CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yayah8989

Roh Perempuan Mati Kene Kelar Merayau Dan Minta Tolong

[Copy link]
Post time 18-2-2013 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
yayah8989 posted on 18-2-2013 06:37 PM
aku citer yang aku tau jer..
nanti ader lagi aku citer agi key..
kau kalo ader citer. tag ak  ...

Haha. Aku xde citer pon. Aku x penah mengalami paranormal2 nie. Sbb tu aku slalu lpk snie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2013 08:47 PM | Show all posts
Ini ker yang tt maksudkan? hasil pencarian dari pakcik gugle.. Aku copy n paste laa ekk..  cerita dri sepupu arwah.

Al Kisah Kes Pembunuhan Kejam Nurnadia Abu Bakar


Yela. aku tau la aku dah lame xupdate blog ni kan? berhabuk and bersawang siap ade spider lagi..?hurmm.. ok lah.. Tengok tajuk entry aku ni pasal citer sedih kan??

Mungkin ramai yang dah tau pasal story ni kot.. Xpelah. aku paste kt sini lah story dari sinar harian hari Sabtu hari tu..

Jiran: Saya tergamam isteri muda mati dibunuh

January 14, 2012

KUALA LIPIS ? Jiran seorang wanita yang baru mendirikan rumah tangga enam bulan lalu, ditemui maut dibunuh di rumahnya di Kampung Sungai Gemang dekat sini, petang semalam, berkata dia tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa apabila melihat mayat mangsa, Nornadia Abu Bakar dalam keadaan tertiarap tanpa seurat benang. Menurut Roslan Tahir, 43, lebih memilukan apabila melihat keadaan di dalam rumah mangsa, yang berusia 21 tahun, dipenuhi dengan percikkan darah yang memenuhi ruang tamu hingga ke dapur.? Menceritakan detik awal kejadian itu, Roslan berkata, dia mendapat panggilan telefon daripada penduduk kampung mengenai kejadian berkenaan.

“Setelah mendapat tahu kejadian berkenaan saya bergegas ke rumah mangsa dan melihat suami mangsa (Ahmad Khairu Ab Raman, 27) duduk meraung di seberang jalan sambil meratapi kematian isterinya.

“Saya kemudiannya bertindak menelefon polis dan beberapa orang kampung untuk melihat situasi di dalam rumah mangsa,” katanya kepada Sinar Harian. Roslan berkata, ketika memasuki pintu depan rumah mangsa, dia dan beberapa penduduk kampung melihat darah melimpah di sekitar ruang tamu.

“Kami lihat darah dari ruang tamu sehingga ke dapur dan apabila menjenguk ke ruang berkenaan kami lihat mayat mangsa berada di dalam keadaan tertiarap tanpa seurat benang dan sebelah kaki mangsa terlipat. “Saya tidak sanggup untuk melihat lebih lama mayat mangsa dan bertindak keluar rumah untuk menenteramkan suami mangsa,” katanya.

Roslan berkata, kejadian tragis berkenaan pertama kali berlaku di kampung berkenaan dan memberi kesan trauma kepadanya apabila melihat keadaan mayat mangsa.

Sementara itu, ibu Ahmad Khairu, Hamidah Hassan, 48, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya tentang kejadian yang menimpa menantunya. “Dahulu kami tinggal di rumah ini tetapi setelah Ahmad Khairu berumah tangga dengan Nornadia, saya bersama suami bersepakat untuk berpindah ke Kelantan, manakala rumah ini dijaga olehnya (Ahmad Khairu).

“Ketika mendapat panggilan telefon berkenaan, saya jangka Ahmad Khairu berada dalam keadaan separuh sedar dan hanya mengatakan bahawa isterinya telah tiada,” katanya. Hamidah berkata, dia sempat bertanya sama ada Nornadia terlibat dalam kemalangan atau tidak tetapi persoalan tersebut tidak dijawab oleh Ahmad Khairu dan hanya mendengar raungan dari telefon.

“Saya tidak menyangka kejadian ini berlaku pada menantu saya tambahan pula mereka baru beberapa bulan mendirikan rumah tangga.? “Walaupun sedih dengan kejadian berkenaan, namun kami sekeluarga pasrah dengan takdir dan menganggap peristiwa itu sebagai ujian dari ALLAH,” katanya.

Wanita baik

Bagi sepupu kepada Nornadia, Noraini Hayati, 25, berkata, walaupun mereka jarang berjumpa namun arwah disifatkan sebagai seorang yang baik dan pendiam.? “Allahyarham merupakan anak bongsu dari enam beradik. Dia juga manja de-ngan keluarga dan bersifat ramah dengan orang yang rapat dengannya. “Saya berharap agar pembunuh kejadian ini dapat ditangkap dengan segera dan nasib Allahyarham dapat dibela,” katanya.

