CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matabelalang

APA AKAN TERJADI JIKA PR KE PUTRAJAYA

[Copy link]
Post time 14-3-2013 01:03 PM | Show all posts
Kalau PR menang.. Pilihanraya Kecil mungkin terpaksa dibuat serta-merta.
Sebab semua wakil rakyat BN cabut lari obesi dalam masa 24 jam.. takut kena join Toyo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2013 04:35 PM | Show all posts
Loxlaxman posted on 25-2-2013 05:19 PM
Hang yang rabun tuli ... dia tanya tu "sekarang ni Malaysia negara Islam ke tak" ... hang jawab la ...

huhuhu ada laki mangkuk DAP sian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2013 02:34 PM | Show all posts
bila nak PRU13 nie ... nak bubar pada 21 April ker???
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2013 03:54 PM | Show all posts
hmm.. kalau pr menang tak taw pe akan jadi..
maybe shahrizat mahon kerakyatan vietnam kot.. hahahha..

actually why not kite try other side as govt kn...
tgok mane  bg bnyk benefit kat rakyat ngn country..
then tak puas ati tuka la blk...

yg pelik nyer org soal bab negara islam ke tak..
hahahha.. buat lawak, govt skrg islamic sgt ker???
bini pown tak pakai tudung, dari situ pown dah boleh beza which one more islamic...
tak tgok yg laen2 lg tue...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2013 04:47 PM | Show all posts
Klu PR menang PRU nanti, apakah akan terjadi kepada TV3?
Apakah tajuk utama Buletin Utama setiap malam?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2013 02:39 PM | Show all posts
siapa korang undi ... sama ada ikut parti atau calon? Sekiranya kita undi ikut parti, calon pulak bukam Islam, korang nak undi ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2013 05:06 PM | Show all posts
kelana36 posted on 25-2-2013 07:04 PM
Just to recall....

aku ni xdea la nk melayu kena tindas.tapi klu pemimpin yg konon nk bela melayu tapi sibuk penuhkan kocek sendiri rasanya baik disamaratakan..sepupu aku dok spore jdi cikgu sekolah menengah gaji belas2 ribu..sbb negara bebas rasuah.rakyat akan jadi kaya.ni negara byk hasil,ISLAM pulak tu kononnya...tapi rasuah kemain lg.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2013 05:24 PM | Show all posts
Mahathir ke Tali Gantung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2013 10:18 AM | Show all posts


DAP, PKR dan PAS. Belum ke Putrajaya sudah bergaduh!

1- PAS Kawasan Bagan Serai tetap akan meletakkan calon PAS sebagai Ahli Parlimen Bagan Serai dan DUN Alor Pongsu walaupun Anwar Ibrahim telah mengumumkan Dr. Muhamad Nur Manuty sbg calon Ahli Parlimen PKR Bagan Serai.

2- PAS Bagan Serai memboikot dan tiada seorg pemimpin PAS menghadiri Program Jelajah Merdeka Rakyat Parlimen Bagan Serai anjuran PKR yg dihadiri Anwar Ibrahim pd 16hb Mac lepas.

3- Ketua Penerangan PKR, Dr Muhamad Nur Manuty berkata bahawa keputusan pembahagian kerusi oleh PAS, PKR dan DAP sudah selesai dipersetujui bersama oleh pemimpin PR sementara Anthony Loke, Ahlijawatankuasa Eksekutif DAP berkata bahawa ianya masih dalam perbincangan dan belum ada kata putus. Manakala Ketua Penerangan PAS, Datuk Tn Ibrahim Tn Man pula berkata bahawa PAS akan menuntut lebih banyak kerusi Parlimen pd PRU13.

4- Pergolakan PAS Kedah semakin kritikal apabila protes dan memorandum oleh ahli PAS Kawasan disokong Dewan Ulama PAS Kedah terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. PAS Kedah kini terbahagi kepada beberapa kelompok dan 'team' masing-masing mengintai peluang utk merebut kerusi Menteri Besar Kedah selepas PRU13 sekiranya PR masih berkuasa.

5- PAS Terengganu juga berpecah kepada beberapa kelompok apabila beberapa pemimpin PAS menolak pengumuman Saiful Bahri Mamat, Timb. Pesuruhjaya PAS Terengganu yg diumumkan sebagai ADUN Paka oleh Haji Hadi Awang, Presiden PAS. Beberapa pemimpin muda PAS menolak pencalonan tersebut memandangkan Saiful Bahri Mamat pernah bertanding atas tiket PAS di tempat yg sama sejak 3 penggal lepas.

