CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7723|Reply: 42

kekecohan di Johor Bahru, orang berebut bantuan BR1M

[Copy link]
Post time 10-2-2013 10:46 PM | Show all posts |Read mode


Anggota keselamatan membantu seorang warga emas yang nyaris pengsan ketika beratur semasa majlis penyampaian BR1M 2.0 bagi Parlimen Johor Bahru di Johor Bahru, semalam. -


JOHOR BAHRU 7 Feb. - Kaunter penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bagi Parlimen Johor Bahru di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini, kecoh seketika apabila diserbu oleh kira-kira 20,000 orang yang menjadi penerima fasa pertama bantuan berkenaan.


Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, kekecohan bermula pukul 10 pagi apabila 6,000 penerima enggan mengikut arahan beratur oleh pihak urus setia, sebaliknya terus menyerbu 10 kaunter yang disediakan di dalam stadium itu.
Bagaimanapun, kekecohan sejam itu terkawal apabila pasukan keselamatan, termasuk anggota polis bantuan dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) berjaya mengawal keadaan.


"Pada fasa pertama ini, sebanyak 19,248 penerima dari Parlimen Johor Bahru menerima bantuan RM500 seorang dengan peruntukan hampir RM10 juta, membabitkan pemberian kepada warga emas, mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 dan orang kurang upaya (OKU).


"Pemberian ini dilakukan secara berperingkat-peringkat dan kepada yang masih belum menerima, kita akan serahkan selepas sambutan Tahun Baharu Cina," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Seorang penerima, Noraswani Omar, 28, bersyukur kerana bantuan tersebut mampu meringankan beban keluarganya untuk membeli barangan keperluan harian.


"Suami saya, Ariffin Abdullah, 32, hanya bekerja sebagai kelindan lori dengan gaji RM1,200. Dengan pendapatan sebanyak itu dan menyara tiga anak, kami memang sering mengalami kesempitan hidup dan terima kasih kepada kerajaan yang prihatin dan sentiasa membantu rakyat," katanya.
Kegembiraan itu turut dikongsi Wong Wan Hong, 68, dari Taman Pelangi yang menganggap bantuan tersebut sebagai angpau Tahun Baharu Cina yang menjelang beberapa hari lagi.



"Wang ini saya guna untuk belanja sambut Tahun Baharu Cina ini. Harap kerajaan terus bantu kita orang yang susah," katanya.
Seorang pemandu lori, M. Manokharan, 53, yang bergaji RM2,000 sebulan menyifatkan bantuan RM500 yang diberi kerajaan sebagai bulan jatuh ke riba.


"Wang itu saya akan guna untuk beli barangan keperluan dapur dan hari ini kami akan beli lauk sedap daripada biasa. Secara jujur saya katakan kerajaan Barisan Nasional (BN) cukup prihatin terhadap orang seperti kami yang berpendapatan rendah," katanya.
Bantuan yang cukup bermakna ini turut dinikmati dua OKU iaitu Ramli Abu Talib, 60, dan Syukur Haron, 65, yang menyifatkan kerajaan BN tidak ada tolok bandingnya dengan kerajaan-kerajaan lain di dunia.
Ramli yang bekerja sebagai tukang urut tradisional dan mempunyai dua anak berkata, ini merupakan kali kedua dia menerima bantuan tersebut selepas diberikan pada tahun lalu.



"Saya akan sokong BN kerana kerajaan ini cukup bagus dan prihatin dengan nasib rakyat terutama orang macam saya, tak ada guna kita sokong pembangkang, habuk pun tak ada," katanya.
Syukur yang tinggal di Perumahan Rakyat Iskandar berkata, wang itu akan digunakan untuk membayar sewa rumah RM124 sebulan yang tertunggak hampir tiga bulan.
"Apa pun saya bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memahami keperluan orang susah seperti kami," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2013 10:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2013 11:44 PM | Show all posts
kalau gomen bank in terus kan senang
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 07:12 AM | Show all posts
matpiah posted on 10-2-2013 10:49 PM

fakta yg tak dapat dinafikan cai umno
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 10:26 AM | Show all posts
Ghani perlu jawab 'Melayu Johor paling miskin'

Harakahdaily,       
17 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Johor mendesak Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman memberi penjelasan berhubung dakwaan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas yang menyifatkan Melayu Johor paling miskin di Malaysia.

