View: 33020|Reply: 524
|
Pameran Udara LIMA 2013-Boeing pamer Super Hornet dan keupayaan pertahanan udara
[Copy link]
|
|
Boeing pamer Super Hornet, keupayaan pertahanan pada pameran udara LIMA 2013
2013/03/19 - 15:43:48 PM Cetak Emel Kawan
KUALA LUMPUR: Super Hornet F/A-18F Boeing bersedia untuk kembali ke udara Malaysia untuk penampilan keempat pada acara dwitahunan Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA).
Acara berkenaan dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 30 Mac di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri.
"Sasaran Boeing pada LIMA adalah untuk menampilkan keupayaan syarikat dan mengukuhkan hubungan yang sudah teguh yang telah dibangunkan dengan Malaysia dan rantau Asia Pasifik," kata Naib Presiden Pembangunan Perniagaan, Asia Timur dan Pasifik, Boeing Defense, Space & Security, Jim Armington dalam satu kenyataan dari St Louis, hari ini.
Malaysia adalah peserta industri dan pasaran utama bagi Boeing.
"Boeing melihat banyak peluang untuk mengembangkan keupayaan serantau kami dalam kerjasama dengan industri tempatan. Melalui kepakaran kami yang luas dalam kejuruteraan dan pembuatan, Boeing berada pada kedudukan yang unik untuk mewujudkan inisiatif baru yang akan memajukan aeroangkasa di Malaysia."
Dua Super Hornet akan menjadi sebahagian daripada barisan yang mantap pada pameran udara produk pertahanan dan perkhidmatan Boeing yang direka untuk memenuhi keperluan pelanggan di rantau ini.
Platform Boeing yang dijadualkan dipamerkan termasuk Hornet F/A-18D Tentera Udara Diraja Malaysia, pengangkut udara Globemaster III C-17 Tentera Udara AS, Wedgetail Amaran Awal dan Kawalan (AEW & C) Udara Tentera Udara Diraja Australia, helikopter Apache AH-64 Tentera Udara Singapura dan model skala penuh ScanEagle tanpa pemandu daripada subsidiari Boeing Insitu Pacific.
Simulator penerbangan F/A-18E/F Super Hornet akan menjadi tarikan utama pameran Boeing di Dewan A, Ruang Pameran A255.
“Sistem berkenaan, dengan skrin projeksi 180 darjah, mampu menunjukkan simulasi pertempuran udara dan sasaran udara ke bumi, navigasi, dan misi operasi sistem,” katanya.
Pengendali juga berpeluang melakukan pendaratan dan berlepas dari landasan atau pesawat pengangkut.
Pameran Boeing juga akan menampilkan helikopter peninjauan/serangan ringan AH-6i dan serangan langsung laser sistem senjata di ruang pameran A260.
Boeing mempunyai pejabat korporat di Kuala Lumpur dan pejabat Boeing Commercial Airplanes Field Service di Lapangan Terbang Subang.
Hubungannya dengan Malaysia bermula sejak 1947, dengan pemerolehan tiga DC-3 oleh Malayan Airways Limited.
Syarikat penerbangan nasional sekarang ini, Malaysia Airlines adalah antara pelanggan pertama pesawat 777 Boeing di Asia Tenggara.
Pada 1993, Malaysia menempah lapan pesawat Hornet F/A-18D untuk mengukuhkan keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia dan hari ini negara menilai Super Hornet F/A-18E/F bagi pesawat tempur pelbagai peranan.
Sebuah unit Boeing Company, Boeing Defense, Space & Security adalah syarikat keselamatan, angkasa dan pertahanan terbesar dunia mengkhusus dalam penyelesaian pelanggan inovatif dan dipacu kemampuan dan pengeluar serba boleh dan terbesar di dunia bagi pesawat tentera.
Beribu pejabat di St Louis, Boeing Defense, Space & Security adalah syarikat bernilai AS$33 bilion dengan 59,000 pekerja di seluruh dunia. - BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
adam dh order kereta preve utk jadi aset pertahanan udara kt rumah adam |
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 19-3-2013 04:31 PM
adam dh order kereta preve utk jadi aset pertahanan udara kt rumah adam
tahniah adam
|
|
|
|
|
|
|
|
x pernah aku g LIMA nih
best ke ek? bersesak2 tgok jek
aku tengok belon panas kat putrajaya pon da cukop melemaukan |
|
|
|
|
|
|
|
patut laa tanak bubar parlimen |
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 19-3-2013 04:31 PM
adam dh order kereta preve utk jadi aset pertahanan udara kt rumah adam
nah kete utk adam
|
|
|
|
|
|
|
|
tuan_wu posted on 19-3-2013 05:00 PM
nah kete utk adam
lawanye. muka mamat ni cm lewis hemilton lah.. kete ni kete porshe ek?
|
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 19-3-2013 05:03 PM
tak pe. sekali sekala rindu @peYno aka preve made in toiletadam dgr peyno kena culik denga ...
ko nak gigit kepala peyno sampai bocor? kepala apa ni dam? demmmm u adam...
|
|
|
|
|
|
|
|
zorrro_03 posted on 19-3-2013 05:06 PM
ko nak gigit kepala peyno sampai bocor? kepala apa ni dam? demmmm u adam...
hahahahahahahahha berani adam nak gigit pala @peYno macho, cukur misai pun pakai pisau rambo tawww |
|
|
|
|
|
|
|
hornet ni salah satu calon ganti MIG 29...harap LIMA ada pembelian |
|
|
|
|
|
|
|
aku report @peYno korang kutuk2 preve. ingat ye, rakyat semua sayang preve |
|
|
|
|
|
|
|
peyno kat lahad datu...pertahankan pusat edar proton daripada dicerobohi pengikut setan kiram |
|
|
|
|
|
|
|
jonlabu posted on 19-3-2013 05:50 PM
hahahahahahahahha berani adam nak gigit pala @peYno macho, cukur misai pun pakai pisau rambo tawww ...
ntah nya. kena toreh pisau rambo peyno baru taw....
|
|
|
|
|
|
|
|
the_killer posted on 19-3-2013 06:10 PM
peyno kat lahad datu...pertahankan pusat edar proton daripada dicerobohi pengikut setan kiram
katanya kepala peyno hampir bocor kena kekah oleh adam ddemmmm!!! harap peyno bertahan dan bunuh seberapa ramai pengikut kiram setan bengom.
teruk lah org2 yg offtopic sejauh ni dlm thread TT ini. ampun...
|
|
|
|
|
|
|
|
zorrro_03 posted on 19-3-2013 08:58 PM
katanya kepala peyno hampir bocor kena kekah oleh adam ddemmmm!!! harap peyno bertahan dan bunuh ...
mentang2 la peyno kna kurung...korang menganjing ke dia ye..
|
|
|
|
|
|
|
|
SAY NO TO:F/A-18 E/F SUPER HORNET
SAY YES TO: SUKHOI PAK FA
|
|
|
|
|
|
|
|
lerr. berjaman dah org dok guna F/18 Super Hornet ni. . . .
bak mai la rekaan terbaru. . .
Raptor F-22 ka F-35 ka. . . |
|
|
|
|
|
|
|
the_killer posted on 19-3-2013 06:10 PM
peyno kat lahad datu...pertahankan pusat edar proton daripada dicerobohi pengikut setan kiram
peyno, penoy, pinoy
|
|
|
|
|
|
|
| |
|