Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Search
123Next
Return to list New
5910
View
63
Reply

[Tempatan] Bekas tahanan simpang rengam dapat gelaran TanSri.. macam2 adaaa....

[Copy link]

Author: myvios       Show all posts   Read mode

Author
Post time 3-3-2013 09:10 AM | Show all posts |Read mode
JANGAN TIDAK PERCAYA!!!!...AHLI PERNIAGAAN YANG PERNAH MENJADI TAJUK UTAMA BERITA KERANA DITAHAN DI PENJARA SIMPANG RENGGAM DITUDUH ATAS PENGLIBATAN DALAM KEGIATAN PELACURAN, KONGSI GELAP, PERJUDIAN, KELAB MALAM DAN AH LONG, KINI BERGELAR DATO' SRI !"BEKAS" KETUA KONGSI GELAP ANTARA SEORANG YANG BERGELAR " FOUR HEAVENLY KINGS" OLEH MEDIA, KINI BERGELAR DATO' SRI.



Dia sebelum ini ditahan di sebuah restoran di Bukit Bintang, Kuala Lumpur  pada 26 Mac 2004 sebelum dipenjarakan di Simpang Renggam, Kluang, Johor. dua bulan kemudiannya dibawah Ordinan Darurat 1969 selam lebih kurang 17 bulan.

Koo Tee Yam atau lebih dikenali sebagai Ah Lek atau Pai Kah Lek pernah melalui lima proses perbicaraan dan mengemukakan rayuan melalui Muhammad Shafee di Mahkamah Tinggi Muar pada 24 Mei sehingga 7 Julai lalu.

Dalam rayuan bagi permohonan habeas corpus di Mahkamah Persekutuan, Tee Yam diwakili barisan peguam diketuai Muhammad Shafee, Kaushalya Rajathurai, Frida Krishnan dan Lilian Lee.

Pihak responden diwakili oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Yusof Zainal Abiden, Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Kamaluddin Mohd. Said, Mohd. Najib Zakaria, Fazillah Begum Abd. Ghani dan Tengku Amri Zaki Tengku Abdul Rahman.

Muhammad Shafee dalam hujahnya antara lain mengemukakan alasan mala fide (niat jahat) dari mula Tee Yam ditahan oleh polis sehingga 60 hari tempoh penahanan yang dibenarkan, dan tidak mengikut peraturan seperti dinyatakan oleh Lembaga Penasihat.

Keputusan pembebasan Tee Yam dibuat oleh panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Pajan Singh Gill, Datuk Richard Malanjum dan Datuk S. Augustine Paul.

Kisah ini menjadi gempar apabila sebaik saja Tee Yam cuba mau meninggalkan perkarangan Mahkamah, beliau telah ditahan semula oleh pihak polis sehingga mencetus ugutan oleh peguambela Shafee Abdullah, mau mengambil tindakan undang-undang "menghina mahkamah" terhadap Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Bakri Omar.

Dua hari kemudian pihak PDRM membuat keputusan untuk membebaskan Tee Yam atas nasihat Peguam Negara serta alasan-alasan beliau tidak lagi menjadi ancaman kepada keamanan dan keselamatan awam dan negara.

Tee Yam dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan haram seperti pelacuran, kongsi gelap, perjudian, kelab malam dan Ah Long. Malah beliau juga dikatakan mempunyai sebuah kelab malam ala Las Vegas.

Sultan Pahang bertindak tegas dan bijaksana apabila pada tahun tersebut telah mencabut balik darjah DIMP yang membawa gelaran "Dato" atas alasan ianya mencemarkan kemulian dan nama baik gelaran dan darjah tersebut.

Semalam disalah sebuah akhbar utama berbahasa Cina telah memaparkan ucap tahniah dari rakan-rakannya dari Barisan Nasional atas penganugerahan DARJAH KEBERSARAN SULTAN AHMAD SHAH PAHANG YANG AMAT DI MULIAKAN PERINGKAT PERTAMA (SSAP) yang membawa gelaran Dato' Sri.






Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 09:51 AM | Show all posts
tahniah!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 10:31 AM | Show all posts
pahang bagi ke.hehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 10:41 AM | Show all posts
kalau tansri, fdral yg bagi. dato'seri, pahang yg kasi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 10:49 AM | Show all posts
Tahniah Tahniah!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 10:56 AM | Show all posts
Si penerima dah banyak berbakti dan menderma kpd tabung dot..dot..dot
So kira mmg layaklah...


P/S : TT tolong editkan tajuk skit...tukar tan sri kpd dato' sri....tq
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 11:09 AM | Show all posts
Dah mcm x dak harga ja pingat2 neh
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 11:09 AM | Show all posts
Babi apa ni. Sultan pahang tarik balik.pastu sultan pahang kasi semula. Gitu ke?  


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 11:12 AM | Show all posts
mungkin dia dah insaf dan bertobat. mungkin la......
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 11:16 AM | Show all posts
Sebab bertobat tahap maksimun tu yg dpt Tan Sri..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 11:21 AM | Show all posts
tahniah..daulattttttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 11:23 AM | Show all posts
well... pahang
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 11:50 AM | Show all posts
mungkin dia telah terlalu insaf sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 12:03 PM | Show all posts
ni ada kaitan dgn bayo 10k dapat dato' sri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 12:06 PM | Show all posts
tajuk dapat Tan Sri. artikel dapat Dato Sri.. mana satu yg betul daaa....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 12:20 PM | Show all posts
pelik tapi benar
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 12:24 PM | Show all posts
Sebab tu kit siang lagi minat digelar Saudara...x kebulor dpt pingat ni.

Apa beza petualang dgn org yg berbakti kalau pingat bg gitu aja???
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 12:57 PM | Show all posts
dunia dah terbalik....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 01:42 PM | Show all posts
no wonderlah underworld ada perlindungan VIP
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 02:09 PM | Show all posts
ntohapehapentoh posted on 3-3-2013 12:03 PM
ni ada kaitan dgn bayo 10k dapat dato' sri ke?

Ini mungkin10jota baru dapat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 02:27 PM | Show all posts
dah insaf kotttt
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 04:06 PM | Show all posts
zorrro_03 posted on 3-3-2013 11:09 AM
Babi apa ni. Sultan pahang tarik balik.pastu sultan pahang kasi semula. Gitu ke?

msa dia tarik blk tu duit mcm ckup je, pastu skang dia bg blk sbb dana dah menyusut...kena la topup maaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 04:10 PM | Show all posts
aechae posted on 3-3-2013 04:06 PM
msa dia tarik blk tu duit mcm ckup je, pastu skang dia bg blk sbb dana dah menyusut...kena la topu ...

waaaa.  awak ni mcm faham je teori2 gini sejak semingu dua nih...  bagus2.  ada perkemabangan yang kembang...  
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 04:31 PM | Show all posts

Ingat anugrah hanya kepada yang terbaik perangai ...yang terburuk pun dapat
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2013 05:19 PM | Show all posts
tahniah ler lps dilucut dpt yg lg gah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2016 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.077088s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list