuara geram.

Nur Adawiyah masih menunggu jawapan tambahan. Selesai menyusun dan mengemas, dia hanya terpacak berdiri. Zulkarnain memandang wajah isterinya sambil melepaskan hela yang panjang. Namun, Nur Adawiyah seakan mampu membaca wajah suaminya itu.

“Kalau pekerja-pekerja abang ada buat salah, maafkan saja. Mungkin mereka tidak sengaja atau pertama kali melakukan kesalahan. Sekiranya berulang, mungkin boleh difikirkan sebarang bentuk hukuman.” Nur Adawiyah cuba memujuk hati suaminya. Beri sedikit kata peransang agar dia tidak tersalah membuat keputusan.

“Ini bukan tidak sengaja. Ini kes berat. Dia memberi sub tender kepada syarikat lain.”

“Siapa?” Nur Adawiyah mengorek rahsia.

“Syahadan…” pantas Zulkarnain menjawab. Tangannya sibuk membetulkan T-shirtnya. Nur Adawiyah mengambil tuala yang digunakan oleh suaminya lalu disidai di ampaian mini di penjuru bilik itu.

“Jadi, sekarang bagaimana?” Nur Adawiyah kembali bertanya.

“Tunggu sahaja tindakan seterusnya.”   

“Sabarlah abang. Ada hikmahnya nanti.”

“Yang lemah sahaja cakap begitu.”

“Bukankah Yang Maha Kuasa ada. Berserah sahaja kepadaNya”

“Abang tengah bersabarlah ini. Jika tidak dah lama abang pecat dia.”

“Saya lihat abang masih marah bukannya bersabar.”

“Kau apa tahu. Kau hanya berada di rumah. Sudah, mari kita makan.” Kata-kata Zulkarnain mematikan akal insterinya itu. Lantas langkah kaki Zulkarnain diatur menuju ke dapur untuk mengisi perutnya yang kosong dengan tenaga yang telah habis digunakan sepanjang hari. Nur Adawiyah mengikut jejak langkah suaminya. Dia juga masih tidak menjamah sebarang makanan semata-mata untuk makan bersama sang suami.

Nur Adawiyah juga semakin berkerut. Lama-kelamaan suaminya seakan-akan berubah. Senyuman di bibir juga tidak lagi kelihatan. Marahnya juga semakin berbisa sehingga Nur Adawiyah tidak berani menasihati dengan lebih panjang.


*****                *****                *****                *****                *****

bersambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2013 08:12 PM | Show all posts
Sambungan............

Bab .... (brape ntah...)

Matahari masih tegak berada di atas bumi sebelah Pantai Timur. Bahangnya terus melanda dan memanaskan penghuni-penghuni alam. Sudah tiga hari hujan tidak membasahi bumi. Nampak kering dan gersang bumi ini tetapi itu juga menjadi kelebihan kepada jurutera binaan bagi mencepatkan proses binaan tanpa halangan hujan dan angin kencang.

Kipas berputar pada tahap maksimum. Namun itu masih tidak mampu menyejukkan hati yang kepanasan. Zulkarnain menghempas fail-fail ke meja. Mungkin sebagai tanda kemarahan atau memberi amaran. Pekerja-pekerja syarikat yang memerhatikan dari luar sudah biasa dengan keadan itu. Mungkin kerana gaya itu sudah sering ditonjolkan.

Tok..tok..!!

Zulkarnain memandang ke muka pintu sebaik sahaja mendengar bunyi ketukan. Rashidah tercegat di pintu membuat laporan.

“En Zul, kita ada masalah.” Rashidah memulakan laporan dengan berita yang kurang menyenangkan. tidak ada bunga-bunga ayat untuk mengambil hati Zulkarnain kerana dia sememangnya tahu apa yang dikehendaki oleh bosnya itu. Laporan yang ringkas dan padat.

“Masalah apa lagi yang besar selain kita bakal disaman.” Zulkarnain menekankan kata-katanya seraya menjeling tajam kepada Rashidah. Tanda tidak suka dengan mendengar laporannya sebentar tadi.

“Gudang yang kita bina di Batu Dua Jalan Gambang musnah dalam kebakaran.” Terang setiausahanya itu.

