CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3334|Reply: 3

SEJARAH PERENANG OLIMPIK =)

[Copy link]
Post time 28-2-2013 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Assalam forumer..
maaf jika cerita aku ni tak sesuai utk thread ni..


Kisah Paling Lawak Dalam Sejarah Olimpik Di Kolam Renang




Dalam acara renang, Michael Phelps adalah nama yang tak perlu diperkenalkan lagi, merupakan perenang terhebat sepanjang zaman dan juga ahli Olimpik paling banyak menggondol pingat dalam sejarah.






Tapi sebelum Phelps, siapakah perenang yang mendapat tumpuan dunia? Diperkenalkan, Eric Moussambani dari Equatorial Guinea.

Eric Moussambani terkenal bukanlah kerana beliau berjaya memecahkan rekod dunia atau meraih pingat emas dalam sukan tersebut, tetapi kerana beliau merupakan seorang perenang yang hampir-hampir tak tahu berenang.

Eric Moussambani yang juga dikenali sebagai "The Eel" merupakan perenang dari Equatorial Guinea yang mengambil bahagian dalam acara renang 100m individu lelaki di Olimpik Sydney pada tahun 2000. Walaupun sebelum ini beliau tidak pernah berlatih dalam kolam renang bersaiz Olimpik dan hanya berlatih berenang 8 bulan sebelum Olimpik bermula, beliau tetap layak melalui wild card yang diadakan untuk menggalakkan negara-negara membangun untuk mengambil bahagian.

Ceritanya bermula apabila satu hari Eric Moussambani terdengar pengunguman dari radio mencari sesiapa yang berminat untuk menyertai skuad renang Olimpik bagi Equatorial Guinea. Macam masa sekolah dulu cikgu-cikgu kita tanya siapa nak masuk pasukan bola sepak sekolah, cuma bezanya yang ini nak mencari atlit Olimpik.

Eric berminat dan beliau terpilih kerana beliau juga satu-satunya yang mendaftarkan diri. Dengan tanpa jurulatih, Eric hanya berlatih sendirian di laut dan di sungai, yang kadang-kadang dihuni oleh buaya. Memandangkan negaranya tidak mempunyai kolam renang untuk pertandingan, Eric hanya berlatih dua jam sekali setiap hujung minggu.


Tiba hari pertandingan di kolam renang Olimpik Sydney, pertama kali berenang di kolam renang bersaiz 50m, disebabkan kesilapan alih bahasa, Eric menjangkakan beliau akan berenang dalam acara 50m namun baru beliau sedar ianya adalah acara 100m. Tidak pernah berenang sejauh 100m dalam seumur hidupnya sebelum ini, beliau bertanding dengan dua orang perenang dari Niger dan Tajikistan dalam peringkat saringan.

Namun akhirnya Eric terpaksa berenang berseorangan kerana dua perenang lain dibatalkan kelayakan kerana false start. Hasilnya? Eric berjaya mencipta sejarah di kolam renang tersebut...

dengan merekod masa terlama dalam sejarah renang Olimpik iaitu 1:52:72, melebihi masa kelayakan iaitu 1 minit 10 saat. Lihat aksi beliau:

Berenang di hadapan 17,000 penonton, Eric yang seolah-olah hampir lemas setelah menghabiskan 50m pertama mendapat sorakan gemuruh daripada para penonton yang memberikan semangat kepada beliau dan berjaya mencatatkan masa peribadi terbaik beliau dan bagi negara Equatorial Guinea. Aksi beliau itu bukan sahaja menaikkan namanya, malah menjadikan beliau cukup terkenal hinggakan terpaksa menjawab 100 temuramah sebaik pertandingan berakhir.

Dalam Olimpik 2004 di Athens, beliau berhasrat untuk bertanding semula setelah berusaha bersungguh-sungguh dan berjaya mencatat masa terbaik 57 saat, satu peningkatan yang sangat ketara berbanding masa yang pernah dicatat sebelum ini namun tidak kesampaian kerana masalah visa dan birokrasi (ada
spekulasi mengatakan beliau dihalang oleh negara kelahirannya daripada menyertai Olimpik).

Olimpik 2008 pula beliau tidak mengambil bahagian dan pada tahun 2012 beliau dilantik sebagai jurulatih bagi skuad renang Equatorial Guinea.

Ok lah, cerita ini memang lawak tapi sebenarnya sangat memberi inspirasi atas kesungguhan dan keberanian beliau mengambil bahagian walaupun dari awal lagi dah tahu tiada harapan untuk menang. Inilah semangat Olimpik yang harus ditunjukkan, tak pernah mengaku kalah dan berusaha menghabiskan pertandingan walau dalam apa keadaan sekalipun. Sekurang-kurangnya usaha yang ditunjukkan oleh Eric Moussambani jauh lebih baik dan ikhlas berbanding atlit-atlit bertaraf dunia yang sanggup mengambil dadah semata-mata untuk menang.

Saya suka melihat reaksi beliau yang tetap ceria setelah habis pertandingan, "I'm feeling good, I'm happy."

Respek untuk Eric Moussambani!

SUMBER :
http://kfein.blogspot.com/2012/08/eric-moussambani-kisah-lawak-olimpik.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2013 01:18 PM | Show all posts
Wow, menarik. Memang kedengaran kelakar tapi semangat yg ada padanya yg kita harus teladani.

Good info. Thanks tt.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 02:43 PM | Show all posts
Sebagai orang lama, aku bangga dapat menyaksikan sejarah Eric menang gold medal secara live di TV.
Tahun lepas masa African Nations Cup di Equatorial Guinea, commentator bola cakap Eric is still the famous export of Equatorial Guinea.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2013 05:21 AM | Show all posts
nice. mmg btul ade lucky ini olang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.064526 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list