CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

[Tempatan] VERSI 15: TERBARU...15 PANGLIMA SULU MASIH BERSEMBUNYI DI SABAH ! - 2476#

[Copy link]
 Author| Post time 26-3-2013 10:57 PM | Show all posts
Salah satu kilang haram buat senjata api di Filipina.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2013 11:00 PM | Show all posts
shamsadis posted on 26-3-2013 01:20 PM
.


Rasa sebak hati tengok gambar perajurit2 memeluk & mencium anak sebelum pergi berjuang
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 11:15 PM | Show all posts
perembes posted on 26-3-2013 10:40 PM
aku percaya ada rakyat yg tak tahu langsung psl pencerobohan di ld nih...

yup... pasti ada... kalau tau pun, samar2 je...x tau hujung pangkal...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 11:18 PM | Show all posts
Dovahkiin posted on 26-3-2013 10:48 PM
Tak semudah tu utk declare sesebuah negara tu sebagai negara Islam. Tp, klu Dr. Asri da kuar kenya ...

i think anyone boleh je sanggah dr asri punya pendapat...  asalkan bersandarkan hujah2 yg sohih lagi kuat...  
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 03:20 AM | Show all posts
Sedih tengok video di LD.Memang saya setuju tak ramai yg ambik peduli pasal isu di LD ni.Member yg saya Kenal la tsing tak tahu.....semoga isteri2 dan keluarga pahlawan yg terkorban tabah dan roh para pahlawan kita ditempatkan di dalam syurga...Amin....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2013 03:47 AM | Show all posts
Datu Piah sembunyi di Semporna


DATU PIAH (tengah) diapit Azzumuddie (kanan) dan Amirbahar ketika proses rundingan dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, Lahad Datu Februari lalu.

SEMPORNA – Seorang lagi anggota kanan pengganas Sulu  yang menceroboh Sabah, Datu Piah,  salah seorang daripada adik-beradik kepada Jamalul Kiram III kini dipercayai berada di daerah ini.


Menurut satu sumber, lelaki yang berusia lewat 60-an itu  dipercayai sedang menyembunyikan diri kerana takut menerima nasib yang sama seperti Menteri Pertahanan Sulu,  Datu Amirbahar Hushin Kiram yang ditangkap pasukan keselamatan pada Sabtu lalu.


“Datu Piah juga dipercayai salah seorang daripada orang kanan yang terlibat dalam proses rundingan dengan pasukan keselamatan sebelum 1 Mac lalu,”  kata sumber tersebut di sini semalam.


Rundingan antara pihak berkuasa Malaysia dengan pengganas terbabit yang diketuai Azzumuddie Kiram dan turut disertai Datu Piah itu bagaimanapun menemui jalan buntu.


Sumber itu berkata, sebagai ahli keluarga kepada Jamalul  Kiram, dia juga dipercayai mempunyai peranan besar dalam  kes pencerobohan di Lahad Datu.


“Sebelum 0ps Daulat dilancarkan pada 5 Mac lalu, Datu  Piah dan Amirbahar dipercayai sempat melarikan diri ke  Semporna dan cuba menggerakkan kumpulan pengganas di  daerah ini dengan melakukan kekacauan,” kata sumber itu  lagi.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2013 04:14 AM | Show all posts
Asree Suq keja apa ye kat KL tu? Jiwa dia begitu suluk sulu sekali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2013 04:29 AM | Show all posts
Pengkhianat negara diburu


PASUKAN keselamatan negara melakukan rondaan sekitar Kampung Tanduo, Lahad Datu semalam.

LAHAD DATU – Polis mengesan beberapa individu di Semporna dan Sandakan yang menjadi pengkhianat negara dengan menyalurkan wang sebagai dana untuk membiayai kumpulan pengganas Sulu di Pulau Jolo, Selatan Filipina.


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan tersebut sememangnya tidak bertanggungjawab kerana dipercayai bertujuan untuk membantu dan memperkembangkan aktiviti kumpulan pengganas.


Ekoran itu tegas beliau, pasukan keselamatan kini memantau rapi perbuatan individu terbabit yang mengkhianati negara dan tangkapan akan dilakukan apabila tiba masanya.


“Perbuatan menghantar duit ke Pulau Jolo untuk membantu kumpulan pengganas adalah kesalahan yang amat berat dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau mati mandatori.


