Adik Natasha Hudson semakin terpinggir dan kurang liputan.. Kakak? - Gosip: Tempatan - Gosip - CARI Infonet -

CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
12Next
Return to list New
View: 8128|Reply: 40

Adik Natasha Hudson semakin terpinggir dan kurang liputan.. Kakak?

[Copy link]
Post time 29-1-2013 12:08 PM | Show all posts |Read mode

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login


NAMA Tania Nadira Hudson semakin terpinggir dan kurang mendapat liputan sejak lebih setahun lalu. Hal itu berlanjutan sehinggalah kemunculannya di set penggambaran drama Surat Dari Langit Biru di Desa Park City, pinggir bandar raya Kuala Lumpur pada petang hari Selasa lalu.

Polos tanpa olesan bahan soleken, wajah yang mirip seperti kakaknya, Natasha Hudson itu bagaimanapun nampak sugul dan kurang bermaya.

Ditanya mengenai kesihatannya, jawab Tania, 28, dia kini berada dalam keadaan yang sihat tanpa kesan sampingan selepas menjalani pembedahan sekitar empat tahun lalu.

"Alhamdulillah, saya kini lebih sihat. Cuma, saya perlu kawal corak hidup dan tekanan sekeliling dengan lebih cermat. Rawatan susulan cuma tiga tahun selepas pembedahan dan sekarang semua kembali normal, tetapi kepala ada berdenyut sekali-sekala.
"Saya bersemangat untuk kembali bekerja seperti sebelum ini. Fokus saya adalah karier lakonan yang nampak sudah semakin menyusut sejak akhir-akhir ini,"
katanya.


TANIA perlu mengawal corak dan  tekanan dalam kehidupan dengan penuh cermat.

Tania sebelum ini pernah menjalani pembedahan otak akibat menghidap penyakit Arteriovenous Malformation (AVM) pada tahun 2009.

AVM adalah sejenis gumpalan urat yang tidak normal tumbuh pada bahagian otak dan penyakit yang dialami pelakon itu menjadi serius apabila berlaku pendarahan dalaman. Tania menegaskan, ketiadaannya dalam industri selepas kemunculannya menerusi drama bersiri Tiramisu dua tahun lalu bukan kerana merajuk. Sebaliknya, tempoh itu digunakan untuk memerhatikan suasana dunia seni dan pada masa sama, masih aktif di pentas peragaan fesyen.
"Jauh sekali untuk saya merajuk kerana berlakon juga sumber pencarian saya selain peragaan. Cuma saya sengaja memberikan rehat untuk diri sendiri sebelum kembali semula dengan lebih aktif dan fokus.


TANIA menafikan dirinya merajuk selepas   tidak aktif berlakon sejak kali terakhir muncul menerusi drama bersiri, Tiramisu pada tahun 2009.
"Saya masih aktif membuat peragaan dan berlakon iklan. Selain itu, ada juga membantu bisnes kek ibu saya (Ratna Hussin)," ujarnya.



Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 12:18 PM | Show all posts | Share
ooo die ade sakit otak..sian.. muge sembuh sepenuhnye la ye...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 12:33 PM | Show all posts | Share
die ade berlakon ke? motip aku tak perasan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 12:53 PM | Show all posts | Share
comel jer...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 01:25 PM | Show all posts | Share
iols perasan dia belakon citer Mayang Mengurai kat tv9...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 01:34 PM | Show all posts | Share
sakit ke minah ni......bagus la dah baik....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 01:35 PM | Show all posts | Share
ketatnya suar nampak ibu jari kaki unta dah
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 01:41 PM | Show all posts | Share
suka die ni lagi dr kakak dia nlh tuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 01:45 PM | Show all posts | Share
cantik juga tana ni.. tp syg sakit otak.. huhuhu sib baik dah baik.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 02:58 PM | Show all posts | Share
moga dia semakin sihat....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 04:54 PM | Show all posts | Share
ER .. SEKSI SANGAT KETAT
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 04:59 PM | Show all posts | Share
Lawak gk tiramisu tu, mostly sbb mamat ruffedge tu.. pe nama ntah die
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 05:03 PM | Show all posts | Share
Berlakon sangat kayu kayan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 05:40 PM | Show all posts | Share
comel sungguh
tp dia ni mesti stok pelakon yg x beberapa nak reti nih
spesis balak kayu-kayan tidak terancam
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 06:00 PM | Show all posts | Share
Natasha ada je kt tv al hijrah jd hos Bersama Cikgu Sidek.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 06:06 PM | Show all posts | Share
cantik kakak dari adik...

belt yang dipakai tu kurang sesuai untuk body dia....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 01:46 AM | Show all posts | Share
kena mandi bunga....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 02:00 AM | Show all posts | Share
wirazam posted on 29-1-2013 01:35 PM
ketatnya suar nampak ibu jari kaki unta dah

Dia ni dah pegi Haji ke.. kakak iols nampak dia.. masa buat haji 2011..satu hotel dgn dia katanye... taktau la kalau pelanduk

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 08:21 AM | Show all posts | Share
dah kena operate otak pn still cantik lg...sgt beruntung...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 09:08 AM | Show all posts | Share
adei..
xyah la blakon..
kang sakit plak
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 09:38 AM | Show all posts | Share
gmbr lg....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 09:40 AM | Show all posts | Share
motep tau pakai suar ketat2 cmtu

baik ikut abil, tayah pakai suar terus
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts | Share
comel dr kakak die
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 10:04 AM | Show all posts | Share
mmmmmmmm....kayu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 10:11 AM | Show all posts | Share
ok jugak la utk mewarnai dunia hiburan yg sudah sedia meriah itew.. janji comel.. xleh la harapkn tasah ikan bakar, nelopak, ijara esah, inzalna etc ajerrrrr..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

Pesanan penting Segala pendapat dan pandangan yang dikongsi di ruangan forum atau halaman yang berkaitan merupakan pandangan peribadi individu dan tidak sesekali mewakili pendapat/pandangan CARI. CARI juga tidak bertanggungjawab bagi setiap pandangan yang dikongsi. Oleh kerana forum beroperasi dalam waktu sebenar atau 'real time', CARI tidak, dan tidak dapat menapis sebarang bentuk penyampaian dari pengguna setiap masa, namun CARI menggalakkan setiap pengguna mengamalkan budi bicara serta budaya hormat-menghormati untuk tidak menggunakan sebarang perkataan yang menyalahi undang-undang, berbahaya, mengancam, kesat,mengganggu, memfitnah, kasar, lucah, mengeji, menceroboh privasi orang lain, bersifat kebencian, atau perkauman, etnik atau sebaliknya. CARI berhak untuk menahan dan/atau mengeluarkan mana-mana pautan yang berkemungkinan sebagai individu, entiti atau kumpulan yang berpotensi mewujudkan rasa malu dan fitnah. CARI juga berhak untuk menerima, edit dan / atau mengeluarkan apa-apa pautan yang dianggap tidak sesuai dalam mana-mana cara/keadaan/bentuk/situasi/kaedah.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Infonet

31-7-2015 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.065798 second(s), 11 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.2

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list