CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10172|Reply: 42

Teori & Konspirasi Serangan Lahad Datu 11 Feb 2013

[Copy link]
Post time 24-3-2013 06:17 PM | Show all posts |Read mode
Lahad Datu

Lahad Datu is a town and district located in Tawau Division, in the east of Sabah, eastern Malaysia on the island of Borneo. It occupies the peninsula on the north side of Darvel Bay. Its population was estimated to be around 118,000 in 1991 and 156,059 in the 2000 census. Lahad Datu is surrounded by stretches of cocoa and oil palm plantations. It is also an important timber exporting port. The town has an airport for domestic flights.

A settlement is believed to have existed here in the 15th century, as excavations have unearthed Ming dynasty Chinese ceramics. Just east of Lahad Datu, is the village of Tunku, a notorious base for Lanun pirates and slave traders in the 19th century. Lahad Datu is a gateway to the Danum Valley Conservation Area, the Tabin Wildlife Reserve in the east, and Madai Caves further south.

In the end of the 14th century, it was believed that Islam was first introduced in Sabah. This based on a jawi manuscript in the Idahan language dated 1408 A.D, which gives an account of an Ida'an man named Abdullah in Darvel Bay who embraced Islam.[1]

Besides, Lahad Datu also has palm oil refineries.

The Palm Oil Industrial Cluster (POIC)[2] is located near the Lahad Datu Port and received its first vessel on March 1, 2013 [1]. It consists of 1,150 acres (5 km2) of land developed (with a centralised bulking facility and a jetty, currently under construction, which will have a draft of 20 meters, making it one of the few deep sea ports in the world) specifically for palm oil downstream industries. To date, 18 companies have bought land in POIC with eight being companies involved in the production of palm biodiesel. POIC is a wholly State-owned company under the purview of the Ministry of Industrial Development. Its Chairman is the current minister, Datuk Dr. Ewon Ebin and the Chief Executive Officer is Mr.Wong Yu Chin (ASDK,BSK).

Lahad Datu is also the base of Borneo Child Aid Society (Locally known and registered as Humana Child Aid Society) Homepage which provides education for more than 12,000 children of plantation workers, stateless Bajau Laut and others without access to basic education.

http://en.wikipedia.org/wiki/Lahad_Datu

Last edited by Acong on 25-3-2013 02:25 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2013 06:17 PM | Show all posts
teori konspirasi @ninja9



http://mforum.cari.com.my/forum. ... 226&fromuid=1008949

ada kemungkinan tetapi banyak benda lain kena explain ...spt tersadainya guardian kapal perang us beberapa bulan sebelum itu...

ok teorinya ...jeng2

beberapa bulan sebelum serangan sultan sulu ada kes manuel yang ada dua kerakyatan malaysia dan filipina melakukan penipuan skim cepat kaya sebanyak 900 juta di filipina...ketika ekstradaksi dikabarkan musa aman campur tangan supaya manuel ini ditahan dari dihantar ke filipina kerana manuel mpy kesalahan lain disabah....tetapi ramai yg mengangap sebab sebenar manuel tidak dihantar ke filipina kerana ada kaitan keluarga dengan musa aman...nilai 900 juta besar bagi filipina negara miskin

ada kemungkinan untuk membalas dendam mereka menggunakan pihak ketiga utk pengaruhi dan cucuk kiram untuk menyerang sabah...ini supaya dapat membuka ruang dan seterusnya mereka boleh memulakan tuntutan mereka keatas sabah.. tujuan mereka hanyalah untuk sampaikan mesej bahawa perang dan keganasan akan meletus jika malaysia tidak memandang berat terhadap tuntutan mereka...