“Itu pun jadi masalah? Insurans ada. Tuntutlah ganti rugi.” Pantas Zulkarnain menbalas.

“Itulah masalahnya. Gudang itu tidak mempunyai perlindungan insurans.”

“Apa?” Zulkarnain mula terdiam sejenak. Meremang bulu roma membuatkan pengarah urusan syarikat itu tidak senang duduk.

“Ya, Encik Zul. Setelah disemak tiada insurans untuk gudang itu. Kerugian yang kita alami hampir setengah juta.”

“ tidak  ada insurans untuk bangunan yang sebesar itu? Siapa yang buat kerja bodoh macam ini?”

“Berdasarkan rekod projek, ini adalah tugas Syahadan. Dia yang bertanggungjawab uruskan segalanya.”

“Dia lagi..!!” dada Zulkarnain berombak. Dahinya berpeluh.

“Sekarang bagaimana, Encik Zul?” Rashidah menyoal meminta arahan selanjutnya.

“Baik. Maklumkan pada semua kita akan adakan mesyuarat tergempar sekarang.” Zulkarnain memberi arahan. Ada sesuatu yang perlu disampaikannya kepada semua pekerja. Ada perubahan yang perlu dilakukannya. Apa sahaja perlu dilakukan pada masa ini bagi memastikan syarikatnya terus kekal.

Mesyuarat tergempar bukanlah perkara yang mengejutkan bagi staf Syarikat La Tansa Enterprise. Ia sama sahaja dengan mesyuarat mingguan atau bulanan. Satu perbincangan melibatkan semua pekerja. Bezanya, mesyuarat tergempar ini kebiasaannya dibuat kerana timbul masalah di luar jangka.

        Segera memo mesyuarat ditampal di papan kenyataan dan semua diminta berada di bilik mesyuarat 10 minit lagi. Bergegas mereka yang mahu ke tandas segera meninggalkan meja kerjanya. Mereka yang belum mengisi perut sekadar meneguk segelas air. Ada juga yang mencari fail-fail berkaitan takut sekiranya ditanya oleh Zulkarnain mengenai projek-projek yang diuruskan.

Gagal menjawab dengan baik bererti maki hamun yang menjadi balasan. Siapa yang tidak kenal dengan tuan pengarah. Pengarah yang paling disiplin dan menerapkan nilai itu kepada semua pekerja. Ada baik dan buruknya juga. Meskipun pekerja merasakan ini satu contoh yang baik, namun mengharapkan pekerja mencontohinya adalah sesuatu perkara yang sukar. Ini menambahkan beban kepada pekerja sahaja.

Lainlah sekiranya mereka melanggar peraturan baru dianggap tidak berdisiplin. Jika sekadar berehat sebentar atau kerja tidak disiapkan dalam tempoh atas sebab-sebab luar jangka, itu turut dianggap tidak berdisiplin oleh bos baharunya itu.

Masa berlalu. Staf berpusu-pusu memasuki bilik mesyuarat. Penghawa dingin bilik itu dibuka. Menyejukkan dahulu suasana yang bakal kepanasan. Bilik itu kecil sahaja. Ada sebaris rak-rak kecil yang memuatkan dokumen-dokumen lama dan diisi dengan meja besar berbentuk bulatan di tengah-tengahnya.

Tulisan di papan putih masih berkisar mengenai isi perbincangan mesyuarat yang lalu. Kelihatan Rashidah mula memadam segala tulisan dengan dakwat pen marker. Di penjuru bilik itu juga ada almari kecil yang memuatkan piala-piala dan anugerah yang dimenangi oleh syarikat itu. tidak sebanyak mana yang dimenangi namun cukup sekadar untuk memenuhi almari itu.

Di sebelah kanan bilik mesyuarat pula terdapat papan putih yang mengandungi tarikh dan nama projek. Ia berbentuk kalendar bertarikh satu sehingga tiga puluh satu haribulan. Ia menjadi rujukan semasa perjalanan di setiap mesyuarat.  

“Habislah kita kali ini. Nampaknya bos benar-benar sudah naik hantu.” Faiz, salah seorang jurutera syarikat itu meluahkan kerisauan.

