CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 74297|Reply: 539

Teknik Buang Khadam/Saka (Do It Yourself)

[Copy link]
Post time 5-2-2013 07:57 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum kepada forumer semua.Saya nak kongsikan dengan anda tentang teknik membuang khadam atau saka.Saya tahu ada diantara forumer yang memang arif dalam bab ini.Tujuan saya ialah untuk mendapatkan pendapat forumer tentang perkara ini.Mungkin forumer ada cara yang lain untuk mengatasi masalah ini,sudilah anda kongsikan dan mungkin thread saya ini menjadi rujukan untuk forumer lain yang mempunyai masalah berkaitan saka dan saya berharap,saya atau forumer yang lain dapat membantu mereka yang benar-benar didalam masalah..dengan izin Allah s.w.t saya mulai..

Membuang khadam2 dan penjaga ni bukan perkara mudah iaitu membaca ruqyah atau serapah atau rendam air yasin terus hilang kerana jika khadam itu dari sheikh atau wali di kalangan jin, mereka sangat sinonim dan sudah terbiasa dengan getaran ayat al-quran. Prinsip khadam pada barangan:
a ) Khadam tak semestinya duduk dalam barangan tersebut.
b ) Khadam yang diikat atau di paksa duduk dalam barangan tersebut.
c ) Khadam yang datang menyibuk bila ada barangan mistik yang sudahkosong.
d ) Khadam berupa SAKA yang mendiami barangan

KAEDAH

1) Solat hajat 2 raka'at kerana Allah Taala. Raka'at pertama baca ayat kursi,raka'at kedua baca surah ketiga-tiga ayat 3 qul yakni an-nas, al-falaq dan al-ikhlas. Selesai solat, wirid la ilaha illallah seberapa banyak yang mungkin danakhir sekali baca al-fatihah 21 kali. Kemudia berdoa yakni Doa Pengisytiharan contohnya:"bahawasanya Ya Allah, saya tiada hubungan lagi dengan makhluk ghaib, jin mahupun khadam yang berada bersama saya dan harta benda saya. Hanya kepadamu Ya Allah aku memohon pertolongan dan kepadaMu jua aku kembali."

2) Pengumuman. Ini penting kerana ada setengah kes, pemilik barangan berkhadam sentiasa berubah hati atau sayang khadam. Kalau jenis yang seperti ini, maka kalau nak tolong pun sudah tidak boleh kerana diri sendiri yang berhajat. Cara buat declaration/ pengumuman berikut dengan suara yang jelas:"Saya, mewakili diri saya, ahli keluarga saya, dan nenek moyang saya, ingin membuat pengumuman bahawa, kami memutuskan dan membatalkan segala kontrak dan perjanjian di antara kami dan kamu jin-jin saka dan juga di antarakami dan khadam-khadam ilmu yang diwariskan/diberikan/diijazahkan kepada kami. Janganlah kamu semua menghuni atau mengganggu kami lagi. Sekiranya kamu berbuat begitu, maka kami layak membunuh kamu, dan jika begitu kamu akan mati. Pergilah kamu pulang ke alam kamu dan jika kamu tiada tempat untuk di tuju, pergilah ke penempatan serambi madinah. Di sana kedatangan kamu di alu-alukan. Pergilah kamu. Kami membuang kamu."

3) Kebanyakan kes khadam barangan ini diikat/dipasung pada barang tersebut.Ambil kayu/besi sebatang dan garis-gariskan di barang tersebut sambil membaca surah Al-Fath 1-3,Surah  al-Furqan ayat 23 dan ayat bismillah 5.Niatkan untuk membuka kunci ikatan.

ayat al-Fath 1-3,

Surah al-Furqan 23

dan ayat bismillah 5.


4) Baca ayat surah al-naml ayat 30-31 dan tiup di tapak tangan. Kemudian buat isyarat mengambil sesuatu dari badan/barang dan buang. Sebut Allahu akbar.


5) Kesan-kesan selepas membuat pengumuman ini ialah,
a) Jin/khadam akan keluar dan pergi ke serambi madinah. Atau
b) Mereka akan keluar dan pulang ke alam mereka atau tempat lain. Atau
c) Mereka akan keluar dan mencari waris yang lain untuk dihuni. Atau
d) Mereka mengganggu tuan empunya barang.

