CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: funz_universe

[Gifts & Stationaries] LAVANDRE SET Utk Kulit Cerah, Awet Muda, Bebas Parut & Jerawat

[Copy link]
 Author| Post time 14-5-2013 05:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2013 04:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2013 11:43 AM | Show all posts
Dari semalam...

Hari ni dapat lagi feedback dari customer yang dah guna Lavandre Skin Care selama 4 hari. Seronok sangat customer tu sebab wajah makin berseri dan kurang berminyak. Dia tak ada masalah jerawat. Tapi ada parut bekas jerawat. Parut tu pun katanya ada nampak pudar sikit.

Happy rasanya sebab skin care ni saya hasilkan sendiri dan memang dah cuba sendiri. Bila try pada diri sendiri, memang berkesan. Orang lain pakai pun berkesan juga. Seronok dapat bantu tingkatkan keyakinan orang lain. Sebab saya dulu pun memang kurang yakin bila parut banyak di muka. Dah pakai macam-macam jenis skin care pun tak kurang juga. Akhirnya buat sendiri saja dan tak sangka ada kesan positif :-)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2013 04:39 PM | Show all posts
CB003 – Lavandre Intensive Treatment Serum


Harga : RM29
Kandungan: 15 ml
Diinspirasikan dari kebaikan alam semulajadi, LAVANDRE Intensive Treatment Serum ini membantu mengaktifkan sel-sel kulit wajah bagi menjadikannya lebih awet muda, sihat, segar dan berseri. Dengan kandungan bahan-bahan semulajadi yang bebas dari bahan kimia, ia juga dapat menyelesaikan masalah-masalah kulit yang biasa berlaku iaitu:
1. Masalah jerawat
2. Parut jerawat baru dan lama
3. Kulit berminyak
4. Kulit yang kusam dan tidak bermaya
5. Warna kulit tidak sekata
6. Bintik hitam dan putih
7. Jeragat
8. Kulit kering
9. Lebam di bawah mata

Kebaikan Bahan-bahan Utama Serum:
Super Vitamin E
Vitamin E memang terkenal dengan kebaikannya pada kulit. Dengan teknologi baru, Super Vitamin E dapat dihasilkan bagi mengoptimumkan kebaikan yang diberikan kepada kulit. Ianya merupakan sumber baik anti-oksidan bagi menghalang terhasilnya radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan pada cahaya matahari. Radikal bebas ini akan menyebabkan kerosakan pada kolagen kulit, menyebabkan kulit kering, garis halus dan kedut pada wajah. Jadi dengan memakai serum yang kaya dengan Super Vitamin E ini, kulit wajah anda akan bebas sepenuhnya dari masalah-masalah tersebut.

Royal Jelly
Royal Jelly sinonim dengan rawatan anti penuaan kerana ia mempunyai faktor yang dapat meningkatkan penghasilan kolagen dalam kulit. Ia juga mengandungi nutrien yang menggalakkan pembaharuan kulit seperti flavonoid, asid nukleik, asid dekanoik dan enzim. Selain itu, ia juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti B1, B2, B3, B5, B6, asetilkolina dan zink yang baik untuk kulit. Oleh itu, royal jelly dapat membantu menghasilkan tisu-tisu baru supaya kulit menjadi lebih muda, lembut, licin dan lembab. Juga membantu mengurangkan garis-garis halus penuan di samping menjadikan kulit wajah lebih anjal.

Jojoba Oil
Minyak jojoba berasal dari biji pokok jojoba yang banyak tumbuh di utara Mexico dan selatan Amerika Syarikat. Ia banyak digunakan dalam rawatan mengurangkan masalah jerawat kerana ia bertindak mengurangkan penghasilan minyak di kulit wajah dan seterusnya menghalang dari munculnya jerawat. Juga dapat menyelesaikan masalah jerawat sedia ada dan melembabkan kulit yang kering. Teksturnya yang tidak berminyak, ringan dan mempunyai kelebihan anti-radang sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

Lavender Essential Oil
Minyak lavender biasa digunakan dalam aromaterapi bagi memberi kesan relaks pada tubuh. Ia juga dapat memberi kesan yang baik apabila digunakan pada kulit. Antaranya melegakan dan melembabkan kulit wajah agar kulit sentiasa segar dan berseri. Juga sebagai antibiotik bagi masalah jerawat dan membaiki masalah warna kulit tidak sekata. Dengan penggunaan berpanjangan, ia juga bertindak mengurangkan kesan parut di kulit terutamanya kulit muka.