“Apa yang mahu ditakutkan. Bukannya salah kita. Ini semua salah Syahadan. Dia yang memberikan projek rumah kedai itu kepada syarikat kecil yang lain. Dia juga yang cuai dalam membeli insurans untuk gudang.” Hafiz, rakan setugas Faiz menenangkannya.

“Yalah, tapi masalahnya kita akan dimarahi sama.”

“Pekakkan sahaja telinga. Yang penting hujung minggu ini kita akan dapat gaji seperti biasa. Bukankah begitu Encik Wafi?” Hafiz berpaling kepada rakannya Wafi. Wafi pula hanya memandang dengan pandangan kosong. Dia berada di atas pagar. tidak memihak kepada sesiapa pun.

“Itulah sebabnya kita bermesyuarat. Banyak perkara yang boleh dibincangkan secara tenang dan tenteram kalau kena pada caranya. Ini juga cara Nabi sewaktu menghadapi masalah negara atau berbincang mengenai strategi perang.” Tenang Wafi memberi penerangan.

“Berbincang? Kalau bos kita boleh berbincang, aku  tidak lah takut seperti hari ini.”

“Betul tu. Dulu kita mesyuarat dengan lapang hati. Masing-masing boleh memberi cadangan dan pendapat. Masing-masing juga boleh mengkritik. Sekarang, jangan kata memberi kritik, buka mulut pun tidak berani.” Terang Faiz bersungguh-sungguh.

“Dulu di bawah pengurusan Tuan Haji Zakaria tidak ada masalah. Kini dengan anaknya, entah bagaimana hendak diuruskan syarikat ini dengan umurnya yang setahun jagung itu.” Ujar Hafiz pula.

“Ya, kali terakhir kita bermesyuarat, elaun perjalanan kita dipotong atas alasan penjimatan. Akhirnya kita semua duduk di pejabat sahaja menanti tender datang sendiri. Apabila syarikat gagal dapatkan tender kita pula dimarahi.” Faiz menambah.

“Tunggu sahaja apa yang hendak disampaikannya sebentar lagi Syahadan juga akan tiba. Kita akan menjadi pemerhati sahaja pada hari ini.” Wafi sekali lagi mencelah menenangkan dua orang rakannya itu.


*****                *****                *****                *****                *****

Bersambung...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2013 08:31 AM | Show all posts

Mesyuarat Panas

Mesyuarat dengan pekerja-pekerja La Tansa Enterprise belum lagi selesai walaupun sudah memasuki dua jam lebih lamanya. Pelbagai isu dibincangkan dan ada di antaranya yang membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka. Jurutera syarikat yang seramai empat orang itu nampaknya tidak berapa setuju dengan tindakan Zulkarnain yang ingin menyekat duit komisyen mereka untuk digantikan dengan kos membayar saman atau baik pulih beberapa projek yang diserahkan kepada syarikat-syarikat lain.

Tindakan drastik yang ingin dilakukan olehnya mendapat tentangan dari para jurutera syarikat. Empat orang kesemuanya keempat-empat menarik muka mencuka. Hafiz, Abdul Wafi, Faiz serta Syahadan. Suziana juga berada dalam bilik itu. Dia juga salah seorang daripada staf syarikat.

“Mana boleh macam ini, gaji asas kami bukannya besar sangat. tidak sampai dua ribu. Harapkan duit komisyen sahajalah untuk tampung hidup. Tapi itupun Encik Zul mahu sekat?” Faiz memulakan bantahan.

“Bagaimana kami mahu bayar duit kereta, duit rumah, tambah-tambah lagi bagi orang yang yang ada ramai anak seperti saya ini. Banyak tanggungan.” Bersungguh-sungguh Hafiz menyatakan ke tidak  persetujuannya mengenai langkah Zulkarnain yang ingin memperkenalkan syarat baru terhadap mereka.

“Dulu Encik Zul dah sekat duit tuntutan perjalanan kami. Tiap-tiap bulan boleh claim sampai tiga empat ratus sebulan, sekarang ini kami harus menggunakan bajet sendiri untuk ke mana-mana. Kali ini Encik Zul hendak sekat duit komisyen pula.” Wafi yang dari tadi mendiamkan diri sahaja kini mengutarakan pendapat.

