CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12729|Reply: 80

Terbongkarnya Agen Yahudi Di Malaysia

[Copy link]
Post time 20-3-2013 05:07 PM | Show all posts |Read mode
Dr Muzaffar Minta Rakyat Sedar


Malaysia berada pada kedudukan bahaya jika menjadi negara sasaran yang keseterusnya oleh Yahudi dengan menggunakan agen-agen mereka dinegara ini, penyertaan Yahudi dalam media berpengaruh Mkini Dotcom didedahkan apabila Ketua Pegawai Eksekutif Dana Pinjaman Media (MDLF), Harlan M. Mandel yang dikaitkan dengan George Soros  juga merupakan salah seorang daripada pengarah Mkini.com



Presiden Gerakan Keadilan Sedunia (JUST) Dr Chandra Muzaffar turut menyatakan adalah tidak munasabah membenarkan warga asing memegang apa-apa kedudukan strategik dalam saluran media berpengaruh.

Beliau mengulas laporan The Star mengenai Mandel yang telah dilantik pada Julai tahun lepas sebagai salah seorang daripada tiga pengarah Mkini, yang mengendalikan portal berita dalam talian Malaysiakini.

"Ini adalah pendedahan yang sangat penting," kata Dr Chandra.

Beliau berkata media mempunyai potensi untuk membentuk pandangan rakyat, sikap, pilihan dan keutamaan dalam politik.

"orang asing tidak boleh mempunyai perniagaan yang membentuk pemikiran masyarakat Malaysia," katanya, sambil menambah bahawa perubahan harus diilhamkan oleh penduduk tempatan dan tidak harus dihasut oleh warga asing yang mempunyai kepentingannya.

Beliau berkata rakyat Malaysia perlu sedar dan faham tentang Soros mempunyai kaitan dengan badan-badan seperti National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) yang mempunyai rekod tertentu di seluruh dunia.

Soros mempunyai reputasi yang buruk dalam banyak bahagian di seluruh dunia kerana memanipulasi dan menggerak kewangan global, kata Dr Chandra, sambil menambah bahawa beliau juga dikaitkan dengan krisis kewangan di Asia Tenggara, Rusia, Amerika Latin dan Britain.

"Ia adalah sangat naif untuk percaya bahawa mereka benar-benar mengambil berat tentang kebebasan dan demokrasi," katanya.

"Saya amat terkejut bahawa individu dari Suaram dan PKR, yang mendakwa diri sebagai sosialis, berselindung dengan 'pakaian' yang dikaitkan dengan Soros, yang selama ini dilihat sebagai kapitalis tidak bertanggungjawab," katanya.

Dr Chandra berkata, beliau difahamkan mereka yang terbabit dengan kegiatan Soros telah aktif di Malaysia sejak 10 tahun yang lalu, sambil menambah mereka juga dikaitkan dengan agenda AS di Asia Tenggara.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2013 06:42 PM | Show all posts


ini antara mereka yang terbabit dgn kegiatan soros... Last edited by idz on 20-3-2013 06:43 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 01:47 PM | Show all posts
yahuddi????  i tak mau!!!
soross pong ai tak mau!!!
aiols nak tacang je
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 02:02 PM | Show all posts
hahahaha..tiu je mampu aku cakap...erkkk tu dikira cakap ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 02:23 PM | Show all posts
idz posted on 20-3-2013 06:42 PM
ini antara mereka yang terbabit dgn kegiatan soros...

akal singkat puak nyanyok.........gambo ni pun jadi nak meratib....ape info pun tarak
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 02:52 PM | Show all posts
antara negara yg sgt dibenci oleh yahudi nie mesia la..no wonder la dorang nak huru-harakn negara ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2013 03:04 PM | Show all posts
akughi posted on 21-3-2013 02:23 PM
akal singkat puak nyanyok.........gambo ni pun jadi nak meratib....ape info pun tarak  ...

