CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8668|Reply: 158

[Tempatan] Mahathir: Selamatkan Selangor demi Melayu-Bumiputera

[Copy link]
Post time 12-3-2013 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Mahathir: Selamatkan Selangor demi Melayu-Bumiputera

10 Mac 2013


Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - Selangor perlu diselamatkan daripada pembangkang bagi memastikan hak dan kedudukan orang Melayu serta Bumiputera terus kekal di negeri itu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat yang telah pun menguasai ekonomi di Selangor kini mempunyai keinginan yang tinggi untuk menguasai politik di negeri itu.

"Sebelum ini ketika Selangor di bawah Barisan Nasional (BN) kita dapat lihat pertumbuhan ekonomi begitu pesat dan orang Melayu serta Bumiputera turut diberi tempat, sebab itu kita hidup lebih bahagia daripada dahulu.

"Sekiranya pembangkang menang dan tadbir Selangor percayalah kedudukan orang Melayu dan Bumiputera akan diketepikan. Sebab itu kita harus bertindak segera untuk yakinkan rakyat di Selangor supaya jatuhkan kerajaan pembangkang dan gantikannya dengan kerajaan BN yang dipimpin oleh Umno.

"Akan sia-sialah pengorbanan kita kalau Selangor tidak diselamatkan," katanya ketika penutup konvoi 'Selamatkan Selangor' anjuran Perkasa Selangor di sini hari ini.
  
Lebih 3,000 menyertai konvoi motosikal ke USJ, Subang Jaya dan Rantau Panjang, Klang bermula pukul 10 pagi dengan membawa bendera Malaysia, Perkasa dan BN bagi menunjukkan sokongan kepada BN untuk memenangi semula Selangor.

Konvoi itu turut menziarahi pusara Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul Tukiran di tanah perkuburan Islam Rantau Panjang dan mengadakan bacaan tahlil untuk anggota polis itu yang terkorban dalam kejadian serangan hendap kumpulan militan dari selatan Filipina di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac lepas.

Dr Mahathir berkata, kelemahan dua parti dalam pakatan pembangkang pimpinan orang Melayu menyebabkan pihak lain tidak menghormati kaum itu bahkan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera hendak dihapuskan oleh mereka.

"Kita juga ingin tegaskan bahawa bahasa Melayu dan agama Islam ialah bahasa dan agama rasmi negara kita jadi mereka harus hormati hak kita sepertimana kita hormati hak mereka tetapi disebabkan kepimpinan Melayu dalam pakatan (pembangkang) amat lemah mereka sering ikut sahaja rakan mereka termasuk bila desak kalimah Allah boleh digunakan (dalam Bible) maka (Presiden Pas Datuk Seri) Abdul Hadi Awang pun tandatangan beri hak itu kepada mereka.

"Bila mereka cadang nak lucut hak istimewa orang Melayu, pembangkang yang kononnya dianggotai dua parti pimpinan Melayu sanggup ikut apa sahaja yang dituntut.

Kalau kita tak berjaga-jaga kita akan hilang sama sekali hak kita di bumi kita sendiri dan segala usaha untuk bangunkan orang Melayu dan Bumiputera
akan dihapuskan oleh mereka (pembangkang)," katanya. - Bernama



kroni dah tak dpt projek sbb takde direct nego lagik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2013 10:13 AM | Show all posts
Bukan dia yg menjahanam kan melayu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 10:14 AM | Show all posts
errrr...... ni bila tahun punyer cerita....
aku dok kat Selangor nih tak rasa tergugat paper pon....
aman-aman sahaja..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 10:14 AM | Show all posts
kesian Tok Det dan konco2nya...kebahagiaan dah hilang, harta dah susut...haruslah rampas Selangor utk melanun lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 10:17 AM | Show all posts
Melayu = kroni

Dah susah cari makan ye?

