CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4088|Reply: 21

[Tempatan] Brahim’s Holdings sediakan makanan utk jemaah haji diMakkah

[Copy link]
Post time 21-2-2013 12:34 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Brahim’s Holdings Berhad kini dalam peringkat akhir perbincangan untuk memuktamadkan perjanjian dengan kerajaan Arab Saudi mengenai penyediaan makanan kepada jemaah haji di Makkah.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Brahim’s Datuk Ibrahim Ahmad berkata, perjanjian berkenaan untuk membekalkan dan menyediakan makanan kepada jemaah haji yang menunaikan fardu berkenaan terutama ketika di Mina dan Arafah dijangka dimulakan pada 2014.

“Selepas beberapa siri pertemuan, kami kini sudah sampai ke peringkat akhir perbincangan dan ia dijangka dapat dilaksanakan jika tiada sebarang masalah,” katanya.


Menurutnya, untuk fasa permulaan pihaknya akan menyediakan makanan bagi jemaah haji dari negara Asia Tenggara yang dijangka mencecah 400,000 orang.

“Sebagai permulaan, kami akan menyediakan makanan untuk jemaah haji dari negara rantau Asia Tenggara dan untuk tujuan itu kami akan membina kilang yang juga menjadi dapur utama bagi kerja penyediaan makanan,” katanya kepada Bisnes Metro selepas pelancaran ulang tahun ke-25 Brahim’s di sini, semalam.

Ibrahim berkata, kontrak penyediaan makanan dilakukan dengan kerjasama kerajaan Arab Saudi dan tidak membabitkan mana-mana agensi lain dari Malaysia.

Brahim’s lebih dikenali sebagai penyedia perkhidmatan katering dalam pesawat melalui syarikatnya Brahim’s Airline Catering Sdn Bhd yang sebelum ini dikenali sebagai LSG Sky Chefs - Brahim’s Sdn Bhd dengan rakan kongsinya Penerbangan Malaysia (MAS) dan dianggap sebagai operasi dapur halal penerbangan terbesar dunia yang dimiliki sepenuhnya syarikat Malaysia.

Makanan yang dihasilkan dihidangkan dalam lebih 30 syarikat penerbangan dengan kira-kira 50,000 hidangan disediakan setiap hari.

Selain itu, ia turut memasarkan pelbagai produk berasaskan sos dan hidangan sedia dimakan di bawah jenama Brahim’s yang turut boleh didapati di lebih 25 negara di seluruh dunia.

Syarikat berkenaan turut menjalin kerjasama di beberapa negara dalam sektor pembuatan untuk menghasilkan makanan sedia dimakan antaranya di Jordan, Jepun dan China.


Last edited by R2D2 on 21-2-2013 12:35 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2013 01:23 PM | Show all posts
brahim's dalam pek mahal..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 03:53 PM | Show all posts
kompeni mafia hamzadah jual air 30hinggit sebotol nak belagak sooci...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 03:59 PM | Show all posts
ingat ibrahim ali td
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru tau Brahim yg dpt kontrak makanan dgn MAS. Itu pun sbb tgk masterchef celebriti 2 final baru2 nih ada dato brahim jd juri
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 02:57 AM | Show all posts
bertambah kaya la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2013 05:44 AM | Show all posts
penyelamat dikala tercari2 makanan halal di belgium baru2 ni ...  





Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tumpang bangga dgn kejayaan anak malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2013 06:50 AM | Show all posts
Brahim nie dulu pembekal bahan makanan tentera masa pak lah jadi menteri pertahanan

Masa pak lah jadi p.m, terus dapat jadi pembekal bahan makanan untuk MAS lak

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 07:04 AM | Show all posts
dauswq posted on 21-2-2013 03:59 PM
ingat ibrahim ali td

tu pembekal katak terbesar nusantara ....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedara pak lah kan brahim ni?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 07:27 AM | Show all posts
rasanya adik pak lah kan....ibrahim ahmad badawi
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 07:35 AM | Show all posts
untung tul LSG SkyChef ni dpt tender supply makanan kat MAS.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 08:59 AM | Show all posts
vespa_oren posted on 28-8-2013 06:50 AM
Brahim nie dulu pembekal bahan makanan tentera masa pak lah jadi menteri pertahanan

Masa pak lah  ...

Diberitakan bahawa Brahim ni anak sedara Pak Lah

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 09:08 AM | Show all posts
x tau nk tumpang bangga atau nk marah............

bangga coz company malaysia n melayu islam dan perniagaan semakin global

nk marah coz kroni dan dh kaya bertambah kaya
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 09:22 AM | Show all posts
Edisi meloyakan....tak sedap......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2013 09:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 11:02 AM | Show all posts
scorpionkiki posted on 28-8-2013 08:59 AM
Diberitakan bahawa Brahim ni anak sedara Pak Lah

adik beradik Pak Lah
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 11:15 AM | Show all posts
Kabel beso...

Elok le tu asik2  kroni Madey je dpt...

Kasi peluang kat org lain plak...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 01:45 PM | Show all posts
vespa_oren posted on 28-8-2013 11:02 AM
adik beradik Pak Lah

Ok... noted, kena tukar info dlm otak

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.428806 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list