Mangsa dikelar, ditikam

Dalam pada itu, polis mengesahkan mangsa maut akibat kecederaan parah di leher dan perut.? Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdul Razak Hassan berkata, mangsa maut akibat dikelar di leher dan di tikam bertubi-tubi di perut menggunakan senjata tajam.

“Polis bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan telefon daripada orang ramai kira-kira jam 5.50 petang. “Mangsa ditemui tanpa pakaian dan berlumuran darah di bahagian dapur rumahnya. Selain itu, terdapat kecederaan parah yang dialami oleh mangsa di bahagian perut dan leher yang menyebabkan kematian,” katanya.

Abdul Razak berkata, tiada kesan rogol ditemui pada badan mangsa dan pihak hospital mengesahkan mangsa tidak mengandung.? “Sehingga kini kami masih menjalankan siasatan bagi mencari senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa dan motif pembunuhan daripada pelbagai aspek. “Selain itu, empat suspek turut ditahan reman bagi membantu siasatan,” katanya.

Abdul Razak berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan orang ramai yang tahu mengenai kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan.

“Kita juga berharap jiran tetangga peka dengan keadaan sekitar dan bersedia membantu sekiranya terdengar jeritan atau bunyi pelik datang dari kawasan kejiranan.?“Selain itu, rondaan daripada anggota Rela dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) perlu diperhebat agar kejadian jenayah dapat dibendung di kawasan masing-masing,” katanya.

Kalau nak baca balik or tengok gambar check kat link ni k.. Sinar Harian

Itulah cerita nye… Tapi sape2 yang friends ngan aku kat facebook, tau lah pasal kes ni sebab aku update setiap mase.. Kalau sape2 baca sinar harian edisi pahang hari Sabtu tu pun ade keluar front page lagi.. Ramai jugak yang cakap, arwah ni ade iras2 aku sikit.. Mungkin jugak sebab ade pertalian darah.. ?

Betullah cakap orang, selalunye kita tengok dalam berita atau baca kat surat khabar je kan? bila berlaku kat orang yang dekat dengan kite, lain rasenya…
Walaupun aku tak rapat ngan die, tapi still ade pertalian darah.. Buat yang tak tau, kitorang ni sepupu (arwah ayah aku ngan ayah mangsa ni adik beradik).. Seriouslly aku tak kenal sangat ngan die and family coz kitorang memang tak rapat.. tak tau la kenapa.. rasenye mase kecik2 dulu ade jugak la main same2.. dah besar ni masing-masing duduk jauh kot.. Kalau jumpe pun selisih kete or selisih mase gi bandar je.. Masa die kawen pon aku tak datang.

Ape2 pun alhamdullilah semua dah selamat.. Arwah pon dah selamat dikebumikan selepas solat Jumaat ari tu.. Tapi seriously masih teringat2 lagi masa kejadian dan keadaan dalam rumah selepas tu. Masa tu aku on the way balik rumah dengan abang aku dari Sg Koyan, baru pas isi minyak kete.. Abang aku dapat call dari sorang sepupu aku ni bagitau yang ade sepupu kena ketuk.. Masa tu confius lagi, xtau sape yang kena.. Abang aku pun cakap kena gi tengok, baru tau sapa.. Sampai-sampai je, dah ramai orang ngan polis kat rumah mangsa ni.. Masa tu dalam pukul 6.30 petang kot.. Lama sangat kitorang tunggu kat situ, lepas tau forensic ontheway dari Kuantan, kitorang pon balik dulu la, mandi and makan…. Sebab Kuantan ngan Lipis ni lebih kurang 4 jam gak la kalau jalan tak jamed..

Masa tu pulak ayah arwah iaitu bapa saudara aku kena gi klinik sebab sesak nafas.. Mungkin terkejut kot.. Yela, anak sendiri kan? tambah arwah ni anak last.. Lepas gi klinik, ingatkan dah ok lah.. Sekali datang balik kat klini tu lepas gi minum, tengok2 dah kena bawak gi hospital pulak.. Masuk ICU…. Nasib baik esoknya dah ok, dah boleh keluar dengan keizinan doktor, untuk tengok arwah untuk kali terakhir..

