CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5222|Reply: 10

Konspirasi Senyap Yahudi Pada Olimpik 2012

[Copy link]
Post time 20-3-2013 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Konspirasi Senyap Yahudi Pada Olimpik 2012



Telah dikhabarkan bahawa Dajjal Laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah lama membuat persiapan untuk acara ini iaitu sejak dahulu lagi kerana melalui acara sukan antarabangsa inilah mereka dengan mudahnya mengumpulkan penduduk seluruh dunia bagi menjayakan agenda mereka untuk menyihir seluruh dunia.

Bandar London telah dipilih kerana London merupakan pusat segala agenda jahat mereka dalam merosakkan dunia selama ini, manakala tahun 2012 pula adalah tahun yang sangat signifikan bagi mereka. Ia adalah tahun yang mana Dajjal laknatullah telah bebas daripada rantai yang mengikatnya selama ini.

Angka 2012 juga mempunyai maksud tersirat yang tersendiri. Kita tahu bahawa puak Illuminati, salah satu cabang pasukan Dajjal laknatullah sentiasa mempunyai kod-kod rahsia tersendiri bagi menjalankan agenda mereka. Kita tahu bahawa tulisan Arab dan Ibrani (Hebrew/tulisan yahudi) ditulis dari sebelah kanan ke kiri.

Jika 2012 itu diubah kepada huruf dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ. Di dalam kod ini, huruf Z yang terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N. Dengan ini terbongkarlah dalang di sebalik Olimpik London 2012 atau Olimpik London ZION.


2012 = ZOIZ = ZIOZ =ZION

Zion sebagaimana yang kita tahu adalah sebuah bukit di Jerusalem, yang diidamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina tapak kezahiran Dajjal laknatullah atau Mosyaikh mereka ke dunia bagi menguasai dunia.

Bermula 27 Julai 2012 iaitu pada hari Jumaat ini, apabila api Majusi Olimpik London 2012 dinyalakan, maka Dajjal laknatullah beserta para wazirnya akan menyebarkan sihir berat ke seluruh penduduk dunia, lebih-lebih lagi yang melihatnya secara langsung di London atau pun yang menontonnya melalui televisyen dan internet tidak akan terlepas daripada sihir-sihirnya. Dan sesiapa yang terkena sihirnya, hampir mustahil tidak akan menjadi pengikutnya ketika kezahirannya kelak.


Bagi pendokong perjuangan Islam akhir zaman dan pejuang Kebenaran dan pengikut Imam Mahdi dan Fata At Tamimi, bersiap sedialah untuk serangan berterusan sihir berat ini ke atas anda.

Pagarlah diri anda dengan kaedah masing-masing. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dengan berkat bulan Ramadan ini.

Dan berikut pula adalah Game Card illuminati. Permainan kad illuminati ini telah terbukti sebahagian daripada peristiwa yang digambarkan dalam kad ini telah terjadi walaupun kad ini dicipta pada tahun 1995.

Mungkin juga semua penerangan di atas ada kaitannya dengan hadis berikut:


Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Bila telah muncul suara di bulan Ramadan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadan, pada malam Jumaat akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari rumahnya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Tetapi, hadis ini adalah hadis yang lemah dan dikatakan tidak sahih tidak boleh dijadikan hujah, bahkan ia adalah hadis yang terlalu lemah atau palsu. Diriwayatkan dari berbagai riwayat, antaranya: al-Hakim di dalam al-Mustadrak dan al-Syafie di dalam Musnadnya. Hadis ini diriwayatkan dari beberapa periwayat yang lemah seperti Ibn Lahi’ah, ‘Abdul Wahhab, Muhammad bin Thabit dan yang lainnya.

Bahkan terdapat juga di dalam Sanad hadis ini periwayat yang dituduh sebagai pendusta hadis seperti al-Haris al-A’war al-Hamdani seperti yang dinyatakan oleh al-Sya’bi, Abu Hatim dan Ibn al-Madini. Semoga kita dan semua umat Islam seluruh dunia dijauhkan dari segala keburukan dan fitnah dajjal.


Siapa sudah tengok rakaman upacara perasmian Sukan Olimpik London baru-baru ini? Agak konfius. Kenapa tiba-tiba ada orang keluar dari pokok yang diletakkan atas bukit itu, ramai pulak tu...

Rupanya pokok itulah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah SAW!