nak info kita bagi info

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 03:19 PM | Show all posts
akughi posted on 21-3-2013 02:23 PM
akal singkat puak nyanyok.........gambo ni pun jadi nak meratib....ape info pun tarak  ...

ehhh..bukan korang ker yg selalu keluarkan gambar yg ada bersama ngan yahudi pastu terus tuduh org tu agen yahudi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2013 03:23 PM | Show all posts
PRc memang bersekongkol dgn yahudi.....gi cek betul2, kita akan jumpa link...walaupun bekopih besarban bagai
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 03:30 PM | Show all posts
abis la malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 03:38 PM | Show all posts
bangcak posted on 21-3-2013 03:04 PM
nak info kita bagi info

ape kaitan info ko ni.......
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 04:22 PM | Show all posts
tajuk da bagus.... sape2 ada idea camno kita nak porak peranda yahudi plak??? mgkn jadi agen malaysia ke? emmmm
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 04:37 PM | Show all posts
apam posted on 21-3-2013 03:23 PM
PRc memang bersekongkol dgn yahudi.....gi cek betul2, kita akan jumpa link...walaupun bekopih besarb ...



Cisss..PR mmg bersetongkol ngan yahudi..letter head tu pun dah tau dari sapa..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 04:43 PM | Show all posts
cocorex posted on 21-3-2013 04:37 PM
Cisss..PR mmg bersetongkol ngan yahudi..letter head tu pun dah tau dari sapa..

apco ajelah yg dijaja. KALAU betul pun, apco hanya sbg PR co atau consultant dan kerajaan mmg banyak pakai consultant co. Kalau parti2 PRc, ko gi cek sumber funding, dasar2, manifesto, slogan2, even simbol.....kalau kurang education memang payah nak paham......ekekekeke..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 04:49 PM | Show all posts
apam posted on 21-3-2013 04:43 PM
apco ajelah yg dijaja. KALAU betul pun, apco hanya sbg PR co atau consultant dan kerajaan mmg bany ...



Jual beli ngan israel pun boleh ker?
nk tanyer org dgn yg HIGH EDUCATION sket Last edited by cocorex on 21-3-2013 04:54 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 04:58 PM | Show all posts







Surat setuju dari kerajaan



mintak tlg cai2 translate sket..aku nie sekolah xtinggi mana pun..tu sbb xpaham bahasa org HIGH EDUCATION nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2013 05:04 PM | Show all posts
Puak pencacai dah cabut lari lepas dikantoikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2013 05:15 PM | Show all posts
Nik Aziz: Yahudi lain, Zionis lain
NORHASRAM MOHAMAD
20 Mac 2012

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan, kekeliruan orang ramai selepas Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan yang hanya menentang urus niaga dengan kerajaan Zionis yang menguasai tanah Palestin secara haram.

Nik Abdul Aziz berkata, Yahudi merupakan bangsa seperti bangsa-bangsa lain di dunia sedangkan Zionis sebagai ‘parti’ dalam Yahudi itu sendiri.

Katanya, Yahudi lain, Zionis lain kerana Zionis merupakan parti dalam Yahudi yang mempunyai agenda jahat sejak lebih 100 tahun lalu.

“Yahudi ni bangsa, bangsa tidak ada yang jahat tapi yang jahatnya ialah manusia, begitu juga Melayu dan Arab, Melayu dan Arab tidak jahat tapi yang jahatnya ialah perangai orang Melayu dan Arab itu sendiri.

“Orang Yahudi tidak minta untuk jadi Yahudi dan saya sendiri tidak nak jadi Melayu tapi bangsa saya bangsa Melayu, apa boleh buat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan kelmarin mempertahankan kenyataan Abdul Hadi dengan mendakwa berurus niaga dengan Zionis bererti mengiktiraf kewujudan mereka.

Beliau juga kecewa kerana larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994.

Kenyataan Abdul Hadi sebelum ini mendapat respons daripada pimpinan Umno termasuk Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menganggap Pas tidak konsisten apabila menyokong umat Islam bekerjasama dan menjalin hubungan dengan Yahudi.

