|
Artis Sabah Bimbang krisis lahad datu - updated : konsert amal pg.2
[Copy link]
|
|
doa yg terbaik saja utk diaorg tu
cam wawa zainal hrp2 dia tabah dgn apa yg melanda sekrg ni |
|
|
|
|
|
|
|
Apasal retis Sabah bimbang.................??????
Sultan Kiram Sulu tu menuntut hak ke atas diaorang jugek ke.......????? |
|
|
|
|
|
|
|
mixed posted on 9-3-2013 05:17 PM
Nera Af9 pn aku rasa org sulu
Sheol cantik sgt kulit putih gebu
Penah menang pertadingan miss sa ...
Nera KadazanDusun la (uncle dia kan Datuk Joseph Pairin Kitingan)
Setahu aku yang keturunan suluk Yani (allahyarham), Azharina, komposer Julpikar...
Yg ada potensi suluk..Fiq, juara mentor ppuan Sabah..err lupa nama (yg protege Era Fazira tu), kawan Nera dari Sabah masa AF9 tu (again lupa nama..sebab tak pemes) |
|
|
|
|
|
|
|
NAT_11 posted on 9-3-2013 10:14 PM
Apasal retis Sabah bimbang.................??????
Sultan Kiram Sulu tu menuntut hak ke atas diaoran ...
Diorg bimbang dgn keselamatan mereka dan keluarga mereka
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai gak suluk ek retis mesia nih ... |
|
|
|
|
|
|
|
mixed posted on 9-3-2013 05:17 PM
Nera Af9 pn aku rasa org sulu
Sheol cantik sgt kulit putih gebu
Penah menang pertadingan miss sa ...
Nera kadazan dusun la..
|
|
|
|
|
|
|
|
berusjamban posted on 9-3-2013 11:00 PM
Diorg bimbang dgn keselamatan mereka dan keluarga mereka
Oooooo.....ingatkan Sultan Sulu nak tuntut diaorang jadik bini......
Ada 11 orang KIRAM, kalau seorang nuntut 4 orang retis = 40 orang! |
|
|
|
|
|
|
|
NAT_11 posted on 10-3-2013 09:55 AM
Oooooo.....ingatkan Sultan Sulu nak tuntut diaorang jadik bini......
Ada 11 orang KIRAM, kal ...
ko ni pun... 4x11 =44 kot...
camna ko pass matermatik darjah 3 ni?
hehe...jgn mara aaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Konsert Amal Lahad Datu
SYED ALI (kanan) bersama para artis yang bakal menjayakan Konsert Amal Artis Tabung Lahad Datu di Stadium Badminton, Jalan Cheras, Kuala Lumpur pada 16 Mac ini.
RAMAI yang sedih dan terkejut mendengar cerita dan melihat gambar-gambar anggota pasukan keselamatan yang terkorban di Lahad Datu, Sabah. Paling menyayat hati apabila mengenangkan nasib isteri yang menjadi balu dan anak-anak yang menjadi anak yatim dalam sekelip mata.
Atas dasar prihatin, pihak Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dengan kerjasama Aman Palestin Berhad dan Cahaya Idaman Enterprise akan mengadakan Majlis Pelancaran Tabung Amal Lahad Datu dan Tabung Amal Palestin serta Konsert Amal Artis pada 16 Mac ini.
Menurut Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, tujuan utama pelancaran tabung dan konsert amal itu diadakan adalah untuk membantu mangsa-mangsa di Lahad Datu dan Palestin.
“Diharap dengan penganjuran ini (tabung dan konsert) ia dapat mengumpul dana sekali gus menghulur bantuan kepada mangsa-mangsa di Lahad Datu dan Palestin,” ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar Tabung Amal Lahad Datu dan Palestin serta Konsert Amal Artis di Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Kuala Lumpur.
Jelasnya, majlis perasmian akan diadakan pada pukul 11.30 pagi manakala Konsert Amal Artis yang bertemakan Berhibur Sambil Beramal pula akan bermula pada pukul 2 hingga 6 petang bertempat di Stadium Badminton, Jalan Cheras, Kuala Lumpur.
Antara artis yang terlibat ialah Tomok, Mawi, Ayu Damit, Elly dari kumpulan AXL, Isma (AF), Shiha (Mentor), Wanie, Band pengiring Rosewell dan penampilan istimewa model dan pelakon Cha Cha Maembong.
Orang ramai boleh membeli tiket Konsert Amal Artis ini di pejabat Yayasan Pendidikan Cheras, Pusat Rekreasi Cheras, Kuala Lumpur, atau hubungi talian 03-9284 3603/03 9287 7371. Orang ramai juga boleh membeli tiket konsert secara terus melalui Rosmawati di talian 017 660 0203 atau Fadzlee di talian 017 3168819 .
Tiket untuk orang dewasa dijual pada harga RM15 manakala tiket untuk pelajar pula berharga RM10. Orang ramai yang membeli tiket juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik melalui cabutan nombor bertuah.
Sementara itu, penyanyi Ayu Damit, mengakui berasa risau dan takut akan keselamatan keluarganya di Sabah apabila mendengar berita mengenai pencerobohan dan kematian di Lahad Datu.
“Walaupun tempat tinggal keluarga Ayu di Kota Kinabalu dan ia agak jauh dari Lahad Datu, tetapi Ayu tetap risau dan takut akan keselamatan keluarga di sana,” ungkapnya yang tinggal di Kuala Lumpur bersama dengan salah seorang adiknya.
Ujar anak sulung daripada lima beradik itu, dia berharap agar keluarganya dan penduduk di Sabah selamat serta berdoa agar pihak penceroboh berundur.
Ayu juga melahirkan rasa prihatin dan sedih mendengar dan membaca berita kematian anggota-anggota keselamatan di Lahad Datu.
- KOSMO |
|
|
|
|
|
|
|
zarulnazmi posted on 13-3-2013 02:59 AM
SYED ALI (kanan) bersama para artis yang bakal menjayakan Konsert Amal Artis Tabung Lahad Datu di ...
apsal artis2 gred C ja? mana retis2 grade A & B dr sabah? ayu damit je ke?
asmin mudin, nazrey johani,nadia salam utk kekasih, julfekar, abu bakar elah, jimi palikat, niki palikat, adam, stacy, joanna henley, azharina, ramai lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang aku tau..jolpekar tu mmg ada drh filipina..patut la muka skeri dr dulu kini & selama2nya...hu hu..tp fiq mmg ada ciri2 keturunan sulu kot..sbb kulit dia gelap sikit kan... |
|
|
|
|
|
|
|
sokmogitu posted on 13-3-2013 08:33 AM
apsal artis2 gred C ja? mana retis2 grade A & B dr sabah? ayu damit je ke?
asmin mudin, nazrey ...
mawi dh turun gred C ye?
|
|
|
|
|
|
|
|
Artis2 yg dpt pingat dr sulu ni, xnak bg komen ker konsert amal ker?? |
|
|
|
|
|
|
|
oooooo.........konsert2 gak, duit jgn lupa hulur2kn |
|
|
|
|
|
|
|
apa pun aku doakan semuanya berada dalam keadaan selamat dan kekal harmoni macam sebelumnya |
|
|
|
|
|
|
| |
|