CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17473|Reply: 103

Tempat Suluk---Ada Cadangan?

[Copy link]
Post time 24-2-2013 06:07 PM | Show all posts |Read mode
Assalam semua, saya nak minta bantuan kalau ada sesiapa yang tahu tempat suluk (tempat belajar agama) yang boleh saya pergi dari hari Jumaat petang sampai Ahad kat Malaysia ni?

Kalau boleh nak yang macam kampung2 sikit la....yang jauh dari bandar dan paling penting x nak ada gangguan dari suasana dunia. Teringin lak nak duduk macam tu...yang sepi2 lagi best.....

Saya tak tau nak panggil tempat apa, yang saya tahu tempat suluk....

Harap2 ada forumer yang dapat bantu dan beritahu saya ya.....Terima kasih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2013 07:00 PM | Show all posts
Dekat jenderam hilir ada mcm suluk ni tapi tak sure nama apa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2013 07:29 PM | Show all posts
mamiayu posted on 24-2-2013 07:00 PM
Dekat jenderam hilir ada mcm suluk ni tapi tak sure nama apa

Jenderam tu di negeri mana ya? Insya-allah boleh cari nanti...

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 08:33 PM | Show all posts
Dari dengkil nak ke lcct n klia ikut jln dalam. Jenderam hilir ke jenderam hulu i tak sure. Selalu gak terbaca advertismentnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2013 10:23 PM | Show all posts
mamiayu posted on 24-2-2013 08:33 PM
Dari dengkil nak ke lcct n klia ikut jln dalam. Jenderam hilir ke jenderam hulu i tak sure. Selalu g ...

oic....advertisement tu selalu di dalam akhbar mana ye?

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 10:51 PM | Show all posts
bukan dalam newspaper ke hapa, tapi ditampal kat tepi jalan. rasa nya aku ternampak kat bandar baru bangi. ko google lah. baru2 ni derang buat majlis maulidulrasul peringkat international. masa tu aku terjumpa 3 orang makcik kat pkns bangi derang tgh cari barang nak hias dewan utk majlis maulidul rasul tu. itu first time aku jumpa orang yg belajar kat situ. tapi sayangnya aku tak tanya banyak2 jadi tak dapat nak tolong ko.
cuba ko drive dari bangi ikut jalan nak ke dengkel, selepas bukit unggul ada simpang sebelah kiri ke klia/lcct. kalau terus ko ke dengkel/ banting. bila ko masuk kiri tu dah kira jenderam hilir/hulu (sorry aku tak sure) dekat situ ada sekolah sebelah kiri ko dan masjid kat sebelah kanan ko. boleh tanya kat masjid kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2013 10:52 PM | Show all posts
aku rasa tempat tu femes pasal belajar macam pondok ni, aku lupa namanya
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 11:04 PM | Show all posts
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh TT...

Tuan kat mana?


Kalau Tuan nak ke Jenderam tu...bagus je...   tapi...nampaknya Tuan bukan dekat N9 kan?


Selain tu...kalau Tuan dekat selangor...Munkin boleh cari Tuan Guru Dr Jahit Sidik... (dulu Prof madya  ni! )...kat kat Rawang ....ada buat perubatan Islam jugak!


Kalau Tuan kat kat Perak...Munkin boleh join suluk kat kampung saya d kuala Kangsar.

"Suluk " biasanya diadakan waktu cuti sekolah...Dan utk yg baru baiah.....minimum 10 hari....BESt!......Lupakan urusan Dunia 10 hari tu...tumpukan Ibadah je....

Tapi sebab nak " lupakan dunia 10 hari"...pastikan kena buat persiapan utk "kewajiban " dunia yg ditinggalkan tu...hheehe..  kalo dah kawin..belanja dapur & urusan anak anak kena le kasi "terurus"...baru tenang nak duk rumah suluk...

Kat kampung saya tu "Naqshabandiah Kholidiah"...Salasilah bersambung dgn Syekh Abdul Wahab Rokan Al Kholid (Langkat- Sumatera)i....yg mana Syekh Abdul Wahab ambil drp Syekh Sulaiman Zuhdi (Jabal Qubis, Makkahtul Mukkarramah).

p/s ; tapi..sebelum nak masuk suluk..kenalah baiah dulu...selalunya org baiah hari Isnin malam selasa...(masa  tu lepas Isyak ada majlis zikirullah )...& boleh le join majlis zikirullah tu yg diadakan tiap tiap minggu bila bila kelapangan..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2013 11:09 PM | Show all posts
mamiayu posted on 24-2-2013 10:52 PM
aku rasa tempat tu femes pasal belajar macam pondok ni, aku lupa namanya

Alhamdullillah..

Yg ini ke Tuan?


http://www.aljenderami.com.my/aljenderami/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2013 12:15 AM | Show all posts
burungantu posted on 24-2-2013 11:04 PM
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh TT...

Tuan kat mana?

Yang di Kuala kangsar tu nampak macam kene jer ngan saya...tempat tu kat kawasan yang jauh dari bandar ker?

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 12:24 AM | Show all posts
hmm? napa tak pergi UIA? i mean university ? lagi bagus sebab awak boleh nampak semua aliran guru dan sapa tok guru depa, which uni depa  belajar?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 12:50 AM | Show all posts
Luckman posted on 25-2-2013 12:15 AM
Yang di Kuala kangsar tu nampak macam kene jer ngan saya...tempat tu kat kawasan yang jauh dari ba ...

Alhamdullillah


Rumah Suluk tu tak berapa jauh drp bandar Kuala Kangsar....dalam 15 KM je rasanya....