“Tidak kira sama ada jumlahnya kecil atau besar, kita tahu bahawa wang tersebut dihantar bagi membantu musuh dan tindakan itu merupakan pengkhianatan kepada negara,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16 di sini semalam.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2013 04:41 AM | Show all posts
Jamalul Kiram berang anggota keluarganya ditangkap


GAMBAR fail menunjukkan Jamalul Kiram (duduk dua dari kanan) berada di rumahnya di bandar Taguig, selatan Manila pada 4 Mac lalu.-AFP

MANILA – Jurucakap kepada pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III membidas tindakan keras pasukan keselamatan Malaysia terhadap anggota keluarganya di Sabah termasuk salah seorang bapa saudaranya bernama Janjan, lapor portal berita InterAksyon.com semalam.


Menurut jurucakap itu, Abraham Idjirani, seorang bapa saudara Jamalul Kiram,  Janjan, 72, dibunuh sama ada kelmarin atau semalam.


Idjirani membuat dakwaan itu sehari selepas dia mengesahkan penangkapan Datu Amirbahar Hushin Kiram dan isterinya oleh pihak berkuasa Malaysia di Semporna pada Sabtu lalu.


Amirbahar merupakan anak Bantilan Esmail Kiram II yang merupakan adik kepada Jamalul Kiram.


Idjirani berkata, Janjan telah ditahan di Semporna pada minggu lepas.


Katanya, ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram memaklumkan mengenai nasib yang menimpa Janjan melalui perbualan telefon semalam.


“Dia (Janjan) telah ditahan dan dibunuh kerana dia saudara kepada Jamalul Kiram serta didakwa menjadi dalang ketegangan di Sabah.


“Namun, dia sebenarnya sudah menetap di Sabah sejak awal tahun 1990-an,” kata Idjirani.


Katanya, Amirbahar merupakan pemegang pasport Filipina.


Kumpulan pengganas Sulu itu menceroboh Sabah sejak 12 Februari lalu. – Agensi



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2013 04:42 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2013 04:48 AM | Show all posts

Beberapa  anggota   polis bermesra dengan kanak-kanak ketika membuat rondaan di sekitar Pasar Semporna bagi menjamin keselesaan dan keselamatan orang ramai, di Semporna, Sabah, semalam.  - Utusan/ABDUL RAZAK LATIF

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2013 07:47 AM | Show all posts
tgk post 1 thread nie ada `wanted list' bergambar...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 07:51 AM | Show all posts
orang suluk ni memang suka pakai kain satin kilat2 eh?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 08:10 AM | Show all posts
x lama lagi hbis lh semua org penting kna tngkap..cuma azzimudi tu liat skit
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 08:13 AM | Show all posts

yg putih nampak lengan pikul mayat tu abang kawan aku..org kg sebelah je tak sangka abang dia pahlawan yg turut berjuang di lahad datu..aku blk kg baru2 neh baru tau ramai gak anak kg aku berjuang di sana..
suami kawan aku pun ada..sampaikan kawan aku tu dok pindah sementera kat umah kakak dia..tak sanggup dok kat kem sorang2 suami takde susah gak sbb dia ada anak kecik kan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 08:53 AM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 27-3-2013 04:42 AM

background mcm rumah setinggan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2013 08:57 AM | Show all posts
kasidah posted on 26-3-2013 10:17 PM
Tapi bagaimana Malaysia boleh jadi anggota OIC kalau bukan negara Islam?

Ko kena faham maksud OIC dulu,
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 09:00 AM | Show all posts
x payah layan cakap2 kiram tooh...........

marah keluarga kena tangkap...pprrtfffhhhhh...

mau la datang malaysia jamin sedara mara ko tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 09:00 AM | Show all posts
Dovahkiin posted on 26-3-2013 09:58 PM
Malaysia bukan negara Islam, tetapi negara yang mempunyai Islam sebagai agama rasmi.

Itu paling tepat
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 09:10 AM | Show all posts

Ketua-ketua keluarga penduduk Kampung Tanduo dibawa keluar dari kampung tersebut selepas selesai melihat keadaan rumah dan harta benda mereka selepas lebih dua puluh hari menjadi medan pertempuran antara pengganas dengan pasukan keselamatan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.093854 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list