CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4299|Reply: 41

[Jenayah] Umpama mendukung biawak hidup....!!!

[Copy link]
Post time 9-3-2013 12:26 AM | Show all posts |Read mode
FRIDAY, MARCH 8, 2013
Ikuti Kisah Sebenar Kenapa Bapa Saiful Buat U Turn Saat-Saat Menjelang Pilihanraya



Seperti yang kita tahu bapa Saiful Bukhari hari ini kembali ke pangkuan Anwar Ibrahim dan membuat tuduhan anaknya berbohong diliwat....

Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, saya tahu serba sedikit apa yang berlaku hari ini sejak 3-4 minggu yang lepas.

Kenapa jadi begitu ?

Apa yang dia nak ?

Insyaallah saya akan kongsikan dengan anda dengan menyiarkan di blog ini pagi esok....

Berikut adalah kenyataan media Datuk Dr Hasan Ali yang dikeluarkan hari ini....
Kenyataan Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari yang memohon maaf kepada Ketua Umum PKR mendakwa bahawa anaknya dipergunakan untuk memfitnah Anwar Ibrahim bagi sesetengah pihak tidaklah memeranjatkan.

Umum mengetahui Anwar Ibrahim sedang menghadapi antara masalah politik terbesar yang kini membelenggu pemikiran dan perjalanan halatuju politik beliau. Kegagalan beliau memperoleh pengesahan daripada perwakilan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini menjadi tamparan yang sangat hebat dalam karier politik beliau. Selain daripada itu PAS yang terus menerus mempertahankan keputusan Parti Islam itu untuk tidak menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri telah betul-betul menusuk saraf politik impian Perdana Menteri Pakatan itu.  
Kenyataan bapa Saiful Bukhari boleh dilihat sebagai salah satu usaha terdesak diperingkat akhir yang perlu dipergunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk mengolah pandangan umum mengenai kegagalan Anwar memenuhi syarat-syarat menduduki kerusi Perdana Menteri. Antara lain syarat itu ialah bersih daripada sebarang salah laku moral yang kemudiannya boleh dipalitkan kepada Perdana Menteri yang akan menjadi Ketua Eksekutif kepada sebuah Negara yang 65% penduduknya beragama Islam. Corak penduduk sedemikian yang majoriti beragama Islam semestinya tidak akan berkompromi dalam persoalan moral melibatkan pimpinan negara apalagi yang dikaitkan dengan seorang Perdana Menteri.  
Bapa Saiful Bukhari yang dikenali sebagai manusia yang menghadapi seribu satu masalah melibatkan diri dan keluarga adalah merupakan di antara jalan keluar yang paling mudah untuk dipergunakan oleh Anwar dan konco-konconya. Kenyataan pusingan “U” Azlan itu bagi sesetengah pihak seperti yang disebut di atas memang sudah dijangka. Namun keistiqamahan Saiful Bukhari sendiri sebagai pihak yang terlibat dilihat akan menyukarkan laluan yang dijangkakan terbuka luas untuk dieksploitasi oleh Anwar dan konco-konconya.

Adalah jelas pertelingkahan keluarga dan kredibiliti bapa Saiful Bukhari yang boleh dipersoalkan oleh banyak pihak menjadikan jalan penyambung hayat politik Anwar Ibrahim tidaklah begitu meyakinkan. Masyarakat yang mengikuti perbicaraan yang begitu lama dengan penangguhan puluhan kali sebenarnya telah letih dan jelak dengan mainan politik Anwar Ibrahim.

Timbulnya gelagat bapa Saiful Bukhari yang terakhir ini bagi sesetengah pihak menjauhkan lagi sokongan mereka terhadap Anwar dan sebahagiannya pula sudah muak dan tidak bernafsu untuk mengikuti episod selanjutnya.

Rakyat Malaysia sudah memahami hakikat mainan politik Anwar Ibrahim sejak tahun 1998 lagi. Rakyat disuapkan dengan pelbagai telatah politik yang memualkan dan apa yang disaksikan hari ini tidak lain daripada gandingan lakonan sandiwara politik yang sebenarnya tidak laku lagi untuk dipentaskan.

Bagi setengah pihak masalah moral Anwar Ibrahim tidak akan ada jalan penamatnya. Tutup di kepala ekor pula yang terbuka. Tutup di ekor kepala pula yang terbuka. Begitulah ibarat kisah moral Anwar Ibrahim.

Seperti yang diketahui deretan episod melibatkan moral orang yang akan dijadikan Perdana Menteri oleh Pakatan Rakyat lambat laun akan menemukan buku dengan ruas. Pepatah juga mengatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga jatuhnya. Pepatah ini dicipta oleh pendita-pendita terdahulu sudah tentunya mempunyai kebenarannya yang tersendiri dan dalam konteks dunia moden kini barangkali rakyat Malaysia boleh lebih awal membuat dugaan siapa yang bakal menjadi tupai tersebut.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Taman Tun Dr Ismail, KL
8 MAC 2013




Apakah anda rasa dengan keluarnya bapa Saiful bersama PKR hari ini akan menguatkan lagi PKR dan melemahkan BN ?