Mohd Shafie berkata, kenyataan itu menunjukkan parti Pas menyimpang daripada prinsip asal mereka.

Ketika menjawab soalan media selepas sesi dialog program bersama pemimpin bagi mengutip dana menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 di Pusat Konvensyen Shah Alam Sabtu lalu, Abdul Hadi menegaskan, Pas tidak akan bekerjasama dengan negara yang mengamalkan fahaman Zionis.

Katanya, berniaga dengan Yahudi dibolehkan kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurus niaga dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.

Pas katanya, menolak Zionis kerana ia kefahaman anarki Yahudi yang menganggap bangsa Yahudi sebagai bangsa mulia serta menganggap bangsa lain adalah binatang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2013 05:17 PM | Show all posts

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak salah berurus niaga dengan bangsa Yahudi, tetapi haram berdagang dengan kerajaan Zionis Israel.
Dalam satu kenyataan media, beliau menegaskan perbezaan antara Yahudi sebagai bangsa dengan ideologi Zionis yang menubuhkan negara Israel dan menindas umat Islam di Palestin.
“Yahudi sebagai individu dan manusia tidak menggalas apa-apa beban kesalahan, hanya kerana dirinya berbangsa Yahudi. Malah Rasulullah SWT sendiri pernah berurusan dengan Yahudi”, kata Nik Aziz.
Beliau merujuk hadis sahih riwayat Imam Bukhari, yang mengatakan Baginda menggadai baju besinya kepada seorang Yahudi bagi mendapatkan 30 sho’(ukuran berat di zaman tersebut) gandum untuk keperluan harian baginda dan keluarga.
“Jika ada yang menyatakan berurus niaga dengan Yahudi adalah haram, ternyata ia disebabkan kejahilannya tentang Islam,” kata Menteri Besar Kelantan itu.
Beliau menjelaskan, apa yang menjadi kesalahan adalah urus niaga dengan kerajaan Zionis Israel, yang merampas tanah dan membunuh umat Islam Palestin.
“Urus niaga dengan Israel bererti mengiktiraf kewujudan mereka, dan itu merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan,” kata beliau yang mesra dengan panggilan Tok Guru.
Nik Aziz turut meluahkan rasa hairan dengan sesetengah pihak yang cuba menjadi juara menentang Israel, namun pada masa sama menjalinkan hubungan dagang dengan mereka.
Beliau merujuk jawapan Menteri Kewangan di Dewan Rakyat minggu lepas, yang mengatakan Larangan Mutlak ke atas barangan dari Israel dibawah Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) dipinda kepada Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada tahun 1994.
Sejak itu, barangan yang diimport dari Israel dibenarkan tertakluk kepada Lesen Import dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
20 Februari lalu, NGO Jingga 13 pula mendedahkan dokumen Jabatan Kastam, Westport menunjukkan kapal Zim Atlantic dan Zim USA, milik syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, yang berlabuh di Pelabuhan Klang datang terus dair Ashdod, Israel.
98 peratus saham syarikat yang berpengkalan di Haifa, Israel itu dimiliki kerajaan Zionis Israel. Sahamnya turut tersenarai di Bursa Tel Aviv.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2013 05:18 PM | Show all posts
Yahudi, Nik Aziz, APCO dan Anwar Ibrahim
Juli 7, 2012
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Yahudi dan Zionis

Allah swt menyatakan di dalam Al-Quran bahawasanya golongan Yahudi sama sekali tidak akan meredhi orang Islam selama mana orang Islam itu tidak mengikuti mereka. Firman Allah yang bermaksud;

“Dan selama-lamanya tidak akan redha terhadapmu orang Yahudi dan Nasara sehingga kamu mengikut jejak agama mereka.” (Surah al-Baqarah, ayat 122)

Bahkan jika kita lihat penulisan kitab-kitab ajaran Yahudi, mereka tidak mengiktiraf mana-mana bangsa dan agama di atas muka bumi ini selain agama dan bangsa mereka. Yahudi agamanya bersifat bangsa. Jadi tidak boleh kita katakan tiba-tiba ada orang Melayu hendak menjadi Yahudi, itu tidak dibenarkan sama sekali. Bahkan begitu juga jika orang Cina atau India hendak menjadi Yahudi, tidak dibenarkan juga kerana Yahudi merupakan agama yang terikat langsung dengan bangsanya.

