CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 43231|Reply: 66

Asal usul Johor Military Forces (JMF)

[Copy link]
Post time 9-3-2013 12:17 AM | Show all posts |Read mode
Saturday, 19 January 2013
BENARKAH JMF DITUBUH KERANA PEREMPUAN..? BUKAN KERANA KEPENTINGAN RAKYAT..?

Askar Timbalan Setia Negeri Johor atau dikenali sebagai Johor Military Forces (JMF) sering menjadi topic hangat di dalam Negara ini. Inilah satu-satunya pasukan beruniform ala ketenteraan yang wujud secara unik di Malaysia yang hanya ada di Negeri Johor sejak tahun 1885.  

http://tunkushahriman.wordpress. ... s-in-the-peninsula/

Kewujudan JMF ini diterima oleh rakyat Johor dan Malaysia dalam dua keadaan berbeza iaitu ada yang bangga dengan kewujudannya dan ada yang membencinya hingga merasakan JMF ini sesuatu pembaziran serta menyusahkan kehidupan rakyat. JMF ini hanyalah di kategorikan sebagai Pasukan Perkhidmatan Sokongan di dalam perkhidmatan Kerajaan dan bukanya di kategorikan sebagai Angkatan Tentera Malaysia.

Ada segelintir Rakyat Johor yang taksub dan terlalu bangga dengan JMF ini, mereka menganggap JMF adalah lambang kemegahan Negeri Johor serta beranggapan JMF adalah tanda Negeri Johor lebih istimewa dari Negeri-Negeri dalam Malaysia. Golongan ini keliru atau buta hati terhadap fakta sejarah dan peranan sebenar JMF. Mereka keliru kerana telah digambarkan bahawa JMF milik ekslusif Sultan Johor dan mereka beranggapan JMF ditanggung dan dibiayai oleh Sultan Johor.

MEREKA SILAP..

JMF ditubuhkan oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1885, bagi Rakyat Johor yang taksub mereka percaya bahawa Sultan Abu Bakar telah menubuhkan JMF untuk menjaga keselamatan Negeri Johor serta mengawal keselamatan Rakyat Johor.

SEKALI LAGI MEREKA SILAP..

Isu tertubuhnya JMF pada peringkat awal telah menjadi satu persoalan yang perlu dikaji secara mendalam kerana keikhlasan Sultan Abu Bakar semasa menubuhkan JMF adalah sesuatu yang boleh dipertikaikan. Iaitu kepentingan peribadi Sultan adalah tujuan utama tertubuhnya JMF dan bukannya kepentingan Rakyat mencetuskan idea hingga tertubuhnya JMF.

AGAK KASAR jika diperkatakan JMF ditubuhkan kerana
PEREMPUAN...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2013 12:19 AM | Show all posts
Skandal Sultan Abu Bakar dengan seorang perempuan bernama Miss Jenny Mighell, dari Brighton United Kingdom adalah sebab semerta JMF ditubuhkan. Kes ini menjadi kes rujukan undang-undang diseluruh dunia hingga ke hari ini.

Dari fakta kes, sudah pasti sangat jelas Sultan Abu Bakar telah melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang Britain pada masa itu. Namun setelah diberi nasihat oleh pihak-pihak tertentu bagi menyelamatkan aib di muka Sultan Abu Bakar (pada masa itu sangat rapat dengan Queen Victoria) MAKA idea bagi mengelakkan kes Mighell vs the Sultan of Johore diteruskan di Mahkamah dengan segera telah ditubuhkan JMF ini.

Satu cara bagi menyelamatkan Sultan Abu Bakar adalah menggunakan imuniti atau pembelaan sebagai Raja sebuah Negara Berdaulat atau "Sovereign". Bagi membuktikan Sultan Abu Bakar adalah "sovereign ruler" beliau perlu membuktikan beberapa perkara di antaranya memiliki sebuah Negara, mempunyai rakyat yang diperintah, mempunyai kawalan dan pentadbiran terhadap Negaranya termasuk mempunyai pasukan tentera sendiri.

Pada awal tahun 1880an tiada langsung cadangan atau kertas kerja bagi penubuhan pasukan tentera, namun disebabkan keadaan terdesak oleh kes "PEREMPUAN" ini maka dengan tergesa-gesa tertubuhlah pasukan tentera Johor Military Force yang terdiri dari 60 anggota pada peringkat awal. Selepas itu barulah JMF mula berkembang walaupun dalam keadaan yang mendukacitakan.

Dengan tertubuhnya JMF maka dapatlah Negeri Johor melaksanakan keperluan yang dikehendaki di dalam Anglo-Johore Treaty 1885. Inilah yang menyelamatkan muka Sultan Johor. Jika Sultan Johor gagal menunjukkan bahawa dirinya adalah Raja bagi sebuah Negara berdaulat sudah pasti kesnya dengan Jenny Mighell tidak berpihak kepada Sultan Johor.

