CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: harmerz01

PRU 13 ....... Hari ini Pembuburan Parlimen???

[Copy link]
Post time 22-2-2013 03:10 PM | Show all posts
mana ada announcement lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2013 03:38 PM | Show all posts
Takjadi bubur pun. Bubur la cepat.. bubur la cepat.
Tunggu lepas ofis hour kot?
Takde pun bunyi panggilan PC tergempar kat mana-mana hari ini.
Setahu aku bulan Mac ni ada LIMA Langkawi.. dirasmikan Najib gak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 03:49 PM | Show all posts
bubar tk bubar.....bubar tk bubar....
tk cukup lagi tebar duit...
rakyat nk duit lagi ni....
jgn bubar dulu....kasi TR1M dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 04:06 PM | Show all posts
Tak jadi bubur kot kali ni. Sebab nanti dituduh gimik politik

Bubar Dun hanya gimik politik MB, kata Noh
ARZIANA MOHMAD AZAMAN
21 Februari 2013

Noh (dua, kanan) menyampaikan sumbangan BR1M kepada 500 penduduk di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun Tanjong Karang, hari ini. TANJONG KARANG –  Kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim termasuk mengumumkan hendak membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) hanya satu lagi gimik politik kerana beliau tidak akan berani berbuat demikian walaupun mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, beliau mempersoalkan mengapa sampai sekarang Abdul Khalid tidak berani mengumumkan tarikh pembubaran Dun Selangor walaupun mendakwa mendapat persetujuan Sultan Selangor.

“Kenapa tarikh pembubaran Dun Selangor masih tidak diumumkan? Sedangkan sebelum ini Abdul Khalid banyak membuat kenyataan pengumuman mengenai pembubaran Dun selepas Chap Goh Mei.

“Bagaimanapun, saya berani menyatakan sidang Dun Selangor ini tidak akan dibubarkan Menteri Besar dalam masa terdekat ini kerana yakin Dun Selangor dan Parlimen akan dibubarkan serentak,” katanya pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat  1Malaysia (BR1M) di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Harun di sini, hari ini.

Semalam, Abdul Khalid dilaporkan sebagai berkata beliau telah menghadap Sultan Sharafuddin dan baginda bersetuju dengan hasrat kerajaan negeri membubarkan dewan tetapi menitahkan supaya pengumumannya dilakukan dengan tertib.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, ini tidak lebih daripada gimik politik kerana sebelum ini Abdul Khalid mempertikai daftar pemilih di Selangor dan ingin mengheret Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke mahkamah kerana kononnya pendaftaran pemilih tidak mengikut peraturan.

“Saya difahamkan pakatan pembangkang juga mahu saman dan membawa perkara itu ke mahkamah kerana  kononnya mendakwa SPR tidak bersih selain dikatakan  gagal mengikut peraturan sedia ada.

Apabila SPR sendiri bersedia ke mahkamah, namun menteri besar sehingga kini masih berdiam dan tiada pelaksanaan seperti yang diumumkan. Bahkan ke mana perginya cadangan untuk membentangkan kertas putih mengenai isu ini?

“Saya lihat PR Selangor hanya pandai bercakap demi kepentingan politik, ini beza dengan pendekatan yang diambil BN. Menteri besar macam 'konduktor bas' yang mengikut telunjuk DAP,” katanya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2013 03:02 PM | Show all posts
Najib tunggu apa pun tak tau  ....... mungkin Rosmah umumkan pembubaran
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.051763 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list