CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2913|Reply: 5

Anak penggal bapa

[Copy link]
Post time 1-3-2013 07:58 PM | Show all posts |Read mode
Anak penggal bapa

Sydney: Seorang lelaki semalam ditahan selepas didakwa memenggal bapanya yang cuba melindungi isterinya.
Toufic Zahab, 69, mati selepas dia dihentak dengan batu dan kepalanya dipenggal di kediamannya di pinggir barat Sydney.

Polis mengesahkan kepala lelaki itu putus dan isterinya dirawat akibat terkejut selepas serangan itu yang dilakukan anak lelaki mereka, Khoder, 42.

“Seorang lelaki ditahan selepas satu mayat ditemui di sebuah kediaman di Bankstown pagi tadi,” kata anggota polis.

POLIS dan ambulans di depan rumah Toufic di Sydney.


Polis dikejarkan ke kediaman itu sejurus selepas jam 6 pagi dan bertindak ekoran laporan ada kejadian keganasan domestik di kediaman berkenaan.


“Keadaan di tempat kejadian agak mengerikan. Ia suatu pagi yang sukar bagi keluarga itu, pihak polis dan juga petugas ambulans,” kata pemangku ketua polis Bankstown, Superintendan Glen Fitzgerald.

Saudara-mara keluarga itu yang berkumpul di luar kediaman memberitahu media bahawa Khoder menolak ibunya dari tangga hingga jatuh ke bawah sebelum menyerang bapanya.

Cucu lelaki mangsa, Abdul memberitahu Sydney Morning Herald: “Semua terkejut dan sangat sedih.

“Datuk saya adalah lelaki yang baik dan dikenali di kalangan masyarakat di sini. Kejadian ini paling tidak disangka akan berlaku,” katanya. - AFP

sumber : mymetro








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2013 10:05 PM | Show all posts
Apalah sangat puncanya sampai main penggal ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 10:11 PM | Show all posts
Tergamaknya. Isterinya mungkin taknak jadi isterinya lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2013 12:04 AM | Show all posts
dah pernah baca  thread ni kat CI
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2013 10:02 AM | Show all posts
ish.... memacam manusia skang
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 12:05 AM | Show all posts
senang2 aje kan nak tetak and sembelih org skang
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.455438 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list