“Bagaimana kau uruskan sumber manusia? Kebajikan pekerja langsung tidak dijaga. selepas ini entah apa yang kau mahu potong lagi. Kau mahu kami mampus agaknya!” bertalu-talu pertanyaan yang keluar dari mulut Syahadan menjadikan Zulkarnain bertambah bingung dan berkerut-kerut dia memandang ke arah Syahadan. Dengan jelas dia melihat wajah Syahadan yang merah. Mungkin menahan rasa marah.

Antara mereka berempat, Syahadan paling lama berkhidmat dan paling pakar dalam bidang ini. Sumbangannya yang tidak terhingga kepada syarikat memberikan dia ruang yang besar untuk menghentam sesiapa sahaja. Bahkan kehebatannya itu menjadi cabaran juga kepada Zulkarnain.

“Shah, kau janganlah emosional sangat. Tadi aku sudah cakap, aku bukan mahu sekat terus duit komisyen tu. Aku tahu itu duit titik peluh kamu semua. Tujuan aku buat macam ini ialah supaya kau dan yang lain lebih berhati-hati. Aku tidak mahu Syarikat La Tansa ini ada nama tetapi projek semuanya rugi. Kalau syarikat tidak ada duit, bagaimana mahu bayar gaji staf-staf semua?” Zulkarnain mempertahankan kewajaran di atas tindakannya itu.

“Aku emosional sebab aku rasa tindakan kau ini tidak wajar!” Syahadan sekali lagi membangkang. Bergegar bilik itu mendengar suaranya.

“Mungkin tidak wajar untuk kamu tetapi wajar untuk syarikat.”

“Cakap senanglah sebab kau tidak ada anak bini perlu ditanggung. Tapi kami ini? Lepas satu, satu benda yang kau mahu sekat. Kami bersusah payah bekerja dalam tempoh yang singkat untuk sempurnakan projek syarikat, kenapa kami pula yang harus menanggung?” balas Syahadan lagi.

Nampaknya antara empat orang jurutera yang ada di dalam bilik mesyuarat ini, hanya Syahadan sahaja yang dari tadi berani hendak mempertikaikan tindakan Zulkarnain. Jurutera lain nampaknya lebih senang mendiamkan diri. Menjadi pemerhati kepada pertelagahan pendapat kedua-duanya.

“Saya tahu kamu semua memang bagus menyiapkan projek, berduyun-duyun kerja yang dibawa masuk dan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Tapi kalau setakat syarikat kecil lain yang siapkan baik tidak payah. Untungnya entah ke mana, bala pula yang terima.” Bersungguh-sungguh Zulkarnain meluahkan perasaan dan sebab tindakannya. tidak cukup dengan tangan yang terangkat-angkat, mata yang membulat dan nafas juga yang turun-naik. Berkali-kali jari telunjuk dihalakan ke arah papan putih sebelah kanan bilik mesyuarat yang mengandungi tarikh dan nama projek.

“Tengok sahaja di sana berapa banyak projek yang kita dapat. Namun berapa bayaran yang kita terima? Hampir negatif..!” meja diketuk kuat dengan sepenuh hati Zulkarnain. Menggelegak habis hatinya apabila mengutarakan keadaan sebenar syarikat yang hampir lumpuh kerana kerugian projek.

Pertelingkahan mereka menjadi semakin tidak terkawal. Ini juga mendatangkan kebosanan kepada pekerja-pekerja bawahan. Mereka berasa seolah-olah orang-orang atasan tidak menunjukkan contoh yang baik. Bergaduh dalam bilik mesyuarat hanya membuang masa dan menghilangkan idea-idea mereka sahaja.

“Adatlah dalam bisnes. Kadang-kadang untung, kadang-kadang rugi. Tapi kami dah buat yang terbaik.” Syahadan membela pekerja termasuk dirinya sendiri. Sudah lama dia tunggu saat-saat ini. Melawan dan menghentam orang yang mengenepikannya untuk menjadi pengarah.

