CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4630|Reply: 43

[Tempatan] Putera Diserang Babi Hutan

[Copy link]
Post time 19-2-2013 08:24 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: “Adam berlari masuk ke rumah dan menerpa neneknya dalam keadaan badan serta mukanya berlumuran darah,” kata Tengku Suriana Tengku Abdullah, 22, menceritakan kejadian anaknya, Putera Adam Haikal Ahmad Hazwan, 4, yang cedera parah diserang babi hutan berhampiran rumahnya di Jalan Nibong Stesen, Dungun, kelmarin.


Menurutnya, dalam kejadian jam 10.45 pagi, anaknya keluar rumah melalui pintu dapur untuk bermain layang-layang di kawasan lapang berhampiran apabila terserempak dengan babi berkenaan.

“Takut melihat binatang itu, Adam berlari pulang ke rumah tetapi tindakannya menyebabkan babi berkenaan mengejar dan menyondol belakang badannya menyebabkan dia tersembam ke tanah.


“Babi berkenaan terus menyerang Adam selama kira-kira tiga minit menyebabkan dia cedera di muka dan badan.

“Adam bagaimanapun berjaya bangun dan lari pulang ke rumah sambil menangis ketakutan,” kata Tengku Suriana ketika ditemui menemani anaknya yang dirawat di Wad Multidisiplin Kanak-Kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.

Dia berkata, ibunya, Zaiton Che Jusoh, 59, yang berada di ruang tamu ketika itu panik melihat Adam berlumuran darah sebelum bergegas mendapatkan bantuan sepupu menghantar anaknya ke Hospital Dungun.

“Ketika kejadian, saya berada di tempat kerja dan seorang jiran melihat serangan berkenaan dari rumahnya.

“Saya mendapat tahu kejadian itu daripada ibu yang menghubungi saya di tempat kerja dan sebaik sampai di Hospital Dungun, tidak dapat menahan sebak apabila melihat kulit mata Adam terkoyak, belakang badannya cedera teruk manakala tulang tangan kirinya dapat dilihat akibat serangan haiwan berkenaan,” katanya.

“Doktor kemudian memindahkan Adam ke HSNZ untuk rawatan pakar.

“Buat sementara, doktor belum menjahit luka kerana bimbang kesan serangan babi itu meninggalkan kuman yang akan menyukarkan mereka mencuci kesan koyakan pada badan Adam,” katanya.

Menurutnya, ini kali pertama serangan babi hutan berlaku di kawasan kejiranannya.

Last edited by the_killer on 19-2-2013 08:25 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2013 08:29 AM | Show all posts
Bersyukur la ada pengalaman diserang babi hutan, kat Lahad Datu dah kena serang pengganas Filipina Last edited by DeMax on 19-2-2013 09:45 AM

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 08:30 AM | Show all posts
ni babi kecik nih....kalo bapak babi tunggal, silap haribulan mmg dah arwah budak tuh kena sondol...seb baik panjang umur.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 08:54 AM | Show all posts
nenek aku pesan kalau kene kejar ngan babi hutan jgn lari lurus... konar konar skit sbb babi susah nk membelok kalau tgh lari laju katenye
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 08:56 AM | Show all posts
ingatkan putera mana tadi .....

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 09:00 AM | Show all posts
annehuda posted on 19-2-2013 08:54 AM
nenek aku pesan kalau kene kejar ngan babi hutan jgn lari lurus... konar konar skit sbb babi susah n ...

babi utan nih leher pendek malah tak nampak ada leher pon... kira nak berpaling tuh azablah tp bab belok nih jgn kompiden sangat dia takleh belok kalau kita belok.... aritu belakang rumah sedara aku anak sedara aku halau dia ngan mercun selamba jah dia lari sambil membelok...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2013 09:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 09:06 AM | Show all posts
babi punya babi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2013 09:12 AM | Show all posts
anak raja ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 09:22 AM | Show all posts
Samak tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 09:39 AM | Show all posts
rumah dekat benor dgn kawasan hutan ke apa?

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 09:44 AM | Show all posts
babi utan ni ade gg taring. bahaya

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 09:49 AM | Show all posts
eeee takutnyer..

ade org kg aku kene sondol ngan babi kan,

lepas tu dia selalu kene sawan babi.. ade kaitan kah?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 09:52 AM | Show all posts
jln nibong stesen tu bukan kawasan hutan sangat.........babi sesat ke............
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 09:53 AM | Show all posts
Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.

Sabda rasul tuhan allah semoga tuhan allah berselawat dan memberikan keamanan kepadanya:                  
Maksudnya: Setiap kulit yang disamak menjadi bersih. (kata-kata Nabi Mohammed ini direkod oleh Abū al-Ḥusayn ‘Asākir ad-Dīn Muslim ibn al-Ḥajjāj ibn Muslim ibn Ward ibn Kawshādh al-Qushayrī an-Naysābūrī)

manakalajengking sertu bermaksud:

Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 09:55 AM | Show all posts
babi betul laa babi neh...kesian budak tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2013 09:56 AM | Show all posts
Mengapa tak dielak...???

p/s: Kertu tu ape tu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 09:59 AM | Show all posts
kenapa kau tak elaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkk????

ilmu elak babi pendekar mastur belum ajar lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 10:00 AM | Show all posts
yayah8989 posted on 19-2-2013 09:49 AM
eeee takutnyer..

ade org kg aku kene sondol ngan babi kan,

aduh,,,,

ade kena mengena kah kedua2 itteeww???

perut aku smpai sakit2 aku gelakkan komen ko ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 10:01 AM | Show all posts
oni313 posted on 19-2-2013 10:00 AM
aduh,,,,

ade kena mengena kah kedua2 itteeww???

sebabtu aku tanyer.. mane tau terjangkit kuman babi tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.099425 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list