Bani Israil merujuk kepada nama Nabi Yaakub. Bani Israil adalah anak-anak Nabi Yaakub as. Allah swt memberikan kelebihan kepada Bani Israil iaitu kelebihan yang sangat banyak. Antara kelebihan yang paling besar ialah mereka adalah bangsa yang paling banyak diutuskan Nabi dan Rasul kepada mereka. Penutup bagi sekalian Nabi dan Rasul ialah Nabi kita Muhammad saw. Akan tetapi setiap Nabi dan Rasul yang diutuskan kepada mereka, mereka ingkari bahkan ada cubaan membunuh Nabi dan Rasul mereka.

Jika kita lihat apa yang berlaku kepada Nabi Musa as, beliau lari meninggalkan perkampungan dan tempat beliau sendiri semata-mata kerana ditolak dan diugut bunuh oleh bangsa beliau sendiri.

Pada hari ini Yahudi cuba menampilkan diri dengan wajah yang berbeza. Mereka bijak, jika dilihat keturunan mereka, Nabi-Nabi mereka adalah hebat contohnya yang merancang stategi perang iaitu Nabi Daud as. Yang mentadbir alam, mengurus, yang boleh mengarahkan jin, yang boleh mendengar dan memahami percakapan makhluk-makhluk selain daripada manusia iaitu Nabi Sulaiman as.

Pada hari ini mereka berbangga dengan Nabi-Nabi yang sama keturunan dengan mereka tetapi sebenarnya mereka membelakangkan dan mengenepikan petunjuk Nabi-Nabi mereka. Oleh kerana kebijaksanaan yang Allah berikan kepada mereka, mereka mengelabui dan melakukan tipu daya memperdayakan masyarakat dunia.

Pada hari ini mereka menggambarkan Yahudi yang jahat dan kejam adalah Zionis. Yahudi Ortodoks yang mempraktikkan agama dan ajaran Yahudi itu merupakan Yahudi yang (kononnya) tidak mengundang masalah, sama seperti agama-agama lain.

Berkaitan perancangan Yahudi, jika kita buka dan baca di dalam kitab-kitab mereka seperti kitab Taurat dan sebagainya, begitu juga seperti yang Allah swt jelaskan di dalam Al Quran, unsur-unsur zionis sebenarnya telah lama wujud. Bagaimana mereka bangkit menghina Allah swt sehingga Allah mencerca mereka di dalam Al Quran. Mereka mengatakan Allah swt bersifat kedekut kerana tidak menunaikan hajat-hajat mereka.

“Orang-orang Yahudi berkata: Tangan Allah terbelenggu (kedekut).” (surah al-Maidah, ayat 64)

Allah swt menurunkan ayat mencerca perbuatan mereka dan perkataan mereka. Allah swt menjadikan mereka kera dan khinzir, kerana sikap mereka yang tidak taat kepada perintah Allah swt dan Rasulullah saw. Ini dijelaskan dalam ayat yang bermaksud;

“Katakanlah: “Mahukah aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. mereka Inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul”. (surah al-Maidah, ayat 60)

Ini adalah unsur-unsur zionis suatu ketika dahulu. Kekejaman mereka telah ditonjolkan pada zaman pemerintahan Firaun iaitu bagaimana Firaun mengejar dan percubaan membunuh Nabi Musa as. Cuma mereka menggambarkan pada hari ini yang kejam itu adalah Zionis, manakala yang baik itu adalah mereka.

