CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2382|Reply: 0

Wanita migrain risiko hidap strok

[Copy link]
Post time 24-2-2013 10:12 AM | Show all posts |Read mode
Wanita migrain risiko hidap strok ANDA wanita yang berusia 45 tahun ke bawah dan mengalami migrain? Jika ya, anda sebenarnya tidak berada dalam situasi yang menyenangkan. Sebabnya, kecenderungan kumpulan wanita muda yang menghidap migrain berserta kehadiran aura adalah dua kali ganda lebih tinggi untuk mendapat serangan strok.

Aura merujuk kepada gangguan visual atau deria yang berlaku sebelum atau semasa kehadiran migrain.

Berdasarkan bukti sedia ada, risiko mendapat strok lebih tinggi jika seseorang wanita muda mengambil pil pencegah kehamilan dan merokok.

Sekitar 10 hingga 20 peratus populasi penduduk di dunia mengalami masalah migrain. Kadar kelaziman migrain juga didapati lebih tinggi dalam kalangan wanita berbanding lelaki.

Menurut para penyelidik, sembilan kajian terbaru tentang kaitan antara migrain dan masalah kardiovaskular telah diteliti semula.

Kajian pada tahun 2004 mendapati pesakit migrain mempunyai dua kali ganda risiko untuk mendapat strok. Hasil kajian terbaru sebaliknya mendapati pesakit yang menderita migrain berserta aura lebih tinggi risikonya.

Risiko mendapat kesakitan jantung meningkat sebanyak 30 peratus, biarpun kajian tersebut tidak menemui hubungan antara migrain dan serangan jantung atau kematian akibat penyakit kardiovaskular.

Ketua penyelidik dari Sekolah Perubatan Harvard, Markus Schurks berkata: 'Kajian mengenai kependudukan menunjukkan satu pertiga daripada pesakit mengalami aura bersama masalah sakit kepala.

'Apabila terdapat 40 peratus wanita muda yang mengalami migrain, maka anda akan sedar impaknya ke atas kesihatan sesuatu populasi,' katanya.

Wanita-wanita muda yang mengalami migrain berserta kehadiran aura dinasihati menghentikan tabiat merokok dan kaedah pencegah kehamilan. Tetapi pengambilan ubat pencegah kehamilan yang mengandungi estrogen boleh dipertimbangkan.

Dalam pada itu, Yayasan Jantung Britain mengesyorkan golongan wanita agar mengurangkan seberapa banyak risiko mungkin.

Misalnya bertukar kepada kaedah pencegah kehamilan berasaskan bukan estrogen, berhenti merokok atau mendapatkan nasihat pakar.

Pengarah pertubuhan amal, Migraine Action, Lee Tomkins berkata, hasil kajian itu signifikan dalam membantu wanita memahami kepentingan memiliki pelan pengurusan migrain. Ini bagi mengurangkan kadar kekerapan serangan strok.

Dr. Tony Rudd dari Persatuan Strok pula memberitahu, pengamalan gaya hidup yang sihat dan pemeriksaan tekanan darah secara kerap adalah cara mudah untuk mengurangkan risiko serangan strok.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.052103 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list