CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7175|Reply: 16

[b]Gilakan `tseuke-yaeba' [/b]

[Copy link]
Post time 7-2-2013 05:32 PM | Show all posts |Read mode
Tak tau samada boleh masukkan dalam ruangan ni atau tidak. Ini untuk pengetahuan sahaja tentang wanita Jepun yang sanggup buat apa saja untuk cantik. Gila berlapis ala drakula pun cantik kaedahnya.....macam-macam.

Gilakan `tseuke-yaeba'

`Keunikan' pemikiran masyarakat Jepun memang tidak dapat disangkal dan antara yang terbaru berkaitan konsep kecantikan membabitkan susunan gigi. Lelaki Jepun memandang wanita yang mempunyai susunan gigi berlapis sebagai comel dan lebih menarik berbanding golongan yang memiliki barisan gigi sempurna.

Ketika wanita lain di seluruh dunia mengimpikan untuk memiliki gigi yang teratur cantik sehingga sanggup membelanjakan ribuan ringgit menjalani rawatan pergigian, malah ada yang rela memakai pendakap gigi selama 18 hingga 24 bulan, wanita Jepun pula dengan senang hati mengeluarkan wang sebanyak RM1,200 untuk tujuan sebaliknya.

Gaya susunan gigi berlapis dan bertaring dipanggil `tseuke-yaeba' mula menjadi ikutan wanita muda di Jepun pada 2011 khususnya dengan kemunculan kumpulan penyanyi remaja perempuan, TYB48 atau Tseuke-Yaeba 48, yang ditubuhkan oleh Taro Masuoka - doktor gigi yang menjadi perintis kepada prosedur `menghuru-harakan' susunan gigi.

"Kebanyakan pesakit saya ialah pengikut fesyen semasa, sangat mementingkan penampilan dan comel. Jadi saya mahu ambil kesempatan daripada peluang ini dengan menubuhkan TYB48," katanya kepada akhbar dalam talian, Japan Today.

Album pertama kumpulan itu dengan tajuk Mind If I Bite (Boleh Saya Gigit) dilancarkan April tahun lalu dan anehnya, penampilan tiga gadis berusia 18 tahun - Nana, Mio dan Rika - dengan gigi ala drakula mencetuskan satu fenomena. Bagaimanapun, kemasyhuran TYB48 masih jauh di belakang jika dibandingkan dengan kumpulan penyanyi perempuan pertama di Jepun yang mempunyai gigi berlapis.

Susunan gigi Tomomi Itano daripada kumpulan idol Jepun, AKB48, yang berlapis juga menyumbang kepada kegilaan baru ini apabila ramai wanita Jepun berpusu ke klinik gigi supaya gigi taring palsu yang lebih panjang boleh digamkan pada gigi mereka.

Taro menawarkan diskaun 50 peratus untuk pelajar sekolah menengah yang mahukan tsuke-yaeba dengan syarat mereka perlu membawa kad pelajar. Bagaimanapun, dia mengakui ada juga wanita yang datang kembali ke kliniknya untuk menanggalkan gigi taring palsu dan atas sebab ini, dia turut menawarkan tsuke-yaeba boleh tanggal pada harga sama.

Namun, bagi doktor gigi lain, susunan gigi berlapis sesuatu yang tidak diingini. Bagi Taro pula, ia lambang kecantikan. Dia mendakwa, gigi berlapis (dengan adanya gigi taring yang menonjol), memberikan pesakitnya `kecantikan remaja nakal' - yang dianggap boleh menarik perhatian lelaki dan menimbulkan rasa sayang apabila melihatnya. Prosedur ini - yang boleh memberi kesan sementara atau kekal - membabitkan penambahan satu lapisan untuk memanjangkan gigi taring.

Roland Kelts, penulis buku Japan Amerika, mengemukakan satu teori - keadaan gigi yang tidak tersusun ini mempunyai kaitan dengan psikologi. Katanya, kecantikan gadis biasa sangat popular di Jepun dan lelaki Jepun mungkin berasa rendah diri terutama pada saat ini di mana ekonomi negara itu tidak berkembang dan semakin ramai wanita mengambil alih tugas lelaki (bekerja dan berjawatan).

"Kadar perkahwinan dan kelahiran di Jepun sangat rendah. Barisan gigi yang sempurna dianggap menakutkan apabila peranan anda dalam masyarakat mula terjejas," katanya.

Dengan perubahan peranan dan bertambahnya bilangan wanita berkerjaya, adakah kegilaan mempunyai gigi berlapis ini akan menular ke negara lain termasuk Amerika Syarikat?

Pakar ortodontik di New York, Dr Jacqueline Fulop Goodling, yakin kegilaan berkenaan tidak akan menyerap masuk ke negara itu. Ini kerana Amerika Syarikat (AS) membelanjakan berpuluh bilion ringgit untuk mendidik rakyatnya mengenai kepentingan menjaga kebersihan mulut. Walaupun mereka mementingkan susunan gigi yang cantik, apa yang lebih ditekankan ialah menjaga supaya ia sentiasa bersih dan sihat.

Doktor gigi dari Manhattan, Dr Michael Sinkin juga bersetuju perbezaan budaya itu tidak akan mempengaruhi pemikiran masyarakat di negara lain.