"Saya mendesak sekali lagi agar Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman agar menjawab kenyataan yang dilemparkan dengan kadar segera agar rakyat Johor khususnya Orang Melayu di negeri ini dapat mengetahui hakikat sebenar perkara ini," kata ketuanya  Suhaizan Kaiat.

Menurut Suhaizan, dakwaan Syed Ali itu  sesuatu yang amat berat dan perlu dicermati secara serius oleh pihak kerajaan negeri pimpinan Abdul Ghani.

"Kenyataan Datuk Syed yang turut membandingkan Melayu Kelantan 'lebih kaya' berbanding Melayu Johor juga merupakan suatu tamparan hebat dan menjatuhkan kredibiliti Kerajaan Negeri Johor yang diterajui Umno yang selama ini mendabik dada mendakwa diri mereka sebagai 'hero pejuang Melayu'," katanya lagi.

Selain itu juga kata Suhaizan, pelaburan dalam projek Iskandar Malaysia yang telahpun melepasi sasaran RM100 bilion seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri baru-baru ini juga menimbulkan tanda tanya.

Apa yang dipersoalkan katanya apakah ianya mampu memberikan pulangan yang bermanfaat dan keuntungan kepada rakyat negeri Johor khususnya, sehingga dakwaan 'Melayu Johor termiskin' ini berlaku.

http://bm.harakahdaily.net/index ... johor-paling-miskin

JAWABLAH WAHAI  PENYOKONG UMNO
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 11:59 AM | Show all posts
takde sivik langsung...beraturlar...budak2 sekolah pandai lak korang suh beratur kan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2013 11:18 PM | Show all posts
apa lagi yg ada pada melayu johor ?
hidup makin susah....tanah dijual kepada rakyat singapore
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 01:46 AM | Show all posts
lain kali takyah bagi apa2 bantuan. orang dah bagi tak bersyukur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2013 01:55 AM | Show all posts
aufa posted on 12-2-2013 11:18 PM
apa lagi yg ada pada melayu johor ?
hidup makin susah....tanah dijual kepada rakyat singapore

apa yang dia cakap tu betul,i asal orang johor,boleh nampak beza taraf hidup yang ketara sekali,kalau melayu duduk rumah murah tulah kawasan melayu,kalau cina rumah sederhana dengan bunglo,and my parents house dkt kwsn teres,and bila calculate ada tiga org melayu kat kwsn rumah sederhana bunglo is zero for melayu at my place(taman) from around 50 house rumah kos sederhana,melayu semua just tinggal kat rumah kawasan murah yang sebelahnya loji kumbahan najis,in fact sultan johor kena buat sesuatu to stop this,and dulu i kat sekolah takde org melayu nak kawan dgn i sebab i tinggal kat kwsn sederhana,yg cina pulak okie dgn i,pemikiran org melayu johor pun yang tinggal kat sana pun berjurang jugaklah disebabkan taraf hidup ni,kalau tak taraf rumah atau panggil satu ekonomi tak nak kawan,just disebabkan not stay in same comprami dgn diorang its hard to friends with them,and for my auntie yang baru pindah katkampung tu,anak dia pun ada problem same,and kena buli teruk sampai cikgu sekolah pun percaya ckp murid-murid yang close minded tak boleh terima org tak same dgn dia,and the young chinese kat sana kalau u tak same kwsn dgn diorang and kalau u melayu yang kat kwsn rumah murah u boleh nampak sombongnya,atau hina pandangan melayu pada diorang,this is my opinion from wat i view and wat i feel,if somebody get hurt from wat i said im sory,sebab kalau boleh i nak jgk jurang ni stop
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 11:10 AM | Show all posts
loll... malunye tgok org berebut camni..\haihh... sabor la kalo ye pon
x lari pon duit tu kan.. adedehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 02:18 PM | Show all posts
kalo bank in nnt cakap bagi kat kroni bank pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu lah tanda... Kalau tau baca ekonomi.... Petanda buruk namanya

Jawapan 'bersyuku'r tu .... Tahap orang kurang pikir...!!! Low mentality....  

Jawapan sebenar ... Tanda ekonomi sudah susah nak dibendung... 'Jurang' nie maksudnya ekonomi gagal dimanfaatkan untuk  kebanyakan rakyat....