Yahudi adalah zionis

Ini menyebabkan kita asyik bercakap tentang Zionis sedangkan kita terlupa bahawasanya yang mengatur susun strategi mereka adalah Yahudi yang asal. Media perdana dunia dimiliki Yahudi. Huru-hara yang berlaku di Iraq, di Palestin, gambar-gambar yang mereka tampilkan adalah satu cara mereka memperdayakan dunia.

Mereka menampilkan gambar yang menunjukkan anak-anak Palestin membaling batu di belakang kereta kebal, sedangkan gambar arah tuju meriam dihalakan ke arah yang lain. Maksud daripada gambar tersebut mereka ingin menggambarkan bahawa mereka datang bukan dengan tujuan untuk merosakkan keamanan Palestin, bukan untuk menyerang tetapi rakyat Palestin yang tidak menghormati kedatangan mereka dengan membaling batu ke arah mereka.

Dunia melihat gambar seperti ini menunjukkan rakyat Palestin tidak bersyukur dengan apa yang dilakukan dan dilaksanakan oleh Israel terhadap mereka. Kononnya Israel datang untuk memberikan keamanan kepada mereka, menjaga mereka tetapi mereka tidak menghormatinya. Ini adalah apa yang cuba digambarkan oleh Israel. Kita terpengaruh dan terpedaya dengan suasana seperti itu.

Hukum Muamalat dengan Yahudi

Isu yang kedua adalah isu muamalah iaitu berinteraksi, berkomunikasi dan berurusan dengan orang Yahudi. Memang ada hadis daripada Nabi saw bahawasanya Nabi tidak pernah melarang untuk kita bermuamalah dengan selain daripada muslim termasuk Yahudi. Kita boleh berniaga dengan orang cina, india, kristian, yahudi dan sebagainya ianya tiada masalah sepertimana Nabi sendiri berniaga dengan orang-orang Yahudi. Orang-orang Yahudi memberi kepercayaan kepada Nabi untuk menjaga harta mereka.

Ini adalah prinsip Islam, kerana itu jika kita lihat Nabi SAW dan  para sahabat RA, banyak urusniaga mereka sama ada dengan muslim atau bukan muslim. Cuma sekiranya ada urusan-urusan atau perkara-perkara yang membabitkan prinsip-prinsip dan pegangan agama, maka kita harus kembali kepada ‘kamu dengan agama kamu dan aku dengan agamaku’ (surah al-Kafirun, ayat 6).

Oleh sebab itu apabila kita melihat muamalah contohnya facebook. Pengasas facebook adalah orang Yahudi. Kemudian banyak syarikat ubat-ubatan adalah dari Yahudi. Bidang kewartawanan dunia dikuasai oleh Yahudi. Urusan-urusan perniagaan seperti ini diharuskan di dalam Islam bahkan hadis yang menjadi sokongan, penghujahan dan pendalilan oleh para ulama adalah hadis riwayat Bukhari dan Muslim ketika Nabi saw makan hidangan yang dihidangkan oleh seorang wanita Yahudi. Wanita Yahudi itu menghadiahkan hidangan kambing dan Nabi menerimanya. Ini menunjukkan di dalam urusan muamalah tiada masalah.

APCO

Apa yang disebut oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz di dalam isu tersebut ada kebenarannya dari sudut muamalah. Tetapi persoalannnya kadang-kadang orang politik ini apabila bercakap dia tidak sedar dunia.

Dahulu pernah timbul isu APCO kononnya kerajaan mengambil nasihat daripada APCO untuk mewujudkan gagasan satu Malaysia, mengambil nasihat daripada Yahudi dan sebagainya.

Jika berasaskan kenyataan tuan guru Nik Abdul Aziz, harus kita berurusan dengan orang-orang Yahudi dalam perkara-perkara yang baik selama mana tidak melanggar prinsip Islam, maka ianya tiada masalah.