6) Sekiranya keadaan (d) berlaku, dapatkan rawatan dari perawat Islam.Kebiasaannya rawatan akan jadi mudah selepas membuat pengumuman.InsyaAllah.Bertawakal dan berusaha, insya Allah pasti berjaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2013 09:09 PM | Show all posts
Selalunya perawat hanya mengetahui bahawa pesakitnya ada menyimpan barangan yang di huni oleh khadam apabila sesi rawatan sedang berlangsung ...
Kekadang dan kebanyakkan pesakit tidak langsung mengetahui bahawa sakit mereka datangnya dari akibat barangan antik mereka yang di simpan untuk tujuan apa pun ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 09:14 PM | Show all posts
Ada juga perawat yang mengambil kesempatan akan ke naifan pesakit dengan mengatakan barangan berharga yang berada di dalam simpanan pesakit mempunyai atau di diami khadam ...
Aku dah skodeng ...
Sehinggakan cincin , rantai dan/atau gelang pemberian suami semasa bernikah dahulu di katakan di huni oleh khadam ..
Maka beliau menasihatkan agar di hapuskan .... maka berpisahlah pesakit dengan pemberian barangan kesayangan ...
Las las , apa yang aku dapatii, barangan tersebut di jual di pajak gadai atau di tukar dengan yang lain ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 10:19 PM | Show all posts
bagus2 ilmu baru....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2013 01:16 AM | Show all posts
rdzaccess posted on 5-2-2013 09:09 PM
Selalunya perawat hanya mengetahui bahawa pesakitnya ada menyimpan barangan yang di huni oleh khadam ...

kadang2 pesakit juga tahu barang itu didiami khadam,mungkin atas permintaannya sendiri..misalnya batu cincin..atau melihat petanda2 seperti gangguan..boleh juga berikhtiar dan berusaha sendiri membuangnya..lebih baik meminta kepada Allah s.w.t daripada khadam2 ni..nak minta khadam ni kemas rumah pun boleh macam kat bawah ni


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2013 01:19 AM | Show all posts
rdzaccess posted on 5-2-2013 09:14 PM
Ada juga perawat yang mengambil kesempatan akan ke naifan pesakit dengan mengatakan barangan berharg ...

Berhati-hatilah kita dengan penipuan bomoh khurafat lagi durjana ini..tau na duit je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2013 01:26 AM | Show all posts
erkkk....mcm mn nak tau lau benda2 ni dr keturunan kit????
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 10:07 AM | Show all posts
rdzaccess posted on 5-2-2013 09:09 PM
Selalunya perawat hanya mengetahui bahawa pesakitnya ada menyimpan barangan yang di huni oleh khadam ...

eh, betui laaaaa.........arwah makcik (meninggal last year) dia ada simpan Grandfather's clock, jam yg besaq gedabaq tu, diestimatekan berusia ratusan tahun,dia beli kat org kaya dedolu di Terengganu...tengok jam tu pun kita rasa nak bukak langkah seribu!! sekali bunyi, mak aiii, bergegaq satu rumah....bukan saja saka, mungkin segala tok nenek dok situ, sampai bila nak ubah saja, akan jadi mcm mcm, kena tindih la, bunyi sora pompan menjeritlah, org berak keliling rumah la....last skali, pakcik disable kan bunyi dia, tutup dia dgn kain putih....tapi sesekali, kena kacau la jugak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2013 11:05 AM | Show all posts
mamaezah posted on 6-2-2013 10:07 AM
eh, betui laaaaa.........arwah makcik (meninggal last year) dia ada simpan Grandfather's clock, ja ...

horornyer..susah2 bako jer..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 11:13 AM | Show all posts
asher posted on 6-2-2013 11:05 AM
horornyer..susah2 bako jer..

mcm mana nak bakaq...? ubah pun dah riuh sedunia.....dah penah suggest suh bakaq, pakcik perli balik, hang kalau boleh angkat bok keluaq di luaq tu, aku bagi rm1000 kat hang!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 11:46 AM | Show all posts
mamaezah posted on 6-2-2013 11:13 AM
mcm mana nak bakaq...? ubah pun dah riuh sedunia.....dah penah suggest suh bakaq, pakcik perli bal ...

susah juger ye macam tu..nak alih pon xleh..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 12:12 PM | Show all posts
asher posted on 6-2-2013 11:46 AM
susah juger ye macam tu..nak alih pon xleh..