Adakah ini sesuatu yang boleh dibanggakan?
atau
Rakyat yang menanggung kesan akibat perbuatan Sultan?

TEPUKLAH DADA TANYALAH SELERA







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2013 12:21 AM | Show all posts
JMF tidak berkhidmat untuk menjaga kepentingan Rakyat Johor. Mereka umpama Pasukan Pengawal Istana yang tidak mesra rakyat dan terkenal dengan berbagai karektor hingga menimbulkan kesangsian Rakyat hingga menyebabkan pada tahun 1994 Rang Undang-Undang Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Pembubaran Dan Pemansuhan) di bawa ke Parlimen.




Walaupun bacaan kedua di Parlimen tidak diteruskan disebabkan beberapa perkara namun Rakyat masih tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya apakah tindakan yang sesuai perlu diambil terhadap Pasukan JMF ini.

Pandangan oleh bekas seorang Ketua Hakim bukanlah sebab kenapa bacaan kedua tidak diteruskan di Parlimen. Rakyat Malaysia masih ingin memberi peluang dan berharap Institusi Diraja berubah mengikut kehendak semasa serta beranggapan pada masa itu penarikbalikan imuniti Raja-Raja dan penubuhan Mahkamah Khas adalah memadai.

Rakyat amat berdukacita dan kecewa kerana apa yang mereka harapkan tidak menjadi kenyataan. Peluang kedua yang diberikan Rakyat untuk institusi Raja mengubah diri mereka masih tidak dihargai oleh beberapa Raja terutama Sultan Johor.

Suara-suara penentangan, kritikan-kritikan terbuka telah dibuat oleh berbagai pihak terhadap Istana terutamanya Sultan Johor.


SUMBER: http://www.peguamkamalmenulis.blogspot.co.il/2013/01/benarkah-jmf-ditubuh-kerana-perempuan.html

daulat tuanku.......!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 12:37 AM | Show all posts
baru ku tahuu
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 12:50 AM | Show all posts
bapak aku bagitau,JMF ni macam pengawal istana je...bukan tentera yang betul-betul....walaupun diorang suka berlagak macam tu....
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 12:52 AM | Show all posts
kalau diperhatikan,diorang ni dah ada aset-aset militari...dan kewujudan diorang ni menyalahi perlembagaan sekiranya diorang menganggap diri mereka sebagai sebuah entiti ketenteraan......kerana tentera yang berada dibawah perlembagaan hanyalah tentera yang berada dibawah kuasa persekutuan dan negeri memang tidak dibenarkan mempunyai entiti ketenteraan yang beransingan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2013 12:58 AM | Show all posts
ni aku quote dari wiki............

The Johor Military Elite Forces is a special forces unit placed under the responsibility of the Royal Johor Military Force with the mandate of providing security and protection to the Royal Family of Johor, counter-terrorism and special reconnaissance in any incidents involving the state of Johor.


http://en.wikipedia.org/wiki/JMF_Elite_Forces
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 01:04 AM | Show all posts





ini bukan pengawal peribadi tetapi sebuah entiti ketenteraan!
http://mejakerusi.wordpress.com/2010/10/


Last edited by cmf_BeachBoys on 9-3-2013 01:05 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2013 01:07 AM | Show all posts
Cadangan bagi membubarkan JMF telah pun dibuat Bacaan pertama di Parlimen semasa krisis Perlembagaan tetapi tiada Bacaan kedua dibuat, persoalannya kenapa polisi Kerajaan Malaysia terhadap JMF ini tidak konsisten. Keputusan yang hendak membubarkan JMF telah dibuat  dan dBacaan Pertama juga di Parlimen telah dibuat .Persoalan dan soalan berikut harus jawap bagi membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia sentiasa Kosisten dalam Polisi pentadbiran Negara ini :-.
KLIK  DI SINI
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 01:17 AM | Show all posts
UNEK  MASUK !!!!!.........
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 07:12 AM | Show all posts
ayoyo, itu macam punya history ka?

speechless
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 07:13 AM | Show all posts
good info, tq for sharing
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 08:25 AM | Show all posts
JMF nih bukan ditubuh pasal pompan
sefaham i lah, tugas resmi jmf nih utk mengawal tindakan nakal para penyokong
pihak lawan distadium.



Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 09:32 AM | Show all posts
Acong posted on 9-3-2013 12:21 AM
JMF tidak berkhidmat untuk menjaga kepentingan Rakyat Johor. Mereka umpama Pasukan Pengawal Istana y ...

huh??? Kamal Hisham yang tulis???



Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 09:34 AM | Show all posts
cmf_BeachBoys posted on 9-3-2013 12:52 AM
kalau diperhatikan,diorang ni dah ada aset-aset militari...dan kewujudan diorang ni menyalahi perlem ...

Ye ke x penah berperang???