“Itu aku tahu. Tapi aku yang menanggungnya. Yang ruginya aku.”

“Habis sekarang kau mahu salahkan kami pula?”

“Bukan mereka, tapi kau!”

“Aku?”

“Ya, kerugian itu datangnya dari projek yang kau uruskan. Kau yang serahkan projek kepada syarikat kecil yang lain. Inilah akibatnya.”

“Mana aku tahu ia akan jadi begini?”

“Kau tidak tahu sebab kau tidak berfikir. Kau ada otak yang tidak digunakan.” Zulkarnain semakin keras.

“Kini kita semua menganggung kerugian. Untuk bayar gaji pun tidak lepas.” Kali ini Zulkarnain melebihi batas. Masalah gaji tidak sepatutnya diungkit dalam perkara ini. Ia hanya mengundang rasa kurang senang di kalangan pekerja sahaja selain memberikan tanggapan negatif mereka terhadap syarikat.

“Tutup saja syarikat ini kalau tidak mampu membayar gaji kami.” Dialog terakhir Syahadan mengundang rasa tidak senang di hati semua ahli mesyuarat. Namun mereka tidak menafikan hal itu. Seperti Zulkarnain, Syahadan juga melampaui batas. Perkara sebegini tidak perlu diucapkan. Sekiranya benar terjadi mereka akan hilang mata pencarian mereka. Mungkin tidak ada masalah bagi yang bujang tetapi ia adalah masalah besar bagi yang sudah berkeluarga dan ada tanggungan.

“Baik. Kalau begitu kau berambus dari syarikat ini!” semua yang berada di situ terpinga-pinga. Terkejut mendengar arahan yang keluar dari mulut Zulkarnain. Begitu juga dengan Syahadan yang memang seratus-peratus tekejut dan tergamam ketika itu. Terbeliak biji matanya memandang Zulkarnain yang sedang berdiri sambil bercekak pinggang ketika itu.

“Kau dengar tidak apa yang aku cakap? Berambus!!”

“Baik. Aku pun tidak mahu bekerja di sini lagi. Tapi kau kena ingat satu perkara. Selepas ini kita akan jadi musuh. Jadi hati-hati.” Zulkarnain tidak mempedulikan ugutan itu. Tangannya menunjuk ke arah pintu bilik mesyuarat. Menunjukkan arah keluar dari bilik itu dan pejabat.

Semua mata tertumpu kepada satu jasad yang berjalan menuju ke tempat yang ditunjukkan. Setelah jasad itu menghilang pandangan mereka kembali bertumpu ke hadapan bilik mesyuarat. Tempat duduk pengarah. Suasana sepi menyelubungi bilik itu untuk beberapa seketika. Suziana juga tergamam melihat insiden sebentar tadi.

Staf-staf yang lain cuma terdiam kaku seperti tunggul mati. tidak berani melawan. Apatah lagi Zulkarnain baru sahaja memecat Syahadan. Mungkin emosi dan amarah masih menguasai diri pengarah mereka itu. Sekiranya ada yang bersuara dan tersilap kata, padahnya mungkin serupa dengan Syahadan.

“Hah, ada sesiapa lagi yang mahu berhenti?” Zulkarnain kembali bersuara setelah beberapa ketika. Soalannya tidak bersambut. Diam itu tandanya akur dengan segala keputusan. Bermakna mereka semua akur dengan keputusan yang dibuat oleh Zulkarnain mengenai elaun mereka sebentar tadi.

“Jika tiada, mesyuarat kita sampai di sini sahaja. Anda semua boleh menyambung tugas masing-masing. Ingat, bekerja dengan betul-betul. Naikkan semula nama syarikat ini.” Zulkarnain member amanat.

Namun, kata-kata Zulkarnain itu disambut dingin oleh kesemua mereka. Masing-masing masih lagi tidak bersuara dan hanya bangkit perlahan-lahan dari kerusi. Seorang demi seorang berlalu meninggalkan bilik mesyuarat tersebut. Pasti di dalam hati mereka semua terbit perasaan lega kerana mesyuarat yang telah berlangsung selama tiga jam lebih itu akhirnya bertemu titik penghujung.