Kenapa Anda Perlu Menggunakan Serum Ini?
1. Bebas dari bahan kimia merbahaya. Serum ini dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi dan bebas dari bahan kimia yang biasa terdapat dalam produk penjagaan kulit seperti bahan pengawet, penstabil dan pemekat. Setiap elemen yang diperlukan hanya diambil dari bahan-bahan semulajadi dengan menghasilkan formula terbaik dan selamat. Jadi ianya selamat digunakan oleh sesiapa sahaja, termasuk wanita mahu pun lelaki yang mempunyai alahan pada bahan kimia.
2. Sangat menjimatkan kerana ia dalam bentuk serum yang pekat. Serum yang pekat ini dihasilan dengan memastikan setiap bahan-bahan utamanya lebih mendominasi serum ini bagi memastikan kulit wajah anda mendapat manfaat sepenuhnya. Hanya perlukan 2-3 titik sahaja setiap kali digunakan. Jadi ianya boleh digunakan sehingga 2 bulan setengah jika digunakan tiga titik setiap kali, dua kali sehari.
3. Sesuai dipakai sebelum memakai krim muka harian dan solekan. Kandungan serum ini akan mengurangkan proses pengeluaran minyak. Ianya juga tidak berminyak, mudah diratakan dan ringan. Jadi wajah akan kelihatan berseri dan segar sepanjang hari.
4. Menyelesaikan kebanyakan masalah kulit. Serum ini diformulasi sebaik mungkin agar dapat menyelesaikan masalah-masalah kulit yang biasa dihadapi wanita mahupun lelaki dewasa. Hanya bahan-bahan terpilih dan efektif sahaja digunakan di dalamnya. Jadi, jika anda menghadapi masalah-masalah kulit yang biasa berlaku seperti jerawat, parut jerawat, bintik hitam dan putih, garis halus penuaan dan sebagainya, anda pasti akan berpuas hati dengan kesan positif dari penggunaan serum ini.
5. Mencerahkan kulit. Selain memastikan kulit wajah anda sihat, serum ini juga bertindak mencerahkan wajah secara semulajadi tanpa pengelupasan dan sudah semestinya selamat. Kesan ketara boleh dilihat selepas 2-3 minggu digunakan.
6. Tidak semestinya untuk kulit bermasalah sahaja. Jika anda tidak mempunyai sebarang masalah kulit, serum ini juga sesuai digunakan kerana ia bukan sahaja menghalang terjadinya masalah-masalah kulit, malah memastikan kulit wajah sentiasa sihat, berseri dan sudah semestinya awet muda.

Cara Digunakan:
1. Goncang serum sebelum digunakan
2. Sapukan 2-3 titik serum (atau lebih mengikut keperluan) pada muka yang sudah dibersihkan terlebih dahulu.
3. Ratakan sambil mengurut lembut ke seluruh wajah dan berikan tumpuan pada bahagian-bahagian yang bermasalah.
4. Gunakan sekurang-kurangnya dua kali sehari (pagi dan sebelum tidur)
5. Kesan yang lebih baik jika digunakan selepas mencuci wajah menggunakan LAVANDRE Foaming Facial Wash dan wajah dioles dengan Lavandre Balancing Toner.
6. Sesuai dipakai sebelum memakai krim muka harian dan solekan. Disarankan dipakai bersama Lavandre Super Whitening Cream.

Panduan Pemakaian & Penyimpanan:
Oleh kerana serum ini dihasilkan tanpa sebarang bahan kimia, ia agak sensitif. Pastikan anda mengikut langkah berikut bagi memastikan serum dalam keadaan baik:
1. Untuk kesan lebih baik, habiskan serum dalam tempoh 6 bulan selepas dibuka. Selepas 6 bulan atau jika serum sudah mengeluarkan bau yang bukan seperti asal, elakkan dari memakainya.
2. Goncang serum terlebih dahulu sebelum digunakan bagi memastikan semua bahan bergabung untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
3. Simpan serum di tempat bersuhu kurang 30 darjah celcius. Elakkan terdedah dari cahaya matahari terus, suhu yang tinggi atau terdedah pada keadaan sekeliling.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2013 01:31 PM | Show all posts
Berapa lamakah produk ini akan menampakkan kesannya?