kenapa filipina dengan cepat menawarkan dan menghantar kapal perang mereka untuk mengangkut kembali tentera sulu ini balik ke filipina?....ini kerana plannya ialah hantar dan angkut balik tentra sultan sulu ini balik ke filipina, asal sahaja mesej dah sampai dah cukup....tetapi mungkin kiram ni terbabas kerana mahu berperang terus ....masalahnya kiram ni masih hidup 500 tahun yang lampau...tak sekoalh dan ditambah suluk ini memang terkenal dengan bangsa yang kuat berperang..kerajaan filipina pun tak sangka kiram ini begitu lanun sifatnya sehingga terlanjur perang berlaku....kiram dan orangnya yang innocent tapi tak sekolah itu jadi mangsa dan ini konsisten dengan laporan bahawa penceroboh itu benar2 adalah tentera kesultanan sulu...

tidak lama selepas perang meletus kerajaan filipina ada menyalahkan pihak pembangkang di negara mereka (sia2 utusan kena saman..hahahah)  sebagai satu kemungkinan merekalah dalang dalam pencerobohan itu....setakat ini no name given...lojik ker? bodoh sangat ker pembangkang tu...kenapa dia tidak fokus dengan kemenangan baru tuntut sabah..apa keuntungan kepada pihak pembangkang? ada prospek ker nak menang kiram sulu tu? <<<<seperti biasa kita dengar kerajaan akan menyalahkan pembangkang untuk apa juga isu...tapi dimana ya...hehehe..

aku suspect kerajaan filipina ada spy dinegara kita....ini kerana mereka mengetahui perkembangan rakyat mereka yang ada disabah samada yang dapat ic atau tdk termasuk ahmad malandi...Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk...disebabkan ahmad malandi ini ada masalah tuntutan tanah bertahun2 atas sebab tamak ka apa ka...boleh dibaca disini...

http://sabahkini.net/index.php?o ... -khas&Itemid=49

maka seperti orang kenyang yang disurungkan bantal bila ada orang yang mahu menawarkan bantuan tentera...ahmad malandi mahu menggunakan tentera suluk itu untuk menggugut supaya mendapat tanah lebih banyak lagi.. (mungkin ramai orang tidak faham tentang sifat orang suluk yang akan cepat mengangkat senjata sekiranya ada perbalahan...sering berlaku disabah spt perbalahan antara mereka sendiri, pekerja dengan majikan seperti diladang2 etc....).

aku suspect perundingan menggunakan orang tengah yang sebenarnya adalah spy filipina yang menyamar....dimana spy ini membuat tawaran kepada kiram supaya menghantar tenteranya kesabah kerana ada tawaran mendapat tanah dan kekayaan seperti yang dilaporkan.  orang yang menawarkan adalah orang suluk (ahmad malandi) yang kaya, berjawatan dan berpengaruh dalam politik ingin menggunakan khidmat mereka dan balasannya ialah tempat tinggal, tanah dan kekayaan. kiram yang miskin ini dan tak sekolah ini pun percaya ditambah sabah ini atas kepercayaan mereka adalah milik mereka walaupun tak rasmi..

walaubagainampun mungkin ada variasi lain bagaimana pihak filipina berjaya memujuk kiram tak sekolah ini supaya menghantar tentera dgn tujuan mendapatkan tanah atau apa shj tujuan kerana ada laporan spt dibawah walaupun belum ada bukti..

Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan 'Diplomatik Reverse Take Over' dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.

kes tawaran tanah dan kekayaan kepada kiram ini adalah kontradik dengan laporan dari filipina ada pihak pembangkang yang terlibat.

Cuba lihat pula kata sultan bantilan...