Maka isu APCO ada masalah atau pun tidak? Ianya tiada masalah juga tetapi pada ketika itu kelompok-kelompok tertentu dan orang-orang tertentu membangkitkan isu APCO seolah-olah kerajaan ini berurusan dengan orang Yahudi bersama-sama dengan Israel menyokong isu ini habis-habisan. Mengapa tiba-tiba hari ini keluar kenyataan-kenyataan yang mengangkat seolah-olah tiada masalah untuk kita bermuamalah dengan Yahudi?

Islam didahulukan

Saya sendiri tidak tahu kenapa kenyataan-kenyataan yang diberikan sering tidak konsisten. Sebagai seorang Muslim dan Ahli Sunnah Wal Jamaah, Islam perlu kita dahulukan. Islam yang teratas dan kita bercakap kerana Islam. Kita berpandangan seperti ini sejak dahulu lagi. Sebelum orang bercakap tentang APCO dan Yahudi, kita telah berpendapat, berpandangan dan berpendirian sebegini rupa. Semua yang kita lakukan adalah berasaskan Al Quran, Al Sunnah dan berasaskan petunjuk para sahabat RA. Ini adalah asas yang kita pegang. Agama tetap berada ditempat yang teratas.

Jadi tiada isu sebenarnya kecuali apa yang disebut oleh seorang tokoh politik yang disebut namanya tadi, apabila beliau menyatakan, ‘apabila Israel memberikan inspirasi bagi rakyat Palestin iaitu menghentikan serangan ke atas rakyat Palestin, maka kita akan memastikan keselamatan rakyat Israil, kita akan memastikan keselamatan Yahudi ini’.

Ini sudah terlebih kerana contohnya Nabi saw ketika Rom berperang dengan Parsi, turun ayat Allah swt menceritakan tentang  bagaimana Rom menewaskan Parsi. Rom adalah beragama kristian manakala Parsi beragama majusi. Nabi saw hanya menyatakan kegembiraannya tentang kemenangan Rom. Nabi tidak memberi sokongan, tidak menghantar bekalan makanan, tidak menghantar tentera dan tidak menjaminkan keselamatan Rom.

Begitu juga apa yang berlaku di Israel. Sekiranya mereka menghentikan serangan ke atas masyarakat Palestin, kita hanya perlu bersyukur kepada Allah swt. Kerana di dalam Islam kita mempunyai prinsip dan konsep yang disebut sebagai al-wala wal baro ‘kita cinta dan kita bersiap sedia untuk membantu, kita benci dan kita bersiap sedia untuk berlepas diri’.

Kita benci dengan pegangan dan pendirian agama Yahudi kerana mereka mempunyai niat yang tidak baik kepada Islam dan kepada umat manusia keseluruhannya. Mereka gambarkan di dalam penulisan mereka bahawa manusia selain daripada bangsa mereka adalah digambarkan sebagai anjing. Kerana itu kita diperkotak-katikkan, dipermainkan, diperdayakan dan sebagainya. Ekonomi dunia mereka yang berkuasa. Walaupun pada akhir-akhir ini kita lihat China mula mendominasi ekonomi dunia, sehinggakan ekonomi Amerika turut bergantung dengan ekonomi China.

Jadi untuk isu Yahudi ini kita perlu faham konsep dengan jelas. Muamalah ialah urusan yang tiada kaitan dengan prinsip dan pegangan agama, maka berurusanlah, bermuamalahlah dengan sesiapa pun selama mana ia tidak mengganggu prinsip-prinsip dan dasar-dasar pegangan agama kerana dalam isu agama ‘kamu agama kamu, kami agama kami’, maka urusan yang membabitkan prinsip-prinsip agama sama sekali kita tidak boleh ada kerjasama. Allah menyebut di dalam Al Quran, firmannya yang bermaksud;

“Dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan ketakwaan dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya.” (Surah al-Ma-idah, ayat 2)

Kebajikan itu merujuk kepada perkara-perkara yang bersifat umum, tetapi untuk taqwa adalah khusus untuk agama masing-masing.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.081962 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list