CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 19660|Reply: 62

Tiz Zaqyah Susah Berlakon Dengan Remy Ishak

[Copy link]
Post time 7-3-2013 09:40 AM | Show all posts |Read mode
Umum mengetahui kisah percintaan bintang Nur Kasih, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah sudah pun berakhir beberapa bulan lalu. Tiz pun nampaknya sudah pun menemui pengganti Remy. Ketika bertemu dengan Tiz Zaqyah di Majlis Pratonton Drama 'Cinta Jangan Pergi' di e@curve pada Rabu, pelakon popular ini sempat memberi komen tentang kehidupan peribadinya kini.

"Saya akui sudah punya teman lelaki seperti yang peminat boleh lihat di laman Instagram. Dia merupakan rakan sekolah saya sejak dari tingkatan dua. Dia seorang yang memahami dan saya selesa bersamanya," ujar Tiz yang sudah dua bulan berkawan  rapat dengan jejaka yang berkerja dalam bidang Teknologi Maklumat itu.

Biarpun begitu, Tiz memberitahu dia tidak menolak seandainya jodohnya bersama rakan artis juga. Menurut Tiz, perasaan dan keadaan bercinta sesama rakan artis dan orang biasa adalah sangat berbeza.

"Memang lain bila kita bercinta dengan rakan artis dan juga orang biasa. Apabila dengan orang biasa ini, perhatian yang diberi orang terhadap hubungan kami pun kurang," ujar gadis yang sedang bercinta dengan jejaka bernama Daniel Haziq.

Gadis berusia 25 tahun ini turut menambah tidak akan menjalinkan sebarang ikatan pertunangan mahupun perkahwinan dalam masa terdekat ini. Menurut Tiz, karier dan kerjaya sebagai anak seni menjadi fokus utamanya sekarang.
Tiz bakal muncul dalam buah tangan terbaru Kabir Bhatia, 'Cinta Jangan Pergi' yang akan bersiaran bermula April ini di saluran televisyen TV9. Kali ini Tiz sekali lagi bergandingan dengan bekas kekasihnya sendiri, Remy Ishak. GUA difahamkan mereka baru sahaja berpisah sewaktu menjalani pengambaran drama ini.

"Tipulah kalau saya kata mudah apabila kena berlakon dengan dia (Remy Ishak) selepas kami berpisah. Tapi atas dasar kerja dan profesional, kami lakukan juga demi tugas dan untuk pastikan hasilnya memuaskan," jelas Tiz.

Selain drama ini, Tiz juga sibuk menjalani pengambaran 'Sebenarnya Saya Isteri Dia', drama adaptasi sebuah novel gandingannya bersama Izzue Islam untuk slot Zehra, TV3. Dalam masa yang sama, Tiz juga akan muncul dalam siri 'Oh My English' sebagai Cikgu Ayu. Kata Tiz lagi, beliau cukup seronok menjalani pengambaran siri berkenaan.

Tiz yang memegang watak Lea Soraya dalam drama 'Cinta Jangan Pergi' ini turut berkongsi pengalaman manisnya berada di United Kingdom dan Paris semasa menjalani pengambaran drama berkenaan. Antara cabaran yang terpaksa ditempuhinya adalah memakai baju nipis untuk disesuaikan dengan kehendak watak sedangkan cuaca di sana sangat sejuk.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2013 09:40 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 09:53 AM | Show all posts
cantiknya tizz...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 10:17 AM | Show all posts
cantik ker??tak nampak cantik sgt kat pic ni...ahaks

ampunnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 10:23 AM | Show all posts
die akn berlakon ngan izzue islam ker?

mcm song jong ki ngan moon chae won jek...larikkkkkkkkkk
@shiraloveyou
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 10:39 AM | Show all posts
tantek tizz ni
lau rasa ssh xyah la blakon ngn RI tu..ko ad option lain la tizz
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2013 10:42 AM | Show all posts
pinky46 posted on 7-3-2013 10:39 AM
tantek tizz ni
lau rasa ssh xyah la blakon ngn RI tu..ko ad option lain la tizz

kebetulan mase diorg berpisah tu, diorg dh sign kontrak ngan kabir bahtia...


Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 11:39 AM | Show all posts
betul ke tz nih kuat clubbing eh ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2013 11:46 AM | Show all posts








Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 11:49 AM | Show all posts
mcm song jong ki ngan moon chae won jek...larikkkkkkkkk



hehhehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 11:50 AM | Show all posts
tomet05 posted on 7-3-2013 11:39 AM
betul ke tz nih kuat clubbing eh ?

u ols tanya dia kuat clubbing..

tu hari kat thread mana tah..

dorang tanya betul ke tizz neh kuat seks?

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 11:52 AM | Show all posts
Syd posted on 7-3-2013 11:50 AM
u ols tanya dia kuat clubbing..

tu hari kat thread mana tah..

kalo dua dua jawapan pada soalan tersebut BETUL?



takut nya kalo jawapan nya BETUL
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 11:54 AM | Show all posts
miawpink posted on 7-3-2013 11:52 AM
kalo dua dua jawapan pada soalan tersebut BETUL?

ok, kalau jawapan dia betul..

sudilah terima Pra-Hadiah dari ai ols..



Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 11:55 AM | Show all posts
Syd posted on 7-3-2013 11:54 AM
ok, kalau jawapan dia betul..

sudilah terima Pra-Hadiah dari ai ols..

psss tak ada cerita ke disebalik jawapan BETUL sy tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 11:56 AM | Show all posts
hamboih.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 11:57 AM | Show all posts
miawpink posted on 7-3-2013 11:55 AM
psss tak ada cerita ke disebalik jawapan BETUL sy tuh?

kalau dapat input..
nanti barulah kuarkan skrip

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2013 11:59 AM | Show all posts
Syd posted on 7-3-2013 11:57 AM
kalau dapat input..
nanti barulah kuarkan skrip

terima kasih...
hamba setia menunggu skrip tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 12:20 PM | Show all posts
nape tak tnye remy sehak.. nape wartawan tanye tiz jek???
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 12:22 PM | Show all posts
dauswq posted on 7-3-2013 10:42 AM
kebetulan mase diorg berpisah tu, diorg dh sign kontrak ngan kabir bahtia...

owwh yeke..xpela,bertabah la tizz
time ni la nk tnjuk ko profesional or x
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 12:34 PM | Show all posts
harap2 jalan cite yg mrk lakonkan watak bersama nie menarik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.104799 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list