Bagi Sultan Bantilan di Jolo pula, gerakan bersenjata KIRAM ini ada pihak yang lebih besar main di belakang mereka.

iaitu siapakah yang membiayai pencerobohan ini....cuma ada dua iaitu kerajaan filipina atau pihak us...

pasukan kiram mempunyai sniper rifle tentra yang paling murah pun berharga rm60,000 ...dlaporkan bahawa 24 hari sebelum pencerobohan kapal perang us guardian tersadai di perairan filipina yang kelihatan seolah dengan sengaja lari dari laluannya sendiri dan melanggar batu karang. tidak perna kapal perang us terlanggar batu karang tanpa perang. disini orang mengaitkan pihak us terlibat kerana motif mahu menguasai minyak di kepulauan spratly dan sulu iaitu apabila sabah jatuh ketangan sulu dengan andaian us dah buat pakatan dengan pihak sulu ini. dan laporan ini dperkuatkan dengan

Menurut laporan dalam kumpulan Kiram itu terdapat seorang lelaki berkulit putih memakai baju celoreng. Pelbagai spekulasi timbul selepas itu berkenaan kehadiran lelaki kulit putih tersebut dalam kumpulan penceroboh itu

tapi pendapat aku jika us terlibaat kelengkapan tentera sulu lebih besar dari apa yang kita lihat dalam gambar. kelengkapan tentera yang tidak seberapa itu hanya memalukan us kerana mereka mampu berganda2 lebih dari itu walaupn membantu dalam kesamaran. pihak us mesti dah jangka sejauh mana kekuatan dan kelengkapan tentera malaysia. ditambah hubungan us dan malaysia adalah baik dan sering membuat latihan tentera bersama.

jadi yang tinggal adalah kerajaan filipina...merekalah dalang berdasarkan kepada pemerhatian setakat ini. bagaimana mereka memberikan senjata itu tidak diketahui mungkin melalui pihak ketiga. dan kenapa kapal perang us guardian itu tersadai masih misteri. diharap akan ada statement dari us berkenaan dengan kemalangan ini.

ok csi dah abis..


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Kapal AS ‘DIMUSNAHKAN’ Selepas ‘Tersangkut’ Di Laut Sulu, Kenapa?
March 15, 2013 lahad datu

Ada satu perkara menarik yang mungkin ramai orang tidak tahu, terlepas pandang atau mungkin sengaja buat-buat tak tahu.

Sebuah kapal perang Amerika Syarikat, USS Guardian telah terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata di Laut Sulu pada 17 Januari lalu, iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 2013.

Persoalan besarnya, dengan segala kelengkapan terkini dan sistem radar yang canggih, bagaimana kapal itu boleh ‘tersangkut’ di terumbu karang tersebut?

Lebih menimbulkan kemusykilan, dikatakan kapal perang berkenaan sengaja belayar keluar dari laluan asalnya.

Untuk rekod, pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang itu.

Tetapi bagaikan dirancang, USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti.

Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang berkenaan.

Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina

“ The question is, Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”

USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu berkenaan.

Ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut, mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina.

“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”

Yang menjadi lebih pelik dan ajaib,  kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa.

Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang.

Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang-barang.

Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia.

Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina, kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.

Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III.

Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.

Amerika Syarikat kini boleh memberikan apa saja alasan mereka…kapal tersangkutlah, demi rahsia kapal terpaksa dimusnahkanlah atau apa saja untuk mengjustifikasikan perkara tersebut.

Tetapi sebagai rakyat yang sedang tertanya-tanya di mana pengganas militan Sulu boleh mempunyai kelengkapan kenteraan yang canggih, persoalan ini akan terus berlegar-legar dalam pemikiran kita.

Kita pun tahu siapa Amerika yang sebenarnya, kita pun tahu peranan agensi perisikan mereka CIA yang ‘terkenal’ dalam bab melaga-lagakan sesebuah negara.

Jadi rasanya tidak salah kalau kita merasakan bahawa ada ‘sesuatu’ di balik kehadiran misteri kapal USS Guardian di Laut Sulu itu.

Dan percayalah, kita tidak akan terperanjat kalau mereka rupanya dalang yang membekalkan peralatan dan persenjataan kepada pengganas militan ini.

Mungkin kita salah, tetapi kita juga mungkin benar.