Forensic sampai dalam pukul 11.00malam.. Ingatkan semua dah settle, sekali polis cakap tunggu doktor pulak, juga dari Kuantan.. Masa tu dah dekat pukul 12.00tgh malam dah.. Akhirnya, doktor sampai dalam pukul 2.00pagi.. Arwah dibawa keluar dari rumah pukul 3.30pagi untuk dibawa ke hospital dan di bedah siasat.. Bayangkan dari petang lagi kitorang tunggu kat tempat kejadian dengan hujan renyai2…. Masa menunggu tu, satu je harapan, supaya jenazah arwah dapat disempurnakan dengan segera.. Kesian dekat 12jam dibiarkan macam tu je.. ?

Esoknye pulak, aku terpaksa ambik emergency leave.. Awal2 pagi lagi dah gerak ke hospital untuk urusan memandikan dan mengkafankan jenazah.. Sempat jugak aku tengok keadaan arwah masa dimandikan.. Sangat sedih.. :’(… Ade kesan kelar panjang sangat, dari hujung telinga kanan sampai telinga kiri… Ade juga beberapa kesan tikaman.. Masa mandikan, still ade darah mengalir… :’(.. kejamnye manusia zaman ini kan? sanggup buat manusia macam tu.. Tak ade rasa kesian ke masa buat tu???..

Setelah selesai dikafankan and disembahyangkan oleh saudara terdekat.. Syahdu sangat suasana kat hospital masa tu.. Lepas tu, tunggu suami mangsa yang direman kat balai untuk tengok isteri dia buat kali terakhir.. Apelah perasaan suami dia kan?? hanya die je lah yang tau.. Lepas dah selesai semua, arwah dibawa balik ke Sungai Koyan.. Kebetulan hari Jumaat, selepas sembahyang Jumaat.. Arwah disembahyangkan lagi sekali oleh saudara2 dan orang kampung…

Selesai semua, akhirnya arwah dibawa ke kawasan perkuburan dekat Sungai Koyan untuk dikebumikan pukul 3petang.. Ni lah sedikit sebanyak yang dapat aku story kat sini.. Arwah pergi dengan meninggalkan banyak tanda tanya sebab kejadian kejam macam ni berlaku.. Ramai yang tanya.. Arwah ade musuh ke?? Ade yang dah kena tangkap? sapa yang buat??… Semuanya hanya Yang Maha Esa tahu kan??

Akhir sekali.. Harap2 pembunuh ni dapat pembalasan yang setimpal.. Kala tak kat muka bumi Allah ni pun, die akan tetap dapat pembalasan di akhirat nanti kan?? AL-FATIHAH…..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 09:56 PM | Show all posts
pahang tempat angker gak kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 10:13 PM | Show all posts
kampung miss dekat je dgn sungai koyan tu. kalau ikutkan cerita dari mulut ke mulut:
1. tempat kehadian tu rumah panjang yg dibina utk pekerja endon.kiranya mcn rumah kongsi tapi cantik & elok.dibina utk pekerja endon yg kerja kat ladang sawit. katanya suami mangsa tu endon.tapi kalau baca blog tu tulis, melayu pulak. mangsa anak bongsu. miss ada tgk pic dia. adik lelaki simpan dlm henfon.pic mayat pun ada. budak2 muda biasalah. kalau ada pic.mcm tu dorg suka bluetooth sesama sendiri.
2.adik miss ada cerita jugak pasal basuh rumah dgn limau tu. katanya malam tu dengar suara orang menangis mcm kesakitan sampaikan endon2 yg duduk situ semua cabut. at last mak ayah perempuan tu panggil bomoh mana ntah. baru aman semula
3. ni bukan kes pembunuhan pertama kat sungai koyan. tahun 2000 ada kes endon bunuh nenek & cucu kat dlm ladang sawit. waktu jumpa mayat dah reput. endon tu pulak menyorok dlm ladang sawit. waktu tu miss tgh sibuk tuition utk spm.xberani g sendiri. mak yg hantar & jemput