terkini kan, mama dengaq cerita, pakcik nak cuba kopak sekeping sekeping, sengaja nak bagi lingkup jam tu. dah la menyeramkan, dia makan space sebab jam tu memang besaq, kalo nak angkat mau dekat 5,6 lelaki kena angkat. penah satu taiko cina mai tengok, dia jatuh cintan habih dgn jam tu, siap amik gambaq nak tunjuk kat wife dia, dok esok tu dia call, dia tak jadi ...dia habaq lepas dia tengok, malam tu dia mimpi kaki berbulu jijak dada dia, ckp dalam bahasa mandarin, hang kalau amik jam tu, terkoyak dada hang, aku buat!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 12:46 PM | Show all posts
pandai cakap cine jin nye...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 12:59 PM | Show all posts
Adiya posted on 6-2-2013 12:46 PM
pandai cakap cine jin nye...

lawaknye jin tu ikut sapa yang kacau dia, maybe kalau org perancis rasanye boleh tak jin tu cakap perancis......................
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 02:11 PM | Show all posts
ape tanda2 yang kita ada khadam or saka?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 03:44 PM | Show all posts
Wah..menarik nih... tp kalo x tau mana2 brg yg nk di declairkan / nk diputuskan ikatannye tu, cemana nk buat tt? teringin nk coba nih...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2013 08:40 PM | Show all posts
yayah8989 posted on 6-2-2013 02:11 PM
ape tanda2 yang kita ada khadam or saka?

1.Sukar untuk mendapatkan anak,kadang-kadang tak dapat anak langsung,kadang-kadang jugak,nak bersetubuh suami isteri pon payah

2.Banyak berlaku perkara pelik dalam hidup.Contohnya mana-mana kita pergi kita akan nampak orang tua terbongkok-bongkok ,ataupun perempuan,ataupun apa-apa benda yang pelik melintas,ataupun berjalan,eh tak kesahlah dia buat apapon,janji kita ternampak.Kenapa kita asyik alami perkara begini?sebab itulah khadam kita,dia nak tunjuk dekat kita yang dia ikut kita mana je kita pergi.

3.Orang yang tak suka bergaul dan hidup bermasyarakat.

4.Sangat sensitif

5.Orang itu akan mengetahui perkara yang orang lain tak tahu.contohnya dia tahu dekat belakang  rumah kita ada harta karun,bila kita check,memang ada.

6.cucu suka menangis,atau budak yang kecil lagi tapi nakal,perangai buruk,ganas.Biasanya keturunan yang ada saka atau jin,anak cucunya akan bermasalah.

7. kehidupan yang tak tenteram.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2013 08:44 PM | Show all posts
ThousandSwords posted on 6-2-2013 03:44 PM
Wah..menarik nih... tp kalo x tau mana2 brg yg nk di declairkan / nk diputuskan ikatannye tu, cemana ...

Saka hanya akan diwarisi jika kita terima barang yang menjadi tempat saka itu duduk sahaja. Barang-barang lain tidak ada masalah.

Antara tanda-tandanya:
1. Kita terasa macam ada suara jelas ataupun suara hati yang berbisik-bisik kepada kita, mendorongkan kita berbuat sesuatu ataupun mengelakkan kita daripada berbuat sesuatu.
2. Tiba-tiba kita cekap mengurut, ataupun mengubat orang, ataupun bersilat dan seumpamanya.
3. Sering mimpi yang menakutkan.
4. Sering mimpi berjumpa datuk nenek ataupun ibu bapa kita yang mewariskan saka itu lalu memberikan apa-apa panduan ataupun maklumat. Sebenarnya itu ialah si saka yang menyamar dalam bentuk mereka.
5. Kita kerasukan beberapa kali sedangkan sebelum ini tidak pernah berlaku.

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 10:35 PM | Show all posts
rdzaccess posted on 5-2-2013 09:09 PM
Selalunya perawat hanya mengetahui bahawa pesakitnya ada menyimpan barangan yang di huni oleh khadam ...

kalau orang yang berurusan dengan barang2 mistik ni (jadi orang tengah contohnya) tapi tak pernah memiliki barang mistik yang ada khadam...ada potensi benda tu menghuni dalam badan dia tak? atau kena tempias apa2??

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 11:29 PM | Show all posts
Keadaannya begini ...
orang yang berurusan sebagai orang tengah selalunya mereka ni umpama carrier ... di tumpang ringan ringan ... dan selalunya mereka ini di lindungi oleh makhluk yang menumpang itu agar segala perkerjaan kurafat tiada halangannya ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.098451 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list