6- Mesy. PKR Wanita Hulu Selangor hanya dihadiri oleh 7 org ahli apabila berlaku perebutan kuasa antara Ketua Wanita dan Naib.

7- Pemilihan Cabang PKR Kota Raja dicemari insiden tumbuk menumbuk dan baling kerusi apabila Exco Kerajaan N.Selangor, Dr. Xavier Jeyakumar dicabar dan berlakunya 'magic' dalam kiraan undi. Begitu juga di Cabang PKR lain seperti Subang yg melibatkan pemimpin kanan PKR, R.Sivarasa.

8- Terdapat desas-desus dikalangan jentera PAS yg mereka tidak akan turun membantu calon drp PKR dan DAP dalam PRU13. Ini adalah kerana jentera PAS hanya diperlu dan dipandang sewaktu pilihanraya sahaja manakala selepas kemenangan calon, jentera PAS langsung tidak dipedulikan.

9- Dr. Hassan Ali (Yang DiPertua) dipecat manakala Norman Toha (Setiausaha), Ustaz Hasan Basri (Ketua Penerangan) keluar daripada PAS Selangor apabila melihat PAS langsung tidak diberikan sebarang keistimewaan dan suara didengari khasnya berkenaan isu agama selepas PR memenangi Kerajaan Negeri Selangor. Selepas Dr. Hasan Ali dipecat drp jawatan Exco berkenaan urusan agama Islam dan org Melayu tempatnya diambil sendiri oleh Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim dan tidak diberikan kpd PAS. Begitu juga di Pulau Pinang.

10- Karpal Singh tetap bertegas dgn pendiriannya bahawa dia akan menentang keras perlaksanaan Negara Islam sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya.

11- PKR dan DAP Johor bertelagah teruk dalam perebutan kerusi bagi PRU13.

Pakatan Rakyat : Tidur sebantal, mimpi lain-lain!

Ingat, Manifesto PR bukan janji! Buatlah keputusan bijak. Fikirkan masa depan tanahair...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2013 09:41 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 05:37 PM | Show all posts
unekspekted_XII posted on 25-2-2013 05:01 PM
jadi PELIK

hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 08:48 PM | Show all posts
sebenarnya, kalau kita tengok maind stream media pun, ia bersikap tidak adil dan berat sebelah...tohmahan2 yg di lemparkan oleh BN tidak dpt di jawab oleh parti2 PR...jadi bagi BN, mereka mudah menipu orang2 kampung, orang2 felda, para petani, dan lain2 di mana mereka semua tidak celik IT dan sumber berita cuma dtg dari tv1, tv2 dan tv3 yg jelas di miliki oleh parti BN...jadi nak mengatakan politik malaysia ni first class adalah jauh sekali...kalau di lihat di negara2 barat, platform media di beri sama adil samada parti pemerintah atau parti pembangkang...politik malaysia adalah politik kampung di mana org2 tua pemimpin politik ingin remain status quo...

manusia yg biasa menang agak sukar menerima kekalahan...resah gelisah, dan akan cuba mcm2 utk menjatuhkan underdog...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 09:10 PM | Show all posts
sebenarnya, BN cuba nak portray yg sekiranya bertukar kpd PR, negara seolah-olah akan huru-hara, tidak aman, dan sebagainya...padahal dlm PR tu pun ade bangsa melayu, adakah bangsa melayu dlm PR akan jual melayu seperti BN?

so it is fair that PR menang media social...sebab BN control media utama...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2013 09:20 PM | Show all posts
Semasa isu Amanah Haji Hadi dijadikan tajuk politik oleh BN, banyak kain rentang menulis kata-kata Haji Hadi "BERI SAYA LIVE DI TVI, TV2, TV3 SELAMA 1 JAM, SAYA AKAN ULAS ISU AMANAT HAJI HADI ITU" ... Ada bran ???
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 01:15 AM | Show all posts
TT ape kate ko pangkah PR, then tengok ko kena buang ke tak kalau PR menang
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 11:15 AM | Show all posts
smlm ada pesakit haku amik ubat darah tinggi kt klinik pesakit luar medikal. dia ni kerje polis. umor dkt 45 gak ler. wei ! dia citer kt haku lepas pru yg dulu dah 2 juta lebih org2 asing ditukar dari ic merah jadi ic biru. dia ckp kt haku ni strategi politik utk pilihanraya. dia bengang sgt2 kt gomen sbb kes kt LD. Mlm tadi dia berangkat ke LD ler. And dia ckp kes kt LD tu mmg pyh nk settle sbb militants tu ade yg punye ic biru n kiranye mereka adelah warga msia so very difficult nk asingkn yg mana militant yg mn bkn militant unless caught red handed pegang bom @ machine gun. dia ckp kali  ni mmg ramaiiii polis nekad nk tumbangkn be end sbb dah nmpk level corruption n masaalah2 lain dah sampai tahap membahayakan rakyat n negara.