Yang pasti banyak perkara misteri di sebalik kemalangan yang menimpa kapal USS Guardian ini…hanya masa saja yang akan menentukan, bila segala persoalan tersebut akan terjawab!

http://mynewshub.my/2013/03/15/m ... i-laut-sulu-kenapa/ Last edited by Acong on 25-3-2013 02:25 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2013 06:17 PM | Show all posts
reserve 02
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2013 06:18 PM | Show all posts
hubungan rapat si kiram bersama pemimpin tertinggi Malaysia

Ni facebook si kiram: http://www.facebook.com/pages/Esmail-D-Kiram-ll/117934531594666


kiram bersama isteri PM kita......




kiram bersama mantan PM abdullah @ bapa koridor @ bapa mentua KJ





kiram bersama ibu angkat @ mak kpd mantan PM abdullah @ bapa koridor @ bapa mentua KJ









nie lak fb aku......... http://www.facebook.com/acong.sk Last edited by Acong on 29-3-2013 11:26 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2013 06:18 PM | Show all posts
liton posted on 29-3-2013 10:09 PM

Aku rasa teori tu tak cukup menampakkan Anwar mastermindnya, jadi aku tambah lagi..

Anwar telah membayar pihak berkuasa APMM ,marin...supaya pengganas terlepas masuk ke LD tanpa dikesan
Anwar juga dikatakan telah membayar Hishamuddin supaya menurut kata dia untuk:
-melayan pengganas Suluk sebaik mungkin, sebab mereka dtg cuma untuk melawat Sabah
-layan mereka selama yg boleh (3 minggu) supaya mereka dapat menyusun strategi..
-kalau ada antaranya PATI pun jgn tahan dibawah akta Imigresen..biar shj..mcm kata madey, nanti mereka memberontak
-kalau mereka warganegara, jgn tangkap & dakwa melancarkan peperangan terhadap YDP Agung, nanti, pemberi IC , Madey marah

Selain dari Hishamuddin, Anwar juga telah membayar Najib, dengan wang tersebut, Najib tutup mata walaupun anggota terbunuh, pergi tengok anak jadi dj, esoknya pergi perlis nyanyi/joget IM4U.Najib begitu sambil lewa menangguhkan arahan kpd pihak berkuasa utk ambil tindakan agrasif..

Semua berkat dari duit Anwart..


Teori cadangan @liton    







aku punya teori lak adalah Pak Lah yg suruh si Kiram serang LD supaya KJ boleh jadik PM........ Last edited by Acong on 29-3-2013 11:45 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2013 06:18 PM | Show all posts
reserve 05
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-3-2013 06:19 PM | Show all posts
reserve 06
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2013 06:22 PM | Show all posts
reserve 07
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2013 06:23 PM | Show all posts
reserve 08
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2013 06:23 PM | Show all posts
reserve 09
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2013 06:23 PM | Show all posts
reserve 10
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 07:14 PM | Show all posts
acong kau reserved2 ni kau fikir parking condo apa?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 07:37 PM | Show all posts
Ko reserve lah sampai page seratus acomg kedaung oit....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2013 07:39 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 24-3-2013 07:14 PM
acong kau reserved2 ni kau fikir parking condo apa?

nanti aku nak sumbat bahan kat situ......... sebelum dicemari dgn politaik..........
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 02:50 AM | Show all posts
Lantak la  anak babu itu semua nak bagi alasan apa pun untuk carik gaduh ngan Malaysia.
Malaysia tak peduli. Kita buru & bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 04:28 PM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 25-3-2013 02:50 AM
Lantak la  anak babu itu semua nak bagi alasan apa pun untuk carik gaduh ngan Malaysia.
Malaysia ta ...

bukan setakat kewarganegaraan pengganas2 sulu je kita kena batalkan
keahlian diorang dalam pertubuhan melayu tu pon kena lucut jugak.
tak perlu berlembut lagi dgn diorang tu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2013 07:43 PM | Show all posts
kes ni rasanya ada kaitan dengan minyak di kepulauan sparty....khabarnya di kepulauan tu ada simpanan minyak terbanyak yg belum diterokai...