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 10:32 PM | Show all posts
sesserammnye skrg rumah tu ade orng duduk lg x?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 10:59 PM | Show all posts
kalau betullah rumah panjang yg adik miss tunjuk tu tempat kejadian, masih ada org yg duduk.endon ladang sawitlah. sape2 yg biasa lalu sungai koyan, sebelum sampai kawasan rumah, kan lalu ladang sawet dulu. kalau dari raub lah nirumah panjang tukat belah kanan. betul2 lepas ladang sawet habisdepan sikit ada kubur islam belah kiri & depan sket je dah jumpa rumah peneroka. arwah tanam kat kubur tu lah.dekat sgt dgn tempat kejadian. tiap kali balik.kampung miss memang wajib g sungai koyan sbb aitu ada sate best. sate warisan namanya. ladang sawit sungai koyan tu boleh tahan gak.ada satu kawasan tu org panggil selekoh cikgu sbb ada cikgu eksiden kat aitu. putus tangan.kejadian waktu miss darjah 1 @ 2. sampai sekarang tangan tu xjumpa.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2013 11:03 PM | Show all posts
oh ye...kata org suami dia yg bunuh sbb jeles. suami dia suspek arwah ada affair dgn endon lain.dah duduk rumah panjang ramai2. mula lah jeles. kes ni tergantung mcm tu je. mklumlahbukan high profile case
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2013 11:25 PM | Show all posts
misslivina posted on 18-2-2013 11:03 PM
oh ye...kata org suami dia yg bunuh sbb jeles. suami dia suspek arwah ada affair dgn endon lain.dah  ...

tulah... ade yg ckp mase hari kejadian tu memang
suami dia nmpak dia ngan endon tu..
sebbtu jadi smpai bunuh tu.. xtau lah betul ke x


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2013 11:27 PM | Show all posts
zakutaki91 posted on 18-2-2013 08:26 PM
Haha. Aku xde citer pon. Aku x penah mengalami paranormal2 nie. Sbb tu aku slalu lpk snie.

yeker...
ko nak lalui tak?? hehehe

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2013 11:27 PM | Show all posts
AbukRokok posted on 18-2-2013 07:26 PM
ko cite lambat...dah malam dah...aku takot
besok siang jela aku baca

malam baru horror sikit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2013 11:30 PM | Show all posts
misslivina posted on 18-2-2013 10:59 PM
kalau betullah rumah panjang yg adik miss tunjuk tu tempat kejadian, masih ada org yg duduk.endon la ...

situ ker... memang tajam gila selekoh tu kan
byak gak kemalangan kat situ, tapi
x pnah dgar pulak yang kalo2 ade cerita puaka ke x.. hehehe


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2013 11:31 PM | Show all posts
k_a_a posted on 18-2-2013 07:46 PM
Selit sikit ye TT.. kisah yg saya ceritakan memula tu, yg di Kemaman tu.. kisah nya begini... berlak ...

ehhh mcmtu pun ader.. hehe.. xpe2 selit je


Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 11:35 PM | Show all posts
bab bunuh isteri ni kg aku pun pernah jadi tahun 80 dulu...rumahnya depan rumah aku je tapi tak nampak sbb terlindung dengan pokok...waktu kejadian lebih 30 tahun dulu aku pun kecik lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2013 11:37 PM | Show all posts
sepaileman posted on 18-2-2013 11:35 PM
bab bunuh isteri ni kg aku pun pernah jadi tahun 80 dulu...rumahnya depan rumah aku je tapi tak namp ...

ader citer misteri x?????? share la

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 11:38 PM | Show all posts
yayah org sg.koyan ke? huhu... berjiran kita
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 11:40 PM | Show all posts
yayah8989 posted on 18-2-2013 11:37 PM
ader citer misteri x?????? share la

takde apa yg misteri pun lepas tu...yg bunuh tu gila isin atau gila sbb tuntut ilmu dah meninggal pun beberapa tahun lepas...aku panggil dia abg hariri anak tok imam kampung ni jugak...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2013 11:40 PM | Show all posts
misslivina posted on 18-2-2013 11:38 PM
yayah org sg.koyan ke? huhu... berjiran kita

xlah jauh sikit, hahahah,,,
sebelum sg koyan.. hehehe


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2013 11:44 PM | Show all posts
sepaileman posted on 18-2-2013 11:40 PM
takde apa yg misteri pun lepas tu...yg bunuh tu gila isin atau gila sbb tuntut ilmu dah meninggal  ...

oh mcmtu...
naper dia bunuh bini dia???????

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 11:46 PM | Show all posts
yayah8989 posted on 18-2-2013 11:44 PM
oh mcmtu...
naper dia bunuh bini dia???????

sebab apa tak tau la tapi dah gila...bila naik gilanya tu bukan kira sape biasanya org terdekat la yg kena...sbb gila ni usah kata bini mak sendiri pun dia tiruk

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2013 11:54 PM | Show all posts
sepaileman posted on 18-2-2013 11:46 PM
sebab apa tak tau la tapi dah gila...bila naik gilanya tu bukan kira sape biasanya org terdekat la ...

eee dasat gak.. kat kg aku ade gak yang gila sebb menuntut...
penah gak la pukul org smpai mati..

tapi skang dia dh masuk tg mutan.
hehehe


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.072875 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list