dia juga kata management kt sngor mmg baik/telus. dan dia praying that pr wins big time this time sbb our country rly needs massive cleaning-up.

dia ckp camtu. aku dengar n sampaikan kt sini. luahan hati dia ler , mgkn. tak off-topic ni bkn? aku rasa kita patut lebih risau -APA JADIK KALO BN MASIH MENANG PILIHANRAYA?- its worrying......................n god knows if lahad datu is just tip of the iceberg. byk lg dia citer tp x seswai nk mention kt sini.

anyway ia membuat aku lebih nekad undi aku kali ni , my 1st time buang undi is all for PR !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2013 11:42 AM | Show all posts
amerthyst posted on 21-3-2013 01:15 AM
TT ape kate ko pangkah PR, then tengok ko kena buang ke tak kalau PR menang


Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 12:15 PM | Show all posts
salam..saya tak menyebelahi mana2 pihak.. tp mengikut pandangan pribadi sy..PR akan kalah(misi selesai) dlm PRU-13 nih hilang semua negeri termasuk kelantan.. pastu semua parti dalam tuh berpecah..kembali macam dulu, masing2 parti bawa haluan masing2...BN terus memerintah sampai tahun 2020..."kalau lihat pokok dari jauh..selalu nampak daun je..ranting susah nak tengok.."hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2013 05:01 PM | Show all posts
ARAHAN PERTAMA JIKA PR MENANG PRU13 ...

PUCHONG – “Sebaik sahaja kita tawan Putrajaya, ‘Perdana Menteri’ baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang supaya jet peribadi tidak dibenarkan membuat penerbangan,” demikian tegas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Arahan itu menurut Guan Eng akan dikeluarkan malam ketika keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diumum dan beliau yakin besar ia berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, ia berikutan PR tidak mahu pemimpin yang didakwa kuat ‘curi’ harta rakyat sebelum ini melarikan diri apabila mereka diumum kalah.

Katanya, ‘pemimpin’ dimaksudkan memang pandai kerana jika menang mereka akan tinggal di negara ini tetapi jika kalah akan pakai jet peribadi dan terbang ke luar negara.

“Kita tidak mahu ‘mereka-mereka’ ini bawa lari dan bakar fail, PM baru akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang, jet peribadi tidak boleh terbang sebaik sahaja PR diumum dapat tawan Putrajaya.

“Arahan akan keluar juga di sebuah daerah di Sarawak kerana di sana banyak jet peribadi, tidak boleh terbang kecuali dapat kebenaran ‘kerajaan baru’ Malaysia,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan Pusat Perkhidmatan Pilihanraya PR Puchong, di sini lewat malam tadi.

Hadir sama Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Adun Kinrara, Teresa Kok Suh Sim.

Guan Eng sebelum ini mendakwa, negara tidak akan bankrap sekiranya PR memenangi Putrajaya dan perkara itu diakui bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

Sambil merujuk Selangor dan Pulau Pinang, beliau berkata, setiap tahun kerajaan negeri itu untung meski memberi duit kepada rakyat melalui program dilaksanakan.

Jelasnya, Barisan Nasional (BN) dilihat menakutkan-nakutkan rakyat dengan cerita tipu sekiranya PR menang besar PRU akan datang.

“Itu semua tipu punya cerita... kenapa rakyat perlu ditakutkan... rakyat tidak buat salah, tidak curi saham.. tidak curi kereta.. tidak curi tanah malah lembu pun mereka tidak curi,” katanya.

Dalam ucapan sama, Guan Eng berkata, bapanya Lim Kit Siang akan bertanding di kubu kuat BN di Gelang Patah, Johor.

Jelasnya, jika boleh menang di Gelang Patah beliau percaya akan menang banyak kerusi lain di Johor dan PR mempunyai peluang besar ke Putrajaya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 12:17 AM | Show all posts
matabelalang posted on 24-3-2013 11:42 AM




now i get it why chedet ckp org org cerdik tak masuk BN. tgk ape jenis kerisauan dorang ni pun dah tau.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.502649 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list