Dan yang keluar itu hendak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya. Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok. Banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminati ditonjolkan dalam upacara perasmian itu. Belum termasuk logo mata satu lagi.

Faham-fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadan. Musuh Islam memang licik dan halus. Lindungi kami ya Allah.. Amin


Lihat gambar ini... ini adalah sewaktu pembukaan sukan Olimpik London 2012. Diceritakan bahawa Nabi Musa AS dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang tentera Firaun akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang dilahirkan pada waktu itu.

Lihat gambar ini... seorang bayi sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan.. Ini menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Musa AS yang sedang dihanyutkan di atas Sungai Nil ketika waktu malam.

Selepas itu dalam gambar ini muncul pula patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat.. Kita pernah dengar cerita-cerita mengenai Nabi dan Rasul kita termasuk Nabi Musa AS.

Nabi Musa AS mempunyai tongkat yang mempunyai kuasa dan itu adalah mukjizat yang diberikan Allah SWT kepadanya.

Nabi Musa AS juga menggunakan tongkat itu untuk membelah laut setelah mendapat petunjuk dari Allah SWT bagi menyelamatkan kaumnya Bani Israil melarikan diri dari dikejar Firaun Laknatullah.

Dengan kuasa Allah SWT, laut itu terbelah dua dan ketika Firaun melintasinya, laut itu kembali seperti sedia kala dan menenggelamkan Firaun serta pengikutnya.

Gambar ini adalah satu penghinaan kepada Islam umumnya. Mereka menggambarkan Nabi Musa AS sebagai ahli sihir itu.

Dikatakan ketinggian Nabi Musa AS adalah 40 hasta. Satu hasta bersamaan 45.72 cm. 40 hasta bersamaan dengan 1,828.8 cm, manakala 1,828.8 cm bersamaan dengan 18.2 meter.

Bukankah ketinggian ahli sihir itu lebih kurang 18 meter? Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengagumi acara pembukaan itu kerana percayalah banyak lagi bukti-bukti upacara penyembahan syaitan dan penghinaan kepada Islam berlaku pada acara itu.



Dicatat oleh manzaididi 12:08 PG





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2013 02:54 PM | Show all posts
nth le..
tkde apa2 plk kat limpik aritu
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 02:06 AM | Show all posts
Menteliti.....ooo menteliti...speechless...
Ader jeeee citer pasal iluminati ker atau israel....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 07:57 AM | Show all posts
Berapa kali mau post pasal benda ni daaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 08:53 AM | Show all posts
aku tak tengok masa opening olympic tu
so aku selamat la dari sihir berat
orang yang dah kena sihir tu aku nasihatkan pergi darussyifa' cepat
buang sihir
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahh.. Sampai tahun 2012 pun boleh dipusing2 ye.. Aku rasa mesti zionis pun pening, diorg tak buat hapa2 pun still kena jgk dek puak2 taksub iluminati..

*kepoh dok tuding jari yahudi jahat, israel kejam. Tp puak Islam sendiri yg menindas sedara seIslam, x amalkan Islam sebenar, perangai lagi yahudi dari puak yahudi tu sendiri, senyap je pulak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2013 09:36 PM | Show all posts
ade konspirasi rupenyee
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 11:11 AM | Show all posts
pelukis.plan posted on 21-7-2013 08:53 AM
aku tak tengok masa opening olympic tu
so aku selamat la dari sihir berat
orang yang dah kena sihi ...

agaknya sihir diorang x berkesan kat aku sebab aku tengok opening tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2013 12:52 PM | Show all posts
nice info...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 02:40 PM | Show all posts
agak nye rancangan tu ade tapi xmenjadi.... Last edited by mizsrose on 22-7-2013 02:50 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 02:55 AM | Show all posts
nice article...

aku faham sebagai umat islam kita kena berhati hati...tapikan satu je soalan aku...
perlu ker kita nak think negative all the way? penat wooo...
aku ada kawan yg keje dia asyik laa freemason..iluminati..etc...

asal nampak simbol kat pintu pagar rumah org..start la ckp..ni golongan dajal...
lalu depan gereja...or tiang lampu kat kampung2 tu..terus ckp...jgn tengok benda ni..nanti kena sihir...
ini cara halus nak pesongkan akidah...i was like wtf

kalau kita yakin dgn agama kita...tak perlu takut semua ni..takperlu propaganda...mmg hari kiamat akan tiba yg penting persiapkan diri dulu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.069187 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list