CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4428|Reply: 17

Tertuduh kes rogol mati dalam sel

[Copy link]
Post time 12-3-2013 09:07 AM | Show all posts |Read mode
New Delhi: Tertuduh utama dalam kes rogol beramai-ramai membabitkan seorang mahasiswa dalam sebuah bas Disember lalu ditemui mati dalam sel penjara semalam, mencetuskan kemarahan daripada keluarga mangsa.
Kakitangan di Penjara Tihar di pinggir ibu negara India itu berkata, Ram Singh menggantung diri menggunakan bajunya.

Namun, keluarga Ram mendakwa, tidak mungkin pemandu bas itu membunuh diri dan pernah memberitahu, nyawanya dalam bahaya.


Peguam Ram pula berkata, kematian itu sepatutnya disiasat sebagai kes bunuh. Ram, 30-an, adalah seorang daripada enam tertuduh yang dibicarakan atas kesalahan merogol dan membunuh seorang mahasiswa berusia 23 tahun yang mencetuskan kemarahan besar-besaran seluruh India.

Dia ditemui mati dalam sel tahanannya jam 5.15 pagi.

Pegawai undang-undang penjara, Sunil Gupta berkata, Ram mengikat semua pakaiannya dan menggunakan palang di siling serta bangku kayu menggantung dirinya.

“Majistret memulakan siasatan untuk mengetahui jika berlaku kecuaian di sebalik kematian lelaki terbabit,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa rogol itu berkata, jelas pihak berkuasa cuai dalam tugas mereka. “Kita tidak faham bagaimana polis gagal melindungi Ram.

“Pihak berkuasa tahu dia adalah suspek utama dalam kes anak saya. Bagaimana mereka membiarkan suspek terbabit memilih cara untuk mati?” katanya.

Disebabkan kegagalan polis itu, katanya, dia tertanya-tanya bagaimana nasib kes berkenaan. Ram sering hadir di mahkamah untuk menjalani perbicaraan atas tuduhan membunuh, merogol dan menculik. Empat lelaki lain dituduh melakukan rogol berkumpulan dan berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Suspek keenam ialah remaja berusia 17 tahun yang dibicarakan di mahkamah juvana dan berdepan hukuman maksimum penjara tiga tahun. - AFP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2013 09:44 AM | Show all posts
elok la dia mati pon..dah buat org mcm binatang skrg dia rasa la plak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 09:58 AM | Show all posts
takyah tunggu mahkamah jatuh hukuman mati, dah gantung sendiri dah siap2
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 10:21 AM | Show all posts
tertekan kot duduk kt dalam tu....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 11:01 AM | Show all posts
Dia mati gini, menyusahkan polis jer nak jawab...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 11:24 AM | Show all posts
Mati sorang jerk, yg lain2 tu ada lagi.... jgn disebabkan sorang nie mati isu rogol tu tenggelam...kang berohoyah hoyeh pulak perogol2 yg lain...bukan xtau perangai indu2 paria niehh!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2013 11:32 AM | Show all posts
ala kes mcm ni biase kat negara tak de undang2 mcm india ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2013 11:33 AM | Show all posts
Mamason posted on 12-3-2013 11:24 AM
Mati sorang jerk, yg lain2 tu ada lagi.... jgn disebabkan sorang nie mati isu rogol tu tenggelam...k ...

kennn

indu paria estet plak tu choyyyy


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2013 12:19 PM | Show all posts
mmg patut pun mampus... mesti kena dera kat lock up... mmg sadis giler apa yg diorang buat kat mangsa.....
Beyond words!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 01:00 PM | Show all posts
si ram ni pernah mengadu pada bapa dia, cakap dia pernah kena sodom dan pukul dgan inmates lainya semasa dalam jel..
eloklah tu..merasa lah juga bilamana dia dalam keadaan tidak berdaya..macam jyoti singh pandey rasai di malam yang malan itu.

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 01:02 PM | Show all posts
Tak tahan tekanan le tu mungkin juga dia tahu itu juga hukuman yang bakal diterimananya nanti.  
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 02:04 PM | Show all posts
kene jolok beramai2 la tu...pdn muka kne balik...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 02:10 PM | Show all posts
la....btul ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 03:15 PM | Show all posts
sama ada kena bunuh atau pun bunuh diri.......elok lah tu, daripada hidup menyusahkan orang lain je.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 03:53 PM | Show all posts
baguslah diri hukum diri sendiri terlebih dahulu
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 04:47 PM | Show all posts
tertekan.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2013 07:59 PM | Show all posts
tak kisah ler..bunuh diri ke..kena hukum mati..janji mati..time merogol tau nafsu puas aje..sampai mati anak org ko kejekan..
budget dia baca..ehhee
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 09:35 PM | Show all posts
tu pun keluarga tu nak marah... nak terima lagi ker binatang tue
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.074161 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list