CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5590|Reply: 60

[Tempatan] Mesyuarat "kalau mazlan terlepas masuk, kita buat huru-hara'

[Copy link]
Post time 8-2-2013 05:24 PM | Show all posts |Read mode
'Kalau Mazlan terlepas masuk, kita buat huru-hara’       
                                Harakahdaily,               
                08 Feb 2013       
KUALA LUMPUR: Satu rakaman video menunjukkan mesyuarat membincangkan perancangan untuk menghalang ceramah Anak di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 4 Februari lalu tersebar di internet.

Rakaman sepanjang 15 minit itu dimuat naik ke Youtube sejak semalam dengan tajuk "Perancangan jahat Umno untuk serang ceramah ANAK
".

Rakaman itu antara lain memaparkan sekumpulan orang mendengar penerangan dari pengerusi mesyuarat yang dipercayai Pengerusi Felda Sungai Tengi, berhubung tindakan untuk menghalang rombongan Presiden Anak, Mazlan Aliman.

Antara lain, pengerusi mesyuarat tersebut menyebut, "Jika Mazlan terlepas masuk, kita ikut arahan polis supaya kita buat huru-hara".

Beliau turut menyebut arahan tersebut adalah dari pegawai polis daerah Kuala Kubu Baru.

Bagaimanapun kata pengerusi mesyuarat tersebut, sebolehnya jangan berlaku pergaduhan.

Dalam pada itu maklumat yang turut dinyatakan di Youtube itu mendakwa antara yang terlibat dalam sekatan tersebut termasuk pengurusan Felda Sungai Tengi, peneroka, Perkasa dan beberapa lagi NGO dari luar yang turut diminta membantu mereka.

Sementara itu, Mazlan dalam komen ringkasnya di Facebook berkata, rakaman mesyuarat tersebut akan diserahkan kepada peguam untuk tindakan lanjut.

"Motif menghalang saya dan Anak hanya semata-mata Anak kononnya pertubuhan haram.

"Terima kasih kepada indiividu yang merakam dan share dlm laman sosial spt ini," tulisnya.

Lihat http://www.youtube.com/watch?v=8Yj76vCYBzA&feature=share


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2013 05:31 PM | Show all posts
rancangan berjaya... yeeehaaa...

Presiden Anak ‘diserang’ di Felda Sungai Tengi
Muda Mohd. Noor
| February 5, 2013

PETALING JAYA: Persiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, beliau `diserang’ oleh kumpulan yang didalangi Umno ketika baru hendak memulakan ucapan di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor malam tadi.

“Samseng-samseng berkenaan membaling botol air, kerusi, kun dan objek lain. Mereka juga menumbuk dan menendang unit amal PAS.

“Suasana tegang berlaku di Felda Sungai Tengi malam tadi. Samseng Umno kacau ceramah. Saya baru beri salam, tiba-tiba hampir 100 orang yang dimaklumkan kebanyakkannya orang luar cuba menyerbu masuk membuat kecoh.

“Mereka baling botol air, kerusi dan menjerit-jerit supaya saya keluar dari tapak ceramah. Alhamdulillah, petugas keselamatan dan Unit Amal dapat mengawal suasana dengan baik,” kata aktivis peneroka Felda itu ketika dihubungi hari ini.

“Oleh kerana, samseng-samseng tidak mahu beredar dan bimbang keselamatan hadirin, ceramah di batalkan.”

Mazlan berkata, sebagai warganegara Malaysia, apa hak mereka tidak benarkan saya berucap.

“Menjerit-jerit memaki hamun dan desak saya meninggalkan majlis,” katanya lagi.

`Apa hak mereka’

Beliau juga memberitahu, bahawa laporan polis telah dibuat oleh YDP PAS Kawasan Hulu Selangor.

Mengulas lanjut mengenai insiden tersebut, Mazlan berkata, kumpulan berkenaan sejak 2 petang lagi membuat sekatan untuk menghalang beliau masuk kawasan berkenaan.

“Apa hak dan kuasa mereka, mereka bukan polis. Program ini mendapat kebenaran polis.

“Tetapi saya diberitahu oleh penduduk setempat, sebahagian besar orang luar dan saya yakin mereka diupah untuk buat kekacauan dengan alasan saya menghuruharakan masyarakat Felda.

“Ketika di atas pentas, saya  terdengar mereka berkata, orang lain boleh masuk tetapi kami mahu Mazlan keluar (dari Felda).
“Mereka kata saya bawa fitnah,” tambahnya lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2013 05:32 PM | Show all posts
'Baju hitam' cetus provokasi di Felda Sg Tengi, halang majlis Anak
Wartawan Sinar Harian
5 Februari 2013

KUALA KUBU BHARU - Tindakan provokasi sekumpulan orang 'berbaju hitam' yang membaling kerusi dan botol air ke arah hadirin pada program Jamuan Rakyat dan Penerangan di Felda Sungai Tengi dekat di sini, malam tadi mencetuskan kekecohan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Sungai Tengi, Selamat Rakio berkata, kekecohan tercetus apabila kumpulan terbabit cuba menghalang Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman daripada meneruskan ucapan sambil mendesak beliau segera balik.