Untuk Lavandre Skin Care dan Collagen Lavender Soap, ianya bergantung pada masalah yang dihadapi kulit dan jenis kulit pengguna. Kesan positif boleh dapat dilihat seawal 3 hari dan kesan ketara mungkin mengambil masa 7 – 10 hari.

Adakah produk ini selamat digunakan?

Ya, ia selamat digunakan kerana dihasilkan tanpa sebarang bahan kimia yang boleh memudaratkan kulit dan kesihatan pengguna.

Adakah produk ini halal?

Ya, kerana ia dihasilkan dari bahan-bahan mentah yang halal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2013 12:25 PM | Show all posts
Bolehkah saya gunakan pencuci muka lain sebelum memakai serum dan krim Lavandre?

Ya, boleh. Namun untuk mendapat kesan yang lebih baik, disarankan memakai LAVANDRE Foaming Facial Wash kerana pencuci muka ini dihasilkan khas untuk digunakan sebelum memakai serum dan krim supaya kebaikan-kebaikan serum dan krim dapat diserap dengan lebih baik oleh kulit.

Bolehkah serum dan krim Lavandre ini digunakan bersama serum/krim muka lain?

Ya, tiada masalah untuk guna bersamaserum/ krim muka lain atau sebelum solekan. Namun jika serum dipakai pada waktu malam sebelum tidur, elakkan dari memakai bersama krim muka lain bagi memastikan serum memberikan kesan yang lebih efektif.

Bolehkah saya memakai serum Lavandre ini lebih dari dua kali sehari?

Ya, boleh dipakai lebih dua kali sehari kerana serum ini dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi yang selamat digunakan. Jika dipakai banyak kali pun tidak akan memudaratkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-6-2013 01:57 PM | Show all posts
Antara Testimoni Yang Diterima:

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2013 11:34 AM | Show all posts
TESTIMONI LAGI!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2013 11:53 AM | Show all posts
TESTIMONI CUSTOMER YANG SUDAH MENGGUNAKAN SET INI:

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2014 11:09 AM | Show all posts
TESTIMONI LAGI!!!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2014 04:21 PM | Show all posts
Bolehkah saya menggunakan krim sahaja tanpa serum?

Ya, boleh.

Bolehkah produk ini dipakai oleh wanita mengandung?

Ya, boleh kerana produk ini tidak mengandungi bahan kimia atau bahan yang boleh memudaratkan kesihatan ibu mengandung dan bayi.

Bolehkah produk ini dipakai oleh orang lelaki?

Ya, boleh kerana produk ini dihasilkan untuk menepati hampir kesemua jenis kulit sama ada lelaki atau wanita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2014 12:51 PM | Show all posts
Bolehkah produk ini dipakai oleh remaja?

Untuk remaja, tidak digalakkan memakai Lavandre Skin Care kecuali jika mempunyai masalah kulit yang agak teruk. Ini kerana set ini dihasilkan untuk kulit jenis matang. Walaupun kandungannya selamat dan lembut namun tidak digalakkan untuk kulit remaja. Hanya sesuai untuk 20 tahun ke atas sahaja.

Namun pengguna remaja boleh menggunakan Collagen Lavender Soap.

Kenapa pencuci muka Lavandre kurang berbuih?

LAVANDRE Facial Wash dihasilkan sebagai pencuci muka bebas sabun kerana kami ingin memastikan kulit wajah anda hanya menikmati khasiat-khasiat terbaik dari bahan semulajadi dan bukan sabun semata-mata. Oleh kerana pencuci muka ini tidak mengandungi sabun, ia hanya mempunyai sedikit sahaja buih dari gabungan bahan-bahannya. Jadi wajah anda tidak akan berasa kering selepas mencuci muka.

Kenapa produk ini perlu dipakai dalam masa 6 bulan selepas dibuka?

Ini bagi memastikan produk ini masih dalam keadaan baik dan dapat memberi kesan yang sempurna ketika digunakan. Ini kerana ia tidak mengandungi bahan pengawet sintetik. Produk semulajadi biasanya tidak mempunyai jangka hayat panjang selepas dibuka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2014 11:54 AM | Show all posts
LAVANDRE Skin Care Full Set
Harga: RM95 (Free Pos Laju Seluruh Malaysia)
Terdiri dari:
1. Foaming Facial Wash - 150ml
2. Balancing Toner - 60ml
3. Intensive Treatment Serum - 15ml
4. Super Whitening Cream - 30ml
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.178460 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list