Ia berakhir dalam suasana yang tidak disangka-sangka. Berakhir dalam keadaan yang tidak menyenangkan serta berakhir dengan seribu satu rasa yang terbuku di dalam hati. Ada yang menyimpan rasa kecewa dengan berita yang didengari di dalam mesyuarat, tidak kurang yang berasa sedih kerana mesyuarat tersebut berlangsung dalam keadaan tegang dan pastinya terselit juga dengan perasaan terkejut di atas pemecatan Syahadan yang secara tiba-tiba itu.

Rata-rata ramai yang tidak menyangka sebegitu sekali tindakan keras yang diambil terhadap Syahadan yang selama ini banyak memberi sumbangan pada syarikat, akhirnya dipecat sebegitu sahaja. Semuanya gara-gara tidak sayang mulut dan bertegang urat dengan orang nombor satu di syarikat itu, Zulkarnain.

*****                *****                *****                *****                *****

Bersambung daa....

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 08:49 AM | Show all posts
Salam tt...
Nak tanya.... link yg diberi tu persendirian atau karangkraf punya? Novel Sabarlah Wahai Hati ni bakal/sudah diterbitkan oleh karangkraf ke?
1 more... apa kriteria novel yang boleh diletakkan di bawah label novel islami?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2013 01:28 PM | Show all posts
Wslam..

Link tu karangkraf, sy upload kisah yg sama di link tu. Belum diterbitkan di mana2. sekadar berkongsi kisah yg xseberapa ini utk pengajaran n penambahbaikan. Ada masalah @ langgar terma ke jika sy upload di sini?

Maaf sy org baru  xtahu sgt ttg peraturan penerbitan alam maya. kalau salah tlg tnjukkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2013 01:35 PM | Show all posts
ttg novel islami sy juga merujuk link karangkraf n ruangan pembahagian genre n meletakkan novel ni bawah genre islamik. Cerita berunsur kekeluargaan n Islam tapi mungkin masih blum jelas kerana baru mula/kekurangan diri penulis.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 09:56 AM | Show all posts
muhamad_fairuz posted on 29-1-2013 01:28 PM
Wslam..

Link tu karangkraf, sy upload kisah yg sama di link tu. Belum diterbitkan di mana2. sekad ...

Dun wori. Lady cuma bertanya.

Keep on writing. Tapi ikut kat link tu dah bab 12 kan?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2013 11:04 AM | Show all posts
yup dah bab 12. dah siap sbnrnya cuma upload berperingkat ikut pecahan bab..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 06:29 PM | Show all posts

*****                *****                *****                *****                *****

Petang semakin tua. Mentari yang memancar hampir lebih dari sepuluh jam sudah mula ditelan bumi. Asar juga sudah semakin lewat. Alangkah ruginya bagi mereka yang selalu melengah-lengahkan satu kefarduan ini. Nilainya tidak sama dengan dunia serta segala isi di dalamnya. Nilainya lebih besar berbanding pekerjaan yang selalu menjadi alasan bagi mereka yang sering bertangguh. Nilai ini juga akan berganda sekiranya dilakukan secara berjemaah.

Pejabat La Tansa Enterprise juga semakin lengang. Kakitangan syarikat sudah melangkah keluar untuk pulang ke rumah. Abdul Wafi terpinga-pinga keseorangan di ruang kerja. Masih kedengaran suara perbualan beberapa staf yang belum pulang. Dia tidak mengendahkan semua itu. Dia hanya melihat ke muka jam sementara menunggu isterinya selesai solat Asar.

Matanya mula tertumpu kepada meja kosong di sebelahnya. Baru semalam mereka berbual mengenai banyak perkara. Hari ini penghuninya telah tiada. Sama ada dibuang kerja atau meninggalkan kerja, jawapannya tetap sama. Syahadan sudah tidak bersama mereka.

Pandangannya dihalakan pula pada plat nama yang terpacak tinggi di dinding pejabat. Plat nama yang berwarna perak tersebut dengan jelas  tertulis nama sahabatnya – Syahadan  – sebagai salah seorang tenaga penggerak syarikat. Plat itu juga sebagai lambang penghargaan dari syarikat atas khidmat dan sumbangan rakannya itu.