"Kumpulan berbaju hitam itu merempuh kubu keselamatan yang bertugas untuk program itu.

"Mereka bertindak ganas dengan melontar beberapa kerusi dan botol kepada pengunjung sambil menjerit mahukan Mazlan Aliman berhenti berucap. Beberapa petugas juga telah dipukul," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di sini, hari ini.

Tiga laporan polis dibuat termasuk daripada Yang Dipertua Pas Kawasan Hulu Selangor, Muhamad Idris Ahmad dan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Selangor, Mohd Nizam Mat Rahim.

Selamat berkata, situasi kecoh itu berlarutan lebih kurang 30 minit dan pihak penganjur terpaksa menghentikan program itu lebih awal bagi mengelak keadaan tidak diingini.

Beliau turut menyatakan kekesalannya terhadap pihak berkuasa kerana didakwa hanya memerhatikan situasi itu tanpa mengambil tindakan untuk menyuraikan keadaan sedangkan laporan polis pertama telah dibuat lebih awal kerana bimbang tercetus insiden buruk.

Katanya, ketika menunggu kehadiran Mazlan, sekumpulan sukarelawan sebuah pertubuhan yang berbaju hitam dengan logo 1Malaysia telah bertindak menyekat jalan masuk ke Sungai Tengi.

"Mereka menyekat setiap kenderaan, mengugut untuk menterbalikkan kereta dan juga meminta bonet belakang kereta dibuka untuk diperiksa," katanya.

Katanya, turut bersama dalam sekatan itu anggota polis dan Polis Bantuan Felda.

Beliau berkata, hasrat penganjur hanyalah untuk mengadakan jamuan bersama rakyat dan penerangan, namun insiden provokasi itu telah mencetuskan keadaan tidak diingini.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 05:35 PM | Show all posts
Sori..

Aku anti kepada penyokong parti politik yg menganjurkan politik ganaz dan tidak bertamadun..

p/s: Berani dgn sesama kaum.. Stupid! Dgn Cina dan India penakut!
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 05:40 PM | Show all posts
Felda = petani ladang negara Korea Utara
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 05:40 PM | Show all posts
perangai setan la tu... ntah ntah AN dalam CI nie pun turut join sama pakai baju itam dak xD
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2013 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Siap cakap Kita ikut arahan polis buat Huru hara kalu mazlan masuk...setan punyer polis yg buat arahan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 05:45 PM | Show all posts
Umno laknatullah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2013 05:48 PM | Show all posts
Mungkin samseng Umno puashati berjaya menyekat ceramah. Itulah yg dilakukan puak Abu Jahal dan sekutu2nya di zaman Nabi SAW. Namun, adakah mereka boleh menyekat rakyat dari menyokong PAS dan PR?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 05:52 PM | Show all posts
takut dengan bayang-bayang sendiri...biar pilah diorang nak bagi penerangan...Allah berikan akal tu gunakanlah tuk berfikir samada perkara-perkara yang diberitahu tu betul atau tidak pastu ikut sukalah samada nak terima atau tidak
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 05:53 PM | Show all posts
jgn PEKIDA terlibat sama dah la....kok sama naik gak mmg bukan ank jantan la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2013 05:54 PM | Show all posts
kita patut ucap tahniah sebab keputusan mesyuarat telah dpt dilaksanakan dgn jayanya..

tahniah umno, tahniah felda, tahniah perkasa

tahniah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2013 05:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 05:59 PM | Show all posts
inilah demokrasi cara BN
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 06:01 PM | Show all posts


Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara
Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
“Bersatu, Bersetia, Berkhidmat”
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2013 06:04 PM | Show all posts


cuba tengok minit ke 8.23 bila sorang facebooker tanya `apa motif peneroka menolak kehadiran ANAK yg diketuai oleh Mazlan Aliman ke sini..."

pengerusi tu jawab macam tak konfiden dan takda point jer... Last edited by petola on 8-2-2013 06:07 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2013 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
petola posted on 8-2-2013 05:54 PM
kita patut ucap tahniah sebab keputusan mesyuarat telah dpt dilaksanakan dgn jayanya..

tahniah um ...

Tahniah perancangan berjalan seperti dirancang.... kita berjaya....yeyy...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 06:38 PM | Show all posts
zaman youtube...semua muslihat dirakam dan disebar
kantoi
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 07:42 PM | Show all posts
Sbnrnya tindakan akan sbb rakyat bertambah benci kat BN
Khususnya UMNO...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 07:52 PM | Show all posts
calling for AN  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.141406 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list