Tuntutan kewilayahan 5 negara guna pelbagai strategi tiada kesudahan

TIADA siapa dapat mempertikaikan bahawa kepulauan Spratlys akan menjadi pusat kekacauan pada masa depan. Kawasan laut itu kini dianggap oleh pemerhati politik sebagai sebuah kolam peliharaan yang ada kehidupan di dalamnya yang sentiasa aman damai.

Suasana damai ini hanya di bawah permukaan air kerana di paras laut keadaannya sangat berbeza. Negara yang menuntut iaitu Brunei, China, Filipina, Malaysia, dan Vietnam menggunakan pelbagai strategi untuk melayakkan tuntutan kewilayahan mereka ke atas Spratlys.      

       Kepulauan Spratlys terdiri daripada sejumlah 750 terumbu, pulau dan batu laut dengan  kawasan tanah hanya lima kilometer persegi. Walau bagaimanapun, keluasan samudera lebih kurang 425,000 km persegi dilingkungi oleh Vietnam, Filipina, Malaysia dan Brunei.      
      
      
Tuntutan ke atas Spratlys bermula sejak 1930. Setakat ini, sebanyak 45 pulau dan terumbu Spratlys diduduki oleh China, Filipina, Malaysia, Taiwan dan Vietnam. Sebarang pendudukan tentera memberi kelebihan kepada sesebuah negara untuk menuntut kedaulatan dan kewilayahan, di samping menuntut zon ekonomi eksklusif (EEZ) yang diperuntukkan oleh Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982.

Spratlys ialah satu laluan laut yang amat strategik yang kedua sibuknya di dunia. Kawasan ini membawa 25 peratus perjalanan minyak dunia ke Timur Jauh dan Pasifik serta 90 peratus minyak dari Asia Barat ke Jepun dan Korea. Sejumlah 80 peratus perdagangan Timur Jauh melalui laut Spratlys.  

Sebagai antara pelantar benua terbesar di dunia, Spratlys mempunyai banyak sumber minyak, gas dan galian. Sejak 1950, negara yang menuntut sudah membina lebih 30 telaga minyak dan lima telaga gas. Malah satu kajian China menunjukkan simpanan minyak dan gas di Spratlys melebihi simpanan minyak dan gas Kuwait. Spratlys mempunyai 17.7 bilion tan, manakala Kuwait mempunyai 13 bilion tan minyak dan gas.

Di samping sumber minyak dan gas, Spratlys terkenal dengan kehidupan marin yang mana kepulauan itu menghasilkan ribuan tan ikan setahun. Spratlys juga mempunyai banyak habitat laut lain.      
Spratlys terkenal dengan terumbu karang yang berjumlah 600 semuanya. Kawasan yang ada permukaan tanah subur ditanam dengan kelapa, betik dan pisang. Selain itu, hutan liar seperti hutan tropika, bakau dan  pokok pesisir pantai.

Kawasan Spratlys juga menjadi bahan tarikan pelancong kerana ia mempunyai potensi aktiviti sukan laut seperti skuba, pasir bersih, pelayaran dan chalet untuk penginapan. Pelancong dapat menikmati suasana kehidupan samudera bersama bayu laut dengan suara burung dan pukulan ombak.

Keupayaan tentera adalah mustahak bagi negara yang menuntut oleh kerana kawasan Spratlys adalah luas. Tidak hairanlah kawasan itu mempunyai tiga pelabuhan perikanan, beberapa dermaga, tiga lapangan helikopter, pejabat wilayah, 10 lapangan terbang, menara telekomunikasi, pejabat pos, balai polis, kediaman awam dan berek tentera.