& Surau + Rumah Suluk tu memanglah tempatnya agak terpencil sikit...   

Yg kelakar...kengkadang org yg duk sekitar tu tak berapa tahu & menyangka bukan bukan (segelintir ) padahal...ramai yg datang surau tu bukan sekadar org kampung sekitar...malah yg jauh pun ramai...  


Bagi yg menyangka bukan bukan..kengkadang ada yg tuduh ajaran sesat...cth...mengharamkan makan daging....Tinggal dunia etc ...Padahal....memang dlm tempoh suluk (selalunya 10 hari)..anak murid 'Berpantang"...tinggal dunia...makan pun berpantang....pakaian pun berselendang (serban sentiasa tutp kepala)...tapi...ini bagi tempoh suluk je!...lepas tu.....makan le segala yg Allah halalkan & berusaha/kerjalah mcm biasa...(malah kenalah bagi cth lebih baik sebagai org yg nakkan Allah! )...
(Takkan tak makan daging seminggu dah dikatakan mengharamkan yg Halal..   kalu org "Darah Tinggi kronik" Doktor haramkan terus daging boleh pulak..  




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2013 12:56 AM | Show all posts
burungantu posted on 25-2-2013 12:50 AM
Alhamdullillah

Alhamdulillah....

Sebenarnya ini la tempat yang saya cari...saya nak jauhkan sementara waktu diri saya dari dunia luar..bukan ler nak jauhkan terus..saya nak besendirian sementara waktu dari kesibukkan bandar serta hiruk pikuk keadaan sekeliling.



nanti boleh PM saya tempat tu tak dan dengan siapa saya boleh contact?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2013 12:58 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 25-2-2013 12:24 AM
hmm? napa tak pergi UIA? i mean university ? lagi bagus sebab awak boleh nampak semua aliran guru da ...

Susah sikit nak explain keadaan sebenarnya nya...Saya cuma nak bersunyi2 sementara waktu dari dunia luar.......

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 01:10 AM | Show all posts
Luckman posted on 25-2-2013 12:58 AM
Susah sikit nak explain keadaan sebenarnya nya...Saya cuma nak bersunyi2 sementara waktu dari duni ...

Alhamdullillah...


Insyaallah....kalau Tuan teringin nak datang boleh je PM saya...Insyaallah....kalau saya lapang...saya boleh tunjukkan rumah Mursyid .. (eloknya ziarah Mursyid dulu...berkenal kenalan dsbnya)..


Bila rasa betul nak Bai'ah...bolehlah arrange dgn Mursyid.. datang Isnin (Magrib) ...

Kalau masa ada Suluk ( selalunya dlm cuti sekolah...) boleh Bai'ah anyday...   


O.k Tuan.....  
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 06:45 AM | Show all posts
Salam TT

Kat rumah TT tu kul 2-3 pg pn diganggu dunia ke?
Bkn ke time tu sume org dok tidoq?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2013 08:01 AM | Show all posts
Bawah tangga rumah
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 08:36 AM | Show all posts
burungantu posted on 24-2-2013 11:04 PM
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh TT...

Tuan kat mana?

bismillah wassholatu wassalam 'ala rosulillah, amma ba'ad;

Majlis Fatwa Kebangsaan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 Apr 2000 telah membincangkan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani. Muzakarah telah memutuskan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.

Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

The 48th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 3rd April 2000 has discussed the Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani Sufi Order. The Conference decided that the Naqsyabandiah Al-Aliyyah Sufi Order led by Syeikh Nazim contradicts with the creedal doctrine of the Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah and deviates from the teachings of Islam. Practitioners of this Order must repent at once.

All states are required to issue a fatwa that is gazetted which decrees that the Naqsyabandiah Al-Aliyyah Sufi Order led by Syeikh Nazim is unlawful (haram) and must not be practiced by Muslims as it is a deviation from the true teachings of Islam.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa- ... kh-nazim-al-haqqani

antum boleh tengok sendiri kesesatan yang jelas tariqat ini di youtube. teramat lah jauh mereka tersasar dari petunjuk suri tauladan kita, penutup segala nabi dan rosul muhammad shollallohu 'alaihi wa sallam. kita memohon perlindungan kepada ALLOH dari fitnah syubuhat dan fitnah syahawat.

benarlah sabda nabi yang mulia shollallohu 'alaihi wa sallam dalam sebuah hadits yang panjang dari sahabat hudzaifah ibnul yaman bahawa rosululloh shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud :

"(akan muncul) para da'i-da'i (pendakwah) yang menyeru ke neraka jahannam. barangsiapa yang menerima seruan mereka, maka mereka pun akan menjerumuskan diri ke dalam neraka." (riwayat imam al-bukhori)

kita memohon kepada ALLOH keselamatan, wALLOHul musta'an.


Last edited by irbadh on 25-2-2013 03:57 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 10:28 AM | Show all posts
saya tak berapa faham pasal Tarikat...jadi saya nak tanya, adakah guru Tarikat akan menerima sesiapa sahaja menjadi murid beliau, atau adakah guru tersebut akan tenguk dulu orang tersebut & kemudian baru beliau buat keputusan samada nak ambil jadi murid atau pun tidak

lagi satu biasanya apa aktiviti yg dilakukan semasa bersuluk selain berzikir Last edited by krukx on 25-2-2013 10:30 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2013 01:54 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 25-2-2013 06:45 AM
Salam TT

Kat rumah TT tu kul 2-3 pg pn diganggu dunia ke?

wallaikum salam wb.

Yup. Rumah nie dah jadi disko dengan kelihatan dan tidak kelihatan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.290550 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list