TAHUN 1912
Berbekalkan payung terjun rekaan sendiri dan diikat di belakangnya, pencipta ini dengan beraninya berdiri di atas Menara Eiffel dan membuat cubaan terjunan pertama payung terjun di dunia.
Beberapa saat kemudiannya, Franz Reichelt dilihat dengan laju menjunam ke arah bumi. Rakaman pada tahun 1912 ini menunjukkan detik kematian pencipta ini, dengan payung terjun rekaannya yang pertama - gagal.
TAHUN 1928
Pemergian tragis pemandu lagenda Frank Lockhart di Pantai Daytona turut dirakamkan. Dokumentasi menunjukkan Lockhart sedang memecut laju sebelum berpusing di luar kawalan, tercampak keluar dari kereta sebelum berpusing-pusing beberapa kali di atas pasir pantai dan mati di tempat kejadian.
TAHUN 1937
Kemalangan kapal udara Nazi, Hindenburg di Stesen Tentera Udara Lakehurst.
Tragedi ini melibatkan nyawa 35 penumpang dan seorang saksi, orang awam yang tidak sempat menyelamatkan diri apabila kapal ini sujud menyembah bumi.
TAHUN 1941
Sewaktu Perang Dunia ke-2, jurukamera Pathe News sedang dalam pelayaran seiring dengan kapal HMS Barham apabila tiba-tiba kemalangan menimpa kapal tersebut di tengah Lautan Mediterranean pada November 1941.
Diberitakan juga, kapal ini turut diserang pihak tentera German dengan bantuan torpedo berkelajuan tinggi ketika itu.
Kapal ini meletup dan karam di dada lautan.
TAHUN 1952
Pertunjukan udara Farnborough pada tahun 1952 berakhir dengan tragedi apabila kapal yang melakukan pertunjukan terhempas ke bumi dan merempuh orang ramai.
Juruterbang - John Derry - dan pembantunya mati, termasuk 29 lagi orang awam yang dirempuh.
TAHUN 1955
Antara kemalangan terburuk dalam sejarah permotoran dunia, Kemalangan Le Mans pada 1955.
83 orang dilaporkan mati, termasuk seorang pemandu Pierre Levegh.
TAHUN 1963
Rakaman tragik klip 'Orang Burung' ini menunjukkan Gerard Masselin sedang melakukan cubaan terjunan menggunakan kostum khas rekaan sendiri, berbentuk seolah-olah sayap burung.
Namun, setelah semua persediaan rapi lengkap dan sempurna, sewaktu terjunan payung terjun yang sepatutnya berfungsi sebagai brek dikhabarkan gagal berfungsi dan tidak terbuka yang mana menyebabkan beliau terus menghentam bumi tanpa sebarang halangan.