Pada 1992, persetujuan dicapai antara ASEAN dan China berhubung pengwujudan kod kelakuan yang mana semua negara yang menuntut bersetuju membekukan sebarang tindakan ketenteraan di Spratlys. Mereka juga bersetuju untuk tidak membuat sebarang pendudukan terbaru.

China seterusnya mengadakan kontrak cari gali dengan firma Amerika Crestone Energy Corp pada 1992, diikuti Vietnam pada 1994 mengadakan kontrak cari gali dengan Exxon di utara Pulau Natuna dan pada 1996, Vietnam mengadakan kontrak cari gali dengan firma minyak Amerika Conoco.

Bagaimanapun, pada 1992, tentera Vietnam dan China bertempur yang mana China menduduki terumbu Da Lac yang dikuasai Vietnam. China, pula pada 1995, menduduki terumbu Mischief yang dituntut Filipina. Pertempuran ini menyebabkan kod damai yang dipersetujui di antara ASEAN dan China pada 1992 dipertikaikan.

Sesebuah pulau atau terumbu itu dianggap diduduki apabila ada anggota tentera di atasnya atau ada rakyat sesebuah negara yang mendudukinya secara tetap.

Selain itu, sesebuah negara itu dianggap menduduki sebuah pulau atau terumbu yang berada dalam jarak sembilan kilometer dari pulau yang didudukinya. Jumlah pendudukan setakat ini ialah tujuh bagi China, Filipina (9),  Malaysia (5), Taiwan (1) dan Vietnam (21) pulau atau terumbu.

Pada 2002, ASEAN dan China sekali lagi bersetuju di Phnom Penh untuk menyelesaikan isu Spratlys secara aman tanpa menggunakan  kekerasan dan mengelakkan daripada membuat sebarang pendudukan baru. Kod kelakuan sebenarnya satu persefahaman saja kerana ia tidak  mempunyai sebarang pegangan undang-undang.

Situasi di Spratlys mengundang ‘campur tangan’ Amerika apabila Setiausaha Negara, Hillary Clinton pada 2010 menyatakan Amerika mempunyai kepentingan untuk menentukan kawasan Spratlys dalam keadaan aman. Pada sidang keselamatan Asia di Singapura tahun ini, Setiausaha Pertahanan Amerika, Robert Gates pula menyatakan rasa bimbang mengenai kedudukan di Spratlys masa kini.

Ada tiga cara  penyelesaian terbaik ketika ini. Pertama, mengantarabangsakan isu Spratlys menerusi satu debat dalam PBB, kedua, bersetuju supaya isu Spratlys dibawa ke Mahkamah Dunia dan ketiga mengadakan usaha cari gali bersama di kawasan Spratlys tanpa menghiraukan status kewilayahan atau kedaulatan.
Last edited by habakuk on 25-3-2013 07:50 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2013 12:05 AM | Show all posts
habakuk posted on 25-3-2013 07:43 PM
kes ni rasanya ada kaitan dengan minyak di kepulauan sparty....khabarnya di kepulauan tu ada simpana ...

mungkin ada.......!
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 12:14 PM | Show all posts
nasib baik malaysia dah beli kapal selam untuk menghadapi sebarang kemungkinan berkenaan isu spartly nih. tp yg kurang syoknye ada sesetengah pihak berkata pembelian kapal selam tuh adalah pembaziran wang rakyat!!! sedangkan perang leh terjadi bila2 masa pasal nih..tambah lagi bila ada pihak luar(negara tamak haloba minyak-amerika) mula campur tangan secara senyap2.. hadoiii... Last edited by habakuk on 26-3-2013 12:19 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 01:21 PM | Show all posts
Acong posted on 24-3-2013 06:17 PM
teori konspirasi @ninja9

cerite dia jumpe anwar tak nak bukak??? cerite dia jumpe tian chua tak nak bukak??

klu dah cai tu cai jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.082220 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list