CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4055|Reply: 7

"Best Picture": Yang Mana Satu Pilihan Anda?

[Copy link]
Post time 31-1-2013 01:23 AM | Show all posts |Read mode
























              Tahun lepas, 2012 menyaksikan persaingan sengit antara beberapa drama popular.  Lima drama yang tercalon dalam “Best Picture” CARI 2012 K-Drama Awards iaitu Moon Embraces The Sun, Rooftop Prince, Answer Me 1997, Nice Guy dan The King2Hearts masing-masing mempamerkan kehebatan dari segi cerita, lakonan, aspek teknikal dan pengarahan serta runut muzik. Yang manakah satu pilihan anda?

                Moon That Embraces The Sun paling dijangka akan membolot beberapa anugerah penting disebabkan ‘rating’ drama ini telah mencecah lebih 40% dalam kalangan penonton korea yang mana jarang sekali berlaku pada mana-mana K-Drama yang dihasilkan lewat ini. Drama ini yang diadaptasikan daripada novel hasil nukilan novelis Sungkyunkwan Scandal mengisahkan seorang raja yang terlalu mencintai  bekas ‘bakal pemaisuri’ nya walaupun baginda mengetahui yang dia sudah meninggal dunia akibat sakit yang mana sebabnya adalah sihir. Setelah beberapa tahun, baginda bertemu dengan seseorang bomoh wanita yang mirip cinta hatinya yang dinamakan ‘Wol’. Semakin lama mengenali Wol, semakin kuat rasa hati yang mengatakan yang ‘Wol’ dan bekas pemaisurinya adalah orang sama manakala Wol pula hilang ingatan dan tidak langsung mengecam raja itu adalah kekasihnya yang lama. Lakonan debut Kim Soo Hyun bukan sahaja dikritik antara pelakon terbaik masa kini, malah sedikit banyak menaikkan status beliau sebagai pelakon lelaki popular tahun lepas. Drama ini telah memenangi drama terbaik dalam ‘Paeksang TV Drama Awards’ dan lakonan mantap Kim Soo Hyun juga berjaya meraih beberapa anugerah pelakon lelaki terbaik pada tahun lepas. Adakah drama ini akan mengulangi kejayaan yang sama?

                Rooftop Prince antara drama yang disebut-sebut bakal merebut “Best Picture” tahun ini. Berbekalkan konsep “body-swaping” dan “time-traveller” drama yang ringan, dramatik dan menghiburkan, drama ini mengisahkan seorang putera dari zaman joseon yang secara tiba-tiba melompat ke dimensi masa akan datang di mana baginda bertemu dengan “watak” dan “jalan cerita” yang mirip zaman lamanya. Dibantu Park Ha dan tiga pengikut setianya, baginda cuba mengupas misteri  di sebalik kes pembunuhan yang berlaku di zaman joseon yang mana ia berkait satu sama lain, iaitu karma. Rooftop Prince dipuji atas jalan ceritanya mudah dan kemas berbanding keberkesanan lakonan actor-aktornya seperti Park Yoo Chun, Han Ji Min dan lain-lain. Mampukah Rooftop Prince menggondol anugerah yang paling berprestij ini atau sebaliknya?

                Nice Guy boleh dikatakan antara drama terhebat dihasilkan pada tahun lepas. Menggunakan penulis sama yang mengarang cerita A Love To Kill, Thank You, I Am Sorry I Love You dan Will It Snow In Christmas, konsep “balas dendam” yang diterapkan dalam jalan ceritanya tidak banyak berubah daripada cerita-cerita yang disenaraikan di atas. Namun, yang menjadikan drama ini seronok ditonton adalah disebabkan “twist” plot yang dimainkan pengarah menjadikan plot jalan ceritanya sukar dijangka. Ditambah pula dengan lakonan yang sangat berkarisma dan berketerampilan daripada gandingan bersama Song Jong Ki dan Moon Chae Won, sesiapa jua akan terkesima melihat lakonan mampan yang ditunjukkan pasangan kompleks ChaeKi ini. Hasilnya, mereka  masing-masing tersenarai dalam “Critically Acclaimed Best Actor/Actress” seterusnya memberikan saingan yang  agak sengit dan genting dengan beberapa pelakon lain yang tercalon dalam kategori sama. Adakah Nice Guy akan mengukir sejarah sebagai drama pertama memenangi “Best Picture”?