"Apabila seseorang mendapatkan rawatan pergigian atas tujuan kosmetik, ada orang mahukan gigi yang sempurna. Sesetengahnya mahukan susunan gigi yang biasa atau semula jadi. Ini semua perbezaan budaya. Ia umpama lambang fesyen. Saya pernah menerima pesakit berbangsa Jepun yang tidak puas hati dengan rawatan yang diterimanya kerana dia merasakan giginya kelihatan seperti gigi rakyat Amerika terlalu sempurna," katanya.

Menurut doktor gigi kosmetik, Dr Joseph Banker, risiko melakukan prosedur untuk mendapatkan gigi berlapis tidak setimpal dengan manfaat yang diterima. Walaupun prosedur itu kelihatan tidak berbahaya, gigi yang berada di lapisan bawah boleh terjejas.

Selain itu, pertambahan ukuran (panjang) boleh memberikan tekanan dan meningkatkan risiko keretakan gigi. Malah, membuat pengubahsuaian pada gigi taring boleh menyebabkan masalah rahang, pereputan gigi dan pengumpulan bakteria, katanya.

Di AS, prosedur pergigian kosmetik dijalankan untuk mendapatkan susunan gigi yang simetri, putih dan cantik, yang boleh membuatkan senyuman seseorang nampak lebih menarik.

Berdasarkan kajian penyelidik Universiti Texas pada 2012, sebanyak 40 peratus penduduk yang ditemubual mengatakan mereka tidak mahu keluar temujanji dengan orang yang mempunyai susunan gigi berlapis dan 73 peratus berpendapat, individu dengan gigi tersusun boleh dipercayai.

Satu lagi kegilaan di Jepun ialah semakin ramai lelaki pertengahan umur yang gemar memakai pakaian wanita. Keadaan ini lebih ketara di tempat ramai orang seperti Stesen Shinjuku - antara kawasan paling sibuk di Tokyo dan menmenjadi destinasi popular untuk golongan yang mahu `mempamerkan' dan mendapat perhatian khalayak.

Sesetengahnya berjalan tanpa mekap, ada yang memakai bikini dan selipar pada musim panas. Walaupun kehadiran golongan begini bukanlah sesuatu yang menghairankan, apa yang membuatkan penduduk Jepun mula membuka mata ialah peningkatan jumlahnya.

Biasanya lelaki yang berpakaian wanita akan mengenakan mekap supaya mereka kelihatan benar-benar seperti wanita. Tetapi kini ramai lelaki pertengahan umur yang memakai pakaian wanita, tetapi tidak bermekap pada waktu siang.

Pemakaian mekap yang membuatkan seseorang lelaki kelihatan seperti wanita sebenarnya bertujuan untuk melindungi hobi mereka kerana bimbang diasingkan oleh masyarakat. Namun, kini dengan bertambahnya golongan seperti ini, tambahan pula ada galakan sesama sendiri menerusi Internet, semakin ramai yang berani mendedahkan identiti diri.


Alamak....tak leh nak masukkan gambar la....
Di petik dari paper Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2013 08:42 PM | Show all posts
japanese ni pesen trendsetter...

pd org pelik pd diaorg something sexy,cun,lawa,gorgeous..

x hairan lah tu..hehehe

tp gigi berlapis mmg cantik pun,manis bila tersenyum kata org..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 09:01 PM | Show all posts
Kalau gigi tu semulajadi mcm tu ok lagi..ni Ada jugak yg g jumpa dentist semata2 nk psg gigi taring palsu
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 10:43 PM | Show all posts
Orang yipun ni mcm2 la....bila lak diaorg nak buat trend or statement, muka berjerawat or berjeragat itu cantik. Ermm x semua yg sempurna itu cantik rupanya.  
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 11:11 PM | Show all posts
Rasanya dah ada thread ni dlm CI....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 11:08 AM | Show all posts
suka tgok org gigi cam drakula. hahaha
tapi nk buat2 ni mcm serem pulak
haihh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2013 11:39 AM | Show all posts
mana gambo. nak tengok sikit? lawa beno ke???
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 10:17 AM | Show all posts
jazzputih posted on 14-2-2013 12:39 PM
mana gambo. nak tengok sikit? lawa beno ke???


nah gambau....








pelik2 la dorg nih.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2013 02:07 PM | Show all posts
gigi taring ai origial la. cute sikit dari version pontianak
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 11:51 PM | Show all posts
Tak lawa...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 03:04 PM | Show all posts
Serious? I dulu gigih pakai braces nak kasi cantik gigi. Menangis2 sakit,tak lalu makan sampai kurus.tension tengok org makan chewing gum,makan  apple buleh gigit je sebiji takyah potomg kecik.  Lawak aa trend masa kini
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 05:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 05:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 05:36 PM | Show all posts
Last edited by kirana_22 on 26-8-2013 05:37 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 05:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 05:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2013 10:08 AM | Show all posts
laaa dlu gigi aku berlapis2 n ade taring mcm drakula
tp skrg dh ok lps pakai braces
kalo aku tau jd trend xde nk tarik gigi taring ke bwh...biar je kt atas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.079914 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list