“Setiap perbuatan pasti ada balasan.” Satu suara dari belakang cukup untuk mematikan lamunan Wafi. Kepalanya masih tidak berpaling. Dia juga tidak menjawab. berhajat untuk menyambung lamunan. Dia sudah mengetahui pemilik suara itu. Rashidah.

“Apa sudah jadi dengan syarikat ini? Dahulunya kita bekerja dengan gembira dan senang. Ada apa-apa masalah boleh diselesaikan. tidak perlu sampai meninggalkan syarikat. Terutama ketika kita dilanda masalah.” Wafi menghela nafas pendek. Kecewa.

“Masa berubah. Manusia juga berubah.” Rashidah membalas.

“Apa gunanya berubah jika menjadi lebih buruk.” Wafi menggeleng sedikit.

“Setiap kita ada pilihan. Kita yang menentukan kita ini baik atau buruk. Kita juga tidak tahu sama ada pilihan dia baik atau buruk.”

“Tak bolehkah kita jadi seperti dulu? Seperti zaman Tuan Haji menguruskan syarikat. Tenang , damai dan kerja menjadi sempurna.”

“Ibarat dalam satu pasukan bola sepak. Apabila pemain handal itu bersara, semua pemain lain berebut untuk menjadi wira. Akibatnya, kerja sepasukan tidak menjadi. Kerja yang mudah pun menjadi sukar.”

“Sejak bila pula isteri abang minat bola ni?” Wafi mula mengusik. Memang itulah perangainya. Mujurlah tabiat itu terhad kepada isterinya sahaja.

“Biasanya selepas kahwin kita akan berkongsi minat dengan suami.” Rashidah membalas. Abdul Wafi tersenyum memerhati wanita di hadapannya itu. Dengan cuaca Malaysia yang panas pada tahap 32 darjah celcius ni, dia kagum dengan isterinya yang masih setia bertudung labuh, bersarung lengan dan berstokin. Sedangkan dia, apabila melepasi waktu tengahari sudah pasti hanya berkemeja atau T-shirt sahaja dengan alasan panas.

Gurauan mereka terhenti apabila Zulkarnain melangkah keluar dari biliknya. Pintu biliknya ditutup rapat. Kemudian dikunci. Keselamatan perlu diutamakan. Apatah lagi segala dokumen perjanjian, tender-tender dan rekod-rekod berada di dalamnya.

“Sudah mahu pulang? Biasanya kau orang yang terakhir meninggalkan pejabat?” Wafi menegur.

“Belum balik lagi. Suziana mengajak aku bermain bowling. Katanya untuk tenangkan fikiran. Marilah sekali.” Ajak Zulkarnain.

“Abang pergilah. Saya pandu kereta pulang ke rumah.” Wafi terpinga-pinga memandang isterinya. Selalunya sukar untuk isterinya membenarkan dia keluar berseronok.

“Ok. Aku tunggu kau di kereta.” Zulkarnain melangkah meninggalkan mereka berdua yang masih tercegat.

“Jarang awak beri abang keluar malam-malam. Ada apa-apa ke?” Wafi membulatkan mata.

“Abang kena pergi temankan Bos. Bahaya kalau dibiarkan dia dengan Suziana berdua.” Segera Rashidah menerangkan.

“Dah tua-tua macam ini pun kena temankan lagi?”

“Ya, saya tidak mahu Suziana mengambil kesempatan atau melakukan apa-apa ke atas bos. Dia tengah runsing sekarang. Suziana pasti akan bertindak.”

“Bagaimana dengan abang? tidak takut ke kalau ada perempuan lain yang cuba ambil kesempatan kepada abang?” Wafi cuba menguji. Rashidah hanya tersenyum.       

“Tak mengapa. Abang adalah orang yang paling jujur yang saya pernah kenal.”

*****                *****                *****                *****                *****

Bersambung....
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 08:53 AM | Show all posts
masih belum mencapai thiller yg dipermulaan cerita. zulkarnain bunuh isteri dia ke? xkan la..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 11:16 AM | Show all posts
takkan dah stop kot? Lama dah ni dok tunggu N3 baru...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.092053 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list