CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1355|Reply: 11

Utusan catat kerugian sebelum cukai RM15.50j

[Copy link]
Post time 28-2-2013 08:02 AM | Show all posts |Read mode
Utusan Melayu (M) Bhd mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM15.50 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM16.356 juta pada tempoh yang sama sebelumnya.

Perolehan susut kepada RM349.19 juta berbanding RM366.55 juta sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Utusan Melayu berkata perolehan yang lebih rendah itu berpunca daripada segmen penerbitan dan pengedaran yang mencatat perolehan yang lebih rendah, sebanyak 8.6 peratus serta pelupusan sebuah unit dalam segmen percetakan.

Utusan Melayu berkata tahun ini akan terus mencabar untuk kumpulan itu berikutan saingan sengit dalam penguasaan pasaran perbelanjaan pengiklanan dalam kalangan media.

Bagaimanapun kumpulan itu akan terus memanfaatkan akhbar kompaknya, Kosmo, untuk perolehan iklan yang lebih tinggi.

"Kami juga akan memanfaatkan segmen teknologi maklumat dan multimedia yang merekodkan perolehan yang meningkat sekali ganda tahun lepas.

"Segmen itu dijangka meningkatkan sumbangannya terhadap kumpulan itu," katanya.

- Bernama


tahniah diucapkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2013 12:03 PM | Show all posts
Aihhh... bukan ke setiap office kerajaan diwajibkan melanggan sokabar neh.. Takkan rugi lagi kot??
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 12:20 PM | Show all posts
utusan dah rugi...puak pembangkang tak nak buat modal meratib ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 12:23 PM | Show all posts
akughi posted on 28-2-2013 12:20 PM
utusan dah rugi...puak pembangkang tak nak buat modal meratib ke?

KAHKAHKAHKAH

Asyek2 isu sex..sex..sex..fitnah..fitnah..fitnah.. kalo nak meratib pon x kusyuk weh!! KAHKAHKAHKAHKAH
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 12:25 PM | Show all posts
Cuai posted on 28-2-2013 12:23 PM
KAHKAHKAHKAH

Asyek2 isu sex..sex..sex..fitnah..fitnah..fitnah.. kalo nak meratib pon x ku ...

tak kan sikit sangat ko meratib...... biase kan ko gelak sakan...maki hamun pun tak tinggal...ape lagi....tambah la lagi...mesti lege hati ko dapat meratib ari ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 01:27 PM | Show all posts
Mana buleh rugi... ni mesti kes akauntan salah kira ni... itu akhbar terlaris di felda2 dan kampung2 pprt tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2013 03:29 PM | Show all posts
namirulmukminin posted on 28-2-2013 01:27 PM
Mana buleh rugi... ni mesti kes akauntan salah kira ni... itu akhbar terlaris di felda2 dan kampun ...

rugi ke..atau keuntungan susut

Perolehan susut kepada RM349.19 juta berbanding RM366.55 juta sebelumnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 04:16 PM | Show all posts

Comprehension skill gagal ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2013 04:36 PM | Show all posts


Utusan - akhbar yang banyak buat pitnah.

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 04:45 PM | Show all posts
mana tak ruginya... duit habis kena bayar saman fitnah aje..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 09:17 AM | Show all posts
Tengok nie dulu...




Mahkamah telah beberapa kali mengisytiharkan akhbar Utusan penyebar fitnah.

Justeru itu, akhbar Pemfitnah No 1 negara ini tidak perlu diberikan sebarang simpati dan rasa kasihan. Jika kita bersimpati dan kasihan kepadanya bererti kita bersubahat dan mendapat dosa dengan fitnah-fitnah yang ia lakukan.

Sekarang ia mengharapkan akhbar KOSMOnya untuk menjana pendapatan. Pastikan juga akhbar tersebut diboikot sama.


p/s: Ada yang bertanya bagaimana pula nasib pekerja dan wartawan yang rata-rata beragama Islam di sana? Jawab kita ialah kita doakan mereka diberikan pekerjaan lain yang lebih mulia dan para wartawan itu diberikan hidayah menghentikan penulisan fitnah dan dosa disamping menjadi wartawan yang menulis kerana Allah yang menegakkan kebenaran dan keadilan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 08:46 AM | Show all posts
utusan bakal kena saman lagi...  tak puas bayar saman kot.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 1.142998 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list