45 Penyamun to be exact.

In mainstream media.. particularly from Singapore's source... some reports details on Indian Mutiny were missing ; in pointing out the direct roles of HH Sultan Ibrahim, lead his own army, by his own command in capturing 180 fully armed renegades from British Army..

47 killed by this penyamun.. mostly high ranked British officer.. and 1 from JMF army.


This event has shock the foundation of British Rules in Singapore..

sampaikan.. helps from detechment armies of Russia, French dan Jepun di kerah untuk  menolong.... but, in the end... The Brassball HH Sultan Ibrahim jugak kasi settle masalah dorang without firing a single bullet..

The Twisted History

Singapore historian try to denying fact that is no direct role by Sultan Ibrahim, by not mentioning his roles and JMF roles over the incident..


Somehow, these document.. produced by Johore Royal Courts in 1955, shed a glimpse of the incidents :



Yess...


45 orang penyamun itu... datang dengan fully loaded guns and armor... mengadap Sultan.. salam cium tangan... dan menyerahkan senjatanya di kaki Sultan

THE ORIGIN OF NICKNAME "BRASSBALL"

This is fully loaded gun.. and the sultan only few feet away.. the rebel easily catch the sultan and held ransom for their freedom = on which the British Government must obey..

But, it not happen..

One.. plus another and another brassball incident of showing off his bravery in cheating death lead him to be known as 'the oxonion brassball' by Scottish newspaper... and.. that is why i refer him as the "Brassball".. ramai sgt nak tau knape aku panggil dia "Brassball"..


ANOTHER ACCOUNT ; FROM COLONIAL OFFICE UK

Long after that.. baru aku jumpa his report, written by he himself to British Military Administration.. detailing his roles and JMF pertaining this incidents :














AFTERMATH



SEE?????

Klua perintah jee.. berduyun2 datang menyembah serah senjata kt kaki.... kalau dia hidup lagi... dia angkat jari je lanun SUlu semua datang menyembah


Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 10:21 AM | Show all posts


That excerp, dari Prosecutioner yang mendakwa HH Sultan Abu Bakar di Mahkamah UK.. while statement dari "Defending" team ko tak letak pulak kan.. SEBAB.. ko takut rakyat tau yang mahkamah UK SUDAH memutuskan Johor adalah Sovereign State thus, HH Abu Bakar ada immunity dan TIDAK BOLEH DIDAKWA dan dilepaskan. Mighell kalah kes.

rite?? rite??? next time belajar sampai habis dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2013 10:41 AM | Show all posts


taik politik lebih percaya tulisan dari loyar si penyamun

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 10:48 AM | Show all posts
While.. actually, JMF and Istana Johore play bigger role than that... most of it clouded with secrecy at international level...

sini aku kasi contoh :

1. MERDEKA

Sesape yg ambil social science mesti penah dengar "Colombo Plan"

Kat sini ade contoh involvement of Sultan Johore in worldwide conspiracy :  http://untoldhistoriesofmalaya.b ... ortant-meeting.html

2.  JMF to the world..

So.. majority percaye JMF dissolve mase perang... actually that's not the scenario.. ade veteren JMF lepas perang played an important role dalam konflic antarabangsa.. matter remains 'secret'.. tapi aku ade souce yang valid utk percaye.. :

1.  HH Ibrahim ni kawan General Bennet.. Commanding Officer utk Anzac Team.. :

.. JMF diserapkan dalam pasukan Anzac bawah Commanding Officer Bannet





Itu tahun 1945...

Selepas itu :

JMF Commanding Officer HH Ibrahim dilihat meraikan kemenangan WWII dengan "Australian Imperial Force"




1949 :  Pasukan ini jugak, dengan bantuan JMF yang diserapkan ke unit AIF membina satu "Jungle Warfare" yang menjadi lagenda zaman berzaman... Pulada di Tiram become epic centre of the world for jungle warfare selepas itu.



the word "sustained" tu menunjukkan.. kem rahsia sekolah Jungle Warfare ni sudah lame wujud di Johore.. sekarang dipanggil "PULADA" di Tiram...  cume dibuka sometimes lepas perang AND... tempatnye harus TETAP di Johor dibawah Anzac unit





Now.. ko relatekan perkara2 di atas.....

3.  International Conflicts :

Dekat sane jugak... separuh daripada tentera Vietnam.. dan jugak komando2 US di latih semasa Perang Vietnam..



Ni antara lagenda2 US military yang berlatih di Pulada Tiram :





lagi sorang.. yang ni paling Famous dan kejam :

General Idi Amin jugak graduated dari Tiram Johore

So.. siape yang 'train' dorang????????

Orang australia???? atau orang local kita????? and.. tentera mane yang 1st sekali ditubuhkan dan terlibat perang and ade pengalaman dalam hutan????

Ask yourself... everything is on the table. Last edited by unekspekted_XII on 9-3-2013 11:05 AM

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 10:56 AM | Show all posts
See???



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2013 11:31 AM | Show all posts
dah photoshop lak............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.083443 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list