Mulalah perguna nama MELAYU demi tembolok kroni
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 10:22 AM | Show all posts
roti_planta posted on 12-3-2013 10:14 AM
errrr...... ni bila tahun punyer cerita....
aku dok kat Selangor nih tak rasa tergugat paper pon... ...

aku pun......ok je aman, takde masalah pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2013 10:23 AM | Show all posts
Dah x dpt duit dari selangor lagi la tu...
Itu yg kluar statement ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 10:27 AM | Show all posts
aku anak jati selangor plng bahagia tok 5th pkr memerintah air pn free jer
sape yg menjahanam kan melayu?
Sebelum ini ketika Selangor di bawah Barisan Nasional (BN) kita dapat lihat pertumbuhan ekonomi begitu pesat dan orang Melayu serta Bumiputera turut diberi tempat, sebab itu kita hidup lebih bahagia daripada dahulu.


projek kroni BN berlambak sampai cuci longkang, potong rumput
ni jiran aku org kuat umngok selama BN merintah tu le kontrak sign mati sampai dh kaya raya
skunk x dpt dh kontrak cuci longkang & ptg rumput. selangor bt tender amik ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2013 10:28 AM | Show all posts
SHAH ALAM - Selangor perlu diselamatkan daripada pembangkang bagi memastikan hak dan kedudukan orang Melayu serta Bumiputera terus kekal di negeri itu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

betul tu kata dia ...dan sokong pendapat tu 100%....selamatkan dari pembangkang negeri yang ada sekarang
Last edited by Al-Patih on 12-3-2013 10:29 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 10:30 AM | Show all posts
blum minum sirap penenang nampaknya
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 10:36 AM | Show all posts
pada pemahaman aku lar...
skang ni klu kat Selangor, bila sebut pembangkang, maknanya BN/UMNO lar...
sbb selangor nyer kerajaan skang under Pakatan.....

Pertumbuhan ekonomi pesat????
PKNS wat rumah memahal pastuh yg ramai beli kroni2 derang jer.....
klu yg memurah nih, nak kena pi beli kat nun ujung benua nyer lokasi

wat umah murah pong kualiti cam hampeh, tuh pong kroni2 dan keluarga mereka akan dapat dulu
so celah mananyer ekonomi pesat membangun????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2013 10:37 AM | Show all posts
Dr M: Pakatan ni macam 'pakat-pakat' saja
7:33PM Mac 11 2013

Tun Dr Mahathir Mohammad berkata kejayaan terbesar PAS ialah melaksana pendekatan yang menimbulkan kebencian rakyat terhadap Umno serta mengkafirkan orang yang tidak menyokong parti itu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata pendekatan berkenaan diguna pemimpin PAS bagi menakutkan rakyat supaya tidak menyokong Umno dan BN.

"AS juga mengajar penyokongnya supaya membenci orang yang tidak menyokong atau mengundi PAS sebagai bukan Islam.

"Mereka kena wujudkan kebencian dalam diri orang Islam, termasuk penyokong PAS sendiri, supaya mereka tidak menyokong Umno dan BN," katanya sewaktu berucap pada program Bersama Negarawan di Kulim hari ini.

Program anjuran Umno Kulim/Bandar Baharu dengan kerjasama BN Kedah itu turut dihadiri isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan kira-kira 5,000 pemimpin serta anggota komponen BN negeri.

Dr Mahathir berkata ramai penyokong PAS kini meninggal parti itu kerana sedar pendekatan yang digunakan selama ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Beliau berkata PAS sebenarnya lemah kerana perlukan sokongan parti lain dalam pakatan pembangkang sehingga sanggup menggugurkan perjuangan menegakkan negara Islam dan melaksana hukum hudud apabila digertak rakan sendiri.

"Umno sahaja yang boleh mempertahan hak rakyat pelbagai kaum kerana BN adalah parti campuran, bukan pakatan. Pakatan ni macam 'pakat-pakat' sahaja, tidak sempurna. Nak pakat mencuri pun boleh, kemudian buat hal sendiri.

"Di Selangor, nak dapat tender projek kerajaan kena beritahu sokong parti mana, sedangkan BN tidak pernah bertanya pun. Masalah air di Kelantan tidak selesai walaupun lebih 20 tahun memerintah. Di Pulau Pinang, dulu depa marah saya buat jambatan, sekarang nak buat terowong pula," katanya.

Dr Mahathir berkata rakyat seharusnya boleh membuat penilaian bijak terhadap pencapaian pakatan pembangkang selepas lima tahun mereka memerintah empat negeri bermula 2008.