Nampak secara kasar macam tak ada apa2... Tetapi apabila ada BR1M macam nie...sebenarnya menampakkan dengan jelas bahawa ekonomi Malaysia reput dan menyerlahkan lagi ketidakcekapan pemimpin Malaysia....

JUARA RAKYAT (?) Sebenarnya menampakkan tembelang,busung serta pekung sendiri...

Bantuan segera macam nie tidak menyelesaikan masaalah jangka panjang....  

Hehehe...hiduplah dibawah belenggu BN/UMNO.... Bodoh sokmo....

Ps... Tetapi yang pandai tu tetap rembat bantuan BR1M nie...pangkah tetap pangkah  PR...hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 09:10 PM | Show all posts
Aku ingat Melayu Penang yg dipinggirkan. Rupo2nya  Melayu Johor dipinggirkan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 09:48 PM | Show all posts
fcoy posted on 13-2-2013 04:49 PM

Bantuan segera macam nie tidak menyelesaikan masaalah jangka panjang....  

Hehehe...hiduplah dibawah belenggu BN/UMNO.... Bodoh sokmo....

Ps... Tetapi yang pandai tu tetap rembat bantuan BR1M nie...pangkah tetap pangkah  PR...hehehe...

Sekurang-kurangnya, rakyat Malaysia yg berpendapatan rendah dapat bonus setiap tahun hasil dari pendapatan negara.
Jika Pendapatan Negara semakin meningkat, tentu jumlah pun BR1M turut meningkat.

pangkah PR, jika PR menang, belum tentu dapat BR1M, tapi kalau dapat BR1M pun dari PR..
Tetapi yang pandai tu tetap rembat bantuan BR1M nie....pangkah tetap pangkah BN..hehehe...
Last edited by rashiman on 13-2-2013 09:52 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 11:22 PM | Show all posts
rashiman posted on 13-2-2013 09:48 PM
Sekurang-kurangnya, rakyat Malaysia yg berpendapatan rendah dapat bonus setiap tahun hasil dari pe ...

kalu xde pembgkg yg kuat skang xdenye ada istilah brim tuh..yg mulakan pn dr penang pemberian 100 kpd senior citizen..pastu jd la spt skrg.soklan ko brim akan diteruskan masa pr memerintah nti..haha ape nye soklan da..hanya mampu tersenyum
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 11:33 PM | Show all posts
roy3 posted on 13-2-2013 11:22 PM
kalu xde pembgkg yg kuat skang xdenye ada istilah brim tuh..yg mulakan pn dr penang pemberian 100  ...

mungkin tak diteruskan , sebab BR1M macam beri gula-gula kpd rakyat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2013 11:42 PM | Show all posts
rashiman posted on 13-2-2013 11:33 PM
mungkin tak diteruskan , sebab BR1M macam beri gula-gula kpd rakyat.

tau pn..da dekat pilihanraya baru mau kasi..kalu x cuma bg bajet rosmah..spenda murah
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 11:45 PM | Show all posts
roy3 posted on 13-2-2013 11:42 PM
tau pn..da dekat pilihanraya baru mau kasi..kalu x cuma bg bajet rosmah..spenda murah

tapi jika BN memerintah, BR1M diteruskan walaupun selepas pilihanraya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 11:57 PM | Show all posts
rashiman posted on 13-2-2013 11:45 PM
tapi jika BN memerintah, BR1M diteruskan walaupun selepas pilihanraya.

selepas pilihanraya maknanya dekat pilihanraya la tu..gula2..penang bg di awal pemerintahan dap la...itu pn dikata cmpur hasil duit judi..ttp bila tunjuk kt cacai bn bukti bn cmpur duit judi ngan hasil negeri br senyap kisah judi
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 12:57 AM | Show all posts
aku berdoa sangat BN tumbang utk PRU13 ni...
terlalu bnyk duit yg ditabur...mmg la baik utk rakyat...
tpi jika BN menang....segalanya akan berubah...
mmg janji BR1M akan diteruskan...
tpi ada tk janji barangan keperluan tidak akan ada kenaikan?
ada tk janji bahan bakar tidak akan dinaikkan?
umpama pepatah cina..."mana nk dapat untung besar, kalau tk berani keluar yg kecil dahulu"...
sekarang ni "hulur" dulu....
lps PRU??????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.070364 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list