CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1916|Reply: 11

[Tempatan] Apa relevan filem Tanda Putera pada peneroka?

[Copy link]
Post time 19-2-2013 12:32 PM | Show all posts |Read mode

Felda hari ini menganjurkan tayangan filem kontroversi Tanda Putera kepada kira-kira 3,000 orang peneroka tanah rancangan itu selepas satu majlis khas bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Program tayangan khas itu diumumkan oleh timbalan menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda Datuk Ahmad Maslan dalam ucapannya terdahulu, di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Beliau juga mengumumkan bahawa acara yang tidak disenaraikan dalam buku program itu diadakan untuk warga Felda atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.
Tayangan tersebut diadakan bermula jam 1 tengah hari selepas sesi ucapan pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan juga ucapan Mahathir di program 'Warga Felda Bersama Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad' itu.

Seorang pemimpin NGO anti-Pakatan, Zahid Mat Arip yang bertindak sebagai pengerusi majlis tayangan berkenaan pula mengumumkan bahawa tayangan itu merupakan program tertutup.
Beliau juga meminta para wartawan meninggalkan Dewan Merdeka PWTC sebelum tayangan bermula.

Filem itu mengisahkan peranan bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Filem berkenaan sehingga kini masih belum ditayangkan kepada umum walaupun telah diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem.

Ia pada asalnya dijadual untuk tayangan bermula 13 September sebelum ditunda kepada 15 November atas alasan kekurangan promosi.

Majlis tayangan berkenaan tamat sekitar jam 3 petang dengan satu bacaan doa.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2013 12:41 PM | Show all posts


bestnye cogan kata board isu semasa ni...kihkihkih
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 12:57 PM | Show all posts
aku cadang buat lagi satu pilem tajuk `tanda puteri'
mengisah jasa najib dan felda...

dan jgn lupa adegan haramjadah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 12:59 PM | Show all posts
petola posted on 19-2-2013 12:57 PM
aku cadang buat lagi satu pilem tajuk `tanda puteri'
mengisah jasa najib dan felda...

Huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 01:08 PM | Show all posts
bagi madey ngn boneka2 beliau - geng2 felda nie tahap pemikiran sejengkal, jah ... ngn sogok pelem 13 May nie senang jek nak menakut2kan depa, kalo tak pangk0h b-naj**, maka keadaan jd huru hara...

pastu buat2 la statement - kene kenang undi b_end kalo b_end takdak depa merempat bla bla bla bla bla .........


Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 01:39 PM | Show all posts
nak mengenang jasa arwah bapak dia tubuh Felda le tu...

cheitt..kenang jasa sampai kena lantik cucu dia pon jadi menteri..

org2 Pelda bengappp... xlayak suara pendapat/ jadi pemimpin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2013 02:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2013 02:37 PM | Show all posts
kiranya peneroka boleh berbangga kerana jadi penonton awal menonton filem pecah panggung tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2013 09:56 AM | Show all posts
filem wajib tonton...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2013 10:09 AM | Show all posts
kutip box-office area Felda
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 10:14 AM | Show all posts
Tu lah.. betul2 menjadi TANDA tanya la..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 10:15 AM | Show all posts
peranan bekas PM Tun Razak sebelum mei 1969 taknak cite ke.. dr kaca mata TAR..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.293407 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list