CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
View: 1060|Reply: 15

[Tempatan] Persaingan dua remaja jadi manusia tertinggi

[Copy link]
Post time 14-2-2013 07:48 AM | Show all posts |Read mode

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login




AKMAL bergambar dengan Penolong Ketua Biro Kosmo! Negeri Sembilan, Rais Yeop Johari (kiri) di Seremban semalam manakala Azli bersama Penolong Ketua Biro Kosmo! Kelantan, Adham Shadan (kanan) di Gua Musang.

GUA MUSANG C Rekod manusia tertinggi di negara ini semakin tercabar apabila remaja dari Kampung Paloh di sini, Mohd. Azli Hisham Abdul Ghafar yakin dia kini lebih tinggi berbanding ukuran 2.05 meter yang dicatat pada November tahun lalu.

Ukuran ketinggiannya itu sudah melebihi rekod manusia tertinggi di Malaysia yang kini dipegang oleh Sheikh Akmal Sheikh Imam, 17, dari Seremban, Negeri Sembilan.

Saya dapat rasakan tubuh semakin tinggi. Kali terakhir saya ukur pada tahun lalu ialah 2.05 meter sedangkan tahun sebelumnya ketinggian saya cuma 1.97 meter.

Sekarang pun, saya rasa badan sudah semakin tinggi, katanya kepada wartawan Kosmo! ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan ketinggian Azli secara tidak rasmi sudah mengatasi rekod Akmal dengan ketinggian 2.04 meter yang diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) tahun lalu.

Anak ketujuh daripada lapan beradik itu kini bercuti dan akan kembali ke kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang pada Sabtu ini.

Azli yang mengikuti pengajian semester pertama Diploma Sains memberitahu, dia tidak risau dengan ketinggian yang luar biasa itu walaupun kerap menarik perhatian orang ramai.

Saya tidak risau, orang lain yang selalunya risau, katanya sambil tersenyum.

Dia juga tidak keberatan untuk dinilai oleh MBOR bagi tujuan pengiktirafan rekod.

Seandainya MBOR mahu membuat ukuran ketinggian, saya sedia melakukannya. Kalau benarlah saya manusia tertinggi di Malaysia, saya bersyukur dan gembira, katanya.

Di Seremban, Sheikh Akmal terkejut apabila ada individu lain mempunyai ketinggian yang boleh mencabar rekodnya.

Saya sebenarnya tidak kisah jika rekod saya itu berjaya dipecahkan kerana bagi saya, apa yang berlaku adalah rezeki dan kurniaan Allah, katanya yang kini menuntut dalam bidang masakan di Kolej East West di Seremban.

Akmal berkata, kali terakhir dia mengukur ketinggiannya ialah pada November 2011 ketika mendapatkan pengesahan MBOR sebagai manusia tertinggi di Malaysia.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu bagaimanapun mengaku tahap ketinggian tubuhnya tidak berubah sejak itu.
Dia turut menyarankan Mohd. Azli supaya berkunjung ke MBOR untuk mendapatkan pengesahan ukuran ketinggian yang sebenar.

Pada masa yang sama, Akmal mengakui hidup sebagai manusia dengan ketinggian luar biasa adakalanya memang menyusahkan.

Antara kesukaran yang dialaminya ialah mencari pakaian, kasut serta ketika menaiki kenderaan seperti bas atau kereta.
Kedua-dua remaja luar biasa itu turut berkongsi kasut saiz 14.

Kredit: http://www.kosmo.com.my/

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 07:50 AM | Show all posts | Share
biasanya org yg tinggi ni

weak point dia tulang belakang, selalu skit pinggang,, coz the structure nak tampung badan,,
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 07:56 AM | Show all posts | Share
kalo orang tinggi luar biasa ni bukan ke kromosom dia ada weird sikit?

XYY
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 07:58 AM | Show all posts | Share
gegeh tol kosmo hantar representative utk bertemua 2 remaja nie
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 08:34 AM | Show all posts | Share
abg yg baju kelabu tu nampak kerdil sangat kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 08:48 AM | Show all posts | Share
pergh..kalu budak2 ni msuk dlm gym, bina otot cm arnold ka.. mau terpelanting perompak kene lempang dgn dorg...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 08:51 AM | Show all posts | Share
ingatkan gambar bersama..rupanya gambar yg dicantum.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 09:10 AM | Show all posts | Share
semakin lama semakin tinggi??agaknya kalo usinya panjang tinggi lagi x???
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 09:14 AM | Show all posts | Share
harap budak ni sihat laaa....tgk mat2 saleh yg tinggi2 ni mcm2 masalah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 09:16 AM | Show all posts | Share
Acromegaly?

Erm kalau suka main basketball kan bagus..boleh celen yao ming...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 10:34 AM | Show all posts | Share
shi_jewel posted on 14-2-2013 08:34 AM
abg yg baju kelabu tu nampak kerdil sangat kat situ

abg tu memang kerdil kot....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 11:05 AM | Show all posts | Share
MissNigga posted on 14-2-2013 07:58 AM
gegeh tol kosmo hantar representative utk bertemua 2 remaja nie

wartawan skrg pon nk status selebriti gak

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 11:09 AM | Show all posts | Share
shi_jewel posted on 14-2-2013 08:34 AM
abg yg baju kelabu tu nampak kerdil sangat kat situ

kan?

aku rase cam kerdil sungguh beliau
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 11:24 AM | Show all posts | Share
supernaturalee posted on 14-2-2013 11:05 AM
wartawan skrg pon nk status selebriti gak

ala ala cam reporter barat... kalo boleh, berita tu cuma hak ekslusif mereka sajork...
so... rating news paper mereka pun naik ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 11:44 AM | Show all posts | Share
kene makan banyak sikit.. kati setara dgn ketinggian...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 06:59 AM | Show all posts | Share
Elle_mujigae posted on 14-2-2013 09:16 AM
Acromegaly?

Erm kalau suka main basketball kan bagus..boleh celen yao ming...

azli yg berbaju biru jalur putih tu cam mengalami gigantism
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

Pesanan penting Segala pendapat dan pandangan yang dikongsi di ruangan forum atau halaman yang berkaitan merupakan pandangan peribadi individu dan tidak sesekali mewakili pendapat/pandangan CARI. CARI juga tidak bertanggungjawab bagi setiap pandangan yang dikongsi. Oleh kerana forum beroperasi dalam waktu sebenar atau 'real time', CARI tidak, dan tidak dapat menapis sebarang bentuk penyampaian dari pengguna setiap masa, namun CARI menggalakkan setiap pengguna mengamalkan budi bicara serta budaya hormat-menghormati untuk tidak menggunakan sebarang perkataan yang menyalahi undang-undang, berbahaya, mengancam, kesat,mengganggu, memfitnah, kasar, lucah, mengeji, menceroboh privasi orang lain, bersifat kebencian, atau perkauman, etnik atau sebaliknya. CARI berhak untuk menahan dan/atau mengeluarkan mana-mana pautan yang berkemungkinan sebagai individu, entiti atau kumpulan yang berpotensi mewujudkan rasa malu dan fitnah. CARI juga berhak untuk menerima, edit dan / atau mengeluarkan apa-apa pautan yang dianggap tidak sesuai dalam mana-mana cara/keadaan/bentuk/situasi/kaedah.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Infonet

27-5-2015 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.147326 second(s), 11 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.2

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list