Sambil berseloroh, Dr Mahathir berkata beliau kini berkempen bagi membalas jasa orang terdahulu yang mengangkatnya menjadi Perdana Menteri.

"Orang kata saya dah tua, tak larat dah tapi saya kena balas jasa mereka," katanya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, bekas Perdana Menteri itu berkata beliau melihat keutuhan Umno dan BN serta sokongan positif rakyat terhadap parti komponen berkenaan bertambah baik adalah petanda BN mampu meraih kejayaan lebih baik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

"Saya yakin matlamat kita untuk menang lebih banyak kerusi Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri) boleh tercapai. Di Kedah juga saya lihat rakyat dah menolak pakatan pembangkang," katanya.

- Bernama



kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 10:39 AM | Show all posts
babai BN

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 10:52 AM | Show all posts
madey ni dah gila ke hapa..
auta jer lebih..

dalam kena kacau tak sudah2pun selangor bawah pr ok jer... malah lebih baik dlm banyak hal
kontraktor2 pun happy dan senang cari makan sebab tak payah guna kabel2 atau bagi persen pada umno macam dulu2
makap2 dah susah dah sebab khalid gagap strict dlm hal ni
pendapatan negeri pulak naik 40%

melayu yg susah cari makan ni haprak2 umno yg dulu sapu kontrak ambik untung atas angin jer
dan melayu2 umno yg tak boleh lagi nak rembat reta negeri macam dulu
haaa... yg itu aku percaya memang perit sekarang ni...

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 10:57 AM | Show all posts
MB jawab Dr M: 'Kerajaan Selangor berjaya martabatkan Islam, Melayu'
NURULFATIHA MUAH
12 Mac 2013
MB jawab Tun M
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak mengikuti perkembangan semasa di Selangor apabila mengeluarkan kenyataan negeri itu patut diselamatkan daripada Pakatan Rakyat (PR) untuk menjamin hak istimewa orang Melayu dan kedudukan agama Islam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa, sepanjang PR menerajui Selangor, penggunaan masjid di negeri itu kerap kali diimarahkan dengan pelbagai program keagamaan.

“Dr Mahathir akan terperanjat kalau beliau diberitahu qiamullail dihadiri beribu orang dalam satu masjid.

“Ini tak berlaku langsung dalam zaman (pemerintahan) Dr Mahathir. Penggunaan rumah ibadat Islam (masjid dan surau) sangat diterima rakyat (ketika PR memerintah),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Eksekutif Halal dan Dialog Industri, di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Teresa Kok dan Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin.

Kelmarin, Dr Mahathir dilaporkan berkata, kelemahan dua parti yang dipimpin orang Melayu dalam PR dengan mudah mengikut kata rakan parti menyebabkan orang lain tidak lagi menghormati hak Melayu dan Islam.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut mempersoalkan keupayaan Dr Mahathir meningkatkan ekonomi orang Melayu ketika melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana ia dilihat tidak mencapai matlamat.

“Masa dulu beliau buat pun tidak berjaya juga. Ketika beliau melaksanakan DEB, tetapi yang dapat (manfaatnya) bukan orang Melayu.

“Kalau kita tengok penswastaan yang dibuat, berapa peratus yang akhirnya sampai ke tangan (golongan) Bumiputera?,” katanya.

Beliau berharap supaya Dr Mahathir berhenti daripada membuat kenyataan seperti itu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 10:59 AM | Show all posts
kalau tak buat PRU13 tahun ni..nak buat bila lagi che det oiiiii.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2013 11:11 AM | Show all posts
Johor tak nk selamatkan ka?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 11:14 AM | Show all posts
orng ataih kata xdpt selangoq pom xpa, johor ada buleh juai kat singapoq... sarawak ada buleh tebaih balak..  
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 11:19 AM | Show all posts
shut up la matdet!
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 11:23 AM | Show all posts
ye la ayya mahadey..kamu saja la yang cerdik anugerah tuhan otak kamu yang cerdey..orang melayu laen suma juga ada bodo2...maklumla.. ayya juga kan rasoooooooooooooool pada itoe..melayoe... kah kah kah

AKU SAYANG TUN MAHATHIR BUMIPUTERADEY!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.083697 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list