Seo In Guk dan Jun Eun Ji

                Answer Me 1997 tidak kurang juga memberikan hasil yang agak memuaskan kepada penonton. Berkisarkan sepasang remaja muda dari Busan yang bercita-cita untuk menjadi idol. Rentak ceritanya yang agak mudah dan menarik menjadikan drama ini antara yang wajib ditonton pada tahun lepas. Seo In Guk dan Jung Eun Ji mempamerkan sisi lakonan yang agak berkesan di hati penonton walaupun masing-masing masih baru dalam industry K-drama. Oleh yang demikian, pasangan ini telah ditabalkan sebagai “Pasangan Terbaik” / “Couple of The Year” dalam beberapa anugerah TV drama yang dilancarkan pada tahun lepas. Adakah drama ini cukup kuat untuk menandingi tiga drama popular di atas?



Jo Jung Suk dan Lee Yoon Ji

               Selain itu, King 2hearts antara drama yang memberikan saingan terdekat disebabkan keunikan jalan ceritanya yang berkisarkan hubungan klasik Korea Selatan dan Korea Utara. Lee Seung Gi yang menjiwai watak sebagai maharaja Korea bercinta dengan seorang agen dari Negara jiran, Korea Utara yang dibawa pelakon tomboy terkenal, Ha Ji Won. Hubungan mereka dilanda krisis kerana melibatkan hubungan antara dua negara. Tidak lupa pujian diberikan kepada Jo Jung Suk dan Lee Yoon-Ji yang memaparkan lakonan yang sangat berkesan di hati penonton sehingga adegan momen cinta mereka tercalon dalam “Scene of The Year”. Kendatipun begitu, King 2hearts dikritik kerana terlalu “gelap” dan “menjengkelkan” bagi sesetengah babak-babak jahat tetapi masih mengekalkan nilai-nilai patriotik kepada tanah air sendiri.


             Nukilan ini tidak cukup untuk menggambarkan betapa hebat sekali drama-drama yang dicalonkan di atas sehingga membuatkan penulis sukar membuat pilihan yang mana satu patut penulis tegarkan sebagai “DRAMA TERBAIK” pada tahun lepas.  Dari segi cerita, penulis memilih Rooftop Prince & Moon Embrace The Sun. Dari segi lakonan, penulis menyaring Nice Guy manakala dari segi nilai pula, penulis beranggapan King2Hearts patut ditabalkan sebagai pemenang. Anda pula bagaimana? Jika tidak keberatan, silalah balas komen di sini.

            Undian akan ditutup pada hari esok, 11:59pm 31/1/2013. Sila berbuat demikian untuk sesiapa yang belum mengundi. KLIK SINI. Keputusan akan diumumkan dalam masa terdekat.


*Penulis menggunakan nama pena dauswq dan diubahsuai oleh parasitology*

Last edited by dauswq on 31-1-2013 09:21 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2013 09:15 AM | Show all posts
wahhh detail sungguh hihi. great job!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2013 09:22 AM | Show all posts
myfish posted on 31-1-2013 09:15 AM
wahhh detail sungguh hihi. great job!

terima kasih myfish...yg mana satu pula pilihan myfish?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 09:59 AM | Show all posts
dauswq posted on 31-1-2013 09:22 AM
terima kasih myfish...yg mana satu pula pilihan myfish?

aku pilih Moon embraces the sun kot..rooftop prince aku ska cme endng ak tk phm.
k2h lak aku debor2 tgk so ak tk bpe minat. answer me 1997 tk tgk.besh ke citer tu??
nice guy lak aku tak ska ending terburu2 sgt hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2013 08:51 PM | Show all posts
myfish posted on 31-1-2013 09:59 AM
aku pilih Moon embraces the sun kot..rooftop prince aku ska cme endng ak tk phm.
k2h lak aku debo ...



yaaaaa sokong dgn u. byak2 citer korea, rooftop prince palinggg tak paham ending diaa. oh ye citer BIG skali. cmpiusss i
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 03:16 PM | Show all posts
due2 cerita tu (BIG ngan rooftop my fav drama)\
tp yup agreed ending cm hampeh.. xpaham.. nak2 citer BIG tu
rasa nak jumpe je script writer.. awat ending lagu tu

my choice innocent man.. tara...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2013 04:04 PM | Show all posts
chip92 posted on 11-2-2013 08:51 PM
yaaaaa sokong dgn u. byak2 citer korea, rooftop prince palinggg tak paham ending diaa. oh ye c ...

tau tkpe.ku tak phm ending nya. blur2,
kalo moon em sun ni atleast ada ending yg jelas
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 03:46 PM | Show all posts
i've only watched rooftop prince.. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.052513 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list