Jika anda kata ya, ternyata anda silap....

Apa yang berlaku hari ini membuatkan laluan PAS, PKR dan DAP menuju ke Putrajaya akan menjadi semakin sempit.

Kepada PAS dan DAP, jangan salahkan Umno jika kamu semua gagal ke Putrajaya. Tolong salahkan Anwar....  

Masa kamu 5 tahun hanya dibuangkan untuk mempertahankan kemaluan Anwar yang menutuh punggung lelaki, melanggan pelacur, menggadaikan kalimah Allah, membenarkan kebebasan beragama , termasuklah isu keselamatan negara.

Beban Anwar yang kamu pikul itulah yang akan menjadi halangan utama kepada kamu untuk sampai ke Putrajaya.

Selamat tinggal Pas.....pikullah Anwar sampai mampus.....

http://www.rbfonline.net/2013/03 ... aiful.html?spref=fb



anwart se ekoq biawak hidup?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2013 12:29 AM | Show all posts

bila Lobai aqidah berkata kata  
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 12:33 AM | Show all posts
tak dapat rayu anak buat u turn...

bapak pun jadi la....janji macai2 fakatan rakyat purcaya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 12:34 AM | Show all posts
okeyh..pakcik hasan jati dh bersuara
now waiting for
zul kulim
ezam kotak
ummi hafilda..our favorite spokeperson!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 12:36 AM | Show all posts
jap jap..

pakcik hasan said
selamat tinggal PAS? bukan ke dia yg ditunjukkan EXIT Door oleh PAS?
sape said gudbye to sape nih?
perasan x abis2
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 12:38 AM | Show all posts
Ni nak kaber kes depa berkuntau hari tu sesama depa ka?

Sian Nuat...dia ingat geng sume setuju dia jadi PM...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2013 12:42 AM | Show all posts
tak kesahlah saper pun yg jadi PM kalau PR menang PRU
angkat maid DSAI jadi PM pon ak tak kesah
janji ABUN!
#AnythingButUmngokNirrojim #AsalkanBukanUmngokNirrojim
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 12:48 AM | Show all posts
hmmm...x sudah sudah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2013 12:56 AM | Show all posts
Ades....
Asal PRU jadi gini
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 12:58 AM | Show all posts
xy_daen posted on 9-3-2013 12:38 AM
Ni nak kaber kes depa berkuntau hari tu sesama depa ka?

Sian Nuat...dia ingat geng sume setu ...

LGE for PM
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 01:14 AM | Show all posts
lor, salah anwart lagi
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 01:18 AM | Show all posts
Sampai nk bertumbuk hari tu kat Shah Alam...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 01:20 AM | Show all posts
Thread ni bakal menjadi thread politik dan lucas
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 01:21 AM | Show all posts
xy_daen posted on 9-3-2013 01:18 AM
Sampai nk bertumbuk hari tu kat Shah Alam...

sapa nak tumbuk sapa..??
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 02:01 AM | Show all posts
hasan ali ni kan penah meniduri anney anwar..... dia tau la teknik2 anney anwar semasa tidur2... kah kah kah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2013 02:20 AM | Show all posts
siapa mau order daging biawak boleh sms brader anwart the ejen daging biawak balls........!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2013 07:08 AM | Show all posts
cupin_cipin posted on 9-3-2013 12:42 AM
tak kesahlah saper pun yg jadi PM kalau PR menang PRU
angkat maid DSAI jadi PM pon ak tak kesah:lol ...

jangan cakap macam tu, tak kan ko nak maid jadi pemimpin kita....

bagi aku, pemimpin mestilah yang boleh memimpin. aku tak pro mana2 parti.
tgk beberapa kementerian yg aku perati (my personal observation) dah jadi caca marba sebab menterinya tidak ada ilmu ttg kementerian yg dipegang.
kita rakyat marhaen ni jugak yg sengsara, generasi kita yg akan datang akan jadi mangsa, negara kita akan musnah.
nauzubillah min zalik. aku sangat takut bila fikir ttg perkara ini
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 07:16 AM | Show all posts
bg sy apa2 pun yg berlaku skrg tidak akan mengubah keadaan...
PR pun tak blh nak bangga sgt @ seronok bila kes pengakuan ini berlaku... stiap kejutan yg brlalu ada counter back.. cthnya bila si bapa kata anak telah dipergunakan, anak pulak kata sebaliknya...

penumpang telah menentukan bas masing2...tiada yg akan tukar bas..skrg tunggu bas start enjin je...

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 08:02 AM | Show all posts
hurmmm.....makin bersimpang siur masalah politik ni...

bila nak ngundi ni hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 08:13 AM | Show all posts
mana kenyataan pembela sultan & agong ni pasal pencerobohan sabah?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.059087 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list